Sabtu, 18 Jun 2011

The Spirit of Lubok Kawah/Semangat Lubok Kawah

The Spirit of Lubok Kawah/Semangat Lubok Kawah


chegu'Bard

Posted: 17 Jun 2011 11:20 PM PDT

Saya tidak mahu berapologetik, adakah saya suka kepada chegu'Bard atau sebaliknya? Ada pemimpin yang menegur saya kerana saya terus katakan saya suka kepada chegu'Bard. Tetapi saya tidak mengundi chegu'Bard!

"Eh..eh suka kepada chegu'Bard tapi tak mengundi dia? Apahal?"

Ya, saya suka kepada chegu'Bard tapi saya tak mengundi dia. Saya tidak mengundi dia didalam PRU dan saya tidak mengundi dia semasa pemilihan PKR yang lalu.

"Habis, apa guna suka kalau tak mengundi dia?"

Bagaimana saya nak mengundi dia kerana didalam pemilihan PKR dia bertanding jawatan didalam AMK, saya bukan anak muda dan tidak layak mengundi dia. Saya bukan pengundi di Rembau, sudah tentu tak dapat mengundi dia.

chegu'Bard bertanding sebagai Ketua AMK PKR pusat didalam pemilihan yang lalu. AMK Cabang Kuala Krau mencadangkan chegu'Bard, diatas kehendak AMK Kuala Krau. Saya tidak terlibat mencalonkan chegu'Bard dan juga tidak mencalonkan Sam.

Bebas. AMK Kuala Krau bebas memilih Sam atau memilih Chegu'Bard diatas kesedarang mereka sendiri.

Namun, pada hari pengundian itu, pengempen-pengempen Sam ramai di Kuala Krau dan tidak ada seorang pun yang pengempen chegu'Bard. Keputusannya, Sam menang tipis di Kuala Krau.

Saya tidak dapat menentukan calon mana yang perlu dipilih oleh AMK Kuala Krau. Begitu juga pertandingan antara 3 pemimpin PKR yang bertanding Timbalan Presiden. Saya dengan jelas berkempen untuk Azmin Ali. Tetapi saya juga bebaskan ahli-ahli PKR Kuala Krau untuk mengundi sesiapa saja yang mereka suka.

Akibatnya Azmin Ali menang besar diikuti oleh Dato Zaid dan Mustapha Kamal Ayob. Mustapha adalah pemimpin yang baik. Tetapi setiap anggota hanya boleh mengundi seorang sahaja, dan saya sudah pun membuat keputusan untuk memberi sokongan kepada Azmin Ali.

Antara chegu'Bard dan Sam, siapa saya pilih?

Sejak hampir 3 tahun lampau, chegu'Bard meluangkan masa yang banyak di Kuala Krau, kadang-kadang beliau memberi masa hingga 3 hari disetiap kali beliau datang ke Kuala Krau.

Saya lasakkan beliau. Ada program 4.00 petang, ada program 9.00 malam, dan kadang-kadang pada sebelah malam, chegu'Bard berceramah di dua tempat.

Kalau saya ada duit, saya beri chegu'Bard sedikit duit minyak, kalau tak ada, saya berterus terang saja dengan dia, tetapi dia tidak serik-serik menyokong program yang PKR Kuala Krau anjurkan.

Bukan senang untuk pemimpin-pemimpin datang ke Kuala Krau khususnya DUN Jenderak. Saya boleh bilang dengan jari mereka yang sanggup datang ke mari, walaupun, saya tak henti-henti mengundang pemimpin-pemimpin hadir. Kadang-kadang terasa juga kerana undangan dari PKR langsung tidak diperdulikan tetapi tiba-tiba mereka datang juga ke kawasan Kuala Krau atas undang parti sahabat.

Saya memang buat kerja di kawasan DUN Jenderak ini. Tetapi kemampuan saya sangat terbatas manakala jentera PKR di kawasan ini tertumpu kepada saya. Bergerak saya, bergeraklah jenteranya, kalau saya memberi tumpuan kepada kerja-kerja yang saya pegang di peringkat Pusat seperti Biro Masyarakat Felda dan Orang Asal.

Sebulan penuh dari pertengahan Mei sehingga hari ini, setiap hari saya terlibat dengan lawatan-lawatan ke rancangan-rancangan Felda di Negeri Pahang, Perak, Selangor, Negeri Sembilan dan Johor. Maka jentera saya di Kuala Krau turut tidak aktif.

Inilah yang menyebabkan hilang semangat saya.

Maka apabila saya mendapat seorang teman seperti chegu'Bard yang boleh datang membantu, saya kira pemimpin seperti ini jauh lebih berharga daripada mana-mana pemimpin walaupun besar kepada parti tidak mendatangkan erti kepada pergerakan PKR di Kuala Krau.

Dengan jentera yang hanya bergerak dengan arahan, terfikir oleh saya untuk tidak mahu bertanding didalam PRU yang akan datang, tetapi ingin menjadi Jentera PRU sahaja. Saya tidak mampu untuk menjadi calon, disamping mengetuai jentera dan disamping mencarikan kewangan untuk gerakan PRU itu.

Sebab itu saya sendiri mencadangkan dua tiga nama yang lain supaya dicalonkan di dalam DUN Jenderak didalam PRU akan datang ini. Dan Insya Allah, saya akan menjadi tenaga kerja yang boleh dipertanggungjawabkan.

Ada juga kesilapan-kesilapan chegu'Bard yang tidak diakui oleh chegu'Bard sendiri. Mana ada sebuah parti politik yang perfect. Mesti ada kelemahannya. Maka jika kita menumpukan rasa tidak puas hati kita kepada kelemahan parti, kita akan merasakan bahawa parti itu (melalui tindakan pimpinannya) sebagai tidak memberikan ruang (khususnya ruang demokrasi) kepada kita.

Kita mempunyai kekuatan dan kelemahan kita. Jika kita tumpu untuk memperbaiki kelemahan kita, maka kerja buat kita untuk parti kita boleh mendatangkan kepuasan kepada kita.

Disinilah saya kurang bersetuju dengan chegu'Bard yang sentiasa menjadi isu utama kelemahan kita untuk diperbesarkan. Dan setiap kali chegu'Bard memperbesarkan kelemahan itu, setiap kali juga saya melemparkan teguran kepadanya.

Namun begitu, teguran saya bukan berbentuk antagonistik, tetapi semata-mata untuk mengingatkan bahawa kita semua ada kelemahan masing-masing, hanya dengan menyedari kelemahan ini akan dapat kita menyatukan tenaga kita untuk berhadapan dengan pihak lawan.

Saya yakin chegu'Bard mampu menerima teguran, dan kini chegu'Bard sentiasa boleh datang ke kawasan saya kalaupun tidak pada tarikh yang saya cadangkan, beliau akan beri masa mengikut jadualnya yang kosong.

Adakah kerana chegu'Bard sentiasa datang ke Kuala Krau maka saya terikat dengannya? Saya bukan sahaja terhutang budi dengan chegu'Bard kerana itu, tetapi saya terhutang budi dengan beliau kerana kesungguhan beliau menerangkan isu-isu yang sangat-sangat memerlukan penerangan yang dinanti-nantikan oleh masyarakat.

Chegu'Bard, dengan caranya yang tersendiri, mampu memberikan penerangan yang berkesan, sehinggakan setelah selesai jadual chegu'Bard di Kuala Krau, beliau lagi-lagi dipinta untuk datang bukan sahaja ke Kuala Krau tetapi kawasan-kawasan sekitarnya, dan pada 16 dan 17hb Jun baru-baru ini saya telah bawa chegu'Bard berceramah di tiga kawasan didalam kawasan Parlimen Temerloh iaitu di Kg Lebak, Taman Saga dan Seberang Temerloh.

Saya akan menceritakan pula kehebatan Felicia Ling yang sebelum ini memberikan bantuannya ke kawasan DUN Jenderak didalam entri yang akan datang.


R Sivarasa - Ahli Parlimen Subang

R Sivarasa - Ahli Parlimen Subang


Perhimpunan Bersih 2.0

Posted: 18 Jun 2011 01:35 AM PDT


        PERHIMPUNAN BERSIH 2.0
            Tarikh:         9 Julai 2011 
             Masa:           2.00pm
             Tempat:       Kuala Lumpur
          TEMPAT BERHIMPUN:
               Sogo
              Masjid Kampung Baru
                          Bangunan DBKL
TUNTUTAN:
              - Bersihkan senarai undi
              - Mereformasikan undi pos
              - Gunakan dakwat kekal
              - Akses media bebas & adil
              - Masa berkempen minima 21 hari
              - Kukuhkan institusi awam
              - Hentikan rasuah
              - Hentikan politik kotor  Malaysia

WARGA SUBANG DIJEMPUT UNTUK BERSAMA-SAMA  BERJUANG DEMI KEHIDUPAN YANG LEBIH BAIK

Anwar Ibrahim

Anwar Ibrahim


Polisi Dividen: Petanda UMNO-BN Semakin Kesempitan Wang?

Posted: 18 Jun 2011 07:52 AM PDT

Dari Merdeka Review

GLC kini dijadikan sasaran untuk menyelamatkan UMNO-BN dari kesempitan wang.  Polisi dividen yang diutarakan memperlihatkan petanda-petanda bahawa UMNO dan kerajaan persekutuan Barisan Nasional kini semakin kesempitan wang, sehingga mengintai dividen dari syarikat GLC.

KUB Malaysia Bhd yang mempunyai hubungan rapat dengan UMNO dan Kementerian Kewangan memaklumkan pada 14 Jun 2011, bahawa syarikatnya merancang untuk melaksanakan polisi dividen mulai tahun 2013 – mengagihkan dividennya kepada pemegang saham.  Kebetulan, Petronas Nasional yang merupakan penyalur wang utama kepada kerajaan persekutuan, mengumumkan pada minggu lalu bahawa syarikatnya telah mencapai persetujuan dengan kerajaan Najib, untuk melaksanakan polisi dividen 30% mulai tahun 2013.

Polisi dividen yang dimaksudkan adalah, sesebuah korporat menentukan satu kadar yang tetap untuk agihan dividen, dengan mengeluarkan keuntungan bersih pada kadar tertentu, untuk dijadikan dividen dan diagihkan kepada pemegang saham.  Mengambil contoh Petronas Nasional, polisi dividen 30% membawa makna bahawa, syarikatnya telah menetapkan dividennya pada kadar 30% daripada keuntungan bersih – untuk diagihkan kepada pemegang saham saban tahun pada kadar yang tetap ini.

UMNO-BN paling dimanfaatkan

Menurut laporan Bernama, Pengarah Urusan KUB Malaysia Bhd, Mohd Nazar Samad memaklumkan kepada media pada 14 Jun 2011 bahawa syarikatnya merancang untuk melaksanakan satu polisi dividen mulai tahun 2013, dan beliau berharap ia dilaksanakan setelah syarikatnya mencapai paras pertumbuhan yang stabil.

Kini, KUB Malaysia Bhd mengagihkan dividen kepada 75,000 orang pemegang sahamnya berasaskan keuntungan daripada projeknya.  Pada tahun kewangan 2010, syarikatnya mengagihkan dividen 2.4 sen per unit saham.

Menurut laporan tahun kewangan 2010, dua pemegang saham terbesar KUB Malaysia Bhd adalah Gaya Edisi Sdn Bhd (29.62%) dan Kementerian Kewangan (22.55%).  Menurut maklumat yang diumumkan di Bursa Malaysia, pemegang saham terbesar Gaya Edisi Sdn Bhd adalah Temasek Padu Sdn Bhd, dan Temasek Padu kini adalah pemegang harta parti pemerintah terbesar, UMNO.

Najib Razak telah menstruktur semula harta parti UMNO setelah mengambil alih tampuk pimpinan.  Harta UMNO telah dimasukkan ke bawah Temasek Padu, dan syarikat ini dikuasai oleh orang rapatnya, Zulkifly Rafique, pengasas firma guaman Zul Rafique & Partners, dan seorang lagi peguam dari firma guaman ini, Tunku Alizan Raja Muhammad Alia.

Seandainya KUB Malaysia Bhd melaksanakan polisi dividen pada tahun 2013, maka jelas UMNO dan Kementerian Kewangan akan mendapat manfaat terbesar.  Menurut model polisi dividen, UMNO dan Kementerian Kewangan akan mendapat dividen pada kadar yang tetap dari KUB Malaysia Bhd setiap tahun.  Kini, Najib Razak adalah Menteri Kewangan, merangkap Presiden UMNO.

KUB dapat projek mega

Sebagaimana yang diketahui, KUB Malaysia dijangka bakal mendapat satu projek hospital kepakaran kanak-kanak yang bernilai RM3 bilion bersama IJM Corporation Bhd.  Di bawah kontrak yang sama, KUB Malaysia bersama IJM bakal mendapat kontrak konsesi untuk mengendalikan hospital tersebut selama 30 tahun.

Selain itu, KUB Malaysia juga berniat untuk mendapatkan projek pembinaan lapangan terbang antarabangsa Kuala Lumpur kedua, yang bernilai RM250 juta, termasuk pembinaan landasan kapal terbang ketiga dan landasan teksi.

Pada masa yang sama, KUB Malaysia juga pengedar gas asli cecair (LNG) yang utama di Malaysia, membawa jumlah perolehanantara RM280 juta hingga RM320 juta setiap tahun.  KUB Malaysia juga sedang membida untuk perusahaan LNG Shell Malaysia.  Jikalau pembidaannya berjaya, maka syarikat tersebut akan berpeluang untuk menjadi pengedar LNG kedua terbesar, dijangka menyumbang perolehan RM2 bilion setiap tahun, malah akan meningkatkan nisbahnya dalam pasaran dari 12% kepada 32%.

Apa yang menarik, syarikat joint venture antara KUB Malaysia Bhd dengan Malaysia Steel Works (KL) Bhd juga berjaya mendapat satu projek inter-city commuter trainbernilai RM1.23 bilion di bawah Wilayah Pembangunan Iskandar Malaysia.

Polisi dividen serentak pada tahun 2013?

Sementara itu, Petronas mengumumkan pada minggu lalu, bahawa syarikatnya telah mencapai persetujuan bersama kerajaan Najib bahawa mereka akan menetapkan pengagihan dividen kepada kerajaan pada kadar tetap 30% (daripada keuntungan bersih) mulai tahun 2013.  Dua tahun kebelakangan ini, Petronas telah mengagihkan dividen setinggi RM30 bilion setahun kepada kerajaan Najib.

Dari perhitungan yang sedia ada, sekurang-kurangnya dua buah GLC yang berkaitan dengan kerajaan persekutuan dan UMNO akan melaksanakan serentak polisi dividen pada tahun 2013.  Dengan kata lain, kerajaan persekutuan dan UMNO akan mendapat dividen yang tetap daripada GLC ini mulai tahun 2013.  Seandainya ini satu polisi yang ditetapkan, maka dijangka lebih banyak GLC yang akan mengikut “kerangka” ini.

Petanda-petanda ini memperlihatkan kerajaan Najib dan UMNO kini semakin kesempitan wang, lantas cuba mendapatkan sumber kewangan dari GLC.

Harta semakin kekosongan

Pada hakikatnya ia bukan sesuatu yang berada di luar dugaan.  Kerajaan persekutuan telah melabur sejumlah RM26.49 bilion ke atas 104 buah syarikat GLC melalui Menteri Kewangan Diperbadankan, namun kerajaan hanya boleh bergantung kepada Petronas untuk mendapat pulangan yang nyata melalui dividen Petronas. Dengan penetapan polisi dividen ini, pendapatan yang boleh diambil dari Petronas dijangka berkurang dari sebelumnya, namun langkah ini sebenarnya menyasarkan GLC yang lain, menyedari bahawa kerajaan tidak boleh bergantung kepada Petronas selama-lamanya.

Laporan Audit Negara menunjukkan, daripada 25 GLC yang mendapat keuntungan pada tahun 2008, hanya 13 GLC yang mengagihkan dividen kepada kerajaan persekutuan, dan hanya empat buah GLC yang mengagih dividen berturut-turut untuk tiga tahun (2006-2008). ?Baca: Untung, tapi tak bayar dividen?

Antara tahun 2006 hingga 2008, Petronas menyumbang RM159.73 bilion dalam bentuk cukai dan dividen kepada kerajaan persekutuan – lebih 98% daripada sumbangan cukai dan dividen GLC.  Selain itu, Petronas telah mengagihkan dividen sejumlah RM84 bilion kepada kerajaan dalam tempoh tiga tahun tersebut - 99.8% daripada dividen yang diperolehi kerajaan daripada GLC.

Apakah polisi dividen yang menetapkan kadar pada 30% ini sebagai persediaan kerajaan UMNO-BN berdepan dengan kekosongan wang pada tahun selepas 2013?  Lebih-lebih lagi PRU-13 dijangka diadakan pada hujung tahun ini atau tahun 2012, yang sudah tentunya menelan kos yang tidak kurang.  Apakah keadaan ini mendesak kerajaan UMNO-BN untuk menggubal polisi dividen, agar memastikan pendapatan yang stabil dari GLC yang untung?

Bersih Rally Test Of BN Tolerance

Posted: 18 Jun 2011 07:19 AM PDT

From The Malaysian Insider

The Bersih 2.0 rally next month will be the litmus test of the ruling Barisan Nasional (BN) government's commitment to tolerance and openness, PKR said today.

The opposition party said the planned mammoth July 9 rally to demand electoral reform will determine if Malaysia can progress as a society in step with the demands of an increasingly progressive public.

"The ability and right of a citizen to elect a party of his choice independently and without manipulation is central to the political integrity that the rakyat now demands loudly of any political party in Malaysia," PKR said in a statement today.

It pointed out that the lack of integrity in the electoral system will continue to impede efforts by the government to advance Malaysia economically and socially, despite the Najib administration's promise of future prosperity.

The Pakatan Rakyat (PR) lynchpin also chastised BN for its "blatant antagonism" towards the rally, in particular "strong statements bordering on threats" issued by the Home Ministry in recent weeks.

PKR warned that the ruling coalition's zero tolerance attitude towards Bersih 2.0 and electoral reform only serves to ensure continued erosion of public confidence in national institutions.

PR component parties and activists are gearing up to march on July 9 in the second such rally by election watchdog Bersih.

The first rally in 2007 saw up to 50,000 people take to the streets of the capital, where they were dispersed by police armed with tear gas and water cannons.

The 2007 rally has been credited for the PR's record gains in Election 2008, where the opposition pact swept to power in five states and won 82 parliamentary seats.

PAS has promised to bring some 300,000 protestors this year in hopes that it will galvanise support for the opposition in the next general election, which is expected to be called within a year.

Umno Youth and Malay rights group Perkasa has said they will march on July 9 also to counter the Bersih rally.

Dr Tan: Siapa Biaya Kos Pertunangan Anak Najib?

Posted: 18 Jun 2011 07:15 AM PDT

Dari Malaysiakini

Pemimpin PKR Dr Tan Kee Kwong hari ini menimbulkan soalan siapa yang membiayai bil bagi majlis pertunangan anak Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak yang diadakan di Seri Perdana, Putrajaya malam semalam.

parliament crime prevention dialogue 080906 tan kee kwongMajlis tertutup itu dikhaskan kepada kira-kira 800 tetamu istimewa dan terpilih yang terdiri daripada golongan dan kerabat diraja termasuk dari negara asing, ahli politik, tokoh perniagaan dan kenalan rapat yang lain.

Hanya media rasmi sahaja yang dibenarkan membuat liputan.

Majlis itu diadakan sempena pertunangan anaknya Nooryana Najwa kepada Daniyar Nazarbayev, yang mempunyai pertalian dengan presiden Kazakhstan Nursultan Nazarbayev.

"Saya difahamkan nota pembelian daripada sebuah hotel terkemuka itu dikeluarkan atas nama Jabatan PM. Ini menimbulkan soalan, siapa sebenarnya membayar bil katering yang berjumlah RM81,000," soal Dr Tan.

Nooryana Najwa Najib and Daniyar NazarbayevBeliau yang merupakan bekas ahli parlimen Gerakan dan juga timbalan menteri berkata soalannya itu penting, khususnya ketika rakyat sekarang diminta ‘mengetatkan tali pinggang mereka ketika menghadapi kenaikan kos kehidupan’.

"Pengurangan subsidi minyak dan barangan keperluan, memeritkan rakyat. Justeru, soalan siapa yang menanggung perbelanjaan itu perlu dijawap, lebih-lebih lagi nota pembelian dibuat atas nama Jabatan PM," katanya.

Awal bulan ini, lawatan Najib serta keluarganya ke Kazakhstan menjadi isu hangat apabila ahli parlimen Kuala Selangor, Dzulkefly Ahmad membidas perdana menteri kerana didakwa bersalah dari segi moral kerana menggunakan dana awam bagi merisik perkahwinan anak perempuannya.

“Tindakan Najib ini tidak ada kelas langsung iaitu menggunakan wang kerajaan dan rakyat untuk urusan peribadi," kata pemimpin PAS itu.

NONESebaliknya, Wisma Putra menafikan laporan itu dan menegaskan bahawa lawatan itu adalah untuk memenuhi penerimaan perdana menteri terhadap undangan yang telah lama dibuat oleh Presiden Nursultan Nazarbayev untuk melawat negara itu.

Lawatan itu, juga dikatakan kebetulan diadakan serentak dengan penganjuran Forum Ekonomi Islam Sedunia (WIEF) ke-7 di Astana dari 7 hingga 9 Jun lalu.

Gwo-Burne for Kelana Jaya

Gwo-Burne for Kelana Jaya


KAKITANGAN AWAM NAIK 4.2% DALAM SETAHUN

Posted: 14 Jun 2011 12:12 PM PDT

JAWAPAN AHLI PARLIMEN KELANA JAYA PADA 15 JUN SOALAN: TUAN GWO-BURNE LOH [KELANA JAYA] minta PERDANA MENTERI menyatakan peratus kenaikan bilangan anggota penjawat awam termasuk polis, tentera, bomba dari Mac 2010 hingga Mac 2011. JAWAPAN: YB DATO' SERI MOHAMED NAZRI BIN ABDUL AZIZ MENTERI DI JABATAN PERDANA MENTERI Tuan Yang di-Pertua, Bilangan penjawat awam (termasuk polis, tentera dan bomba) pada [...]

Jumaat, 17 Jun 2011

The Spirit of Lubok Kawah/Semangat Lubok Kawah

The Spirit of Lubok Kawah/Semangat Lubok Kawah


Ramai lagi Peneroka yang mahu libatkan diri saman Felda

Posted: 17 Jun 2011 09:18 PM PDT

Didalam Majlis Penerangan di Felda Jengka 4 malam tadi lebih 100 Borang Warant to Act untuk melantik Peguam telah diambil oleh Peneroka-Peneroka Felda Jengka 4 yang tidak kesempatan bersama-sama 711 peneroka kawasan Jengka untuk menyaman Felda. Mereka diberikan masa selama 2 bulan lagi untuk mendaftarkan Warant to Act jika mahu terlibat sama dengan kumpulan 711 peneroka itu.

Berita 711 peneroka saman Felda itu telah merebak keserata negeri Pahang apabila telah disiarkan dimuka hadapan akhbar SINAR pagi ini.

Dari serata-rata rancangan Felda di Negeri Pahang pagi ini telah menalipon saya untuk penerangan lanjut dan ada yang meminta saya menghadirkan diri ke kawasan-kawasan mereka untuk membuat penerangan mengenai isu KPG, Dana Tanam Semula dan isu pemansuhan Felda Plantation.

Mereka yang tanam sendiri dari gugusan Keratong meminta saya selaku peguam menuntutkan bagi pihak mereka Tabung Tanam Semula yang masih gagal dibayar oleh Felda.

300 peneroka di kawasan Keratong pinta saya datang kesana untuk mereka menandatangani Warant To Act untuk mereka memfailkan saman terhadap Felda di Mahkamah Tinggi Kuantan.

Peneroka-peneroka dari Sg Koyan meminta saya hadir ke sana untuk menerangkan isu Pemansuhan Felda Plantation dan Penawaran kepada Peneroka-Peneroka Baru dari kalangan generasi ke-2 dan ke-3.

Begitu juga peneroka-peneroka dan anak-anak peneroka dari Lembah Bilut, Chemomoi dan Sg Kemahal dari Daerah Bentong. Mereka mahukan penerangan mengenai tuntutan dari Tabung Tanam Semula dan peratusan perahan KPG.

Keputusan Mahkamah Tinggi Kota Bharu yang memberi kemenangan kepada peneroka-peneroka Felda Kemahang 1 dan 2 di Kelantan didalam isu Tabung Tanam Semula sangat memberangsangkan mereka untuk membuat tuntutan yang sama.

Manakala berita 711 orang peneroka di Jengka menyaman Felda RM344 juta menaikkan semangat mereka untuk sama-sama menyaman Felda kerana mereka juga menghadapi masalah yang sama.

Jadual saya untuk rancangan-rancangan Felda di Negeri Pahang nampaknya pada sehingga bulan Julai, dan didalam kepadatan itulah juga saya akan kongsikan bersama-sama dengan Jawatankuasa Biro Felda PKR Pusat untuk memenuhi jemputan dan lawatan didalam siri 2 ke Negeri Sembilan, Selangor, Perak dan Johor dicelah-celah kepadatan jadual untuk Negeri Pahang.

Kepadatan jadual bagi Biro ini, Insya Allah, akan memberikan menfaat kepada peneroka-peneroka.

Nostalgia Felda 1980-an - Tuntutan untuk Geran Tanah secara individu

Posted: 17 Jun 2011 07:31 PM PDT

Bukanlah satu tugasan yang mudah membela nasib peneroka-peneroka Felda di tahun-tahun 1980-an dulu. Pada waktu itu Felda bersikap kuku besi, dan Pengurus-Pengurus Felda bersikap semacam Majikan Besar. Mereka disokong oleh Jawatankuasa JKKR dan Ketua-Ketua Blok bertindak seolah-olah mereka memiliki segala kuasa dan boleh melakukan apa saja didalam rancangan-rancangan Felda dan terhadap peneroka-peneroka.

Peneroka-peneroka ditakut-takutkan dan diugut. Ugutan yang paling berkesan adalah SINGKIR dari rancangan Felda. Ugutan ini bukan sahaja berbentuk menakut-nakutkan bahkan mereka menjalankan sehingga ramai dari kalangan peneroka-peneroka menjadi mangsa dan disingkirkan dari rancangan Felda.

Dengan tindakan sebegini, peneroka-peneroka ramai yang "ditikuskan" oleh Felda dan mereka tidak berani mengambil apa-apa tindakan untuk kepentingan diri mereka.

Kebanyakan mereka yang diambil tindakan adalah mereka yang terlibat dengan politik pembangkang. Felda tidak mengambil tindakan terhadap mereka itu kerana pegangan politik mereka, tetapi mereka menggunakan tuduhan bahawa mereka itu terlibat "memecah-belahkan masyarakat Felda". Ketua-Ketua Blok dan JKKR bersekongkol dengan Felda dan ramai peneroka-peneroka menjadi mangsa.

Namun begitu masih ada golongan yang berani. Mereka tidak menyatakan bahawa mereka tidak mendapat keadilan daripada Felda. Walaupun golongan mereka itu kecil, tetapi mereka berani dan konsisten dengan tindakan mereka.

Tuntutan mereka pada waktu itu adalah untuk mendapatkan geran secara individu dan bukan geran seperti yang dicadangkan oleh Felda bahawa mereka dikehendaki berkongsi seramai 20 orang atas nama Koperasi.

Selain dari itu mereka menuntut pendapatan minima sebanyak RM500.00 sebulan berbanding dengan pendapatan take-home mereka sebanyak RM20.00 kebawah.

Mereka juga menuntut supaya sebahagian daripada potongan-potongan di Hari Balance dikecualikan, dan mereka tidak setuju Yuran UMNO dipaksakan keatas mereka kerana ada sebahagian daripada peneroka-peneroka itu tidak menyertai UMNO atau mana-mana parti politik pun.

Peneroka-peneroka tidak bersetuju dengan potongan jalan pertanian yang dikenakan setiap bulan sedangkan jalan-jalan pertanian itu tidak diperbaiki.

Baja-baja yang dihantar kepada mereka adalah dari kualiti yang sangat rendah tetapi dengan harga lebih tinggi dari pasaran umum.

Tuntutan mendapatkan geran secara individu itu menjadi tuntutan utama. Lama kelamaan lebih ramai daripada peneroka-peneroka memahami akan tuntutan ini dan mereka terpaksa keluar dari UMNO kerana UMNO mempertahankan geran secara berkongsi atas nama koperasi.

Semakin tahun semakin ramai peneroka-peneroka keluar dari UMNO dan berjuang menuntut supaya geran tanah mereka diberikan secara individu.

Saya menjuarai perjuangan ini, saya melawati semua rancangan Felda dari Negeri Kelantan ke Johor dan dari Johor ke Perlis.

Felda amat mudah mengenalpasti diri saya kerana pada waktu itu boleh dikatakan saya berjuang "single-handed". Saya pergi ke rancangan-rancangan Felda untuk memberikan penerangan, saya juga mewakili peneroka-peneroka di Mahkamah, bahkan semua kes-kes peneroka yang saya wakili termasuk kes-kes didalam bidang-bidang lain yang mereka dipertuduhkan, saya wakili mereka secara percuma sebagai perjuangan Jihad saya membela nasib peneroka-peneroka Felda.

Akhirnya, saya dijadikan sebagai "PERSONA NON GRATA" dan tidak dibenarkan memasuki kebanyakan rancangan-rancangan Felda kononnya saya pembawa pecah-belah dikalangan masyarakat Peneroka Felda.

Mesej yang saya bawakan untuk peneroka-peneroka supaya mereka berjuang bagi mendapatkan geran tanah secara individu diterima dengan baik oleh peneroka-peneroka termasuk peneroka-peneroka dari UMNO.

Saya mulai merasakan tekanan terhadap diri saya. Rumah saya diawasi oleh SB. Pergerakan saya diawasi oleh SB. Dan aktiviti saya diawasi oleh SB.

Kemuncaknya, saya dijemput menemui Dato Najib Razak, Menteri Besar Pahang. Dato Yop Maidin, Pegawai Turus Felda dan bekas ADUN Kuala Semantan, Annuar Mohd Seh telah menemui saya menyampaikan pesanan dari Menteri Besar Pahang.

Alhamdulillah, saya tidak pergi menemui Menteri Besar itu kerana saya berpegang teguh kepada semangat Demokrasi bahawa selagi kita tidak menyalahi undang-undang, seseorang itu hendaklah dihormati akan tindakannya.

Tidak lama kemudian saya menerima jemputan untuk bertemu dengan KDYMM Sultan Pahang. Pada waktu itu saya berada di Perlis, dan Ketua Polis disana telah menyampaikan mesej dari Sultan Pahang yang mahu menemui saya pada keesukan harinya di Istana Kuala Lumpur.

Pada malam itu juga setelah ceramah saya pandu kereta saya sendiri untuk ke Istana Pahang di Kuala Lumpur. Namun, kerana keletihan saya tertidur di depan Masjid di Tg Malim dan saya terlelap sehingga tidak sedarkan azan Suboh, saya sempurnakan juga solat Suboh apabila terbangun.

Saya sampai ke Istana Pahang sudah melewati jam 9.30 pagi. Sultan pada waktu itu ditemani oleh bekas Menteri, Dato Shariff Ahmad.

Selepas mengambil sarapan pagi yang disediakan, Sultan mula berbincang dengan saya dan diantara isinya bahawa baginda mendapat berita bahawa saya akan ditahan dibawah ISA, dan baginda sanggup menjadi orang tengah untuk mengelakkan saya dari ditahan jika saya sanggup keluar dari PAS.

Saya tidaklah memikir panjang dan saya menyatakan bahawa saya berada didalam perjuangan ini dengan penuh sedar bahawa sebelah kaki saya di penjara dan sebelah lagi di luar penjara.

Sultan wished me good luck dengan pesanan terakhirnya: "Kawan sedih juga kalau rakyat Negeri kawan ditahan ISA."

Saya ucapkan terima kasih kepada Sultan Pahang kerana mengambil berat tentang diri saya.

Seminggu selepas itu saya ke Alor Gajah Melaka menghadiri perbicaraan di Mahkamah Magistrate mewakili klien saya, tetapi tak semena-mena kes itu ditangguhkan semasa persidangan sedang berjalan lancar, dan amat pelik kerana tarikh baru tidak dibekalkan dengan penangguhan itu.

Saya pulang ke Temerloh, dan menjalankan kerja saya di Pejabat guaman saya. Pada malam itu saya dijadualkan berceramah di Kerdau. Selepas menunaikan solat Maghrib, maka saya mengemaskan fail-fail untuk perbicaraan di Mahkamah Temerloh pagi esuknya.

Tiba-tiba datang 3 orang berpakaian kain dan baju gumbang dan berketayap. Saya menjangkakan mereka itu orang-orang PAS untuk menjemput saya ke Kerdau. Pelik juga. Kerdau ini kawasan saya, sepatutnya saya tak perlu dijemput.

Mereka menghampiri saya dan menunjukkan kad masing-masing, mereka pegawai-pegawai polis dari Bukit Aman, berpangkat tinggi dan ketua mereka berkata: "Maafkan kami tuan haji, Tuan Haji ditahan dibawah ISA."

Saya terus bertakbir: ALLAHU AKBAR!"

Itulah hadiah kepada saya kerana tidak henti-henti berjuang untuk peneroka-peneroka Felda dan membela mereka juga di Mahkamah.

Semasa saya didalam tahanan di Kem Kemunting, pihak Kerajaan telah membuat pengumuman bahawa Felda bersetuju mengeluarkan geran secara individu kepada peneroka-peneroka. Alhamdulillah, berjaya juga perjuangan saya walaupun saya ditahan dibawah ISA.

Peneroka Felda Jengka 4 Tidak Terpengaruh dengan Diayah UMNO

Posted: 17 Jun 2011 07:11 PM PDT

Pagi semalam sebelum peneroka-peneroka Felda Jengka 4 sedang bersedia untuk ke Mahkamah Tinggi Temerloh, mereka telah ternampak banner yang tergantung dengan mesej jijik mengatakan bahawa peneroka-peneroka yang saman Felda hanya menjadi alat, mereka hanya dapat kuah sedangkan peguam-peguam dapat daging.

Banner itu juga menyebut bahawa peneroka-peneroka Felda Kemahang 3 sampai ke hari ini masih belum mendapat wang tuntutan mereka yang diperintahkan oleh Mahkamah.

Inilah kebebalan UMNO yang melampau. Mereka membaca pembohongan didalam Majalah Felda yang menaburkan pembohongan dan penipuan.

Didalam salah satu keluaran Majalah itu ditulis bahawa peneroka-peneroka membayar RM5,000.00 seorang bagi melantik peguam. Majalah itu menyatakan bahawa peguam-peguam itu datang ke rancangan-rancangan Felda dengan kereta mewah dan menginap di Hotel 5 Bintang.

Bahkan didalam Majlah itu digambarkan seorang peguam sedang berada di showroom kereta BMW untuk membeli kereta mewah itu hasil dari bayaran dari peneroka-peneroka.

Alangkah dangkal Felda membuat tuduhan yang begitu jijik.

Kenapa mereka tidak bertanya kepada peneroka-peneroka yang terlibat memfailkan saman terhadap Felda itu?

Setiap seorang itu hanya mengeluarkan belanja RM50.00. RM50.00 itulah untuk menyediakan dokumen-dokumen untuk difailkan di Mahkamah, dengan RM50.00 itulah juga digunakan untuk berpuluh temujanji dengan peneroka-peneroka, RM50.00 itulah untuk menyediakan perbicaraan di Mahkamah, RM50.00 itulah untuk menghadiri puluhan kali siri perbicaraan di Mahkamah, di Mahkamah Rayuan dan Mahkamah Persekutuan.

Orang UMNO telah dibodoh dan diperbodohkan oleh Felda yang membuat fitnah jijik ini.

Namun, peneroka-peneroka Felda tidak terpengaruh fitnah-fitnah dari UMNO dan Felda ini. Setelah selesai proses pemfailan saman terhadap Felda di Mahkamah Tinggi Temerloh semalam, Biro Masyarakat Felda PKR telah mengadakan ceramah di Felda Jengka 4.

Bukan sahaja peneroka-peneroka Felda Jengka 4 hadir beramai-ramai bahkan mereka yang hadir itu yang masih belum menuntut dan menyaman Felda turut mengambil Borang Waran Bertindak untuk turut menyaman Felda. Lebih dari 100 Borang Waran Bertindak telah diambil oleh peneroka-peneroka Jengka 4.

Mereka diberikan tempoh selama 3 bulan untuk menyerahkan Borang Waran To Act itu untuk ikut serta dengan seramai 711 peneroka-peneroka yang telah pun menyaman Felda pada 17hb June di Mahkamah Tinggi Temerloh.

Sesungguhnya, peneroka-peneroka Felda Kemahang 3 di Kelantan sudah pun menerima bayaran dari Felda berjumlah RM11 juta. UMNO dan Felda hanya nak menipu diri sendiri dan peneroka-peneroka yang bebal itu.

Peneroka-peneroka yang menuntut di Kemahang 3 itu sudah pun mendapat bayaran masing-masing; dan peneroka-peneroka yang bebal itu masih berkhayal, dan dikhayalkan oleh pembohongan UMNO dan Felda.

Setiap dari 711 orang peneroka Felda yang menyaman Felda di Mahkamah Tinggi Temerloh semalam menyaman Felda sebanyak RM450,000.00 setiap seorang. Bayaran guaman yang terlibat hanyalah RM50.00.

Apabila mereka berjaya didalam tuntutan ini nanti, mereka akan mendapat faedahnya, mereka menuntut apa yang hak kepada mereka, mereka telah ditipu oleh Felda selama tidak kurang dari 15 tahun.

Peneroka-peneroka yang bebal akan menggigit jari. Peneroka Felda Jengka 4 tidak terpengaruh dengan diayah UMNO dan Felda dan mereka tetap bersemangat mempertahankan tindakan mereka menyaman Felda.

711 Peneroka Felda Jengka saman Felda RM344 juta

Posted: 17 Jun 2011 02:52 AM PDT











press statement
17 Jun 2011

711 SETTLERS FILE SUIT AGAINST FELDA FOR FRAUD 7 BREACH OF TRUST
CLAIMING LOSSES OF UP TO RM344 MILLION RINGGIT

Tis morning at the Temerloh High Court, 711 FELDA Settlers from 16 Rancangan Felda Jengka in Jengka Pahang through their soloicitors M/s Daim & Gamany, filed a suit against Felda (1st Defendant) for fraud and breach of trust.

The settlers were contractually bound by the 1st Defendant to exclusively deliver their oil palm yield (hasil sawit) to the 2nd Defendant and they have always been paid at a lower rate of the oil extraction grade (Oil Extraction Rate "OER") for the last 15 years - averaging at 18.5% as stated in the Akuan Penerimaan BTS i.e. the receipt that is given for each truck delivery of fruit bunches. There is no clear basis or information on how the 2nd Defendant came to thesedifferent rates which were givven on a daily basis at the point of each delivery.

The settlers suspected something were amiss when they realised that they could never match the recommended rate from the Malaysian Palm Oil Board (MPOB) which were higher. In January 2010, the Federal Court orderd FELDA to pay11 million ringgit in damages to settlers in the Kemahang 3 scheme in Kelantan for cheating them over the oil palm extraction rate.

The settlers through their representatives sent raqndom samples of their fruit yields to independent laboratories to assess the actual rate of the OER. The results from the lab tests showed a much higherr average rate of 27%. This would mean a difference of an average 8.5% over the rate used by the 2nd Defendant.

We have evidence to show that in the year 2008, the 711 settlers from 16 rancangan Felda in Jengka had delivered at average of yield of 120 metric ton per settler. The settlers were paid by FELDA the average price of RM560.00 per ton the same year. Using the figure of 8.5% lost to the settlers, FELDA has caused a loss of RM257.60 per ton which works out to about RM30,912.00 to each settler fot he year 2008 alone.

FELDA has also deducted their fruit yields improperly by deducting an average of 200 kg per month for disqualified fruit bunches but they did not return the fruit bunches to the settlers. This led to a further loss of RM560.00 x 2.4 or RM1344.00 per year per settler or RM14,333,760.00 for all the settlers over the 15 year claimm period.

This means that over the last 15 years, FELDA has caused a loss to these 711 settlers to the tune of more than RM344 million.

Through this writ summons and the process of discovery in court, we will obtain the exact production figures for all the other schemes involved here to compute the exact loss over the claim period to the settlers.

The settlers are also claiming exemplary damages as they contend that FELDA, as the statutory authority set up by law to look after the welfare of the settlers has instead exploited its position of power and authority over the settlers and committed fraud and breach of trust.

Released by:

Sivarasa Rasiah (Lead counsel for the settlers).

R Sivarasa - Ahli Parlimen Subang

R Sivarasa - Ahli Parlimen Subang


Read More on the FELDA Suit

Posted: 17 Jun 2011 08:25 PM PDT

Read More on the Radiation Leak

Posted: 17 Jun 2011 09:45 AM PDT

RM344 MILLION RINGGIT SUIT AGAINST FELDA

Posted: 17 Jun 2011 09:40 AM PDT

PRESS STATEMENT
17 June 2011
711 SETTLERS FILE SUIT AGAINST FELDA FOR FRAUD & BREACH OF TRUST CLAIMING LOSSES OF UP TO RM344 MILLION RINGGIT
This morning at the Temerloh High Court, 711 FELDA settlers from 16 Rancangan Felda Jengka in Jengka Pahang through their solicitors M/s Daim & Gamany, filed a suit against FELDA (1st Defendant) and FELDA Palm Industries Sdn Bhd (2nd Defendant) for fraud and breach of trust.
The settlers were contractually bound by the 1st Defendant to exclusively deliver their oil palm yield (hasil sawit) to the 2nd Defendant and they have always been paid at a lower rate of the oil extraction grade (Oil Extraction Rate ("OER") for the last 15 years – averaging at 18.5% as stated in the Akuan Penerimaan BTS i.e. the receipt that is given for each truck delivery of fruit bunches. There is no clear basis or information on how the 2nd Defendant came to these different rates which were given on a daily basis at the point of each delivery.
The settlers suspected something were amiss when they realised that they could never match the recommended rate from the Malaysian Palm Oil Board which was higher. In January 2010, the Federal Court ordered FELDA to pay 11 million ringgit in damages to settlers in the Kemahang 3 scheme in Kelantan for cheating them over the oil palm extraction rate.
The settlers through their representatives sent random samples of their fruit yields to independent laboratories to assess the actual rate of the OER. The results from the lab tests showed a much higher average rate of 27%. This would mean a difference of an average 8.5% over the rate used by the 2nd Defendant.
We have evidence to show that in the year of 2008, the 711 settlers from the 16 Rancangan Felda in Jengka had delivered at average yield of 120 metric ton per settler. The settlers were paid by FELDA the average price of RM560 per ton the same year. Using the figure of 8.5% lost to the settlers, FELDA has caused a loss of RM257.60 per ton which works out to about RM30,912.00 to each settler for the year 2008 alone.
FELDA has also deducted their fruit yields improperly by deducting an average of 200 kg per month for disqualified fruit bunches but they did not return the fruit bunches to the settlers. This led to a further loss of RM 560 x 2.4 or RM 1344 per year per settler or RM 14,333,760 for all the settlers over the 15 year claim period.

This means that over the last 15 years, FELDA has caused a loss to these 711 settlers to the tune of more than RM344 million.
Through this writ summons and the process of discovery in court, we will obtain the exact production figures for all the other schemes involved here to compute the exact loss over the claim period to the settlers.
The settlers are also claiming exemplary damages as they contend that FELDA, as the statutory authority set up by law to look after the welfare of the settlers has instead exploited its position of power and authority over the settlers and committed fraud and breach of trust.
Released by:
Sivarasa Rasiah (Lead counsel for the settlers)

YB R. Sivarasa mewakili peneroka Felda dalam saman terhadap FELDA

Posted: 17 Jun 2011 07:11 AM PDT

YB R. Sivarasa bersama warga Peneroka Felda
Bersama Media


Warga Jengka yang bersemangat


Lembaga Kemajuan Tanah Persekutuan (Felda) berdepan dengan satu lagi saman - kali ini dari 711 peneroka rancangan Jengka, Pahang yang memfailkan saman RM344 juta berhubung dakwaan berlaku penipuan dan pecah amanah.Sebelum ini, Felda disaman oleh peneroka dari Kelantan, Johor dan Negeri Sembilan.

Saman tersebut difailkan di Mahkamah Tinggi Temerloh melalui peguam Ms Daim & Gamany yang diwakili oleh YB R. Sivarasa yang juga Ahli Parlimen Subang dan rakan-rakan pagi ini, dengan menamakan Felda dan Felda Palm Industries Sdn Bhd, sebagai defendan.

Dalam kenyataan tuntutan mereka, peneroka berkenaan mendakwa mereka terikat oleh Felda untuk hanya menghantar hasil kelapa sawit kepada Felda Palm Industries sahaja.

Mereka mendakwa sentiasa dibayar mengikut kadar perahan gred Kadar Perahan Asas (OER) sejak 15 tahun yang lalu - purata 18.5 peratus seperti yang dinyatakan dalam Akuan Penerimaan BTS - resit yang diberikan bagi setiap lori yang menghantar tandan buah sawit.

Peneroka berkenaan mendakwa tidak ada bukti jelas yang menunjukkan bagaimana Felda Palm Industries menetapkan kadar yang berbeza itu, yang diberikan setiap hari di setiap tempat penghantaran.

Peneroka mengesyaki ada sesuatu yang tidak kena apabila mereka menyedari yang mereka tidak mampu menyamai kadar lebih tinggi yang diperakukan oleh Lembaga Minyak Sawit Malaysia.

Peneroka, melalui wakil mereka, menghantar contoh rawak hasil buah kelapa sawit mereka kepada makmal bebas untuk menilai kadar sebenar OER.

Keputusan ujian makmal itu menunjukkan kadar purata lebih tinggi sebanyak 27 peratus, yang bermaksud perbezaan purata 8.5 peratus berbanding kadar yang digunakan oleh defendan kedua.

azlanPeguam mendakwa mereka mempunyai bukti untuk menunjukkan bahawa pada 2008, 711 peneroka dari 16 rancangan Felda Jengka telah menghantar purata hasil 120 tan setiap seorang.

Peneroka terbabit dibayar oleh Felda pada purata harga RM560 setan pada tahun yang sama.

Dengan menggunakan angka kekurangan 8.5 peratus itu, Felda telah menyebabkan setiap peneroka kerugian RM257.60 setan, iaitu kira-kira RM30, 912 bagi tahun 2008 sahaja.

Anwar Ibrahim

Anwar Ibrahim


Did Felda Lose RM500mil In North America?

Posted: 17 Jun 2011 03:20 AM PDT

Ke Mana Kita Dengan ‘Anak Malaysia’?

Posted: 17 Jun 2011 02:51 AM PDT

Dari KeadilanDaily
Oleh Najwan Halimi

Saya fikir ada banyak isu lain yang lebih penting dan memerlukan keutamaan ketimbang gimik untuk mendaftarkan anak yang baru lahir dengan identiti bangsa 'Anak Malaysia'. Timbul juga hujah lucu, kononnya tindakan ini sebagai langkah 'awal' untuk menghapuskan politik perkauman dan diskriminasi yang diterap dalam sistem pentadbiran sedia ada.

Menjadi Melayu, Cina, India, Cindia (istilah bagi anak kacukan Cina-India), Iban dan sebagainya sebenarnya bukanlah suatu yang bermasalah meski ada kerisauan seolah-olah pengkelasan identiti kaum sebegini bakal mengundang diskriminasi dan kesukaran kepada anak tersebut di masa hadapan.

Sebetulnya yang wajar dibicara dan dipolemikkan adalah sistem yang menunjangi diskriminasi itu sendiri. Ini bukan soal 'kedudukan istimewa' Melayu atau tuntutan samarata oleh bukan Melayu, tapi yang lebih mustahak adalah – ke mana hala tuju anak-anak di negara ini jika yang diheboh-heboh oleh ibu bapa mereka masih lagi berkisar soal bangsa dan perkauman?

Asas kewujudan dan ketamadunan manusia, sejak zaman-berzaman adalah cukup jelas – yakni semuanya diidentitikan menerusi pengenalan kaum dan etnik. Ini tidak salah. Tak sama sekali. Yang menjadi masalah adalah bila mana wujud kecenderungan untuk bersifat angkuh dan ta'asub dengan identiti tersebut.

Sejarah telah mencatatkan, umpamanya dasar Apartheid di Afrika Selatan yang dikecam hebat oleh masyarakat antarabangsa yang waras. Dasar ini diwujud dan dipertahan oleh pemuka-pemuka kulit putih di Afrika Selatan bukan kerana dasar ini bagus atau hebat sebaleknya kerana wujud keangkuhan dan sifat ketuanan oleh penguasa-penguasa kulit putih ini terhadap subjek pentadbiran mereka yang majoritinya berkulit hitam. Seolah-olah berkulit hitam itu suatu kehinaan.

Maka sebaik tokoh anti-Apartheid, Nelson Mandela dibebaskan dari penjara dan menang jawatan presiden Afrika Selatan, dasar yang mendiskriminasi itu dimansuh dan dibatalkan serta merta. Pada masa sama, identiti etnik di kalangan rakyat Afrika Selatan maseh dikekalkan dan kerukunan hidup bernegara di antara warga kulit hitam dan kulit putih dipulihkan. Ini semua memerlukan iltizam politik yang tinggi dan jitu. Bukan sekadar gimik murahan dan retorik picisan.

Kitab suci turut merakamkan misalan bila mana keangkuhan dan keta'asuban pada ketuanan kaum menjadi punca krisis di kalangan makhluk Tuhan. Di dalam Al-Qur'an, pada ayat ke-61 hingga 63 dalam Surah Al-Israa' diriwayatkan kisah pengingkaran Iblis terhadap Tuhan. Kisah yang dihuraikan secara ringkas di dalam Al-Qur'an ini boleh dibaca dengan lebih terperinci di dalam kitab Injil Perjanjian Lama dalam bab Genesis.

Menurut riwayat, sebaik sahaja Tuhan selesai menciptakan Adam di syurga, telah diperintahkan agar seluruh malaikat supaya sujud sebagai tanda hormat dan memuliakan Adam selaku makhluk baru yang bakal diangkat sebagai khalifah di Bumi. Para malaikat taat dan patuh namun terdapat satu makhluk bernama Iblis yang enggan menuruti arahan tersebut. Iblis bersoal jawab dengan Tuhan dan berhujah mempertahankan tindakannya tidak mahu sujud kepada Adam.

Dengan penuh angkuh, Iblis mendakwa adalah tidak layak bagi dirinya untuk sujud dan memuliakan Adam memandangkan dia (Iblis) dicipta daripada unsur api sedangkan Adam dicipta dengan unsur tanah. Arakian Iblis mendakwa dirinya lebih mulia dan tinggi darjat ketimbang Adam. Kesan daripada keangkuhan dan sifat ta'asub terhadap unsur kejadiannya itu, maka Tuhan mengusir Iblis keluar dari syurga dan digolongkan oleh Tuhan sebagai kafir.

Justeru, soal pendaftaran bangsa anak dengan nama 'anak Malaysia' ini sewajarnya tidak dibingkaikan dalam gimik sebegitu. Apa yang lebih penting adalah komitmen dan dedikasi semua terutamanya pimpinan politik, aktivis sosial dan gerakan massa untuk mendobrak sistem sedia ada yang bersifat diskriminatif dan tidak lagi relevan dalam lanskap sosio-politik negara masa kini.

Tidak kira sama ada anak-anak kita memakai nama bangsa Melayu, Cina, India dan sebagainya, apa yang mustahak adalah dengan mengajar dan mendidik mereka bahawa semua bangsa tak kira dari negara atau wilayah mana adalah sama tarafnya di sisi Tuhan. Jangan sekali-kali kita benarkan sifat angkuh dan naluri ketuanan kaum menguasai minda mereka demi menjamin kerukunan hidup di negara ini.

Polemik 'Anak Malaysia' tidak akan membawa kita ke mana-mana. Yang harus diperjuangkan adalah reformasi sistem supaya ianya menjadi lebih baik dan memberdayakan. Diskriminasi tidak akan lenyap hanya dengan menghapuskan identiti kaum semata-mata. Sejarah telah pun membuktikannya.

Esei ini diterbitkan buat kali pertama di laman jalantelawi.com pada 9 Jun 2011

Kembali Ke Parlimen Membawa Harapan Dan Suara Rakyat

Posted: 16 Jun 2011 09:06 PM PDT

Karikatur: ABIM Gesa Utusan Mohon Maaf Kepada Umat Islam

Posted: 16 Jun 2011 08:19 PM PDT

Dari The Malaysian Insider

Angkatan Belia Islam Malaysia (Abim) menggesa Utusan Malaysia memohon maaf secara terbuka kepada umat Islam berhubung penyiaran karikatur bertajuk "Kekeliruan Kes Rogol" dalam akhbar milik Umno itu, yang didakwa menghina Islam.

Presidennya Dr Muhd Razak Idris menegaskan karikatur itu yang disiarkan dalam Utusan Malaysia semalam mengandungi unsur-unsur yang menghina perundangan Islam.

"Dalam hal ini, kita mahu Utusan Malaysia memohon maaf secara terbuka kepada umat Islam di atas penyiaran karikatur yang kalau kita lihat mengandungi unsur-unsur kejahilan terhadap perundangan Islam dan hukum syariat.

"Ini tidak seharusnya berlaku dalam masyarakat dan tidak juga harus dilakukan oleh organisasi media yang memperjuangkan Melayu dan Islam," katanya kepada The Malaysian Insider.

Selain itu, jelas beliau, pelukis karikatur ini seolah-olah jahil tentang Islam dan perlu bertaubat selain berjanji tidak akan mengulangi perkara sama.

"Saya rasa pelukis itu jelas begitu jahil dengan hukum agama dan saya menyeru kepada dia agar bertaubat dan tidak lagi melakukan tindakan yang menunjukkan kejahilan dalam hal-hal agama.

"Jadi saya minta, selepas ini mana-mana kartun yang mahu disiarkan harus disemak dulu oleh mereka yang pandai agama kerana kita tidak mahu undang-undang ini dilihat sebagai menzalimi mangsa rogol, dalam kartun ini ia digambar macam itu," katanya.

Kelmarin, Persatuan Ulama Malaysia (PUM) dan Dewan Pemuda PAS Kelantan mengecam penyiaran karikatur itu sambil menyifatkan ia menghina Islam dan mahu penerbit dan pelukis karikatur itu didakwa.

Tegas Muhd Razak, karikatur karya "Miki" itu menggambarkan perundangan Islam tidak boleh menuntut keadilan bagi mangsa rogol.

Tambah beliau, apa sahaja bahan bukti boleh dibawa ke mahkamah dan mangsa rogol berhak mendapat pembelaan yang sah.

"Dalam sudut perundangan Islam, ada prosedur-prosedur yang harus dipatuhi, kartun ini mempunyai unsur penghinaan apabila menggunakan undang-undang Islam dan kaedah pembuktian yang dilihat tidak mampu memberi keadilan kepada mangsa.

"Sebagai contoh dalam kes rogol dan mengikut kefahaman saya mangsa boleh membawa kes ini ke mahkamah dengan membawa bukti yang dimiliki yang akan dinilai di mahkamah," katanya.

Mursyidul Am PAS Datuk Nik Abdul Nik Mat pula menyifatkan Utusan Malaysia sebagai "Denmark Malaysia" kerana menyiarkan karikatur yang menghina syariat Islam.

Beliau berkata demikian dengan merujuk kepada akhbar Denmark yang pernah menyiarkan karikatur yang menghina Islam dengan menerbitkan kartun Nabi Muhammad memakai serban yang bentuknya mirip sebutir bom.

Menurut Muhd Razak, sistem perundangan Islam dilakukan penghakiman dalam mahkamah dan bukan secara terbuka.

"Kartun ini dilihat tidak wajar dan prosedur Islam, pembuktian harus dinilai oleh orang yang tepat dan memahami perundangan Islam, bukan sekadar seperti dalam kartun ini yang hanya menunjukkan kejahilan.

"Dan, ingin saya tegaskan prinsip perundangan Islam sebetulnya perlu dibawa ke sistem penghakiman dan ia tidak boleh dilakukan secara terbuka.

"Jadi ia sudah jelas, Utusan Malaysia harus memohon maaf, karikatur ini memaparkan kejahilan terhadap prosedur perundangan Islam seolah-olah undang-undang Islam menolak keadilan kepada mangsa rogol," katanya.

Felda: Untung RM1bilion Tapi Hutang RM6 Bilion

Posted: 16 Jun 2011 08:00 PM PDT

Dari Malaysiakini
Oleh Wira Arjuna

Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Ahmad Maslan didapati memberi keterangan bercanggah dan berdolak dalih ketika cuba mencanang Felda sebagai sebuah syarikat kerajaan yang mencatatkan keuntungan berlipat ganda dan kononnya tidak pernah "membebankan" peneroka-peneroka dengan pinjaman yang diambil oleh mereka.

Bagaimanapun Ahmad mengaku di Parlimen semalam bahawa meskipun kedudukan Felda begitu utuh, syarikat itu membuat pinjaman RM6 bilion daripada Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP).

Menjawab soalan Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim, Ahmad juga menegaskan tidak ada syarikat dalam kumpulan Felda yang menanggung kerugian.

Ini menurutnya adalah kerana Felda mencatat keuntungan RM1.197 bilion pada tahun lalu.

Bagaimanapun Ahmad kemudian mengakui bahawa sebuah syarikat yang dibeli untuk memasuki pasaran minyak masak di Amerika Utara menanggung kerugian.

Namun katanya, kerugian itu fenomena biasa dalam pembelian aset di luar negara.

Pada ucapannya di parlimen itu, Ahmad mempertikaikan angka-angka yang dirujuk oleh ketua pembangkang mengenai kerugian terkumpul Felda sebanyak RM500 juta dari tahun 2007 hingga 2010.

Sebahagian besar daripada kerugian itu dikatakan ditanggung oleh Felda Global Ventures menerusi pelaburan-pelaburan rapuh di luar negara, kata Anwar sambil memberikan contoh-contoh pelaburan yang dimaksudkan.
Tidak pernah tindas

Anwar meminta kerajaan Umno-BN menyatakan sama ada RM6 bilion itu digunakan oleh anak syarikat Felda, Felda Global Ventures untuk melabur dalam syarikat milik asing.

"Saya tidak tahu dari mana ahli parlimen Permatang Pauh mendapat angka-angka ini," kata Ahmad dengan sekali lagi mencanang keuntungan RM1.197 bilion Felda tahun lalu.

Anwar berkata Felda sepatutnya mampu memperoleh keuntungan berlipat ganda sekiranya pengurusan lebih telus.

Namun akibat pengurusan lembab, peneroka dinafikan hak untuk menikmati keuntungan lebih tinggi memandangkan harga kelapa sawit dan getah dunia melambung tinggi.

Anwar menegaskan pencapaian anak syarikat Felda tidak mencerminkan aset begitu luas yang dimiliki oleh Felda serta potensi keuntungan yang bakal dicapai.

Tahun lalu, Ahmad mengaku, juga di Parlimen, bahawa rizab Felda susut daripada lebih RM4 bilion pada tahun 2004 kepada RM1.35 bilion pada tahun 2009.

Peneroka Felda dilihat sebagai "simpanan tetap" Umno ketika pilihanraya dan sebarang kritikan terhadap pengurusan Felda sering mengundang tindakan padah daripada pemerintah.

Ahmad pada siadang Dewan Rakyat juga mendakwa peneroka Felda tidak pernah ditindas, namun keputusan-keputusan mahkamah dalam beberapa saman yang difailkan oleh peneroka
menunjukkan hakikat yang sebaliknya.

Ribuan peneroka Felda memenangi hak untuk mendapatkan pampasan daripada Felda setelah hakim memutuskan mereka ditipu bayaran untuk hasil sawit yang diusahakan.

Antaranya, Mahkamah Persekutuan pada Ogos lalu memerintahkan Felda membayar RM11 juta kerana menipu sekumpulan peneroka di Kemahang.