MOH...KITE LAWAN YEOP!!! |
- Kuah pun kuah lah, kuah daging rasa daging juga
- Azmin Ali: UMNO Langsung Tidak Bicarakan Soal Masa Depan Orang Melayu
- Anwar Ibrahim: Jangan Ingat Kita Penakut
Kuah pun kuah lah, kuah daging rasa daging juga Posted: 05 Dec 2012 05:36 AM PST Kalau dikaji dan diselidik secara 'pragmatic' BN tidak mungkin dapat bertahan dalam pilihanraya kali ini. Selalu saya berkata setiap perubahan itu mesti bersebab. Dalam kes UMNO ini parti itu telah hilang keyakinan dari rakyat dan sedang berada di dalam krisis keyakinan yang amat parah. UMNO semakin dalam masalahnya dan sukar untuk memperbetulkannya. Kesalahannya ialah kerana terlalu lalai dan tidak mahu membetulkan keadaan semasa masalah belum sampai ke tahap ini. Dr Mahathir telah membiarkan pemimpin-pemimpin yang tidak bertanggungjawab berada di persada kepimpinan sehinggakan sekarang ini UMNO sarat dengan pimpinan seperti itu. Semasa Dr Mahathir meletakkan jawatan UMNO sudah tersedia dengan masalah besar yang menunggu masa sahaja akan meletup. Perletakan jawatan Dr Mahathir sememangnya tepat pada masanya kerana jika Dr Mahathir mengambil masa yang lebih sedikit sebelum bersara beliau sendiri akan melalui zaman malap ini. Abdullah Badawi mengambil tempat Dr Mahathir semasa UMNO sudah bersedia untuk menghadapi masalah besar, tetapi beliau cepat-cepat mengadakan pilihanraya sebelum tembelang busuk UMNO itu pecah dan merebak. Abdullah mendapat mandat yang tinggi kerana rakyat telah mendapat situasi yang berlainan yang di tunggu-tunggu oleh rakyat. Maka rakyat buat sementara telah memberikan sokongan terhadap kepimpinan beliau (Abdullah) kerana selama ini mereka (rakyat) sedang mengharapkan perbezaan dengan kepimpinan Mahathir sebelumnya. Tetapi Abdullah mengambil sokongan rakyat itu sebagi sokongan yang 'legitimate' tanpa menyedari rakyat menyokong beliau itu kerana rakyat mengambil sikap sokong sesiapa sahaja asalkan bukan lagi Dr Mahathir yang telah duduk di kerusi PM itu selama 22 tahun. Rakyat mahukan berbezaan maka sesiapa sahaja yang menggantikan Dr Mahathir akan di sokong rakyat ramai. Abdullah adalah seorang yang lembut, tetapi dalam kelembutan beliau, Abdullah adalah seorang yang degil dan tidak mudah mendengar nasihat orang termasuk dari Dr Mahathir Mohamad sendiri. Justeru dari saat itulah Abdullah menghadapi masalah kerana Dr Mahathir tidak gemar dengan beliau kerana tidak mahu mengikut telunjuknya. Abdullah berpendapat kalau berikan kepada beliau jawatan PM itu, maka jadikan beliau jadi PM yang sebenarnya tanpa gangguan sesiapa termasuk Dr Mahathir sendiri. Dr Mahathir terasa terganggu dan kecewa kerana Abdullah tidak mahu mendengar kata beliau (Mahathir). Rupa-rupa, seperti yang dijangkakan Dr Mahathir mahukan Abdullah menggantikan beliau kerana menyangkakan Abdullah akan berterima kasih dan mendengar kata-kata beliau. Dr Mahathir mahu menjadi 'PM de facto' dan Abdullah hanya untuk beliau jadikan 'puppet Prime Minister' sahaja. Tetapi keengganan Abdullah tunduk terhadap tekanan Dr Mahathir itu beliau terus menjadi mangsa cemuhan Dr Mahathir dan kemarahan serta kekecewaan Dr Mahathir itu tidak dapat di kawalnya lagi. Dr Mahathir bertindak keluar dari UMNO sebelum pilihanraya 2008 sebagai tanda protes beliau terhadap Abdullah yang beliau (Mahathir) anggap sebagai degil itu. Dr Mahathir telah meminta rakyat mengundi calon, bukannya mengundi parti dalam pilihanraya itu. Kalau kita nilai sehalus-halusnya Dr Mahathir ini adalah seorang yang 'domineering' sifatnya dan beliau sanggup menjahanamkan partinya jika partinya tidak mahu mengikut telunjuk dan kemahuan beliau. Beliau memendam rasa dendam yang tinggi terhadap Abdullah dan mahu melihat Abdullah meninggalkan kerusi PM itu secepat yang mungkin untuk diganti dengan seorang yang lebih berkompromi dengan beliau (Mahathir). Akhirnya Abdullah terpaksa meletakkan jawatan setelah banyak pihak yang di perguna oleh Dr Mahathir untuk mendesak Abdullah meletakkan jawatan dan di antaranya ialah Muhyiddin Yassin yang merupakan Naib Presiden UMNO semasa itu. Muhyiddin menjadi juara dalam usaha mengenepikan Abdullah kerana beliau ingin mengambil kesempatan untuk menaikki tangga dan kerusi PM itu secepat yang mungkin.. Muhyiddin mendesak Abdullah meletakkan jawatan dengan alasan yang sahih dan boleh di terima, iaitu pilihanraya 2008 itu telah meletakkan UMNO sebagai parti dihujung tanduk dan hampir terlepas kuasa di Putrajaya. Muhyiddin mahu naik dan terus sahaja menonjolkan Najib yang ketika itu adalah Timbalan Presiden UMNO. Mahathir tahu jika di tonjolkan Najib sebagai pengganti, Najib akan mudah di ketepikan kerana Najib mempunyai terlalu banyak masalah peribadi dan isu terhadap beliau yang terlalu banyak. Mahathir tahu Najib boleh diketepikan dengan cepat untuk meletakkan Muhyuddin menjadi PM akhirnya. Kepada Mahathir, Najib hanyalah PM sementara sahaja bagi memudahkan Muhyuddin naik menjadi PM. Najib pula tidak mempunyai tulang belakang yang kuat dan sementara menunggu kenaikkan Muhyuddin ini Mahathir telah menggunakan kesempatan untuk mendapatkan semua yang beliau hajati yang beliau tidak dapat semasa Abdullah Badawi menjadi PM dahulu. Sekarang Dr Mahathir telah mendapat banyak habuan melalui peluang perniagaan untuk anak-anak dan keluarga serta kroni-kroni beliau. Fakta ini boleh dilihat dengan jelas dan tidak payah di ulang-ulang lagi. Yang terpentingnya Dr Mahathir berjaya mendapatkan kehendak peribadi beliau kerana Najib terpaksa berkompromi kerana Najib adalah seorang yang politiknya seperti resmi air, 'di mana lekok di situ dia berhenti'. Sekarang ini Dr Mahathir tidak payah lagi keluar UMNO untuk menyampaikan hajat beliau seperti yang beliau lakukan semasa Abdullah menjadi Perdana Menteri dahulu. Asalkan sahaja Perdana Menteri sekarang mendengar kata-katanya beliau sudah berpuas hati. Bagi beliau, Mahathir tidak kisah jika kerajaan itu rasuah atau tidak. Terpenting bagi beliau ialah untuk mendapatkan semua yang dihajati beliau termasuk untuk memastikan Mukhriz, anak bongsu beliau, naik dan naik ke tahap yang tertinggi dalam kerajaan negara kita di samping memberikan peluang yang luas untuk anak-anak beliau berniaga. Mahathir sekarang memberikan sokongan terhadap Najib dan tidak akan keluar UMNO lagi. Mahathir berpolitik hanya untuk kepentingan beliau sahaja dan beliau sanggup meninggalkan parti semata-mata untuk mendapatkan kehendak hati beliau di penuhi. Mahathir hanya mahu semua rakyat dengar cakap beliau dan meminta pimpinan Bahagian bersumpah tidak akan mensabotaj partinya lagi seperti apa yang beliau sendiri pernah lakukan dahulu. Bagi Dr Mahathir, hanya beliau berhak untuk mensabotaj parti, orang lain tidak boleh. Kini Dr Mahathir benar-benar menyokong UMNO kerana beliau dalam keadaan selesa. Yang terpenting bagi beliau orang Melayu mesti menyokong UMNO kerana sokongan terhadap UMNO itu sekarang memberikan keuntungan peribadi kepada beliau. Orang bawah-bawahan hanya diperguna untuk dijadikan landasan untuk mereka-mereka yang memimpin dan berpuas hati dengan bantuan BRIM dan bantuan untuk kanak-kanak sekolah sebanyak seratus ringgit itu. Pegawai dan kakitangan awam diberikan sebulan setengah bonus untuk memastikan UMNO kekal. Kekal UMNO maka dapatlah mereka itu mengekalkan budaya merompak serta menyamun Perbendaharaan Negara. Bagi orang bawahan dan rakyat biasa, Najib dan kepimpinan mahukan rakyat mendapatkan kuah sahaja. Isu dan daging pejal-pejal itu hanya untuk pemimpin mereka sahaja. Kata saya dahulu, orang ramai masih ada yang tertipu dan berpuas hati dengan bantuan BRIM sahaja. Mungkin mereka berkata di dalam hati, 'tak apalah, tak dapat lauk pun tidak mengapa, dapat kuah pun jadilah. Kuah kari daging pun rasa daging juga. Cukuplah..' Sumber: http://aspanaliasnet.blogspot.com/ |
Azmin Ali: UMNO Langsung Tidak Bicarakan Soal Masa Depan Orang Melayu Posted: 04 Dec 2012 11:14 PM PST |
Anwar Ibrahim: Jangan Ingat Kita Penakut Posted: 04 Dec 2012 11:08 PM PST |
You are subscribed to email updates from MOH...KITE LAWAN YEOP!!! To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan