The Spirit of Lubok Kawah/Semangat Lubok Kawah |
- Ramai lagi Peneroka yang mahu libatkan diri saman Felda
- Nostalgia Felda 1980-an - Tuntutan untuk Geran Tanah secara individu
- Peneroka Felda Jengka 4 Tidak Terpengaruh dengan Diayah UMNO
- 711 Peneroka Felda Jengka saman Felda RM344 juta
Ramai lagi Peneroka yang mahu libatkan diri saman Felda Posted: 17 Jun 2011 09:18 PM PDT Didalam Majlis Penerangan di Felda Jengka 4 malam tadi lebih 100 Borang Warant to Act untuk melantik Peguam telah diambil oleh Peneroka-Peneroka Felda Jengka 4 yang tidak kesempatan bersama-sama 711 peneroka kawasan Jengka untuk menyaman Felda. Mereka diberikan masa selama 2 bulan lagi untuk mendaftarkan Warant to Act jika mahu terlibat sama dengan kumpulan 711 peneroka itu. Berita 711 peneroka saman Felda itu telah merebak keserata negeri Pahang apabila telah disiarkan dimuka hadapan akhbar SINAR pagi ini. Dari serata-rata rancangan Felda di Negeri Pahang pagi ini telah menalipon saya untuk penerangan lanjut dan ada yang meminta saya menghadirkan diri ke kawasan-kawasan mereka untuk membuat penerangan mengenai isu KPG, Dana Tanam Semula dan isu pemansuhan Felda Plantation. Mereka yang tanam sendiri dari gugusan Keratong meminta saya selaku peguam menuntutkan bagi pihak mereka Tabung Tanam Semula yang masih gagal dibayar oleh Felda. 300 peneroka di kawasan Keratong pinta saya datang kesana untuk mereka menandatangani Warant To Act untuk mereka memfailkan saman terhadap Felda di Mahkamah Tinggi Kuantan. Peneroka-peneroka dari Sg Koyan meminta saya hadir ke sana untuk menerangkan isu Pemansuhan Felda Plantation dan Penawaran kepada Peneroka-Peneroka Baru dari kalangan generasi ke-2 dan ke-3. Begitu juga peneroka-peneroka dan anak-anak peneroka dari Lembah Bilut, Chemomoi dan Sg Kemahal dari Daerah Bentong. Mereka mahukan penerangan mengenai tuntutan dari Tabung Tanam Semula dan peratusan perahan KPG. Keputusan Mahkamah Tinggi Kota Bharu yang memberi kemenangan kepada peneroka-peneroka Felda Kemahang 1 dan 2 di Kelantan didalam isu Tabung Tanam Semula sangat memberangsangkan mereka untuk membuat tuntutan yang sama. Manakala berita 711 orang peneroka di Jengka menyaman Felda RM344 juta menaikkan semangat mereka untuk sama-sama menyaman Felda kerana mereka juga menghadapi masalah yang sama. Jadual saya untuk rancangan-rancangan Felda di Negeri Pahang nampaknya pada sehingga bulan Julai, dan didalam kepadatan itulah juga saya akan kongsikan bersama-sama dengan Jawatankuasa Biro Felda PKR Pusat untuk memenuhi jemputan dan lawatan didalam siri 2 ke Negeri Sembilan, Selangor, Perak dan Johor dicelah-celah kepadatan jadual untuk Negeri Pahang. Kepadatan jadual bagi Biro ini, Insya Allah, akan memberikan menfaat kepada peneroka-peneroka. |
Nostalgia Felda 1980-an - Tuntutan untuk Geran Tanah secara individu Posted: 17 Jun 2011 07:31 PM PDT Bukanlah satu tugasan yang mudah membela nasib peneroka-peneroka Felda di tahun-tahun 1980-an dulu. Pada waktu itu Felda bersikap kuku besi, dan Pengurus-Pengurus Felda bersikap semacam Majikan Besar. Mereka disokong oleh Jawatankuasa JKKR dan Ketua-Ketua Blok bertindak seolah-olah mereka memiliki segala kuasa dan boleh melakukan apa saja didalam rancangan-rancangan Felda dan terhadap peneroka-peneroka. Peneroka-peneroka ditakut-takutkan dan diugut. Ugutan yang paling berkesan adalah SINGKIR dari rancangan Felda. Ugutan ini bukan sahaja berbentuk menakut-nakutkan bahkan mereka menjalankan sehingga ramai dari kalangan peneroka-peneroka menjadi mangsa dan disingkirkan dari rancangan Felda. Dengan tindakan sebegini, peneroka-peneroka ramai yang "ditikuskan" oleh Felda dan mereka tidak berani mengambil apa-apa tindakan untuk kepentingan diri mereka. Kebanyakan mereka yang diambil tindakan adalah mereka yang terlibat dengan politik pembangkang. Felda tidak mengambil tindakan terhadap mereka itu kerana pegangan politik mereka, tetapi mereka menggunakan tuduhan bahawa mereka itu terlibat "memecah-belahkan masyarakat Felda". Ketua-Ketua Blok dan JKKR bersekongkol dengan Felda dan ramai peneroka-peneroka menjadi mangsa. Namun begitu masih ada golongan yang berani. Mereka tidak menyatakan bahawa mereka tidak mendapat keadilan daripada Felda. Walaupun golongan mereka itu kecil, tetapi mereka berani dan konsisten dengan tindakan mereka. Tuntutan mereka pada waktu itu adalah untuk mendapatkan geran secara individu dan bukan geran seperti yang dicadangkan oleh Felda bahawa mereka dikehendaki berkongsi seramai 20 orang atas nama Koperasi. Selain dari itu mereka menuntut pendapatan minima sebanyak RM500.00 sebulan berbanding dengan pendapatan take-home mereka sebanyak RM20.00 kebawah. Mereka juga menuntut supaya sebahagian daripada potongan-potongan di Hari Balance dikecualikan, dan mereka tidak setuju Yuran UMNO dipaksakan keatas mereka kerana ada sebahagian daripada peneroka-peneroka itu tidak menyertai UMNO atau mana-mana parti politik pun. Peneroka-peneroka tidak bersetuju dengan potongan jalan pertanian yang dikenakan setiap bulan sedangkan jalan-jalan pertanian itu tidak diperbaiki. Baja-baja yang dihantar kepada mereka adalah dari kualiti yang sangat rendah tetapi dengan harga lebih tinggi dari pasaran umum. Tuntutan mendapatkan geran secara individu itu menjadi tuntutan utama. Lama kelamaan lebih ramai daripada peneroka-peneroka memahami akan tuntutan ini dan mereka terpaksa keluar dari UMNO kerana UMNO mempertahankan geran secara berkongsi atas nama koperasi. Semakin tahun semakin ramai peneroka-peneroka keluar dari UMNO dan berjuang menuntut supaya geran tanah mereka diberikan secara individu. Saya menjuarai perjuangan ini, saya melawati semua rancangan Felda dari Negeri Kelantan ke Johor dan dari Johor ke Perlis. Felda amat mudah mengenalpasti diri saya kerana pada waktu itu boleh dikatakan saya berjuang "single-handed". Saya pergi ke rancangan-rancangan Felda untuk memberikan penerangan, saya juga mewakili peneroka-peneroka di Mahkamah, bahkan semua kes-kes peneroka yang saya wakili termasuk kes-kes didalam bidang-bidang lain yang mereka dipertuduhkan, saya wakili mereka secara percuma sebagai perjuangan Jihad saya membela nasib peneroka-peneroka Felda. Akhirnya, saya dijadikan sebagai "PERSONA NON GRATA" dan tidak dibenarkan memasuki kebanyakan rancangan-rancangan Felda kononnya saya pembawa pecah-belah dikalangan masyarakat Peneroka Felda. Mesej yang saya bawakan untuk peneroka-peneroka supaya mereka berjuang bagi mendapatkan geran tanah secara individu diterima dengan baik oleh peneroka-peneroka termasuk peneroka-peneroka dari UMNO. Saya mulai merasakan tekanan terhadap diri saya. Rumah saya diawasi oleh SB. Pergerakan saya diawasi oleh SB. Dan aktiviti saya diawasi oleh SB. Kemuncaknya, saya dijemput menemui Dato Najib Razak, Menteri Besar Pahang. Dato Yop Maidin, Pegawai Turus Felda dan bekas ADUN Kuala Semantan, Annuar Mohd Seh telah menemui saya menyampaikan pesanan dari Menteri Besar Pahang. Alhamdulillah, saya tidak pergi menemui Menteri Besar itu kerana saya berpegang teguh kepada semangat Demokrasi bahawa selagi kita tidak menyalahi undang-undang, seseorang itu hendaklah dihormati akan tindakannya. Tidak lama kemudian saya menerima jemputan untuk bertemu dengan KDYMM Sultan Pahang. Pada waktu itu saya berada di Perlis, dan Ketua Polis disana telah menyampaikan mesej dari Sultan Pahang yang mahu menemui saya pada keesukan harinya di Istana Kuala Lumpur. Pada malam itu juga setelah ceramah saya pandu kereta saya sendiri untuk ke Istana Pahang di Kuala Lumpur. Namun, kerana keletihan saya tertidur di depan Masjid di Tg Malim dan saya terlelap sehingga tidak sedarkan azan Suboh, saya sempurnakan juga solat Suboh apabila terbangun. Saya sampai ke Istana Pahang sudah melewati jam 9.30 pagi. Sultan pada waktu itu ditemani oleh bekas Menteri, Dato Shariff Ahmad. Selepas mengambil sarapan pagi yang disediakan, Sultan mula berbincang dengan saya dan diantara isinya bahawa baginda mendapat berita bahawa saya akan ditahan dibawah ISA, dan baginda sanggup menjadi orang tengah untuk mengelakkan saya dari ditahan jika saya sanggup keluar dari PAS. Saya tidaklah memikir panjang dan saya menyatakan bahawa saya berada didalam perjuangan ini dengan penuh sedar bahawa sebelah kaki saya di penjara dan sebelah lagi di luar penjara. Sultan wished me good luck dengan pesanan terakhirnya: "Kawan sedih juga kalau rakyat Negeri kawan ditahan ISA." Saya ucapkan terima kasih kepada Sultan Pahang kerana mengambil berat tentang diri saya. Seminggu selepas itu saya ke Alor Gajah Melaka menghadiri perbicaraan di Mahkamah Magistrate mewakili klien saya, tetapi tak semena-mena kes itu ditangguhkan semasa persidangan sedang berjalan lancar, dan amat pelik kerana tarikh baru tidak dibekalkan dengan penangguhan itu. Saya pulang ke Temerloh, dan menjalankan kerja saya di Pejabat guaman saya. Pada malam itu saya dijadualkan berceramah di Kerdau. Selepas menunaikan solat Maghrib, maka saya mengemaskan fail-fail untuk perbicaraan di Mahkamah Temerloh pagi esuknya. Tiba-tiba datang 3 orang berpakaian kain dan baju gumbang dan berketayap. Saya menjangkakan mereka itu orang-orang PAS untuk menjemput saya ke Kerdau. Pelik juga. Kerdau ini kawasan saya, sepatutnya saya tak perlu dijemput. Mereka menghampiri saya dan menunjukkan kad masing-masing, mereka pegawai-pegawai polis dari Bukit Aman, berpangkat tinggi dan ketua mereka berkata: "Maafkan kami tuan haji, Tuan Haji ditahan dibawah ISA." Saya terus bertakbir: ALLAHU AKBAR!" Itulah hadiah kepada saya kerana tidak henti-henti berjuang untuk peneroka-peneroka Felda dan membela mereka juga di Mahkamah. Semasa saya didalam tahanan di Kem Kemunting, pihak Kerajaan telah membuat pengumuman bahawa Felda bersetuju mengeluarkan geran secara individu kepada peneroka-peneroka. Alhamdulillah, berjaya juga perjuangan saya walaupun saya ditahan dibawah ISA. |
Peneroka Felda Jengka 4 Tidak Terpengaruh dengan Diayah UMNO Posted: 17 Jun 2011 07:11 PM PDT Pagi semalam sebelum peneroka-peneroka Felda Jengka 4 sedang bersedia untuk ke Mahkamah Tinggi Temerloh, mereka telah ternampak banner yang tergantung dengan mesej jijik mengatakan bahawa peneroka-peneroka yang saman Felda hanya menjadi alat, mereka hanya dapat kuah sedangkan peguam-peguam dapat daging. Banner itu juga menyebut bahawa peneroka-peneroka Felda Kemahang 3 sampai ke hari ini masih belum mendapat wang tuntutan mereka yang diperintahkan oleh Mahkamah. Inilah kebebalan UMNO yang melampau. Mereka membaca pembohongan didalam Majalah Felda yang menaburkan pembohongan dan penipuan. Didalam salah satu keluaran Majalah itu ditulis bahawa peneroka-peneroka membayar RM5,000.00 seorang bagi melantik peguam. Majalah itu menyatakan bahawa peguam-peguam itu datang ke rancangan-rancangan Felda dengan kereta mewah dan menginap di Hotel 5 Bintang. Bahkan didalam Majlah itu digambarkan seorang peguam sedang berada di showroom kereta BMW untuk membeli kereta mewah itu hasil dari bayaran dari peneroka-peneroka. Alangkah dangkal Felda membuat tuduhan yang begitu jijik. Kenapa mereka tidak bertanya kepada peneroka-peneroka yang terlibat memfailkan saman terhadap Felda itu? Setiap seorang itu hanya mengeluarkan belanja RM50.00. RM50.00 itulah untuk menyediakan dokumen-dokumen untuk difailkan di Mahkamah, dengan RM50.00 itulah juga digunakan untuk berpuluh temujanji dengan peneroka-peneroka, RM50.00 itulah untuk menyediakan perbicaraan di Mahkamah, RM50.00 itulah untuk menghadiri puluhan kali siri perbicaraan di Mahkamah, di Mahkamah Rayuan dan Mahkamah Persekutuan. Orang UMNO telah dibodoh dan diperbodohkan oleh Felda yang membuat fitnah jijik ini. Namun, peneroka-peneroka Felda tidak terpengaruh fitnah-fitnah dari UMNO dan Felda ini. Setelah selesai proses pemfailan saman terhadap Felda di Mahkamah Tinggi Temerloh semalam, Biro Masyarakat Felda PKR telah mengadakan ceramah di Felda Jengka 4. Bukan sahaja peneroka-peneroka Felda Jengka 4 hadir beramai-ramai bahkan mereka yang hadir itu yang masih belum menuntut dan menyaman Felda turut mengambil Borang Waran Bertindak untuk turut menyaman Felda. Lebih dari 100 Borang Waran Bertindak telah diambil oleh peneroka-peneroka Jengka 4. Mereka diberikan tempoh selama 3 bulan untuk menyerahkan Borang Waran To Act itu untuk ikut serta dengan seramai 711 peneroka-peneroka yang telah pun menyaman Felda pada 17hb June di Mahkamah Tinggi Temerloh. Sesungguhnya, peneroka-peneroka Felda Kemahang 3 di Kelantan sudah pun menerima bayaran dari Felda berjumlah RM11 juta. UMNO dan Felda hanya nak menipu diri sendiri dan peneroka-peneroka yang bebal itu. Peneroka-peneroka yang menuntut di Kemahang 3 itu sudah pun mendapat bayaran masing-masing; dan peneroka-peneroka yang bebal itu masih berkhayal, dan dikhayalkan oleh pembohongan UMNO dan Felda. Setiap dari 711 orang peneroka Felda yang menyaman Felda di Mahkamah Tinggi Temerloh semalam menyaman Felda sebanyak RM450,000.00 setiap seorang. Bayaran guaman yang terlibat hanyalah RM50.00. Apabila mereka berjaya didalam tuntutan ini nanti, mereka akan mendapat faedahnya, mereka menuntut apa yang hak kepada mereka, mereka telah ditipu oleh Felda selama tidak kurang dari 15 tahun. Peneroka-peneroka yang bebal akan menggigit jari. Peneroka Felda Jengka 4 tidak terpengaruh dengan diayah UMNO dan Felda dan mereka tetap bersemangat mempertahankan tindakan mereka menyaman Felda. |
711 Peneroka Felda Jengka saman Felda RM344 juta Posted: 17 Jun 2011 02:52 AM PDT press statement 17 Jun 2011 711 SETTLERS FILE SUIT AGAINST FELDA FOR FRAUD 7 BREACH OF TRUST CLAIMING LOSSES OF UP TO RM344 MILLION RINGGIT Tis morning at the Temerloh High Court, 711 FELDA Settlers from 16 Rancangan Felda Jengka in Jengka Pahang through their soloicitors M/s Daim & Gamany, filed a suit against Felda (1st Defendant) for fraud and breach of trust. The settlers were contractually bound by the 1st Defendant to exclusively deliver their oil palm yield (hasil sawit) to the 2nd Defendant and they have always been paid at a lower rate of the oil extraction grade (Oil Extraction Rate "OER") for the last 15 years - averaging at 18.5% as stated in the Akuan Penerimaan BTS i.e. the receipt that is given for each truck delivery of fruit bunches. There is no clear basis or information on how the 2nd Defendant came to thesedifferent rates which were givven on a daily basis at the point of each delivery. The settlers suspected something were amiss when they realised that they could never match the recommended rate from the Malaysian Palm Oil Board (MPOB) which were higher. In January 2010, the Federal Court orderd FELDA to pay11 million ringgit in damages to settlers in the Kemahang 3 scheme in Kelantan for cheating them over the oil palm extraction rate. The settlers through their representatives sent raqndom samples of their fruit yields to independent laboratories to assess the actual rate of the OER. The results from the lab tests showed a much higherr average rate of 27%. This would mean a difference of an average 8.5% over the rate used by the 2nd Defendant. We have evidence to show that in the year 2008, the 711 settlers from 16 rancangan Felda in Jengka had delivered at average of yield of 120 metric ton per settler. The settlers were paid by FELDA the average price of RM560.00 per ton the same year. Using the figure of 8.5% lost to the settlers, FELDA has caused a loss of RM257.60 per ton which works out to about RM30,912.00 to each settler fot he year 2008 alone. FELDA has also deducted their fruit yields improperly by deducting an average of 200 kg per month for disqualified fruit bunches but they did not return the fruit bunches to the settlers. This led to a further loss of RM560.00 x 2.4 or RM1344.00 per year per settler or RM14,333,760.00 for all the settlers over the 15 year claimm period. This means that over the last 15 years, FELDA has caused a loss to these 711 settlers to the tune of more than RM344 million. Through this writ summons and the process of discovery in court, we will obtain the exact production figures for all the other schemes involved here to compute the exact loss over the claim period to the settlers. The settlers are also claiming exemplary damages as they contend that FELDA, as the statutory authority set up by law to look after the welfare of the settlers has instead exploited its position of power and authority over the settlers and committed fraud and breach of trust. Released by: Sivarasa Rasiah (Lead counsel for the settlers). |
You are subscribed to email updates from The Spirit of Lubok Kawah/Semangat Lubok Kawah To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan