Rabu, 23 Jun 2010

MOH...KITE LAWAN YEOP!!!

MOH...KITE LAWAN YEOP!!!


TIADA LAGI NILAI & KEWARASAN SEBAGAI SEORANG SAHABAT

Posted: 22 Jun 2010 08:06 AM PDT

Dimanakah lagi nilai kewarasan sebagai seorang sahabat yang saling mengenali sebagaimana yang didakwakan sebelum ini sekiranya berterusan menghambur kata-kata yang berunsurkan fitnah terhadap rakan baiknya sendiri?

Sesungguhnya didalam politik kita tiada istilah kawan atau musuh yang sejati secara peribadinya. Yang ada Cuma permusuhan kekal terhadap ideologi, pandangan atau pun perjuangan parti yang disertai itu.

Mutakhir ini, serangan berbentuk peribadi yang mengaitkan berbagai salah laku terhadap Dato Seri Anwar Ibrahim (DSAI) berterusan lagi. Kalau dahulu mereka yang begitu 'galok' memfitnah serta 'menyundal' dengan berbagai kata nista terhadap DSAI adalah mereka yang secara terang dan jelas ialah 'musuh politik' DSAI didalam UMNO.

Kini selepas 12 tahun daripada peristiwa tersebut, posisi untuk memfitnah, menghambur kata nista dengan dakwaan yang cukup meloyakan telah diambil alih oleh mereka yang 'kecewa' terhadap perjuangan Parti Keadilan Rakyat @ KEADILAN ini.

Siapa yang boleh menduga selepas sekian lama bersama-sama mengharungi suka duka, saat getir bersama kesusahan didalam pejuangan KEADILAN sejak ianya ditubuhkan pada 04.04.1999 mereka ini sanggup pula bersama-sama melakukan penyundalan yang paling besar didalam diri mereka untuk memfitnah dan menuduh DSAI dengan berbagai versi dan ceritera yang penuh dengan tipu daya dan muslihat?

Itu lah Datuk Seri Zahrain Hashim, itu lah juga Sdr Zulkifli Nordin, Itu lah juga Sdr Wee Choo Keong, Itu lah juga Sdr Ezam Mohd Nor, Itu lah juga Dato Nallakarupan serta beberapa yang lain lagi yang selalu mendakwa mereka ini adalah 'sahabat yang akrab' bersama dengan DSAI bukan sekarang tetapi sejak dahulu lagi.

Menimbulkan dakwaan yang diragui serta pelbagai pengakuan untuk membuktikan apa yang dikatakan ini semuanya benar adalah tidak sukar. Dengan sekadar membaca skrip yang telah siap di olah, sesiapa yang hilang kewarasan dan harga diri pun boleh membacanya seumpama lembu yang dicucuk hidung tanpa membangkang kehendak tuannya itu!

Dengan isu kononnya DSAI adalah penggalak dan menyokong judi dibawa masuk ke Sabah ketika menjawat Menteri Kewangan dahulu sehinggalah kepada isu terbaru sebagaimana yang didakwa didalam BH m/s 8 ; 18 Jun 2010 kononnya DSAI ada memiliki dan turut juga menonton video seks ADUN KEADILAN (YB Elizabeth Wong)?

Politik jenis apakah yang sedang dibawa oleh mereka ini yang selalu mendendang dan mendakwa sebagai sahabat DSAI sejak berpuluh tahun dahulu? Sama-samalah kita fikirkan…

Sumber: http://ingeniur.blogspot.com/

Tiada ulasan: