Suara Sri Andalas |
| You are subscribed to email updates from Suara Sri Andalas To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
| Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 | |
Suara Sri Andalas |
| You are subscribed to email updates from Suara Sri Andalas To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
| Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 | |
Anwar Ibrahim |
| [VIDEO] Pidato Dato Seri Anwar Ibrahim Merai Kunjungan Mantan Presiden Indonesia B.J Habibie Posted: 05 Dec 2012 11:28 AM PST |
| [VIDEO] Jelajah Merdeka Rakyat, Gombak Selangor 04/12/2012 Posted: 05 Dec 2012 11:25 AM PST |
| You are subscribed to email updates from Anwar Ibrahim To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
| Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 | |
PKR PENGKALAN HULU |
| Jangan berikan kepercayaan kepada yang 'desperate' Posted: 05 Dec 2012 05:29 AM PST Perhimpunan Agung UMNO yang baru selesai pada 1 Disember 2012, mudah bagi kita untuk merumuskannya dan apa yang berlaku dalam perhimpunan itu sangat tepat dengan apa yang kita telah tahu selama ini. UMNO itu sungguh tertekan dan akan menghadapi pilihanraya yang paling getir dalam sejarah parti itu. Segala apa yang berlaku dalam perhimpunan itu merupakan satu manifestasi yang jelas tentang tekanan yang parti itu hadapi. Setakat ini UMNO telah melakukan banyak usaha untuk mendapatkan keyakinan rakyat dan salah satu dari perkara yang dilakukan ialah berbai'ah di depan Dr Mahathir supaya ahli-ahli parti tidak melakukan sabotaj terhadap calon-calon BN. 'Initiative' yang dilakukan oleh Mahathir memanggil pemimpin-pemimpin Bahagian UMNO di seluruh negara untuk berjanji dan bersumpah tidak mensabotaj parti itu menunjukkan yang sabotaj-mensabotaj calon merupakan masalah yang terbesar dalam UMNO. Jika berbai'ah itu di jadikan sebagai salah satu usaha besar untuk bertahan, maka itu sekali gus membayangkan kepada kita UMNO sudah terlalu hampir kepada kekalahan. Jika isu sabotaj-mensabotaj itu tidak besar masakan tindakan bersumpah itu di jadikan usaha yang dilakukan oleh pemimpin besar yang pernah menjadi PM selama lebih dari dua dekad. Tindakan bekas PM ini memanggil pimpinan Bahagian untuk bersumpah itu juga mengiyakan apa yang di pandang oleh rakyat yang Mahathir merupakan orang yang paling takut jika UMNO itu jatuh. Sebab beliau merasa takut itu boleh lah tuan-tuan agak dan agakkan saudara-saudara itu tidak mungkin salah. Kenapa sampai bersumpah? Kalau parti itu (UMNO) kuat dan mendapat sokongan, apa yang perlu bersumpah-sumpah itu? UMNO sepatutnya memberikan kepercayaan kepada pemimpin-pemimpin mereka di peringkat Bahagian tetapi sebaliknya UMNO tidak yakin dan tidak mempercayai ahli-ahlinya sendiri. UMNO mempunyai masalah dalaman yang ketara. Orang ramai tidak tahu masalah ini asalnya, tetapi setelah berlakunya angkat sumpah di depan Mahathir itu sudah cukup untuk menyatakan dengan 'conclusive' UMNO dalam kesempitan. "Yang lebih lucunya kami terpaksa angkat sumpah dengan orang yang menjadi penyebab kepada perpecahan kami dalam UMNO ini. Nampak sangat Mahathir terlalu takut dengan masalah beliau jika UMNO tewas dan dia mahu kita jadi pelindung dia setiap masa. Kita di bawah ni hanya diperguna macam lembu saja" kata seorang AJK Bahagian yang saya kenali sebegitu lama. Lebih banyak bercakap lebih banyak kelemahan kita lihat dalam UMNO ini. Kata Najib dalam perhimpunan itu, "satu undi untuk DAP merupakan satu undi untuk tekanan terhadap orang Melayu". Kata perpatah 'bercakap di siang hari pandang-pandang, bercakap malam hari di dengar-dengar'. Najib tidak langsung nampak musuhnya di dalam BN sendiri yang bercakap bertentangan dengan kata-kata pemimpin tertingginya. "Chua Soi Lek pula berkata satu undi untuk DAP itu adalah satu undi untuk tekanan terhadap orang Cina". Apa maknanya semua ini? Kata-kata ini sahaja sudah menunjukkan kecelaruan dalam hala tujuan parti-parti dalam BN. MCA ke hulu UMNO pula ke hilir. Dalam bercakap dengan gegaran tinggi tentang penyatuan kaum-kaum di negara ini UMNO dan Najib masih bercakap isu yang berteraskan elemen rasis yang merbahaya dan ingin melihat rakyat yang berbilang kaum ini untuk mengesyaki di antara satu dengan lain. Ini merupakan manifestasi yang UMNO sedang tersepit apabila Pakatan Rakyat mampu untuk mencari formula penyatuan kaum yang ampuh yang tidak mungkin boleh di capai oleh BN. UMNO memusuhi DAP seolah-olah kami dalam DAP ini seperti haiwan dan binatang liar. UMNO tidak mahu mengakui yang DAP lebih di yakini oleh sesiapa yang ikhklas mahu melihat kerjasama di antara kaum itu. UMNO masih menakut-nakutkan orang Melayu dengan mangatakan jika PR memerintah maka DAP dan orang Cina akan berkuasa. DAP hanya akan meletakkan lima puluh calon di dalam PRU ini dan jika calon-calon parti ini menang kesemua kerusi sekali pun, orang-orang Cina tidak akan menguasai politik negara ini. Lagi pun, adalah di perkatakan yang di antara lima puluh calon-calon DAP itu berkemungkinan ada calon Melayu yang akan menunjukkan yang DAP bukannya parti rasis seperti UMNO dengan Melayunya dan MCA dengan chauvinis Cinanya. Sesungguhnya kemampuan DAP untuk lebih bertanggungjawab terhadap siasah yang realistik dan politik keamanan ini menjadikan BN khususnya UMNO begitu goyah dari hari ke hari kerana yang pasti MCA akan kehilangan undi Melayu dan UMNO juga bertambah kurang sokongan dari orang Melayu itu. UMNO sekarang ini sedang kehilangan sokongan dari orang Melayu kerana PAS telah menunjukkan kemantapannya untuk menarik sokongan Melayu Islam. Isu ini lebih membuatkan UMNO tidak tentu arah dan menyebabkan pucuk pimpinannya bercakap dengan nada yang tinggi dalam PAU baru-baru ini. Laungan dan jeritan pucuk pimpinan UMNO itu hanya melambangkan betapa runsingnya UMNO dalam menghadapi pilihanraya kali ini, yang merupakan ibu segala pilihanraya dalam sejarah kemerdekaan negara. Hanya saya ingin mengingatkan parti-parti dalam PR agar sentiasa bersyukur dengan perkembangan ini dan jangan sekali-kali bersikap takbur dan mendahului Tuhan. Sikap parti-parti dalam PR setakat ini baik dan diharapkan ia akan bertambah baik dari masa ke semasa. Saya sendiri sangat berbesar hati yang PR tidak henti-henti berusaha untuk mencapai matlamat yang satu negara kita, iaitu perpaduan kaum atau yang di sebut selalu sebagai 'national unity' ini. Perjuangan ini merupakan perjuangan 'ultimate' rakyat. Rakyat sudah tidak mahu lagi diperguna oleh mana-mana pihak untuk memecahkan perpaduan di antara rakyat berbilang kaum semata-mata kerana sikap 'desperado' mereka dalam politik kepartian yang jumud dan merekahkan kesatuan yang sedang kita pupuk sekarang ini. Apa yang perlu sekarang hanyalah kesedaran rakyat yang orang Melayu khususnya tidak menolak perpaduan tetapi biarlah perpaduan itu berlaku di luar UMNO dan BN. Inilah perubahan yang sedang jelas berlaku di negara ini dan fenomena ini nampaknya akan membuahkan masyarakat yang berpadu walaupun di bawah naungan siasah yang berbeza. Rakyat wajar melakukan perbezaan ini. Kita sudah muak dan jemu dengan kata-kata yang memecah belahkan kita semua. Ingat! yang rugi hanya kita rakyat di bawah ini jika kita masih mahu berfikir cara yang dikehendakki oleh UMNO. Kita perlu menolak isu rasis terus-terusan dan ini akan menjamin keamanan negara yang kita cintai ini. Ingat betul-betul, memberikan kepercayaan kepada pihak yang 'desperate' amat merbahayakan negara pada masa yang akan datang. Sumber: http://aspanaliasnet.blogspot.com/ |
| You are subscribed to email updates from PKR PENGKALAN HULU To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
| Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 | |
Anak Muda Kampung Nak Senang |
| Iran tangkap, pintas pesawat risik US Posted: 04 Dec 2012 10:35 PM PST Kecoh berita dunia sekarang ini Iran telah berjaya menangkap pesawat risik (tanpa pemandu) US (UAV/Drone) jenis ScanEagle dengan memintas alat kawalan jauh US. Apakah Angkatan Tentera Malaysia mempunyai keupayaan yang serupa untuk memintas pesawat-pesawat UAV/Drone? Malaysia telah menandatangani kontrak pembelian pesawat tanpa pemandu ScanEagle yang bernilai RM10 juta. Iran Tangkap Pesawat Risik AS IRAN MEMANUPULASI DATA GPS SCANEAGLE TEHRAN-( MilNas ) :Christian Science Monitor dalam laporanannya menulis, para ahli Iran mendaratkan pesawat tanpa awak Amerika Serikat dengan mengubah data-data GPS pada pesawat tersebut. FNA (4/12) melaporkan,Christian Science Monitor dalam laporan terbarunya menganalisa metode yang digunakan pasukan angkatan laut Padaran untuk menangkap pesawat tanpa awak ScanEagle di perairan Teluk Persia. Memperingati satu tahun penangkapan pesawat tanpa awak RQ170 "Sentinel" oleh pasukan Iran, Panglima Angkatan Laut Pasdaran, Laksamana Ali Fadavi, mengkonfirmasikan penangkapan pesawat tanpa awak ScanEagle. Christian Science Monitor memperkirakan bahwa cara yang digunakan pasukan Iran untuk menjebak ScanEagle adalah dengan memanipulasi data GPS pada pesawat tersebut. Menurut laporan yang ditulis oleh Peterson itu, jika klaim Iran menangkap pesawat tanpa awak itu benar, maka Republik Islam berhasil menggunakan cara yang sebelumnya digunakan untuk menangkap drone RQ170. Peterson berpendapat, dengan memanipulasi data-data GPS, pasukan Iran memaksa pesawat itu mendarat di wilayah Iran. KONTRAK RM4.76 BILION DIMETERAI KUALA LUMPUR 18 April 2012 - Pameran Perkhidmatan Pertahanan Asia (DSA) 2012 hari ini menyaksikan majlis menandatangani kontrak perolehan bekalan senjata dan kelengkapan serta memorandum persefahaman (MoU) bernilai RM4.76 bilion. Perolehan pesawat tanpa pemandu ScanEagle kepada Composites Technology Research Malaysia Sdn. Bhd. dan Insitu Pacific Pty. Ltd. bernilai RM10 juta. |
| You are subscribed to email updates from AMKNS To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
| Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 | |
MOH...KITE LAWAN YEOP!!! |
| Kuah pun kuah lah, kuah daging rasa daging juga Posted: 05 Dec 2012 05:36 AM PST Kalau dikaji dan diselidik secara 'pragmatic' BN tidak mungkin dapat bertahan dalam pilihanraya kali ini. Selalu saya berkata setiap perubahan itu mesti bersebab. Dalam kes UMNO ini parti itu telah hilang keyakinan dari rakyat dan sedang berada di dalam krisis keyakinan yang amat parah. UMNO semakin dalam masalahnya dan sukar untuk memperbetulkannya. Kesalahannya ialah kerana terlalu lalai dan tidak mahu membetulkan keadaan semasa masalah belum sampai ke tahap ini. Dr Mahathir telah membiarkan pemimpin-pemimpin yang tidak bertanggungjawab berada di persada kepimpinan sehinggakan sekarang ini UMNO sarat dengan pimpinan seperti itu. Semasa Dr Mahathir meletakkan jawatan UMNO sudah tersedia dengan masalah besar yang menunggu masa sahaja akan meletup. Perletakan jawatan Dr Mahathir sememangnya tepat pada masanya kerana jika Dr Mahathir mengambil masa yang lebih sedikit sebelum bersara beliau sendiri akan melalui zaman malap ini. Abdullah Badawi mengambil tempat Dr Mahathir semasa UMNO sudah bersedia untuk menghadapi masalah besar, tetapi beliau cepat-cepat mengadakan pilihanraya sebelum tembelang busuk UMNO itu pecah dan merebak. Abdullah mendapat mandat yang tinggi kerana rakyat telah mendapat situasi yang berlainan yang di tunggu-tunggu oleh rakyat. Maka rakyat buat sementara telah memberikan sokongan terhadap kepimpinan beliau (Abdullah) kerana selama ini mereka (rakyat) sedang mengharapkan perbezaan dengan kepimpinan Mahathir sebelumnya. Tetapi Abdullah mengambil sokongan rakyat itu sebagi sokongan yang 'legitimate' tanpa menyedari rakyat menyokong beliau itu kerana rakyat mengambil sikap sokong sesiapa sahaja asalkan bukan lagi Dr Mahathir yang telah duduk di kerusi PM itu selama 22 tahun. Rakyat mahukan berbezaan maka sesiapa sahaja yang menggantikan Dr Mahathir akan di sokong rakyat ramai. Abdullah adalah seorang yang lembut, tetapi dalam kelembutan beliau, Abdullah adalah seorang yang degil dan tidak mudah mendengar nasihat orang termasuk dari Dr Mahathir Mohamad sendiri. Justeru dari saat itulah Abdullah menghadapi masalah kerana Dr Mahathir tidak gemar dengan beliau kerana tidak mahu mengikut telunjuknya. Abdullah berpendapat kalau berikan kepada beliau jawatan PM itu, maka jadikan beliau jadi PM yang sebenarnya tanpa gangguan sesiapa termasuk Dr Mahathir sendiri. Dr Mahathir terasa terganggu dan kecewa kerana Abdullah tidak mahu mendengar kata beliau (Mahathir). Rupa-rupa, seperti yang dijangkakan Dr Mahathir mahukan Abdullah menggantikan beliau kerana menyangkakan Abdullah akan berterima kasih dan mendengar kata-kata beliau. Dr Mahathir mahu menjadi 'PM de facto' dan Abdullah hanya untuk beliau jadikan 'puppet Prime Minister' sahaja. Tetapi keengganan Abdullah tunduk terhadap tekanan Dr Mahathir itu beliau terus menjadi mangsa cemuhan Dr Mahathir dan kemarahan serta kekecewaan Dr Mahathir itu tidak dapat di kawalnya lagi. Dr Mahathir bertindak keluar dari UMNO sebelum pilihanraya 2008 sebagai tanda protes beliau terhadap Abdullah yang beliau (Mahathir) anggap sebagai degil itu. Dr Mahathir telah meminta rakyat mengundi calon, bukannya mengundi parti dalam pilihanraya itu. Kalau kita nilai sehalus-halusnya Dr Mahathir ini adalah seorang yang 'domineering' sifatnya dan beliau sanggup menjahanamkan partinya jika partinya tidak mahu mengikut telunjuk dan kemahuan beliau. Beliau memendam rasa dendam yang tinggi terhadap Abdullah dan mahu melihat Abdullah meninggalkan kerusi PM itu secepat yang mungkin untuk diganti dengan seorang yang lebih berkompromi dengan beliau (Mahathir). Akhirnya Abdullah terpaksa meletakkan jawatan setelah banyak pihak yang di perguna oleh Dr Mahathir untuk mendesak Abdullah meletakkan jawatan dan di antaranya ialah Muhyiddin Yassin yang merupakan Naib Presiden UMNO semasa itu. Muhyiddin menjadi juara dalam usaha mengenepikan Abdullah kerana beliau ingin mengambil kesempatan untuk menaikki tangga dan kerusi PM itu secepat yang mungkin.. Muhyiddin mendesak Abdullah meletakkan jawatan dengan alasan yang sahih dan boleh di terima, iaitu pilihanraya 2008 itu telah meletakkan UMNO sebagai parti dihujung tanduk dan hampir terlepas kuasa di Putrajaya. Muhyiddin mahu naik dan terus sahaja menonjolkan Najib yang ketika itu adalah Timbalan Presiden UMNO. Mahathir tahu jika di tonjolkan Najib sebagai pengganti, Najib akan mudah di ketepikan kerana Najib mempunyai terlalu banyak masalah peribadi dan isu terhadap beliau yang terlalu banyak. Mahathir tahu Najib boleh diketepikan dengan cepat untuk meletakkan Muhyuddin menjadi PM akhirnya. Kepada Mahathir, Najib hanyalah PM sementara sahaja bagi memudahkan Muhyuddin naik menjadi PM. Najib pula tidak mempunyai tulang belakang yang kuat dan sementara menunggu kenaikkan Muhyuddin ini Mahathir telah menggunakan kesempatan untuk mendapatkan semua yang beliau hajati yang beliau tidak dapat semasa Abdullah Badawi menjadi PM dahulu. Sekarang Dr Mahathir telah mendapat banyak habuan melalui peluang perniagaan untuk anak-anak dan keluarga serta kroni-kroni beliau. Fakta ini boleh dilihat dengan jelas dan tidak payah di ulang-ulang lagi. Yang terpentingnya Dr Mahathir berjaya mendapatkan kehendak peribadi beliau kerana Najib terpaksa berkompromi kerana Najib adalah seorang yang politiknya seperti resmi air, 'di mana lekok di situ dia berhenti'. Sekarang ini Dr Mahathir tidak payah lagi keluar UMNO untuk menyampaikan hajat beliau seperti yang beliau lakukan semasa Abdullah menjadi Perdana Menteri dahulu. Asalkan sahaja Perdana Menteri sekarang mendengar kata-katanya beliau sudah berpuas hati. Bagi beliau, Mahathir tidak kisah jika kerajaan itu rasuah atau tidak. Terpenting bagi beliau ialah untuk mendapatkan semua yang dihajati beliau termasuk untuk memastikan Mukhriz, anak bongsu beliau, naik dan naik ke tahap yang tertinggi dalam kerajaan negara kita di samping memberikan peluang yang luas untuk anak-anak beliau berniaga. Mahathir sekarang memberikan sokongan terhadap Najib dan tidak akan keluar UMNO lagi. Mahathir berpolitik hanya untuk kepentingan beliau sahaja dan beliau sanggup meninggalkan parti semata-mata untuk mendapatkan kehendak hati beliau di penuhi. Mahathir hanya mahu semua rakyat dengar cakap beliau dan meminta pimpinan Bahagian bersumpah tidak akan mensabotaj partinya lagi seperti apa yang beliau sendiri pernah lakukan dahulu. Bagi Dr Mahathir, hanya beliau berhak untuk mensabotaj parti, orang lain tidak boleh. Kini Dr Mahathir benar-benar menyokong UMNO kerana beliau dalam keadaan selesa. Yang terpenting bagi beliau orang Melayu mesti menyokong UMNO kerana sokongan terhadap UMNO itu sekarang memberikan keuntungan peribadi kepada beliau. Orang bawah-bawahan hanya diperguna untuk dijadikan landasan untuk mereka-mereka yang memimpin dan berpuas hati dengan bantuan BRIM dan bantuan untuk kanak-kanak sekolah sebanyak seratus ringgit itu. Pegawai dan kakitangan awam diberikan sebulan setengah bonus untuk memastikan UMNO kekal. Kekal UMNO maka dapatlah mereka itu mengekalkan budaya merompak serta menyamun Perbendaharaan Negara. Bagi orang bawahan dan rakyat biasa, Najib dan kepimpinan mahukan rakyat mendapatkan kuah sahaja. Isu dan daging pejal-pejal itu hanya untuk pemimpin mereka sahaja. Kata saya dahulu, orang ramai masih ada yang tertipu dan berpuas hati dengan bantuan BRIM sahaja. Mungkin mereka berkata di dalam hati, 'tak apalah, tak dapat lauk pun tidak mengapa, dapat kuah pun jadilah. Kuah kari daging pun rasa daging juga. Cukuplah..' Sumber: http://aspanaliasnet.blogspot.com/ |
| Azmin Ali: UMNO Langsung Tidak Bicarakan Soal Masa Depan Orang Melayu Posted: 04 Dec 2012 11:14 PM PST |
| Anwar Ibrahim: Jangan Ingat Kita Penakut Posted: 04 Dec 2012 11:08 PM PST |
| You are subscribed to email updates from MOH...KITE LAWAN YEOP!!! To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
| Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 | |
Suara Sri Andalas |
| Dr Xavier : Tiada Kubur Hindu Ditukar Kepada Perkuburan Islam Posted: 04 Dec 2012 01:45 AM PST SHAH ALAM 4 DIS : Dr Xavier Jayakumar menafikan dakwaan Persatuan Pengurusan Perkuburan dan Kebajikan Kaum India Malaysia (Mayanam) bahawa kawasan perkuburan Hindu di Mukim Api-Api, Kuala Selangor ditukar kepada kawasan perkuburan Islam. Sebaliknya beliau berkata, kawasan di Lot 13 dengan keluasan 4.98 ekar diwartakan sebagai kawasan perkuburan Hindu dan ia merupakan kawasan baru. Dr Xavier yang juga Exco Kesihatan, Pekerja Ladang, Kemiskinan dan Kerajaan Prihatin itu menjelaskan Pejabat Tanah dan Dearah Kuala Selangor menyatakan kawasan tersebut adalah sebagai ganti kepada kawasan di Lot 14 yang dirizabkan untuk perkuburan Islam. Menurutnya, kenyataan dibuat Mayanam adalah tidak benar dan tidak wujud sebarang unsur penyelewengan mengenainya. "Lot 13 Mukim Api-Api ini adalah tapak cadangan baru bagi menggantikan tapak perkuburan Hindu di Lot 14 kerana ia lebih luas dan sesuai serta dapat menampung keperluan semasa. Lot 13 ini juga merupakan tanah simpanan kuari dengan nombor geran 707/1909 yang diwartakan sebagai tapak perkuburan Hindu yang baru. "Sudah ada kawasan perkuburan, jadi apa dikatakan oleh persatuan itu tidak benar. Pejabat Tanah dan Daerah Kuala Selangor telah wartakan satu kawasan 4.98 ekar untuk orang India," kataya kepada TVSelangor di sini hari ini. Sinar Harian hari ini melaporkan Mayanam memohon keprihatinan Kerajaan Negeri menyediakan kawasan baru menggantikan rizab tanah kubur India yang kini diwartakan sebagai Tanah Perkuburan Islam Teluk Piai. Presidennya, M Raman, 43, berkata, melalui Laporan Inventori Tanah Perkuburan Selangor 2010 yang dipersetujui Mesyuarat Majlis Kerajaan Negeri pada Julai 2011 lalu, Tanah Perkuburan Islam Teluk Piai itu adalah tanah rizab perkuburan Hindu. Dr Xavier berkata, memang ada beberapa kawasan perkuburan diwartakan adalah kawasan asal bagi penanaman kelapa sawit. "Kita dapati ada beberapa keping tanah diwartakan untuk kawasan perkuburan bagi keperluan orang India, Cina dan sebagainya. Bila ia diwartakan, jawatankuasa dipertanggungjawabkan membuat garis panduan untuk pemberian tanah-tanah ini kepada persatuan-persatuan berkenaan," katanya. Sumber: Selangorku |
| PKR : Tubuh Badan Bebas Siasat Caj Bil Elektrik Tinggi Posted: 04 Dec 2012 01:30 AM PST SHAH ALAM 4 DIS : Kerajaan wajar menubuhkan satu badan bebas bagi menyiasat dakwaan kenaikan caj bil elektrik dikemukakan orang ramai, kata Pengarah komunikasi PKR, Nik Nazmi Nik Ahmad. Kenaikan caj ini berikutan langkah Tenaga Nasional Berhad (TNB) menjalankan penukaran meter analog kepada meter elektronik. Nik Nazmi yang juga Adun Seri Setia berkata, penubuhan badan bebas itu perlu kerana wujud rasa tidak puas hati dan marah di kalangan rakyat yang mesti dipandang serius oleh kerajaan. Menurutnya, bagi kawasan Kelana Jaya sahaja, PKR menerima 22 aduan daripada orang ramai yang mendakwa kenaikan caj bil elektrik antara 20 hingga 50 peratus. "Program penggantian meter ini sebenarnya suatu komitmen kewangan yang cukup besar oleh TNB dan beban kewangan tambahan kepada pengguna boleh mencapai berbilion-bilion ringgit. "Kajian kami menunjukkan buat masa ini ada 8.03 juta pengguna TNB di Malaysia. Kami menganggarkan harga purata meter elektronik baru adalah RM250 setiap unit. Justeru program penggantian ini berpotensi mencapai sehingga RM 2 bilion (8.03 juta unit x RM250)," katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini. Nik Nazmi berkata, penjelasan Menteri Tenaga, Teknologi Hijau dan Air, Datuk Seri Peter Chin Fah Kui bahawa sebarang kenaikan penggunaan elektrik selepas penggantian meter adalah berikutan bacaan yang lebih baik dan tepat daripada meter elektronik bukan jawapan memuaskan mengenai potensi saiz beban kewangan yang bakal ditanggung semua pengguna TNB. Tambahnya isu tersebut tidak boleh dipandang kecil kerana ia melibatkan satu jumlah kewangan besar yang terpaksa ditanggung oleh orang ramai sebagai pengguna. Katanya, bagi tahun kewangan 2012 hasil TNB daripada semua pengguna adalah RM34.4 bilion maka jika meter elektronik baru memberi peningkatan konservatif dua peratus di dalam semua bil elektrik, beban tambahan ke atas pengguna adalah sebanyak RM688 juta setiap tahun. "Memandangkan meter elektronik baru ini mempunyai jangka hayat selama 10 tahun, pengguna akan akhirnya membayar RM6.88 bilion lebih kepada TNB untuk tempoh tersebut. "Justeru PKR berharap kerajaan lebih bertanggungjawab dan telus dalam perkara ini dan rakyat berhak mendapat maklumat lanjut mengenai program penggantian meter elektronik baru oleh TNB," katanya. Beliau menjelaskan berdasarkan kajian menunjukkan TNB mempunyai lima pembekal dengan salah satunya, Malaysian Intelligence Meters Sdn Bhd dimiliki sebahagian oleh keluarga bekas Perdana Menteri, Tun Abdullah Ahmad Badawi manakala harga purata meter elektronik satu dan tiga fasa ialah RM250 setiap satu. "Adakah tender perbekalan dibuat secara tender terbuka atau runding terus? Butir-butir penuh dan telus seharusnya diberikan oleh TNB," katanya lagi. Sumber: Selangorku |
| PKR: Siasatan Untuk Halang Himpunan Minggu Depan Posted: 04 Dec 2012 01:10 AM PST Naib presiden PKR N Surendran mendakwa siasatan polis ke atasnya hari ini merupakan tekanan bagi menghalang satu perhimpunan yang dirancang pada minggu depan di ibu pejabat Jabatan Pendaftaran Negara Putrajaya. Surendran berkata beliau dipanggil untuk siasatan berhubung ucapannya di Brickfields pada 24 November berhubung masyarakat India yang tiada kewarganegaraan dan hak golongan itu untuk mendapatkan MyKad dan sijil kelahiran. "Kami percaya pihak berkuasa cuba menekan, mengganggu dan menakut-nakutkan kami untuk menghalang perhimpunan besar itu. "Perhimpunan itu ada usaha untuk mendapatkan keadilan bagi ratusan rakyat Malaysia yang tiada kerakyatan di negara ini; bukan saja orang Indiia di Malaysia Barat tetapi juga warga Malaysia Timur yang terjejas," katanya. Beliau ditemani peguam yang juga bekas presiden Majlis Peguam S Ambiga serta pengarah biro guaman PKR Latheefa Koya di balai polis Travers hari ini. Ambiga mendakwa isu berkenaan tidak harus dipandang ringan dan sepatutnya menjadi tumpuan utama kerajaan. "Sepanjang pengetahuan saya, sepatutnya tidak ada warga Malaysia yang tiada kerakyatan," katanya kepada pemberita. Latheefa, dalam pada itu berkata, MP Kapar M Manikavasagam turut disiasat polis dua hari lalu dan beliau percaya tekanan itu akan berlarutan. Sumber: Malaysiakini |
| SYABAS Perlu Atasi Tekanan Air Rendah Elak Kebakaran Berulang Posted: 04 Dec 2012 01:00 AM PST PETALING JAYA, 4 DIS : Syarikat Bekalan Air Selangor(Syabas) digesa segera melakukan kerja-kerja penyelenggaraan paip selain memantau kualiti tekanan air secara berkala. Tindakan ini perlu bagi mengelakkan trajedi kebakaran yang memusnahkan dua buah rumah di Jaln 1/4, Old Town akibat tekanan air yang rendah. Pegawai Khas Pusat Khidmat Rakyat DUN Bukit Gasing, Kasthuri Patto berkata, kebakaran yang berlaku kira-kira pukul 10.30 pagi i Disember lalu itu memaksa pihak bomba menggunakan bekalan air daripada trak kedua yang bergegas ke tempat kejadian ekoran tekanan air dari pili berhampiran terlalu rendah. Bagaimanapun katanya, kebakaran itu berjaya dikawal sepenuhnya oleh pihak bomba, namun punca kejadian masih belum dikenalpasti. Dalam kejadian itu seramai 28 orang kehilangan tempat tinggal. Atas dasar prihatin, Pejabat Adun Bukit Gasing memberi sumbangan sejumlah RM3,000 untuk setiap rumah yang musnah dalam kebakaran itu. "Kita juga akan terus membantu mereka dengan pelbagai cara lain bagi meringankan beban yang terpaksa ditanggung setelah berhadapan pengamalan trauma seperti ini," katanya dalam satu kenyataan media. Pihaknya juga akan menghantar surat rasmi kepada Syabas sebagai peringatan untuk memastikan tekanan air kerap diperiksa terutama di Petaling Jaya seluruh negeri dengan segera. "Syabas adalah badan yang bertanggungjawab membekalkan air kepada pengguna di negeri Selangor. Sesungguhnya pengekalan tekanan air termaktub di bawah bidang kuasa mereka juga. Adakah Syabas memungkiri janji mereka untuk membekalkan air bersih dan berkualiti kepada pengguna? "Saya sarankan pihak Syabas perlu menyemak keadaan paip air mereka dan membuat penyelenggaraan berkala bagi memastikan pengguna tidak berhadapan keadaan sebegini lagi," katanya lagi. Sumber: Selangorku |
| Kerajaan Negeri Tubuhkan Skuad Kecemasan Sedia Hadapi Banjir Posted: 03 Dec 2012 01:00 AM PST SHAH ALAM, 3 DIS: Bagi membantu orang ramai berhadapan kejadian banjir, Kerajaan Negeri mewujudkan Skuad Kecemasan yang diselia oleh pejabat-pejabat daerah di semua kawasan Negeri Selangor. Exco Kesihatan, Pekerja Ladang, Kemiskinan dan Kerajaan prihatin, Dr Xavier Jayakumar ketika dihubungi TV Selangor menasihati orang ramai agar segera menghubungi bilik kecemasan skuad itu yang akan dibuka 24 jam di pejabat daerah masing-masing. "Bagaimanapun, pada masa ini orang ramai boleh hubungi talian hot line Pejabat Daerah dahulu untuk memaklumkan kejadian banjir. Selain itu beliau turut berkata bahawa Exco Kerajaan Negeri juga menyediakan dana untuk disalurkan kepada agensi yang terlibat dengan gerakan membantu mangsa banjir itu. "Ia bukan disalurkan kepada mangsa banjir, tetapi untuk menggerakkan operasi bantuan kecemasan kepada mangsa banjir ketika air naik. "Bantuan untuk mangsa banjir diputuskan selepas itu apabila Kerajaan Negeri bermesyuarat. Yang penting selamatkan mangsa dahulu," ujar beliau lagi. Sebelum ini telah dilaporkan bahawa Kerajaan Negeri sudah bersiap sedia untuk menghadapi kejadian banjir di Selangor pada musim hujan yang bakal berlanjutan hingga ke Mac tahun depan. Pada pertengahan bulan November lalu, seramai 1,217 individu daripada kawasan Kuala Langat, Sepang dan Kuala Selangor terpaksa dipindahkan akibat banjir. Sumber: Selangorku |
| You are subscribed to email updates from Suara Sri Andalas To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
| Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 | |
R Sivarasa - Ahli Parlimen Subang |
| Posted: 04 Dec 2012 10:14 PM PST |
| You are subscribed to email updates from R Sivarasa - Ahli Parlimen Subang To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
| Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 | |
Haniza Talha - Landscaping New Politics |
| Wanita Keadilan Selangor kecam kenyataan seksis ADUN Btg Kali Posted: 03 Dec 2012 10:07 PM PST
KENYATAAN AKHBAR (29 NOVEMBER 2012) "WANITA KEADILAN SELANGOR MENGECAM KENYATAAN BERBAUR LUCAH ADUN BATANG KALI DALAM SIDANG DUN SELANGOR"
Pada sidang DUN Selangor ke-12, kali ketiga penggal kelima, Ahli Dewan Negeri (ADUN) Batang Kali, Yang Berhormat Datuk Mohd Isa bin Kassim telah mengeluarkan kata-kata yang berbaur lucah dan seksis. Ketika beliau mencelah untuk mendapatkan penjelasan sesi penggulungan pihak kerajaan oleh Pengerusi Jawatankuasa Tetap Pelancongan, Hal Ehwal Pengguna dan Alam Sekitar Yang Berhormat Elizabeth Wong tentang isu Hutan Simpan Templer.
Beliau yang mengungkapkan kata-kata, "jangan sampai lupa jaga hutan kita sendiri" mengukir senyum sinis sebelum duduk semula, jelas menunjukkan bahawa niat beliau bukan untuk bertanyakan soalan, tetapi lebih kepada mahu menyampaikan mesej berbaur lucah tersebut. Ayat yang diungkapkan juga berbaur seksis dan sungguh memalukan dan menghina kaum wanita.
Komen-komen seksis ADUN Batang Kali menggambarkan tahap akhlak beliau yang tidak menghormati wanita dan jiwa yang rendah. Kami juga ingin menasihatkan agar beliau segera sedar bahawa ungkapan beliau itu jelas menggambarkan sikap biadab wakil rakyat dari UMNO khasnya dan BN amnya, memandangkan ini bukan kali pertama berlaku dalam Dewan yang Mulia.
Wanita Keadilan Selangor mengecam perlakuan ADUN Batang Kali dan menggesa beliau memohon maaf di dalam Dewan Negeri Selangor dan secara terbuka kepada Yang Berhormat Elizabeth Wong khususnya dan wanita amnya.
Kami menyeru kepada semua wanita terutama sekali di Batang Kali agar menolak wakil rakyat yang memandang rendah terhadap wanita dan merasa tidak bersalah mengeluarkan kata-kata lucah serta menjadikannya sebagai bahan jenaka. Akhir sekali, kami menggesa agar tindakan tegas diambil ke atas Yang Berhormat Mohd Isa bin Kassim dan selepas ini mana-mana kenyataan seksis yang bertujuan meremehkan serta merendahkan wanita, perlu dikecam, sebagai tindakan pencegahan. Wanita Keadilan juga mengesyorkan penekanan terhadap falsafah Hormat Wanita perlu dipertegaskan. Selain itu,.wakil-wakil rakyat dan individu-individu yang berada di peringkat membuat keputusan melalui kursus latihan Peka Gender supaya dapat memahami bagaimana kesan kata-kata mereka terhadap orang lain khususnya wanita seterusnya berhati-hati dalam mengeluarkan kata-kata terhadap mana-mana wanita.
Wanita Berdaya Harapan Negara
HANIZA TALHA Ketua Wanita Selangor Parti Keadilan Rakyat juga ADUN Taman Medan 29 NOVEMBER 2011
|
| You are subscribed to email updates from Haniza Talha - Landscaping New Politics To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
| Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 | |
Anwar Ibrahim |
| Terkini – Gambar-Gambar Lelaki Ditikam Samseng Umno Dalam Jelajah Merdeka Rakyat Gombak Posted: 04 Dec 2012 08:22 AM PST Dari Blog Sharpshooter Rakyat wajib ajar dan tolak budaya samseng puak-puak umporno dan b-end pada PRU 13 akan datang. Mereka ibarat lembu yang akan disembelih….Batu sebesar ini dilemparkan oleh samseng umporno… Puak-puak upahan/samseng umporno/b-end datang membuat kacau dengan membaling batu dan objek keras ke atas orang ramai di tapak ceramah merdeka rakyat di gombak! seorang pendengar ceramah telah ditikam di bahu beliau!
| ||||||
| Posted: 04 Dec 2012 08:06 AM PST 6 Disember 2012 (Khamis) – Kedah 1) 5.00 ptg – Dewan Karturaja, Paya Besar (DUN – Lunas, P- Padang Serai) 2) 7.00 mlm – Solat & Tazkirah Maghrib 3) 8.30 – 12.00 mlm – Ceramah Perdana (P- Kulim Bandar Baharu) 4) 9.00-12.00 mlm – Ceramah Perdana Merdeka Rakyat (P-Padang Serai) 5) Barisan Penceramah: 7 Disember 2012 (Jumaat) – Perlis & Kedah 1) 2.00 ptg – Majlis Kesyukuran & Jamuan Makan (DUN Chuping) 2) 4.00 ptg – Ceramah di Pusat Khidmat Kor Chu Liang, Repoh, Kangar 3) 8.00 mlm – Ceramah -Bilik Gerakan PKR DUN Pedu, Pekan Naka, Kedah 4) 8.30 – 12.00 mlm – HIMPUNAN KEBANGKITAN RAKYAT KEDAH Lokasi: Stadium Sultan Abdul Halim, Jalan Suka Menanti, 5) Barisan Pemidato: i. YB Dato' Seri Anwar Ibrahim | ||||||
| Posted: 04 Dec 2012 01:34 AM PST Dari JalanTelawi.com Oleh Hasmi Hashim Adapun gagasan pencerahan itu, buah fikir serta segala cita-cita pembaharuan yang tersandar kepadanya, sudah terasa berbenih sejak sebelum kemerdekaan Tanah Melayu lagi. Hanya, dalam setiap zaman, cita-cita berkenaan perlu diberi bahasa baharu di atas penelitian persoalan-persoalan semasa yang tentu sahaja sudah banyak beza dengan zaman-zaman sebelumnya. Dan, tidaklah dapat ditemukan tapak persoalan sama berhubung soal tatanegara seandainya tidak diperakui bahawa politik dan kekuasaan perlu akhirnya bermatlamat membangun tamadun. Politik bukan cuma soal jadi penguasa dan pemerintah. Huraian mengenainya telah berkali-kali saya nyatakan sebelum sampai ke forum ini sekalipun. Terbaharu adalah dengan tajuk "Mencari Kili Suci" yang terbit dalam portalJalantelawi.com; bahawa begitu dalam banyak kes, batu penghalang kepada tujuan mengeluarkan manusia daripada "ketidakmatangan yang ditanggungnya sendiri" adalah datangnya daripada agamawan, institusi agama, yang keduanya telah bersekongkol dengan kekuasaan yang korup.[1] Sepanjang sejarah dunia ini, tidakkah telah menyaksikan banyak raja-raja dan penguasa yang tak berguna, yang kemudiannya hanya meruntuhkan tamadun bangsa sendiri? Sementara seperti ungkapan seorang penulis di Era Pencerahan Eropah, Diderot berkata "filasuf mengkritik keras paderi, begitu juga sebaliknya. Namun filasuf tidak pernah membunuh seorang paderi pun tetapi paderi telah membunuh ramai filasuf". Ibnu Khaldun, di dalam Mukadimah menyebutkan, simtom-simtom kehancuran itu berada pada "tahap yang kelima". Apa yang berlaku pada tahap berkenaan ialah pemegang tampuk pemerintahan mula suka berfoya-foya—membelanjakan kekayaan yang telah dikumpul oleh para pendahulunya dengan cara berlebih-lebihan untuk golongan bangsawan. Dia juga mengambil orang bawahannya yang berwatak jahat untuk melakukan tugas-tugas penting. Sementara sifat orang-orang yang diambil bekerja itu tidak mengetahui apa yang perlu dilakukannya.[2] Demikian, secara keseluruhan Mukadimah oleh Ibnu Khaldun tidak lain adalah huraian panjang lebar akan keperluan dan cabaran kalamana kekuasaan-politik dilihat sebagai alat membangun tamadun. Tanpa kesedaran sesederhana itu, maka perebutan jawatan tak lain hanyalah perihal politik sempit peribadi-peribadi. Politik jenis ini akan hanya ibarat kata petuah, si kudung dapat cincin; tidak dia tahu untuk apa cincin kerana dia kudung; dan tak berguna pula kuasa kepadanya selain hanya untuk bermegah-megah. Lantas apabila disebut akan istilah "Pencerahan", maka paling tinggi sekalipun akan dikaitkan dengan Zaman Enlightenment di Eropah yang tercetus abad delapan-belas. Begitu pula ada orang-orang yang malas, lemah atau tak cermat berfikir pernah mengaitkan slogan "Reformasi" dengan gerakan Protestant Reformation di dalam agama Kristian sepertimana yang dibawa Martin Luther pada abad ke-16. Semua ini adalah tafsiran buram. Kerajaan Pulau Pinang [sama seperti kerajaan negeri Selangor, Kedah dan Kelantan] bolehlah ditandakan sebagai "Kerajaan Reformasi". Kerajaan-kerajaan ini adalah Pemerintah yang terbentuk daripada selusur jejak Reformasi 1998"; sama ada aktivisnya, pemimpin pelbagai peringkat; bahkan persoalan dan dasar yang dibawa tak lain adalah terkepal sebermula peristiwa "September 1998". Demikian, selepas empat tahun berdirinya kerajaan-kerajaan empat negeri itu, maka elok juga diukur sejauh mana pembesar-pembesarnya betul-betul faham apa arti dan tujuan-tujuan reformasi, pembaharuan atauislah (?) yang nampaknya tak difahami dan gagal dirungkai oleh rejim sebelum mereka. Jalan pintas yang dilakukan oleh pewaris rejim itu ialah melabel-semula dengan bungkusan baru seperti penggunaan istilah "tranformasi" yang tipis pengertian. Sering ditanya, apakah matlamat agung politik-perubahan yang hendak dibawa? Atau yang mahu dijanjikan hanyalah selingkar pemberian air percuma, penghapusan saman letak kereta, cikgu sekolah tadika naik gaji dan seumpama-seumpama itu? Kalau hanya seumpama itu, maka bukanlah sesuatu yang boleh dipandang jelek atau perlu ditentang kalau lawan politik Pakatan Rakyat memberikan wang langsung RM500 sepertimana dalam program Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M) menjelang pilihanraya umum. Arakian perlu terus dipertanyakan tanpa jemu kepada para pemimpin politik, apakah sebenarnya yang dilawan; soalan yang hanya dalam nada lain kepada maksud, apa itu Reformasi? Seiringan itu, maka pencerahan pasti akan segera naik panggung.
AKTIF DAN PROGRESIF Perspektif agama yang diketengah Syed Sheikh Al-Hadi (1867-1934) adalah Islam yang mampu menjadikan seawal-awalnya masyarakat Muslim yang progresif serta maju. Kekuatan asas yang tercecer kalangan masyarakat Muslim adalah kekuatan akal dan daya fikir. Lantas, tidak hairanlah mengapa akhirnya Muslim tidak punya daya hidup nan kental. Semakin hari semakin merela diri jadi keliru dan melemah. Sepertimana juga Ibnu Khaldun yang mengingat dan meletakkan peranan dan kemuliaan manusia (berbanding binatang) tidak lain adalah disebabkan Tuhan telah mengurnia manusia dengan akal ("ra'y"). Allah, jelas Ibnu Khaldun, membezakan manusia daripada makhluk-makhluk lainnya dengan keupayaan untuk dijadikan sejak awal-awal lagi suatu kesempuranaan dan sehabis mulia dan berdarjat daripada makhluk-makhluk yang ada.[3] Kongkongan terhadap akal adalah penjajahan tingkat pertama. Buku Syed Sheikh yang popular yang turut cuba membicarakan hal ini adalah "Ugama Islam dan Akal", yang edisi baru dicetak pada 1965.[4] Akal-dengan-Tuhan, kepada Syed Sheikh bukan subjek yang terpisah. Hujahnya: "Apa, dapat-kah lari lagi 'akal yang menuntut kebenaran, daripada mengaku bahawa sa-benar2-nya ada Tuhan yang sangat2 berkuasa atas tiap2 suatu dengan sebab ada segala tanda2 kuderat-kuasa-Nya itu di-pandang dan dapat di-rasa serta dapat di-perhati dengan mata kepala dan mata hati yang menggunakan 'akal."[5] Seruan itu tentu sahaja pada ketika ini bagi sesiapa yang pernah membaca makalah ringkas filasuf Jerman, Immanual Kant (1724-1804), "Was ist Aufklärung?" akan tahu sejajaran pandangan Kant dengan Syed Sheikh. Tulis Kant bahawa ketidakmatangan seseorang manusia bukanlah disebabkan kurangnya kefahaman, tetapi kurangnya azam untuk menggunakannya (kefahaman itu) tanpa panduan orang lain. Seruannya adalah "Sapere Aude" demi beranilah menggunakan kefahaman sendiri.[6] Ya! Kant tidak hanya terhenti di situ. Dia di dalam karangan sama segera memashyurkan bahawa "zaman ini," kata Kant, "iaitu abad Friederich, adalah Zaman Pencerahan".[7] Entah apa sialnya, dalam zaman mana sekalipun, golongan yang menyeru dan bertindak atas kecerdasan akal (pencerahan) akan disisih atau paling tidak dicemuh dengan macam-macam tuduhan liar. Mereka ditindas. Ada yang dibunuh. Misalnya bukan hanya berlaku kepada Syed Sheikh dan lingkungan beliau yang berkongsi kesedaran sama, tetapi juga pernah menimpa ke atas filasuf di dalam pemerintahan Andalusia, iaitu Ibnu Rushd (nama penuhnya Abu Walid Muhammad Ibnu Ahmad: 1126-1198). Ibnu Rushd dalam garis hayatnya telah bergelumang dengan cabaran seumpama demi membuktikan bahawa akal-sedar sama sekali tidak selamanya berlawanan dengan agama. Dalam kata mudah, falsafah tidak bertentangan dengan syariah. Sepintas lalu, Ibnu Rushd menyeru, termasuk di dalam perkara-perkara agama serta ayat-ayat Quran seharusnya dapat dihujahkan dengan hujah yang dapat didatangkan pembuktian-pembuktian (empirical argument). Jalan pemikiran itu juga sering disebut sebagai "falsafah". Adapun sekali peringatan Ibnu Rushd bahawa menghalang orang menggunakan akal untuk mencapai kebenaran tidak lain umpama menghalang orang yang dahaga meminum air yang dingin dan lazat sehingga menyebabkan seseorang itu mati [akibat dahaga] semata-mata kerana [barangkali sebelumnya] ada seseorang yang tercekik air.[8] Mati terbukun air adalah kebetulan; mati kerana dahaga adalah pasti. Meski pembelaan terhadap akal-sihat dan waras telah sampai ke satu paras ke kemuncak, tapi yang tetap terjadi di gelanggang kekuasaan dan di perut masyarakat tetap sahaja merupakan helah mahupun serangan peribadi. Ketika mula-mula Syed Sheikh memimpin sidang pengarang Al-Imam di Singapura selama empat tahun sebermula 1906, sehinggalah penerbitan majalah bulanan Al-Ikhwan di Pulau Pinang pada 1926; dua tahun selepas itu, dia menerbitkan pula surat khabar dua kali seminggu, Saudara. Keghairahan Syed Sheikh untuk berkali-kali menerbitkan majalah di awal abad 20 lalu boleh sahaja dianggap sebagai kesedaran baru dan progresif pada ketika itu. Terbukti 'sasaran serangan' Syed Sheikh menjurus kepada "Ketua-ketua Agama". Dalam satu karangan panjangnya di dalam Al-Ikhwan keluaran ke-3 (16 November 1930: muka surat 65-75), dengan tajuk "Bukan Sa-kali-kali Agama Islam ini Sebab bagi Kejatuhan Kaum Islam tetapi Hanya-lah sebab Angkara Ketua-ketua Agama" menegaskan kebodohan jualah yang menyebabkan runtuhnya sesuatu pemerintahan Muslim. Antara hujah Syed Sheikh yang sudah diterjemah dalam buku berbahasa Inggeris, "The Real Cry of Syed Shaykh Al-Hadi" begini: "So Wrapped in ignorance and stupidity and so covered by continual darkness are their minds that they have lost all ability to understand the true calling sublime religion."[9] Golongan yang dimaksudkan Syed Sheikh dalam kenyataan di atas ialah penguasa Muslim di Mesir di bawah pemerintahan Abbasiyah yang runtuh apabila diserbu dan diserang oleh bangsa Monggol [atau disebut juga sebagai "Tartar"] pada 1258. Dapatlah kita faham akan pesan yang mahu dititipkan Syed Sheikh mengenai kelemahan dan gelap akal sehingga sebuah kerajaan yang bagaimana besar pun dapat ditumpaskan. Serangan Syed Sheikh kepada golongan "ulamak" juga sangat jelas dan keras di dalam tulisan lain, yang bertajuk "Perchayakan Ulamã': Pertelingkahan di-antara kaum Tua dengan Kaum Muda" yang juga terbit di dalam majalah al-Ikhwan pada 1929. Tunjulan Syed Sheikh bahawa ulamak sendiri bukanlah "maksum" dan pasti betul. "It is for this reason that Kaum Muda contends that not all words uttered by the 'ulamã' are necessarily true and should be accepted as we accept what is written in the Qur'ãn!"[10] Menurut seorang lagi penulis dalam buku yang sama, Linda Tan, sedari awal-awal lagi penerbitan Al-Imam, sepertimana yang menjadi salah satu judul karangan Syed Syeikh, iaitu dia berkehendak di dalam cita-citanya untuk "Menuntut Ketinggian akan Anak-anak Negeri".[11] Sifat paradok kaum tradisionalis, "Kaum Tua" atau pernah juga disebut sebagai "lebai pondok" yang "memakai ketayap" yang sering 'bersenang-senang' dengan kefahaman tradisi, cuba dijolok apabila membawa kenyataan sekiranya benar golongan itu telah menggunakan akal-fikirnya, mengapakah diizinkan orang lain yang memerintah, menjadi penguasa di tanahair tercinta ini?[12] Banyak sekali tulisan-tulisan yang disiar melalui media cukup menampar dan memberi kesan khasnya kepada penguasa dan agamawan yang berada dalam lingkaran kekuasaan. Sebenarnya jolokan "Kaum Muda" adalah kata yang awalnya merupakan kata ejek kepada golongan pembaharuan, walaupun ketika di Singapura, mereka terlebih dahulu dikenali, misalnya sebagai "Kaum Al-Manar".[13] Sebagai perbandingan, mungkin keadaan hampir serupa juga berlaku di Indonesia ketika kelompok seniman dan budayawan yang menulis dan menyokong "Manifesto Kebudayaan" (terbit pada 1963 dan dicetuskan oleh Wiratmo Soekito) telah diejek-ejek dengan gelar "Manikebu" oleh kelompok lawan mereka yang berada di dalam Lembaga Kebudayaan Rakyat (Lekra). Begitu jolokan berkenaan telah kekal sehingga hari ini sebagai sesuatu yang tidak lagi bernada ejekan, apatah lagi bermaksud buruk. Kepada William R. Roff, iaitu daripada pengamatannya terhadap "Golongan Al-Manar" atau "Kaum Muda", beliau merumuskan bahawa yang menjadi perkara utama dan prinsip-prinsip "Kaum Muda" ialah pandangan yang manusia haruslah menggunakan akal untuk menentukan kebenaran dalam agama. Fungsi akal-sihat bagaimana pun tidak terbatas kepada persoalan agama sahaja, tetapi meliputi hal-hal lain serta harus tegas di dalam menolak sifat "karut penerimaan membuta tuli kekuasaan perantara."[14] Kesempurnaan Islam bagi Kaum muda, tambah William, bukan matlamat akhir. Hal itu tidak lebih sebagai alat bagi menggerakkan dan mengarahkan perubahan sosial dan ekonomi untuk kebaikan masyarakat Melayu. Sepertimana juga hari ini, persaingan antara media, majalah dan surat-surat khabar bukan hanya persaingan perniagaan. Hampir setiap parti politik mempunyai surat khabarnya sendiri, atau syarikat-syarikat media yang dipegang bahagian besar sahamnya oleh parti politik. Jumlah surat khabar yang banyak itu, sama sekali tidak menunjukkan bahawa wujudnya demokrasi, atau paling tidak wujudnya kebebasan media. Jauh lagi untuk dibicarakan soal etika dan kualiti media yang sedia ada. Daripada pengalaman pertembungan "Kaum Muda" lawan "Kaum Tua", sepertimana yang dirasai oleh orang-orang segenerasi Syed Sheikh, maka "Kaum Tua" pun menerbitkan majalahnya sendiri sebagai aksi balas dan mahu menyebarkan juga fahaman-fahaman mereka. Melalui Majlis Agama dan Adat-istihadar Melayu Kelantan, maka diterbitkan Pengasuh(1918-37) beredisi dua kali sebulan. Edaran majalah itu tidak hanya di Kelantan sahaja, tetapi ke negeri-negeri lain di Semenanjung. Bahkan untuk mengawal pengaruh dan orang-orang "Kaum Muda", maka di Kelantan diwujudkan satu undang-undang untuk mengawal sesiapa yang mahu mengajar atau memberi kuliah di majlis-masjid mahupun di tempat awam. Di bawah peraturan undang-undang Agama Islam tahun 1904, sudah wujud undang-undang yang melarang sesiapa "kecuali dalam rumahnya sendiri, dan di depan anggota keluarganya sahaja, mengajar sebarang ajaran agama melainkan dia terlebih dahulu mendapat izin bertulis berbuat demikian dari Duli Yang Maha Mulia Sultan".[15] Lalu, tidaklah terlalu sukar untuk kita mengerti bagaimana sistem kawalan itu dilakukan sehingga ke hari ini.
PENGUASA GELAP Dalam buku sama, William juga mengutip kembali tulisan Hamka yang mengkritik keras "Kaum Tua". Kali ini sasarannya para mufti—kita juga tahu bahawa Hamka adalah antara sarjana Muslim-Melayu-Sumatera yang tergolong sebagai "Kaum Muda". "Menjadi Mufti dalam keradjaan-keradjaan Melayu itu sangatlah megahnja. Memakai pakaian rasmi dengan pingat, berpisang sesikat di bahu, djubahnya berukir-ukir benang mas, dan serban daripada sutera dan mempunyai motokar sendiri. Rakjat pun sangat takut dan thaat, sisanja dimakan, sepah sirihnja dikunjah. Dan kalau beliau ingin hendak kawin, bismillah!"[16] Bukan cuma hari ini di Malaysia, sejak seawal dasawarsa lalu pun, ketika politik dua kubu itu tercetus, orang politik dan penguasa selalu diam serta gelabah apabila timbul isu-isu yang genting, yang memerlukan daya pengamatan dan berfikir. Mereka seakan-akan lebih gemar membiarkan sahaja. Seakan-akan tidak faham apa perlunya turut serta di dalam perbincangan dan debat terbuka. Tapi, setidak-tidaknya, ke atas Presiden pertama Indonesia, Soekarno bukan kepalang dia menuliskan fikiran-fikiran dan gagasannya kepada sebuah negeri yang bakal lahir. Dia tak pernah takut untuk ikut berpolimik secara terbuka, di dalam surat-surat khabar mahupun majalah. Soekarno aktif untuk turut sama membicarakan soal sejarah, idea-idea daripada serata bangsa, kebudayaan, pemikiran agama dan sebagainya. Mungkin itulah yang membezakan antara dua bangsa serumpun ini dalam sejarah kelahiran dua negeri ini. Meskipun bertentangan di dalam soal pemikiran, termasuk melihat erti bangsa dari jaring-jaring agama, makalah "Pembela Islam" pernah menerbitkan kembali siri tulisan Soekarno yang diberi judul, "Surat-surat dari Endeh". Sementara tulisan Soekarno itu diterbitkan, penulis-penulis dan aktivis di dalam Pembela Islam terus bertanding dan lawan hujah dengan para pengikut Soekarno, atau dipanggil juga sebagai kelompok "Soekarno cs". Apa yang terjadi, kalau pun tidak lebih buruk ialah makalah Pembela Islamjuga tetap yang membela Soekarno ketika Soekarno dibicarakan atau "diadili" di hadapan Landraad Bandung oleh pemerintah kolonial.[17] Selanjutkan, Soekarno yang diketahui sebagai pemimpin besar, mempunyai pengikut bahkan pendukung di kalangan bijak pandai, tetap pula meneliti dan berdebat secara terbuka dengan Natsir, seorang anak Minang yang ke Jakarta untuk belajar dan kemudiannya mengharung cabaran mendirikan sekolah. Perdebatan pemikiran dan cerpik api polimik antara lainnya ialah apabila Natsir cuba menjawab tulisan Soekarno yang begitu mempertahankan Kamal Attatuk di Turki. Saking demikian, Natsir juga segera mengungkapkan bahawa Islam sebagai "ideologi" selepas dihambat kembali oleh karangan balas Soekarno yang antaranya di bawah tajuk-tajuk seperti "Cinta Agama dan Tanah Air", "Rasionalisme dalam Islam" dan "Islam dan Akan Merdeka". [18] Pertembungan sebegini tidak dapat kita ikuti dengan jelas wujudnya di Semenanjung, sama ada sebelum mahupun selepas merdeka. Menurut anak Syed Sheikh, Syed Alwi yang berusaha membetulkan kembali pandangan yang dikutip ramai orang daripada Za'ba yang menyatakan bahawa Syed Sheikh sebagai "anti-British", adalah tidak benar. Cerita Syed Alwi behawa bapanya sering menyatakan akan segala dan pelbagai-bagai keburukan raja, sultan-sultan Melayu, ulamak dan para pemimpin, tetapi tidak pernah menyebutkan tentang keburukan British. Kepada Syed Sheikh, Sultan-sultan Melayulah yang tidak pernah meminta daripada British peluang yang lebih untuk pendidikan anak negeri. Demikian, tak ada gunanya untuk menjadi seorang yang anti-British apabila kebanyakan orang Melayu masih menjadi penanam padi di desa-desa, "lebai", "haji" dan guru-guru yang mengajar Quran juga masih terlalu miskin sehinga mengambil wang daripada anak murid sendiri untuk sara hidup.[19] Daripada sudut itu, maka terlihatlah bahawa tujuan agamawan yang selamanya dikritik "Kaum Muda" tak lain adalah mahukan masyarakat untuk belajar agama bagi membolehkan mereka memperolehi pendapatan… bukan kerana keperluan memajukan masyarakat dengan keupayaan akal sendiri. Sikap Syed Sheikh dalam berhadapan dengan persoalan penjajahan dan Inggeris dikatakan sama seperti pendekatan dan sifat S.A. Khan yang berhadapan dengan pemerintah Inggeris di India.[20] Tak ada gunanya mencapai kemerdekaan kalau tidak dengan persiapan untuk mentadbir negeri dengan baik, dan adalah mustahak untuk soal-soal keadilan, keamanan dan kebebasan segera dituntut seperti yang diingatkan agama. Pada titik ini, persamaan yang dapat segera kita buat adalah bagaimana soal keadilan dandemokrasi, misalnya, yang menjadi tombak perjuangan sejak September 1998 harap-harap bukan hanya untuk menggerakkan rakyat untuk menggantikan pemerintah, tetapi untuk benar-benar kembali manfaatnya kepada msa depan rakyat. Kesempatan yang diperoleh oleh "Kerajaan Reformasi" bukan kesempatan untuk pemimpin politik dan elit penguasa menukar telefon bimbit atau iPad setiap dua-tiga bulan, berganti kereta besar, berumah bukan main mewah dan melonggok kekayaan untuk diri dan anak-pinak sendiri. Hal berkenaan sesungguhnya tidak lebih baik daripada membida nombor plat kereta! Apa yang dibimbangi sebagai punca lemban mahupun runtuhnya tamadun itu bisa sahaja terjadi andai persoalan asas pembaharuan dan matlamat-matlamatnya masih juga tidak terjawab. Cuba saya rungkai dengan pantun ini:
Demi masa, zaman akan tetap bergerak. Namun semangat pembaharuan dengan pencerahan (akal) itu nampaknya tidak akan pernah mampu dimatikan oleh sesiapa jua.
*Tulisan ini merupakan bahan sisipan di dalam Forum Nusantara (Siri 5) anjuran Penang Institute (PI) dengan tajuk "Syed Syeikh bin Syed Ahmad Al-Hadi Pengasas Madrasah Pulau Pinang: Pusat Tumbuhnya Gerakan Pencerahan di Malaysia?" pada 16 Jun 2012, pukul 9 pagi di dewan Auditorium Majlis Perbandaran Seberang Prai (MPSP), Bandar Perda, Pulau Pinang. | ||||||
| Pidato Habibie di Unisel Khamis ini Posted: 03 Dec 2012 08:35 PM PST Bekas Presiden Indonesia, BJ Habibie akan memberikan pidatonya 6 Disember ini di Dewan Pro Canselor Unisel, Shah Alam. ‘Habibie dan transisi Indonesia ke demokrasi’ bakal menjadikan topik ini sesuai dengan peranan yang telah beliau lakukan dalam mengubah Indonesia ke demokrasi. Majlis yang bermula jam 9 pagi itu dikira penting untuk rakyat negara ini yang juga bercita-cita untuk membuat perubahan di negara ini. Bacharuddin Jusuf Habibie adalah presiden ketiga Republik Indonesia. Beliau lahir di Pare-Pare, Sulawesi Selatan, pada 25 Juni 1936. Sebagai presiden yang mengambilalih tampuk pemerintahan dari Sooharto, Habibie banyak membuat perubahan walaupun tempoh masa untuknya hanya singkat sahaja. Antara perubahan besar yang dibuat Habibie adalah kebebasan media di Indonesia. Hari ini, media di Indonesia jauh lebih bebas dari Malaysia. | ||||||
| [VIDEO] Jelajah Merdeka Rakyat, Pekan Langkap Perak 02/12/2012 Posted: 03 Dec 2012 08:27 PM PST |
| You are subscribed to email updates from Anwar Ibrahim To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
| Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 | |