The Spirit of Lubok Kawah/Semangat Lubok Kawah |
Posted: 17 Jun 2011 11:20 PM PDT Saya tidak mahu berapologetik, adakah saya suka kepada chegu'Bard atau sebaliknya? Ada pemimpin yang menegur saya kerana saya terus katakan saya suka kepada chegu'Bard. Tetapi saya tidak mengundi chegu'Bard! "Eh..eh suka kepada chegu'Bard tapi tak mengundi dia? Apahal?" Ya, saya suka kepada chegu'Bard tapi saya tak mengundi dia. Saya tidak mengundi dia didalam PRU dan saya tidak mengundi dia semasa pemilihan PKR yang lalu. "Habis, apa guna suka kalau tak mengundi dia?" Bagaimana saya nak mengundi dia kerana didalam pemilihan PKR dia bertanding jawatan didalam AMK, saya bukan anak muda dan tidak layak mengundi dia. Saya bukan pengundi di Rembau, sudah tentu tak dapat mengundi dia. chegu'Bard bertanding sebagai Ketua AMK PKR pusat didalam pemilihan yang lalu. AMK Cabang Kuala Krau mencadangkan chegu'Bard, diatas kehendak AMK Kuala Krau. Saya tidak terlibat mencalonkan chegu'Bard dan juga tidak mencalonkan Sam. Bebas. AMK Kuala Krau bebas memilih Sam atau memilih Chegu'Bard diatas kesedarang mereka sendiri. Namun, pada hari pengundian itu, pengempen-pengempen Sam ramai di Kuala Krau dan tidak ada seorang pun yang pengempen chegu'Bard. Keputusannya, Sam menang tipis di Kuala Krau. Saya tidak dapat menentukan calon mana yang perlu dipilih oleh AMK Kuala Krau. Begitu juga pertandingan antara 3 pemimpin PKR yang bertanding Timbalan Presiden. Saya dengan jelas berkempen untuk Azmin Ali. Tetapi saya juga bebaskan ahli-ahli PKR Kuala Krau untuk mengundi sesiapa saja yang mereka suka. Akibatnya Azmin Ali menang besar diikuti oleh Dato Zaid dan Mustapha Kamal Ayob. Mustapha adalah pemimpin yang baik. Tetapi setiap anggota hanya boleh mengundi seorang sahaja, dan saya sudah pun membuat keputusan untuk memberi sokongan kepada Azmin Ali. Antara chegu'Bard dan Sam, siapa saya pilih? Sejak hampir 3 tahun lampau, chegu'Bard meluangkan masa yang banyak di Kuala Krau, kadang-kadang beliau memberi masa hingga 3 hari disetiap kali beliau datang ke Kuala Krau. Saya lasakkan beliau. Ada program 4.00 petang, ada program 9.00 malam, dan kadang-kadang pada sebelah malam, chegu'Bard berceramah di dua tempat. Kalau saya ada duit, saya beri chegu'Bard sedikit duit minyak, kalau tak ada, saya berterus terang saja dengan dia, tetapi dia tidak serik-serik menyokong program yang PKR Kuala Krau anjurkan. Bukan senang untuk pemimpin-pemimpin datang ke Kuala Krau khususnya DUN Jenderak. Saya boleh bilang dengan jari mereka yang sanggup datang ke mari, walaupun, saya tak henti-henti mengundang pemimpin-pemimpin hadir. Kadang-kadang terasa juga kerana undangan dari PKR langsung tidak diperdulikan tetapi tiba-tiba mereka datang juga ke kawasan Kuala Krau atas undang parti sahabat. Saya memang buat kerja di kawasan DUN Jenderak ini. Tetapi kemampuan saya sangat terbatas manakala jentera PKR di kawasan ini tertumpu kepada saya. Bergerak saya, bergeraklah jenteranya, kalau saya memberi tumpuan kepada kerja-kerja yang saya pegang di peringkat Pusat seperti Biro Masyarakat Felda dan Orang Asal. Sebulan penuh dari pertengahan Mei sehingga hari ini, setiap hari saya terlibat dengan lawatan-lawatan ke rancangan-rancangan Felda di Negeri Pahang, Perak, Selangor, Negeri Sembilan dan Johor. Maka jentera saya di Kuala Krau turut tidak aktif. Inilah yang menyebabkan hilang semangat saya. Maka apabila saya mendapat seorang teman seperti chegu'Bard yang boleh datang membantu, saya kira pemimpin seperti ini jauh lebih berharga daripada mana-mana pemimpin walaupun besar kepada parti tidak mendatangkan erti kepada pergerakan PKR di Kuala Krau. Dengan jentera yang hanya bergerak dengan arahan, terfikir oleh saya untuk tidak mahu bertanding didalam PRU yang akan datang, tetapi ingin menjadi Jentera PRU sahaja. Saya tidak mampu untuk menjadi calon, disamping mengetuai jentera dan disamping mencarikan kewangan untuk gerakan PRU itu. Sebab itu saya sendiri mencadangkan dua tiga nama yang lain supaya dicalonkan di dalam DUN Jenderak didalam PRU akan datang ini. Dan Insya Allah, saya akan menjadi tenaga kerja yang boleh dipertanggungjawabkan. Ada juga kesilapan-kesilapan chegu'Bard yang tidak diakui oleh chegu'Bard sendiri. Mana ada sebuah parti politik yang perfect. Mesti ada kelemahannya. Maka jika kita menumpukan rasa tidak puas hati kita kepada kelemahan parti, kita akan merasakan bahawa parti itu (melalui tindakan pimpinannya) sebagai tidak memberikan ruang (khususnya ruang demokrasi) kepada kita. Kita mempunyai kekuatan dan kelemahan kita. Jika kita tumpu untuk memperbaiki kelemahan kita, maka kerja buat kita untuk parti kita boleh mendatangkan kepuasan kepada kita. Disinilah saya kurang bersetuju dengan chegu'Bard yang sentiasa menjadi isu utama kelemahan kita untuk diperbesarkan. Dan setiap kali chegu'Bard memperbesarkan kelemahan itu, setiap kali juga saya melemparkan teguran kepadanya. Namun begitu, teguran saya bukan berbentuk antagonistik, tetapi semata-mata untuk mengingatkan bahawa kita semua ada kelemahan masing-masing, hanya dengan menyedari kelemahan ini akan dapat kita menyatukan tenaga kita untuk berhadapan dengan pihak lawan. Saya yakin chegu'Bard mampu menerima teguran, dan kini chegu'Bard sentiasa boleh datang ke kawasan saya kalaupun tidak pada tarikh yang saya cadangkan, beliau akan beri masa mengikut jadualnya yang kosong. Adakah kerana chegu'Bard sentiasa datang ke Kuala Krau maka saya terikat dengannya? Saya bukan sahaja terhutang budi dengan chegu'Bard kerana itu, tetapi saya terhutang budi dengan beliau kerana kesungguhan beliau menerangkan isu-isu yang sangat-sangat memerlukan penerangan yang dinanti-nantikan oleh masyarakat. Chegu'Bard, dengan caranya yang tersendiri, mampu memberikan penerangan yang berkesan, sehinggakan setelah selesai jadual chegu'Bard di Kuala Krau, beliau lagi-lagi dipinta untuk datang bukan sahaja ke Kuala Krau tetapi kawasan-kawasan sekitarnya, dan pada 16 dan 17hb Jun baru-baru ini saya telah bawa chegu'Bard berceramah di tiga kawasan didalam kawasan Parlimen Temerloh iaitu di Kg Lebak, Taman Saga dan Seberang Temerloh. Saya akan menceritakan pula kehebatan Felicia Ling yang sebelum ini memberikan bantuannya ke kawasan DUN Jenderak didalam entri yang akan datang. |
You are subscribed to email updates from The Spirit of Lubok Kawah/Semangat Lubok Kawah To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan