Isnin, 14 Mac 2011

Anwar Ibrahim

Anwar Ibrahim


Jangan Kacau Tanah Kami

Posted: 14 Mar 2011 06:47 PM PDT

Dari Malaysian Insider

Pemilik tanah Kampung Baru tetap dengan pendirian menentang keras cadangan Putrajaya yang mahu mengadakan Rang Undang-undang Perbadanan Pembangunan Kampong Baru 2010 sambil menyifatkannya sebagai "rompakan secara senyap" untuk mengambil alih tanah penempatan eksklusif orang Melayu.

Malah ada pemilik dan pewaris tanah Kampung Baru berkata mereka tidak pernah sama sekali memberi persetujuan agar rang undang-undang itu digubal seperti mana dikatakan oleh Menteri Wilayah Persekutuan dan Kesejahteraan Bandar Datuk Raja Nong Chik Raja Zainal Abidin bahawa hampir 90 peratus telah bersetuju dengannya.

Salah seorang penduduk yang ditemui, Zauriah Mat Nenggal berkata dia sama sekali tidak bersetuju dengan cadangan Raja Nong Chik untuk diadakan Rang Undang-undang Perbadanan Pembangunan Kampong Baru 2010 yang akan akan dibentangkan kali kedua di Dewan Rakyat pada Jun ini.

"Makcik memang tak setuju langsung, rumah mak cik dah dibangunkan janganlah kacau . . . tak akan nak robohkan rumah mak cik, ada otak itu pakailah. Jangan kacau rumah yang bukan hak kamu.

"Kalau nak robohkan kerajaan kena ganti balik, saya tidak mahu duit tapi saya mahu kerajaan ganti rumah juga . . . saya di sini ada rumah 12 pintu dan saya sewakan kepada orang, jadi jangan kacau mata pencarian mak cik," katanya yang berusia 77 kepada The Malaysian Insider.

Zauriah Mat Nenggal menegaskan buat apa kerajaan hendak mengacau tanah Kampung Baru. — Foto oleh Choo Choy May
Kata Zauriah, tindakan kerajaan yang mahu mewujudkan rang undang-undang disifatkan sebagai tidak berperikemanusiaan.
"Raja Nong Chik hati Yahudi . . . Yahudi robohkan rumah Arab untuk bangunkan rumah tapi Raja Nong Chik nak ambil tanah Melayu untuk buat pembangunan.

"Raja Nong Chik tidak berperikemanusiaan langsung, ingat senang-senang nak robohkan rumah mak cik? Ingat orang Kampung Baru ini bodohkah? Ingat duit mak cik ini pasirkah? Kenapa nak kacau Kampung Baru? Ini kampung Melayu kenapa mesti nak kacau?" katanya.

Justeru, dia menggesa agar kerajaan pusat membatalkan hasrat untuk mengadakan akta tersebut.

"Raja Nong Chik ini dah belakangkan kiblat . . . tak jaga orang Melayu, baru jadi menteri dah lupa daratan.

"Kalau perkara ini Raja Nong Chik yang kena macam mana dia rasa? Mesti dia sakit hati," soalnya.

Bagi Jamaluddin Kamat, 54, cadangan untuk mewujudkan rang undang-undang itu seolah-olah mempunyai agenda tersendiri selain akan menidakkan hak pemilik dan pewaris tanah kawasan itu sekiranya ia dilaksanakan.

"Saya setuju dengan pembangunan di kawasan Kampung Baru tetapi tidak bersetuju dengan rang undang-undang yang kalau kita lihat tidak jelas apa tujuan penubuhannya.

"Bagi saya rang undang-undang ini tidak menjamin masa depan pemilik dan pewaris tanah. Kalau contoh kita bersetuju apa jaminan kerajaan kepada kami? Pembangunan yang macam mana kerajaan mahu lakukan? Selain itu, kalau ia dilaksanakan mereka (kerajaan) mempunyai kuasa penuh ke atas tanah-tanah di kawasan ini," katanya.

Kata anak jadi Kampung Baru itu, rang undang-undang tidak diperlukan untuk membangunkan kawasan itu kerana sudah mempunyai Lembaga Pentadbir Penempatan Pertanian Melayu (MAS) Kampung Baru yang sudah menguruskan penempatan itu sejak 111 tahun lalu.

"Kami di sini tak perlukan rang undang-undang untuk membangunkan kawasan Kampung Baru ini, kami sudah ada MAS… selama ini MAS yang menguruskan semua perkara di sini.

"Pembangunan Kampung Baru ini boleh dilakukan tanpa rang undang-undang, kita boleh bangunkan melalui MAS dan kami percaya kepada MAS untuk menguruskan soal pembangunan tetapi dengan syarat kerajaan kena bantu, bukan dengan menubuhkan rang undang-undang yang kami sendiri pun tak tahu fungsinya," katanya.

Ditanya bacaan kali kedua rang undang-undang akan dibentangkan di Parlimen Jun ini, Jamaluddin berkata, pihak Kementerian Wilayah Persekutuan dan Kesejahteraan Bandar perlu jelaskan kepada penduduk terlebih dahulu.

"Itu perlu dijelaskan kepada pemilik dan pewaris tanah walaupun dapat tentangan, kena beritahu kerana kami nak tahu apa yang kerajaan ingin lakukan," katanya.

Kamal Hussein, 78, pula mahu imej kampung Melayu dikekalkan di Kampung Baru walaupun pembangunan dilakukan di kawasan itu.

"Bangunan tinggi-tinggi tidak diperlukan di Kampung Baru, cuma perlu menaik taraf mana-mana yang patut sahaja… buat apa nak bangunan tinggi, bukan kita mampu nak beli.

"Imej sebagai kampung Melayu perlu dikekalkan. Eloklah kalau kampung Melayu ini ada, lagipun Kampung Baru ini terkenal di seluruh dunia, kalau tiada imej kampung Melayu apa gunanya Kampung Baru di sini," katanya.

Dia juga bersetuju rang undang-undang yang telah diperhalusi semula Kementerian Wilayah Persekutuan dan Kesejahteraan Bandar perlu dibentangkan kepada penduduk sebelum dibawa ke Parlimen.

"Kami di sini nak tahu apa yang diubah . . . apa yang diperhalusi dan kami nak tahu apa rang undang-undang yang akan dibentangkan nanti.

"Saya sendiri pun nak tahu apa yang mahu dilakukan kerajaan," katanya.

Raja Nong Chik sebelum ini berkata rang undang-undang itu akan dibentangkan di Parlimen Jun ini selepas semua tugas memperhalusi semula deraf rang undang-undang itu selesai sepenuhnya.

Beliau berkata rang undang-undang itu, yang sepatutnya dibentangkan di Dewan Rakyat pada sidang kali ini, terpaksa ditangguhkan kerana kementerian perlu memperhalusi semula draf rang undang-undang itu.

Sementara itu, pemilik tanah generasi keempat Kampung Baru Efendi Ishak, 34, berkata rang undang-undang yang mahu dilaksanakan itu masih belum jelas fungsinya dan menimbulkan persoalan di kalangan pemilik dan pewaris tanah.

"Rang undang-undang tidak jelas, kita tak tahu apa yang kerajaan nak buat seolah-olah berselindung di sebalik nama rang undang-undang.

"Pemilik dan pewaris masih tertanya-tanya, kami tidak faham dan masih samar-samar tentang cadangan rang undang-undang ini," katanya.

Kata kakitangan swasta itu, sekiranya mahu membangunkan kawasan Kampung Baru kerajaan tidak perlu menubuhkan rang undang-undang, sebaliknya membantu pemilik dan pewaris dalam bentuk kewangan untuk membangunkan sendiri kawasan tersebut.

"Kami di sini tak bantah pembangunan tapi apa yang kami bantah adalah rang undang-undang ini. Kalau betul-betul nak bantu kami, tak perlukan rang undang-undang pun.

"Kami di sini boleh bangunkan sendiri kawasan Kampung Baru, tapi kerajaan perlu bantu dalam bentuk kewangan agar ia dapat dilakukan," katanya.

Mohd Yusof Abu, 67 pula berkata banyak perkara yang tidak dijelaskan kepada pemilik dan pewaris tanah mengenai rang undang-undang termasuk peruntukan yang memberikan kuasa penuh kepada menteri dan ia tidak boleh dicabar di mahkamah sekiranya perbadanan itu diwujudkan.

"Imuniti kepada perbadanan kami tak setuju . . . rang undang-undang ini juga kami tidak bersetuju, jadi bagaimana Raja Nong Chik boleh kata 90 peratus daripada kami bersetuju? Pembubaran MAS juga kami tidak setuju.

"Rang undang-undang ini tidak jelas dan ia cuba berselindung untuk menyembunyikan segala pembohongan yang mereka ingin lakukan," katanya.

Tinjauan The Malaysian Insider ke Kampung Baru juga mendapati ramai penduduk di kawasan itu meletakkan kain rentang sebagai membantah cadangan rang undang-undang itu.

Seorang lagi yang ditemui, Mohammd Raizal Ahmad Yusof, 38, berkata, rang undang-undang tersebut tidak perlu dilaksanakan kerana kerajaan tidak mempunyai sebarang hak ke atas tanah yang diwasiatkan sejak turun-temurun itu.

"Apa hak kerajaan nak wujudkan rang undang-undang? Adakah tanah ini milik mereka? Ini adalah tanah wasiat dan ia perlu dijaga dan bukan untuk dibangunkan ikut rancangan kerajaan.

"Kalau nak bangunkan juga kerajaan pergi tanya setiap pemilik dan pewaris tanah, kalau mereka setuju bangunkan sahaja di tanah mereka buat apa nak libatkan semua tanah milik kami di sini," katanya.

Dia juga meminta agar Raja Nong Chik kemukakan bukti bahawa 90 peratus pemilik dan pewaris tanah Kampung Baru bersetuju dengan cadangan untuk diwujudkan rang undang-undang itu.

"Ada dia tanya pendapat pemilik dan pewaris tanah sebelum nak buat? Adakah kerajaan nak rompak tanah kami?" katanya.

Terdapat lebih 4,000 pemilik tanah Kampung Baru melibatkan tujuh kampung dengan kawasan seluas 90.2 hektar.

Pakatan Rakyat lancar kempen DNA ‘Datuk-Najib-Altantuya’

Posted: 14 Mar 2011 02:51 AM PDT

Dari KeadilanDaily

Pakatan Rakyat akan menggerakkan kempen yang dinamai 'DNA Najib-Altantuya' sebagai reaksi terhadap tohmahan pimpinan dan media kawalan Umno Barisan Nasional (BN) terhadap Datuk Seri Anwar Ibrahim berkaitan isu sampel DNA.

"KEADILAN akan menggerakkan kempen bertema 'DNA Najib-Altantuya'. Kita merancang untuk memulakan kempen itu mulai minggu hadapan," kata Setiausaha Agung KEADILAN, Saifuddin Nasution Ismail, hari ini

Bercakap pada sidang media di Pejabat Ketua Pembangkang di Parlimen, beliau berkata, kempen itu berbentuk pengedaran risalah dan ceramah penerangan di seluruh negara.

"Kita kini sedang menyediakan dokumen berkaitan," katanya.

Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang pula berkata, demonstrasi yang diadakan ahli Umno BN menuntut Anwar menyerahkan sampel DNA sebagai suatu tindakan politik yang pincang.

"Sudah jelas bahawa kes ini adalah kes politik. Ia sengaja diwujudkan untuk memberi kesan kepada pengundi pada pilihan raya akan datang," katanya.

Turut hadir dalam sidang media itu ialah Penasihat Kebangsaan DAP, Lim Kit Siang; Naib Presiden KEADILAN, Nurul Izzah Anwar dan Tian Chua.

This posting includes an audio/video/photo media file: Download Now

Fitnah 2: Maklumat Bocor,Pejabat Peguam Negara Hina Mahkamah

Posted: 13 Mar 2011 09:31 PM PDT

Dari Keadilan Daily

Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur hari ini akan mendengar dua permohonan pendakwa raya – semakan semula keputusan bicara dalam perbicaraan dan permohonan untuk mengarahkan Datuk Seri Anwar Ibrahim memberi sampel profail DNA.

Permohonan itu akan dibuat Peguam Cara Negara II, Mohd Yusof Zainal Abiden mengikut Seksyen 73 dan 165 Akta Bukti 1950.

Jumaat lalu, peguam bela membantah permintaan pendakwa raya dan Hakim Mohamad Zabidin Mohd Diah yang kemudian menetapkan hari ini untuk mendengar hujah kedua-dua pihak.

Selasa lalu, Zabidin menolak tiga bukti yang diperoleh secara tipu – botol air mineral 'Cactus', tuala muka 'Good Morning', dan berus gigi – untuk dikemukakan sebagai bukti kerana ia diambil secara tipu helah sewaktu Anwar ditahan secara tidak sah.

Pendakwa raya akan memulakan hujah mereka diikuti hujah balas daripada Karpal Singh.

Berikut adalah laporan langsung dari Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur:

8.45 am – Galeri awam masih banyak ruang kosong.

8.51 am – DSP Jude Pereira kelihatan berdiri berhampiran pintu bilik saksi dan melihat-lihat galeri awam.

8.56 am – Anwar tiba di mahkamah bersama Presiden KEADILAN, Datuk Seri Wan Azizah Wan Ismail dan Ahli Parlimen Lembah Pantai, Nurul Izzah Anwar.

9.19am: Mahkamah mula bersidang.

9.24am: Karpal Singh mahu mahkamah membuat keputusan terlebih dahulu terhadap individu yang mengadakan demontrasi mendesak Anwar menyerahkan DNA-nya kepada mahkamah kerana perbuatan itu adalah satu penghinaan kepada mahkamah.

"Ia merupakan satu intimidasi terhadap Yang Arif untuk memerintahkan Anwar membekalkan DNA beliau," kata Karpal.

Karpal juga mahu mahkamah mengambil tindakan terhadap permohonan penuh pendakwa yang dibocorkan di laman Malaysia-Today dan turut dilaporkan dalam akhbar News Straits Times hari ini.

9.29 am – Zabidin memanggil Karpal dan Yusof berbincang di bilik beliau. Mahkamah ditangguh sebentar.

9.47 am: Mahkamah bersidang semula. Hakim Zabidin mengingatkan kedua-dua pihak agar tidak melakukan sebarang perkara yang boleh merencatkan perjalanan perbicaraan yang sedang berlangsung.

10.13 am: Peguam Anwar, Marissa Regina Fernando tiba di mahkamah. Dalam pembentangannya, Yusuf berkata tanpa mengambil kira sama ada penahanan Anwar sah atau tidak, penahanan beliau dilakukan berdasarkan waran tangkap.

"Sama ada beliau dibawa (ke lokap) secara sah atau tidak, tangkapan dibuat berdasarkan waran tangkap. Anwar dilokap lanjutan daripada penahanan beliau," tambah Yusof lagi.

10.30am: Karpal mencelah pembentangan Yusof dan menyatakan beliau meleret dalam pembentangannya dan perkara yang dibentangkan juga sudah disentuh sebelum ini.

10.43am: Semua kerusi di galeri awam mahkamah penuh. Sebahagian hadirin kelihatan mengantuk begitu juga dengan Hakim Zabidin.

10.52am: Mahkamah ditangguhkan seketika.

11.28am: Mahkamah bersambung. Yusof membentangkan hujah bagi permohonan kedua iaitu mendapatkan sampel profail DNA Anwar.

12.07am: "Kami meminta mahkamah mempertimbang permohonan ini untuk membenarkan kami mengarahkan tertuduh memberikan sampel DNAnya," kata Yusof.

12.09am: Karpal berkata permohonan sebegini tidak pernah berlaku sebelum ini dan beliau meminta masa sehingga esok untuk menyediakan hujah balas. Yusof tiada bantahan dan mahkamah dan Hakim Zabidin menangguhkan mahkamah.

Mahkamah akan bersidang semula jam 9 pagi esok.

Masalah Yang Dicetuskan Oleh First Lady

Posted: 13 Mar 2011 09:20 PM PDT

Oleh Mohd Rashidi Hassan

BERDASARKAN jawapan Menteri Di Jabatan Perdana Menteri, Dato’ Seri Mohamad Nazri Aziz di Parlimen 9 Mac lepas, suatu division baru yang dinamakan FLOM memang wujud pada asalnya.

Ia dipaparkan dalam laman web www.pmo.gov.my (Prime Minister Office), tetapi ia kemudiannya ditarik balik kerana dipertikaikan wakil Pakatan Rakyat.

Nazri dalam jawapan kepada persoalan yang dibangkitkan Ahli Parlimen Rasah, Anthony Loke, menafikan kewujudan FLOM, tetapi mengakui paparan mengenainya ditarik balik kerana beliau mendakwa ‘pembangkang keliru’.

Tetapi Nazri tidak sedar, kekeliruan itu sebenarnya dicetuskan oleh kerajaan sendiri. Jika tidak mahu ‘pembangkang’ atau rakyat keliru, mengapa paparan mengenai FLOM, dibina menggunakan alamat website rasmi kerajaan Malaysia yang menggunakan singkatan gov.my di internet?

Nazri juga memperakui bahawa Datin Seri Rosmah Mansor dan rombongannya membelanjakan wang rakyat sebanyak RM134,317.76 wang negara (wang rakyat) untuk lawatan ke Arab Saudi, Oman dan Bangladesh.

Rosmah melakukan lawatan dari 6-10 Januari ke Riyadh, 16-18 Januari ke Muscat dan 20 Januari 2011 ke Dhaka.

Ahli rombongan yang telah mendapat kelulusan Jemaah Menteri adalah terdiri daripada Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat, serta isteri Menteri-Menteri, Menteri Besar, Ketua Menteri serta beberapa pegawai kerajaan yang terliba, kata Nazri.

Ada beberapa persoalan besar yang harus ditimbulkan di sini. Jawapan Nazri ini adalah jawapan rasmi kerajaan, selepas beberapa bulan isu berkaitan isteri PM dibangkitkan rakyat.

Sebelum ini, kerajaan dan Perdana Menteri, Dato’ Seri Mohd Najib Tun Razak sendiri diam membisu.

Membangkitkan isu Rosmah bukan isu peribadi. Mempersoalkan kewajaran peranan Rosmah, juga bukan bertujuan menyentuh hal-hal peribadi PM Dato’ Seri Mohd Najib Tun Razak dan isteri.

Dalam pertemuan Presiden PAS, Dato’ Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang dengan karyawan Harakah di Pejabat Agung PAS 3 Mac lepas, beliau mengingatkan para wartawan agar tidak menyerang peribadi Rosmah.

Menyerang peribadi yang dimaksudkan beliau ialah, sebagai pengerak Harakah Islamiyah, kita tidak harus melabel Rosmah dengan gelaran yang menghina peribadi beliau.

Antara yang disebarkan dalam emel, facebook, blog dan sebagainya, ada pelayar internet menggelarkan beliau sebagai ‘bik mama’ (big mama), ada yang kata ‘the fat lady’. Semua gelaran ini tidak wajar dan tidak menepati kehendak Islam.

Namun masalah timbul, apabila Rosmah menggelarkan dirinya First Lady of Malaysia (Wanita Pertama Malaysia), atau singkatannya FLOM (FLOM).

Sebelum ini, isu berkaitan Rosmah menjadi serius apabila kerajaan tidak menjawab tentang kewujudan jabatan baru yang dinamakan sebagai FLOM di Jabatan Perdana Menteri, Putrajaya.

Khabarnya dalam perancangan sebelum ini, FLOM ditempatkan pada aras yang sama dengan pejabat PM. Mempunyai pegawai yang tersendiri. Kewujudan FLOM disahkan melalui paparan dalam laman web rasmi JPM. Bagaimanapun, paparan tersebut dibuang selepas didedahkan media.

Namun hanya paparan yang dibuang. Lain-lain persoalan mengenai kewujudan FLOM, dana mana yang digunakan untuk membiayai perjalanan Rosmah ke luar negara, siapa yang membayar gaji pegawai-pegawai FLOM, semuanya didiamkan kerajaan.

Namun daripada jawapan Nazri di Parlimen, jelas menunjukkan Rosmah menggunakan wang kerajaan untuk memenuhi undangan negara terbabit. Yang lebih teruk sekali ialah apabila Menteri Pembangunan Wanita dan Keluarga menjadi anggota delegasi. Bila Menteri jadi anggota delegasi, maka sudah tentu Rosmah menjadi ketua rombongan.

Persoalannya, atas kapasiti apa seseorang yang tidak menjawat jawatan rasmi dalam kerajaan, boleh menjadi ketua rombongan, jika ianya majlis rasmi yang dibayar sepenuhnya oleh kerajaan.

Persoalan lain yang harus dibangkitkan, jika undangan tersebut khusus untuk Rosmah berucap atau menghadiri seminar, mengapa harus dibawa anggota rombongan yang besar? Mengapa harus diangkut seluruh isteri Menteri, Menteri Besar dan Ketua Menteri dan pegawai-pegawai kerajaan?

Atas kapasiti apa kerajaan meluluskan peruntukan sebesar ini?

Mengenai FLOM, gelaran First Lady memang biasa digunakan, bagi merujuk kepada isteri Ketua Negara, sama ada dalam sistem beraja mahupun dalam sistem negara republik.

Namun, diterima juga gelaran First Lady bagi negara-negara yang mengamalkan sistem demokrasi seperti di Malaysia.

Apa pun, ramai di kalangan rakyat yang mempertikaikan hasrat Rosmah menjadi FLOM kerana dalam sistem perundangan negara, Malaysia mempunyai Yang di-Pertuan Agong, manakala Raja Permaisuri Agong seharusnya menjadi First Lady.

Dalam konteks kuasa eksekutif berpusat kepada PM, mungkin Rosmah mahu First Lady dirujukkan kepada beliau.

Bagaimanapun, lima PM Malaysia sebelum ini, dari Tunku Abdul Rahman Putra al-Haj hingga Tun Abdullah Ahmad Badawi, isteri mereka tidak pernah menggelarkan diri sebagai First Lady.

Justeru, apa yang dilakukan Rosmah adalah menyalahi precedent atau menyalahi amalan biasa yang diamalkan oleh isteri lima PM sebelum ini.

Tidak dinafikan wanita yang menjadi isteri kepada PM ada peranan tertentu yang harus dimainkan, untuk mendukung kerjaya suaminya.

Tetapi peranannya membantu suami (PM) harus dikhususkan. Isteri PM, isteri Menteri, isteri MB dan KM sama sekali tidak harus terbabit dalam business dealing, tender dan sebagainya.

Rosmah sudah pergi lebih jauh daripada lima isteri PM sebelumnya. Beliau pergi berkempen ke PRK Kerdau dengan menaiki helikopter. Masuk ke Felda dan berkempen untuk BN.

Harus dipersoalkan helikopter yang digunakan beliau milik siapa? Jika kos penerbangan tersebut dibiayai oleh ahli politik atau ahli perniagaan pro Umno-BN itu kita tidak persoalkan. Kita cuma mahu memastikan wang rakyat tidak disalahgunakan.

Masalah yang ditimbulkan oleh Rosmah bukan sahaja tidak disenangi Pakatan Rakyat, malah orang-orang Umno sendiri pun tidak menyenanginya.

Harus diingat, semasa PM, Dato’ Seri Abdullah Ahmad Badawi berkuasa dahulu, bloggers Umno sendiri yang melabel pemerintahannya sebagai ‘kerajaan tiga beranak’.

Hari ini bloggers Umno sendiri yang melabel pemerintahan Najib sebagai ‘kerajaan suami isteri’.

Kita tidak mahu menuduh lebih daripada itu, tetapi yang harus diperhatikan ialah kecenderungan kerajaan untuk membenarkan pihak tertentu terlalu berkuasa sehingga semua peraturan tatacara kerajaan dilanggar. Malah wang rakyat dibelanja sewenang-wenang untuk keperluan First Lady juga tidak wajar.

Kita mencabar kerajaan, jika apa yang dilakukan Rosmah tidak menyalahi peraturan, sila kemukakan bukti, butiran perbelanjaan beliau yang telus. Sila buktikan beliau tidak menggunakan wang rakyat sewenang-wenangnya.

Jika bukti-bukti ini tidak dikemukakan, hanya dijawab dengan mengatakan ‘itu fitnah pembangkang’, maka jangan sesekali dipersoalkan jika wujud persepsi buruk terhadap isteri PM.

Jika persepsi buruk ini tidak diatasi, apakah bezanya Rosmah dengan Leila Tablisi, Suzanne Mubarak dan Imelda Marcos?

Jangan-jangan FLOM bakal jadi flop!

This posting includes an audio/video/photo media file: Download Now

Sidang Media Majlis Pimpinan Pakatan Rakyat

Posted: 13 Mar 2011 09:01 PM PDT

Dimaklumkan bahawa satu sidang media akan diadakan selepas Mesyuarat Pimpinan Pakatan Rakyat.

Sidang media ini akan diadakan pada hari ini:

Tarikh : 14 Mac 2011 (Isnin)

Masa : 2:00 petang

Tempat : Bilik Mesyuarat Pejabat Ketua Pembangkang, Tingkat 14, Bangunan Parlimen.

Antara yang akan menghadiri sidang akhbar ini adalah YB Dato'Seri Anwar Ibrahim, YB Dato'Seri Haji Abdul Hadi Awang, YB Tuan Lim Kit Siang serta para Pimpinan Kanan Pakatan Rakyat .

Wakil media dijemput hadir untuk meliputi sidang media ini.

Sekian, terima kasih.

Wee Choo Keong

Wee Choo Keong


Questions TIme: 14 March 2011 Matta Travel Fair

Posted: 14 Mar 2011 03:52 AM PDT

DARIPADA : TUAN WEE CHOO KEONG [WANGSA MAJU] TARIKH : 14 MAC 2011 SOALAN : Meminta MENTERI PELANCONGAN menyatakan : Bahawa memandangkan banyak agensi-agensi pelancongan yang ditutup (collapsed), sama ada Kementerian bercadang untuk mengeluarkan peraturan-peraturan untuk memaksa MATTA menyediakan tabung pampasan untuk dibayar semula kepada orang ramai yang telah membuat bayaran pendahuluan untuk tiket-tiket penerbangan [...]

Anak Muda Kampung Nak Senang

Anak Muda Kampung Nak Senang


9 tahun masih tak siap jalan di Johor ni

Posted: 13 Mar 2011 04:47 PM PDT


PENAMBAHBAIKAN Jalan Batu Pahat-Kluang terutama di kawasan Parit Raja masih belum selesai sejak dimulakan sembilan tahun lalu sehingga membahayakan pengguna.Rayu segerakan Projek penambahbaikan Jalan Batu Pahat-Kluang

Berita Harian 14 Mac 2011

BATU PAHAT: Di mana silapnya? Projek penambahbaikan Jalan Batu Pahat-Kluang yang bermula sejak sembilan tahun lalu, masih tidak menunjukkan tanda sudah siap sepenuhnya, walaupun laluan itu pernah disenaraikan sebagai antara 10 laluan di negara ini yang mencatatkan kadar kemalangan paling tinggi. Kerajaan menerusi Kementerian Kerja Raja pernah dilaporkan pada 2009, memperuntukkan RM2 juta bagi menaik taraf dan memperbaiki laluan itu demi keselamatan pengguna tetapi sehingga kini keadaannya tidak banyak berubah, selain laluannya sudah dijadikan kepada empat lorong.

Apa yang membingungkan pengguna jalan itu, adalah kerja penambahbaikan yang dijalankan seolah-olah ala kadar saja, berikutan kerosakan yang kini dapat dilihat jelas terutama pembahagi jalan yang sudah pecah di sesetengah kawasan, mahupun laluan pusingan U yang masih belum dibina dengan sempurna.

Tinjauan Edisi Johor ke laluan berkenaan terutama kawasan berhampiran Universiti Tun Hussein Onn Malaysia (UTHM) menghala ke Parit Raja mendapati keadaan jalan yang tidak rata di sesetengah kawasan berbahaya kepada pengguna.

Malah, laluan pusingan U yang belum dibina dengan sempurna sebaliknya hanya menggunakan kon penghadang yang mampu menjadi perangkap maut, terutama di waktu malam jika pengguna tidak menyedari ada pemandu mahu membuat pusingan U.

Memburukkan keadaan ketiadaan lampu jalan yang mencukupi terutama di persimpangan kampung berdekatan kawasan pusingan U berkenaan, mampu mengundang tragedi jika tiada langkah pencegahan diambil segera.
Pekerja swasta, Norazam Jumain, 28, yang menggunakan laluan berkenaan setiap hari untuk berulang-alik ke tempat kerja, berkata beliau berharap pihak berkenaan segera menyelesaikan penambahbaikan jalan berkenaan kerana sudah berlarutan agak lama.

"Saya tidak tahu apa masalahnya yang menyebabkan kerja penambahbaikan jalan ini tidak juga selesai sehingga ia mampu mengancam nyawa pengguna seperti saya yang menggunakan laluan ini setiap hari.

"Saya sendiri yang kerap menggunakan laluan berkenaan pada waktu malam kadang kala terpaksa berhati-hati terutama di persimpangan pusingan U yang masih tidak siap berikutan keadaan yang gelap dan keadaan jalan yang tidak rata," katanya.

Farhan Abu Bakar, 42, yang menetap di kawasan berkenaan, berkata proses naik taraf yang mengambil masa terlalu lama di samping ketiadaan ciri keselamatan mencukupi di laluan berkenaan sudah lama menjadi kerisauan penduduk.

"Penduduk terutama di kawasan persimpangan masuk ke Parit Haji Hassan, Parit Durah dan Parit Kaspan dilanda kebimbangan setiap kali terpaksa menggunakan laluan berkenaan pada waktu malam berikutan lampu jalan yang tidak mencukupi mampu mengundang tragedi.

"Bayangkan, melalui laluan ini di waktu malam seperti permainan meredah halangan apabila pengguna terpaksa berhati-hati mengelakkan binaan pembahagi jalan yang langsung tidak boleh dilihat di waktu malam malah boleh terbabas jika tidak biasa melalui laluan ini, jika pengguna terkejut apabila penduduk kampung melintas laluan berkenaan," katanya.

http://www.bharian.com.my/bharian/articles/Johor_9tahunmasihtaksiap/Article

s

s


Sekitar Program Lumba Basikal Jelajah Malaysia Peringkat Negeri Selangor

Posted: 13 Mar 2011 08:25 PM PDT

Tarikh: 13 Mac 2011
Masa : 8 pagi - 3 petang
Tempat: Perkarangan Pusat Khidmat Batu Caves
Perasmian oleh: YB.Amirudin Shari
Pembantu Exco Belia & Sukan Negeri Selangor











Parti KeADILan Rakyat, Gopeng * 务边人民公正党

Parti KeADILan Rakyat, Gopeng * 务边人民公正党


霹雳人民公正党4月8日办千人宴

Posted: 13 Mar 2011 11:07 PM PDT

(怡保12日讯)霹雳州人民公正党将在4月8日(星期五),晚上7点时30分,于怡保新喜来登酒家举办欢庆党庆十一周年纪念暨《拯救大马》筹款晚宴。   该晚宴工委会主席兼霹雳州财政拿督叶逸堂医生表示,公正党希望通过该晚宴让人民在迎接第十三届全国大选,了解拯救大马的重要性;同时各演讲嘉宾将会为您畅谈民联百日新政"橙皮书"内民联所倡导的政策,以及辨识国阵政府的贪污腐败问题。 "晚宴筹获的所有款额将会作为第十三届全国大选霹雳州的竞选基金,希望所有热爱民主和拥护公正的人士,必定要热烈响应这项活动。"   他表示,铁定出席晚宴的演讲嘉宾包括人民公正党顾问兼国会反对党领袖安华、人民公正党两位全国副主席拿督蔡锐明和苏仁登律师、霹雳州主席诺马努蒂博士、以及霹雳州署理主席兼务边区国会议员李文材医生,另外民联中央领袖和国州议员将会出席参与其盛。   他是在日前召开工委会会议后发表文告这么表示。其他出席者包括公正党霹雳州副主席巴迪星律师、秘书安努亚、副财政吴孟贤律师、副秘书陈家兴以及多名州理事会领袖们。   他表示,晚宴将以华巫双语作为主要媒介语,晚宴餐券分回教券和非回教券,售价一律为RM50,另外赞助RM500或以上将成为剪彩嘉宾,赞助RM3000或以上将成为鸣锣嘉宾。   他呼吁民众尽快向工委会负责人购买席券,该活动难得聚集公正党中央领袖以及民联三党重量级领袖,预料当晚将吸引超过千人响应出席。 另外,他也呼吁年满21岁或以上的马来西亚公民,携带身份证到上述地点接洽选民注册助理官员登记为新选民,在第十三届全国大选履行国民的权利。 任何详情或欲购买席卷,请联络工委会秘书陈家兴012-677 1788或黄诗情012-5322 152。存票有限,请尽快行动,以免向隅。    

公正党孟加兰西区支部电脑班招生

Posted: 13 Mar 2011 11:04 PM PDT

(怡保10日讯)人民公正党孟加兰西区支部将会在4月开始,进行新一季的初级电脑班课程,目前正式开放招生给各阶层人士,欢迎各年龄层或友族同胞前来报名参加,以建立自身的资讯科技技能。 该支部主席吴芎山表示,该课程将会在4月3日开课,完成为期4个月的课程,上课时间将会分为两班,即每个星期日,2.00pm至3.30pm和3.30pm至5.00pm,全部课程将会在支部党所( 7B, Susuran Station 18)进行。 "每名参与者需要缴付马币15令吉的课本和报名费,另外每个月的费用则为马币35令吉,全部款额将会用作导师、支部党所及硬体设备维修的费用。"   他表示,该课程自2008年开办以来完成多次的初期和中期课程,由于受到各阶层人士的询问和热烈响应,故此决定继续开班以让更多人掌握最新的技能。   他表示,电脑班将会由经验丰富的教师授课,以轻松有趣的教学方针,给予正确的电脑基本知识,包括了解电脑软硬体基本认识、网络相关礼仪和搜寻引擎寻资料等等。   任何详情,请联络支部主席吴芎山 012-5069710、副主席兼电脑班主任伍丛汉 016-591 1265、支部青年团团长方福兴 012-5102625 ,浏览网站:http://keadilan-pengkalan.san.my或电邮至parlimen.gopeng@gmail.com    

Wanita Pertama: Nazri putar belit fakta Perlembagaan

Posted: 13 Mar 2011 10:58 PM PDT

Dari harakahdaily KUALA LUMPUR, 14 Mac: Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Mohamed Nazri Abdul Aziz sebenarnya dangkal dan cuba menghina Perlembagaan negara berhubung Wanita Pertama Malaysia. Ahli Parlimen Ampang, Zuraida Kamaruddin berkata, ini kerana jelas diperuntukkan dalam Perkara 32 (2) Perlembagaan Persekutuan dalam Bab 1 berkaitan jelas menyatakan hak gelaran Wanita Pertama Malaysia [...]

Fitnah 2: Maklumat Bocor,Pejabat Peguam Negara Hina Mahkamah

Posted: 13 Mar 2011 10:54 PM PDT

Dari Keadilan Daily Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur hari ini akan mendengar dua permohonan pendakwa raya – semakan semula keputusan bicara dalam perbicaraan dan permohonan untuk mengarahkan Datuk Seri Anwar Ibrahim memberi sampel profail DNA. Permohonan itu akan dibuat Peguam Cara Negara II, Mohd Yusof Zainal Abiden mengikut Seksyen 73 dan 165 Akta Bukti 1950. Jumaat [...]

‘Curi’ DNA Anwar Tapi Sorok DNA Najib Dalam Kes Altantuya

Posted: 12 Mar 2011 09:55 PM PST

Dari Keadilan Daily Pendakwa raya kes Fitnah II bersungguh-sungguh mahu mendapatkan DNA Datuk Seri Anwar Ibrahim termasuk menggunakan tipu helah, sebaliknya pendakwa dalam kes pembunuhan warga Monggolia, Altantuya Shaariibuu, tidak pernah berusaha mendapatkan DNA Datuk Seri Najib Razak. "Dalam kes Altantuya, kenapa mereka tidak minta DNA Najib?" soal Anwar selepas perbicaraan kes Fitnah II berakhir [...]

Sudah bayar RM400 tapi tiada perhatian

Posted: 11 Mar 2011 09:58 PM PST

KEDAH online

KEDAH online


Kuasa siber

Posted: 13 Mar 2011 09:27 AM PDT

Pembinaan jambatan Melaka perlu diteruskan kerana impak positif ekonomi

Posted: 13 Mar 2011 09:23 AM PDT

Explosion at nuclear plant in Japan

Posted: 13 Mar 2011 05:43 AM PDT

The Spirit of Lubok Kawah/Semangat Lubok Kawah

The Spirit of Lubok Kawah/Semangat Lubok Kawah


Kekurangan sokongan 2.4% (119 undi) BN di Felda Jengka 22 PRK DUN Kerdau

Posted: 13 Mar 2011 07:58 AM PDT

Daripada 13 UPU di PRK DUN Kerdau, hanya 2 kawasan sahaja melihat kekurangan undi BN berbanding PRU-12 iaitu Felda Jengka 25 dengan kekurangan -0.1% dan Felda Jengka 22 dengan -2.4% (-119 undi).

Di Felda Jengka 22 diuruskan oleh Parti Keadilan Rakyat Cabang Kuala Krau, manakala di Felda Jengka 25 diuruskan oleh PAS.

UPU-UPU lain menampakkan penambahan undi kepada BN seperti berikut:

1. Rumpun Makmur penambahan undi BN sebanyak 5.3%
2. Kg Batu Sawar - 12.3%
3. Felda Jengka 23 - 2.2%
4. Kuala Tekal (Kg asal calon BN) 20.3%
5. Pulau Pasir Mandi - 2.7%
6. Kerai - 12.8%
7. Lipat Kajang - 7.8%
8. Desa Murni -1`2.1%
9. Kerdau 13.5%
10. Kuala Kerdau - 4.7%
11. Telok Sentang - 7.3%

Selaku Ketua PKR Cabang Kuala Krau yang dimandatkan untuk melakukan kerja-kerja kempen di Felda Jengka 22, saya mengucapkan ribuan terima kasih kepada petugas-petugas dari Kuala Krau dan dari Felda Jengka 22 sendiri.

Memang ada cara kelainan kami bertugas di Felda Jengka 22. Pertamanya, kami tidak menggalakkan kehadiran "pelancung-pelancung politik/pemantau-pemantau politik" yang tidak mendatangkan apa-apa menfaat kepada kerancakan kempen.

Setiap petugas tetap melakukan tugas masing-masing dari jam 8.00 pagi hinggalah ke jam 12.00 malam bermula dengan kerja-kerja "touch-and-go" dari rumah ke rumah (semua rumah) bagi mengedarkan risalah-risalah yang khas untuk peneroka-peneroka Felda dan kami elakkan kesilapan di Hulu Selangor yakni kami elakkan mengedar risalah yang tebal-tebal dengan isu-isu yang tidak ada kena mengena dengan masalah peneroka Felda.

Kerja-kerja ini akan diikuti dengan ziarah rumah ke rumah khususnya oleh petugas-petugas wanita bagi mengenalpasti penyokong-penyokong, penentang-penentang (yang tegar) dan yang tidak tegar, dan pengundi-pengundi atas pagar, dan golonga OKU dan yang uzur, dan dengan saringan itu memudahkan kerja-kerja follow-up.

Disebelah tengah hari, kami pergi lagi dari rumah ke rumah menjemput penduduk-penduduk untuk hadir ke ceramah yang kami adakan disebelah malam, dan kerja ini diikuti dengan laungan untuk ceramah-ceramah itu dari jam 5.00 hingga 6.30 petang.

Ertinya, ceramah yang kami adakan adalah sebahagian dari kerja-kerja yang sambung bersambung dari pagi, bukan "ceramah untuk ceramah".

Memang sukar untuk mengatasi UMNO/BN disini kerana mereka menggunakan wang dan habuan yang melampau dan tawaran Dato Seri Najib Tun Razak untuk membayar caruman cess yang berbaki RM13,000.00 membuatkan peneroka-peneroka hilang panduan dan mereka komited memperjuangkan kemenangan untuk BN untuk mempastikan mereka boleh dapat bayaran RM13,000.00.

Justeru itu, dengan kami berjaya mengurangkan peratusan undi BN sebanyak 2.4% (-119 undi) seolah-olah kami telah berjaya didalam perjuangan diatas padang permainan yang tidak sama "level" ini.

Sekali lagi, saya nak ucapkan ribuan terima kasih kepada petugas-petugas PKR dari Cabang Kuala Krau, dan juga kepada Wanita PKR dari Negeri Perak yang membantu kami.

Ahad, 13 Mac 2011

Zulkifli Noordin

Zulkifli Noordin


AL-KITAB

Posted: 12 Mar 2011 04:40 AM PST


(Bible versi Bahasa Melayu Al Kitab yang diperolehi tahun 2006 di Kuala Lumpur)

Salam 2 all.

Semalam selepas kuliah teman bertemu dengan beberapa rakan bergelar ustad-ustad, mereka ini lulusan pengajian Islam dan ada yang aktif dalam politik. Sambil bersembang, teman tunjukkan buku diatas bertajuk "Al Kitab". Respon awal mereka berkata tak pernah pulak tengok kitab ni, dan ada antara mereka bertanya "ulama' mana yang tulis ni sheh?". Bila teman katakan ini adalah bible versi bahasa Melayu, mereka terkedu tak terkata apa. Jelas mereka sendiri terkeliru dan terpedaya! Bagaimana pula umat Islam awam yang bukan ustad agaknya?

Sesiapa juga yang melihat tajuk buku tersebut diatas pasti akan terfikir ianya adalah sebuah kitab berkaitan Islam. Dan kita tidak akan persalahkan sesiapa kerana memang itulah kelaziman kefahaman di Malaysia ini.

Sebenarnya isu bible versi bahasa Melayu ini pada teman ialah isu Perlembagaan. Artikel 11 (4) Perlembagaan jelas membuat suatu peruntukkan bahawa penyebaran agama bukan Islam kepada umat Islam di Malaysia ini, dan bagi maksud itu kesemua negeri diberi kuasa membuat undang-undang pelarangan tersebut. Boleh dikatakan kesemua negeri sudahpun mempunyai peruntukan mengharamkan penyebaran agama lain kepada umat Islam dan penggunaan beberapa perkataan saperti "ALLAH, Rasulullah, wahyu, qiblat" dan banyak lagi oleh mereka yang bukan Islam. Bermakna kalau bible versi bahasa Melayu ini dibawa ke Selangor, Negeri Sembilan dan lain-lain, ianya akan menyebabkan pembawanya melakukan satu kesalahan jenayah!

Yang teman pelik bin heran, ada para penyokong puak kristian ini dan pro-murtad menyatakan bahawa penyebaran dan penggunaan bible versi bahasa Melayu ini adalah hak asasi puak kristian. Hairannya puak-puak ini bila ada peruntukkan Perlembagaan yang memihak kepada umat Islam dan bangsa Melayu, ianya diputar-belitkansebagai isu hak asasi kemanusiaan. Tapi kalau peruntukkan Perlembagaan itu nampak memihak kepada mereka, dengan cepat mereka berkokok dan menyalak memperjuangkan Perlembagaan kononnya. Begitulah hipokritnya puak-puak ini!!!

Adalah jelas bible versi bahasa Melayu ini adalah bercanggah dengan peruntukkan Perlembagaan dan undang-undang anti-propagasi yang telahpun dikanunkan. Kita lihat contoh-contoh tajuk dan ayat-ayat yang digunakan didalam Al-Kitab ini:

"Sepuluh Perintah Allah, Pemerintahan Allah, Kerajaan Allah, Mengenal Allah etc". Beikut petikan ayat didalam Al Kitab ini iaitu: "AlKitab akan menjawab pertanyaan saya tentang Allah", "Anda akan menemukan petunjuk-petunjuk dari tindakan Allah terhadap keadaan (kesedihan) itu", "Al Kitab akan dapat mengilhami anda tentang betapa besarnya kuat kuasa Allah", "Al Kitab dapat menjawab keraguan anda, dan Al Kitab dapat menunjukkan anda bagaimana mempercayai Allah".

Kalau macam ni punya jelas pun ada puak yang masih mengambil sikap tidak mahu memahami putar belit dan niat sebenar segelintir puak missionary kristian ini, tak tahulah teman nak kata apa lagi yop! Sebab itu ALAH mengingatkan kita didalam Surah Al Baqarah: 120, "sesungguhnya Yahudi & Kristian ini tidak akan redho dengan kamu (umat Islam) selama-lamanya sehinggalah kamu mengikut cara hidup mereka".

Ada segelintir daripada mereka mendakwa bahawa Al Kitab versi bahasa Melayu ini adalah untuk kegunaan kaum pribumi Sabah & Sarawak. Pada teman ini satu pembohongan. Kerana teman sendiri menerima naskah Al Kitab ini pada tahun 2006. Dan terdapat catatan tulisan tangan didalamnya yang menyebut "semoga anda disentuh oleh kebenaran buku ini. Luv in Christ".

Selanjutnya, persoalan kita mahu tanya mengapa sampai 35,000 naskah bible versi bahasa Melayu ini hendak dibawa masuk, dan 5,000 naskah daripadanya sedang ditahan di Pelabuhan Klang? Ramai betul kaum Kristian yang tak faham bahasa Inggeris ini agaknya? Kalau benar ianya untuk kegunaan kaum pribumi Sabah & Sarawak, kenapa tidak ditulis sahaja bible versi bahasa kadazan, dayak, iban, dan banyak lagi? Kenapa mesti bahasa Melayu? Ada antara kaum pribumi ni bahasa Melayu pun dia tidak faham!?

Teman masih ingat pada 07.08.2006, semasa hangat isu murtadnya Azlina Jailani @ Lina Joy, timbul isu mengenai bible versi bahasa Melayu di internet. Mantan Timbalan Menteri Dalam Negeri, Datuk Fu Ah Kiow dalam kenyataan yang disiarkan akhbar The Star berkaitan isu ini menyatakan ianya hanya bertujuan untuk "penganut Kristian Sabah & Sarawak". Tahun 2006 mereka bercakap tentang hak nak guna bible versi bahasa Melayu di internet, dalam tempoh lima tahun sekarang mereka bercakap tentang hak nak bawa masuk naskah bible versi bahasa Melayu pulak. Teman tidak akan terkejut lagi lima tahun mereka akan mendesak orang Melayu diberi hak membaca bible versi bahasa Melayu ini. Dan lima tahun selepas itu mereka akan mendesak prang Melayu diberi hak memilih untuk murtad dan masuk kristian. Amaran ALLAH itu tetap benar!!!

Ada juga diantara mereka menyatakan mengapa bible versi bahasa Melayu ini boleh dicetak dan diedarkan di Indonesia. Sedangkan Indonesia ada 200 juta lebih umat beragama Islam, dan mereka tidak bising pun.

Pertama teman ingin tegaskan sebenarnya ramai umat Islam di Indonesia yang membantah tentang bible versi bahasa Melayu ini, tetapi Indonesia terperangkap dengan fahaman Pancasila yang diamalkan.

Kedua, kalau hendak sangat ikut cara Indonesia, kita perlu ikut semua. Di Indonesia, semua rakyatnya tidak kira apa bangsa dan agama mesti pakai dan gunakan nama Melayu. Tidak ada Karpal, tidak ada Kitsiang, tidak ada kecuali semuanya nama Melayu. Di Indonesia tidak ada sekolah jenis Cina, Tamil atau sekolah missionary. Semuanya sekolah kebangsaan, berbahasa Melayu. Kalau hendak sangat ikut Indonesia, kita kena ikut semua, baru adil! Persoalannya, mahukah puak-puak ni berbuat sedemikian; buang nama bukan Melayu, tutup semua sekolah bukan Melayu dan lain-lain. Kalau berani, persilakan!

Dan kalau beriya sangat nak guna frasa-frasa Islam saperti nama ALLAH; teman cabar supaya kita tukar prinsip pertama Rukunegara daripada "Kepercayaan Kepada Tuhan" kepada "Kepercayaan Kepada ALLAH". Berani? Kalau berani jom kita lakukan!

Teman membantah cubaan untuk membawa masuk dan menggunakan bible versi bahasa Melayu yang dipanggil Al Kitab. Ianya hanya memperkuatkan apa yang ALLAH telahpun nyatakan kepada kita umat Islam dalam ayat yang teman sebut diatas yang dinyatakan didalam Surah Al Baqarah: 120. Yakinlah apa yang disebut ALLAH itu benar; dan amaran ALLAH itu juga adalah benar.

Oleh itu teman mendesak kerajaan khususnya Kementerian dalam Negeri supaya bertegas dalam melarang kemasukan bible versi bahasa Melayu ini. Jangan tunduk kepada tekanan melampau segelintir kaum fanatik dan missionaruy kristian dan penyokong pro-murtad. Ingat, jangan ingat orang bukan Islam sahaja ada perasaan sensitif, orang Melayu beragama Islam juga punya perasaan sensitif. Jangan dicabar kami melampau-lampau, kerana tiap kesabaran itu ada hadnya!!!

Wallahua'lam & Wassalam.

Zulkifli Bin Noordin
Sabtu
07 Rabi'ul Akhir 1432
12 Mac 2011

AMK KEDAH

AMK KEDAH


HIMPUNAN BELIA SEJAHTERA

Posted: 12 Mar 2011 11:16 PM PST



Pada 12 hb MAC 2011(SABTU) KERAJAAN NEGERI KEDAH telah menganjurkan PROGRAM HIMPUNAN BELIA SEJAHTERA.Ia berlangsung di perkarangan STADIUM DARUL AMAN,program tersebut di rasmikan OLEH MB KEDAH iaitu USTAZ AZIZAN ABD RAZAK.Himpunan bermula sekitar jam 5 petang di hadiri oleh ribuan belia yang terdiri daripada lelaki dan wanita.Antara tetamu VIP yang turut hadir adalah AHLI MAJLIS MESYURAT KERAJAAN NEGERI KEDAH(EXCO),ADUN dan juga beberapa orang AHLI PARLIMEN sekitar negeri kedah.

Program tersebut di serikan dengan acara simbolik iaitu kutipan tandatangan oleh para belia seluruh kedah yang menyokong KERAJAAN PAKATAN RAKYAT KEDAH.Selain daripada itu terdapat program-program yang lain telah pun di susun sempena ULANG TAHUN KE 3 KERAJAAN PR di NEGERI KEDAH,seperti pertunjukkan motosikal,pertandingan SOUND SYSTEM untuk kereta dan banyak lagi.

Kepada para belia yang hadir pada program 12 hb tersebut di ucapkan tahniah dan syabas kerana di atas usaha dan kesungguhan untuk hadir di dalam program HIMPUNAN BELIA SEJAHTERA...

Anwar Ibrahim

Anwar Ibrahim


Mysterious “Power Cut” While Anwar Ibrahim Speaking At Kg Baru

Posted: 13 Mar 2011 04:25 AM PDT