Jumaat, 24 Februari 2012

www.telokkemang.blogspot.com/

www.telokkemang.blogspot.com/


MAHATHIR BERI ISYARAT KEPADA UMNO – MAHU KEMBALI JADI PM

Posted: 24 Feb 2012 04:28 AM PST

Mutakhir ini nampaknya Dr. Mahathir kerap memberikan kenyataan-kenyataan bagi pihak Kerajaan UMNO/BN di bawah pimpinan Najib Tun Razak. Jika ketika zaman Pak Lah (Abdullah Ahmad Badawi) dahulu ada sahaja kritikan Dr. M terhadap Pak Lah dan pimpinan UMNO/BN. Semuanya tidak betul dan tidak kena. Islam Hadhari zaman Pak Lah tidak disokongnya Dr. M. Kali ini gagasan 1 Malaysia Najib Razak juga tidak bersambut baik oleh Mahathir. Hanya Wawasan 2020 Mahathir sahaja yang kononnya terbaik.
Setelah banyak pertikaian pandangan ketika zaman Pak Lah, akhirnya Dr. Mahathir mengambil keputusan untuk keluar daripada UMNO ketika zaman Pak Lah sebagai Presiden UMNO. Ini suatu yang cukup memalukan pimpinan UMNO/BN. Bekas Perdana Menteri yang juga bekas Presiden UMNO serta Pengerusi Barisan Nasional keluar daripada UMNO. ( Nota : bekas PM yang meninggalkan UMNO Tengku Abdul Rahman, Tun Hussein Onn ).
Hari ini pertembungan politik ialah pertembungan politik antara kerakusan Dr. M dengan ketelusan Anwar Ibrahim. Kali ini terutamanya selepas tsunami politik 8 Mac 2008, lapangan politik bukan pertempuran Anwar-Pak Lah atau Anwar-Najib, tetapi adalah pertarungan politik Anwar-Mahathir.
Pilihanraya Umum Ke-13 adalah medan kumpulan Dr. M untuk kembali mencari landasan. Mereka sudah melihat kemungkinan Najib Razak sudah tidak punyai upaya untuk mengimbangi kepintaran politik Anwar Ibrahim dengan misi Kerajaan Reformasi dan kebajikan untuk rakyat. Sebab itu mahu tidak mahu, Mahathir merasakan bahawa perlu bagi dirinya menjadi Perdana Menteri semula.
Dalam isu semasa terkini, soal penyenaraian FELDA Global Ventures Holding (FGHV), Dr. Mahathir terlebih lagi memberikan kenyataan bahawa penyenaraian tersebut sebagai 'peluang besar' mengembangkan perniagaannya. Kenyataannya itu lebih yakin daripada kenyataan Perdana Menteri Najib Razak.
Isu-isu negara termasuk soal cabaran debat dengan Anwar Ibrahim dalam isu Palestin-Israel juga sibuk dijawab Mahathir tanpa Najib Razak menjawab. Najib diam membisu untuk menyatakan pendirian. Yang dicabar debat adalah Najib, tetapi bekas PM yang nampaknya agak serabut untuk menjawab.
Najib banyak diam seribu bahasa dalam isu-isu penting negara termasuk soal FELDA, Isu Palestin-Israel, Isu NFC, isu kaum, isu rasuah, serta kelemahan pentadbiran tetapi dalam masa yang sama Dr. Mahathir bertungkus lumus menjawab setiap isu. Maka ini adalah isyarat kuat (signal) daripada Mahathir kepada UMNO bahawa UMNO perlu beliau sebagai Perdana Menteri. Najib Razak tidak cukup kuat karektornya untuk berdepan dengan karisma kepimpinan Anwar Ibrahim. Pasukan Najib Razak tidak cukup bersedia untuk memastikan UMNO/BN menang dalam PRU-13 akan datang.
Pada pandangan Mahathir kelemahan Najib Razak sebagai PM ini tidak boleh dibiarkan. Situasi ini akan membahayakan Dr. M, keluarga serta kroninya. Hari ini isu Palestin-Israel sebenarnya adalah sindiran yang terkena batang hidung Mahathir sendiri. Dia yang pernah berutus surat dengan PM Israel. Ada menteri UMNO yang pernah berjumpa Menteri Luar dan Menteri Pertahanan Israel. Najib Razak tidak membelanya. Mahathir terpaksa memberi penjelasan. Anaknya juga yang menjadi Tim. Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri menjadi sasaran dalam kes kapal dagang Israel di Pelabuhan Klang. Sebab itu Mahathir mahu menunjukkan kepada ahli UMNO bahawa dia perlu kembali sebagai PM kerana dirinya sahaja kononnya boleh menjawab segala hujah Pakatan Rakyat. Najib Razak dilihat lemah untuk mempertahankan UMNO. Dalam isu hubungan dengan Israel juga peranan Najib juga tidak mampu untuk mempertahankan imej UMNO dan APCOnya. RM 77 juta yang dibayar setahun (Agensi yang punyai hubungan dengan Zionis-Israel) oleh Najib Razak juga tidak banyak membantu terutamanya kerosakkan dalam integriti pentadbiran yang telah dibuat oleh Mahathir.
Sebelum ini, Mahathir menyifatkan kepemimpinan Umno sekarang seperti usus yang sudah busuk.
Kenyataan Mahathir itu kita percaya ditujukan kepada Najib. Dalam pada itu, Timbalan Perdana Menteri Muhyiddin Yassin dilihat lebih menyokong Mahathir berbanding Najib.
Jika dahulu Muhyiddin boleh berkomplot untuk menjatuhkan Pak Lah, maka apakah tidak mustahil untuk Muhyiddin sekali lagi menyusun komplot untuk menjatuhkan Najib lalu mengangkat Dr. Mahathir.

Pertikaman lidah dalaman antara beberapa pemimpin UMNO sekaligus menyaksikan bahawa Umno sedang mengalami dilema sama ada untuk kekal memperjuangkan rasis-Melayu atau mengubah ideologinya mengikut cara Najib melalui konsep 1Malaysia. Sanggahan-sanggahan Mahathir terhadap kepimpinan UMNO masa kini menguatkan gambaran kepada ahli UMNO bahawa mereka perlu kembalinya Mahathir sebagai PM.
Mahathir sedang menunggu.......

ANGKATAN MUDA keADILan CABANG PARIT SULONG

ANGKATAN MUDA keADILan CABANG PARIT SULONG


PIMPINAN NAJIB CUBA ALIH ISU NFC

Posted: 23 Feb 2012 03:19 AM PST











KUALA LUMPUR 23 Feb: Kerajaan Barisan Nasional pimpinan Datuk Seri Najib Razak cuba mengalihkan isu National Feedlot Corporation (NFC), dengan membuat serangan berterusan terhadap Pakatan Rakyat, khususnya Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Setiausaha Agung KEADILAN, Saifuddin Nasution berkata, sebaik sahaja Anwar dibebaskan oleh mahkamah atas pertuduhan fitnah II pada 9 Januari lalu, pemimpin Umno-BN meneruskan serangan terhadap ketua pembangkang itu.

"Terbaru, Anwar dikaitkan pula dengan isu Israel yang antara tujuannya mengalihkan isu rakyat dari bercakap mengenai skandal penyelewengan NFC melibatkan Umno termasuk Najib sendiri," katanya dihubungi Keadilandaily.com hari ini.

Bagaimanapun kata Ahli Parlimen Machang itu, beliau percaya semua tohmahan yang dilemparkan Umno-BN akan gagal mempengaruhi sokongan rakyat.

"Skandal NFC ini penting dan cukup dekat di hati rakyat kerana projek RM250 juta dianugerah kepada keluarga menteri Umno.

"Berbanding rakyat, mereka hanya diberi RM500 iaitu apa yang dinamakan Najib sebagai Bantuan Rakyat 1 Malaysia (BR1M)," ujar beliau.

Saifuddin dalam pada itu kesal dengan dengan dolak-dalik kerajaan berhubung skandal NFC, meskipun KEADILAN sudahpun melaporkannya kepada polis dan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM).

Justeru, beliau menyeru rakyat agar terus mendengar penerangan dari Pakatan Rakyat dari semasa ke semasa dan menilai serangan Umno dengan fakta yang dikemukakan.
"Hakikatnya, fakta kita bukan sahaja kukuh, namun sangat mustahil untuk disiar di media kerajaan. Kerana apa?

"Mereka (Umno-BN) takut jika rakyat tahu penyelewengan mereka, peluang untuk Umno ditumbangkan pada PRU sangat cerah," tegasnya.

Sebelum ini, KEADILAN mendedahkan dana RM250 juta untuk penternakan Lembu itu disalah guna keluarga Datuk Seri Shahrizat Abdul Jalil.

Ia termasuk membeli lima kondominium di Singapura dan Bangsar, dua lot tanah di Putrajaya, kereta mewah dan pelbagai transaksi meragukan.

Difahamkan akan ada lagi pendedahan berhubung salah guna dana itu dari semasa ke semasa oleh KEADILAN.

MEDIA Rakyat MALAYSIA

MEDIA Rakyat MALAYSIA


TERKINI ~ HIMPUNAN HIJAU 2.O DI TERUSKAN DI PADANG MPK4 KUANTAN

Posted: 23 Feb 2012 09:26 PM PST

NAJIB TAK PROFESSIONAL LANGSUNG TAK JEMPUT MB, KM PAKATAN RAKYAT

Posted: 23 Feb 2012 08:59 AM PST

Angkatan Muda Parti Keadilan Rakyat Cabang Bukit Gantang, Perak

Angkatan Muda Parti Keadilan Rakyat Cabang Bukit Gantang, Perak


KEADILAN Gesa Kerajaan Pertimbang Tuntutan CUEPACS Dan Pakatan Rakyat

Posted: 23 Feb 2012 08:34 PM PST

Parti Keadilan Rakyat terbuka dengan tuntutan terbaru CUEPACS agar kerajaan memberi kenaikan gaji antara RM700 hingga RM2500 untuk pekerja-pekerja di dalam perkhidmatan awam gred 1 hingga gred 54 menerusi skim yang sedia ada sebelum melaksanakan sebarang pembaharuan menerusi Skim Saraan Baru Perkhidmatan Awam (SBPA).

Di dalam Belanjawan Alternatif Pakatan Rakyat 2012 yang dibentangkan sebelum Bajet 2012 Kerajaan Persekutuan, Datuk Seri Anwar Ibrahim telah memberi komitmen bahawa sekiranya Pakatan Rakyat memegang tampuk kerajaan pusat, gaji minima pada kadar RM1,100 akan dikuatkuasakan buat penjawat awam. Ini akan memberi manfaat kepada kira-kira 300,000 penjawat awam yang masih menerima gaji di bawah kadar tersebut di bawah skim saraan sedia ada.

Pakatan Rakyat juga komited untuk menyelaraskan tangga gaji perkhidmatan awam secara lebih saksama berikutan pengenalan gaji minima tersebut, selain insentif khas RM500 sebulan bagi setiap guru sebagaimana dijanjikan di dalam Buku Jingga.

Ini berbeza dengan syor awal SBPA yang dibentangkan kerajaan di mana seorang penjawat tertinggi kerajaan di dalam kategori Premier akan menerima sehingga RM80,000 sebulan sedangkan kenaikan pemandu serendah RM1.70 sebulan.

Mengikut maklumat dari laporan 2006 United Nations (UN) Public Administration Network Public Service, Malaysia mempunyai nisbah jurang gaji antara yang tertinggi dan terendah yang paling tinggi berbanding negara-negara jiran, iaitu sekitar 19.5:1. Ini bermakna
gaji penjawat tertinggi adalah 19.5 kali lebih tinggi dari gaji pegawai kerajaan yang terendah. Oleh itu, KEADILAN menyeru agar jurang nisbah gaji di antara yang tertinggi dan terendah dirapatkan, dan bersedia untuk bekerjasama dengan semua pihak untuk merealisasikan
visi ini.

KEADILAN turut menyarankan agar semakan gaji dimandatkan supaya dibuat setiap 5 tahun, agar kenaikan yang selaras dengan inflasi akan dapat dilaksana dengan lebih mudah dan adil.

Justeru KEADILAN menggesa Perdana Menteri untuk mengkaji syor terbaru yang dibentangkan CUEPACS serta saranan Pakatan Rakyat sebelum ini demi membela nasib penjawat awam.

NURUL IZZAH ANWAR
NAIB PRESIDEN

PARTI KEADILAN RAKYAT

Khamis, 23 Februari 2012

The Spirit of Lubok Kawah/Semangat Lubok Kawah

The Spirit of Lubok Kawah/Semangat Lubok Kawah


Pelancaran "BANTAH' di Felda Jenderak Selatan

Posted: 23 Feb 2012 08:49 PM PST

BANTAH iaitu gerakan membantah penyenaraian Felda Global Ventures Holding Berhad akan dilancarkan di PKR Cabang Kuala Krau pada 8hb Mac 2012 sempena lawatan YB Pn Zuraida Kamaraddin ke Felda Jenderak Selatan pada 8hb Mac 2012.

Lawatan Pn Zuraida akan bermula dari jam 10.00 pagi dengan walk-about di Felda Jenderak Utara dan Felda Jenderak Selatan. Beliau akan disertai oleh pasukan Wanita dari Negeri Pahang dan Cabang Kuala Krau.

Di dalam walk-about itu Ketua Wanita PKR Pusat itu akan turut menziarahi 30 buah rumah dimana kedapatan golongan OKU, dhaif, ibu tunggal dan mereka yang sedang diserang penyakit untuk menyampai sumbangan dari beliau.

Pada jam 5.00 petang pula, satu Majlis untuk penyokong-penyokong PKR akan diada di Rumah Sdr Nawi di Felda Jenderak Selatan bersama-sama YB Zuraida, dan di tempat yang sama akan diadakan Majlis ceramah pada jam 9.00 malam.

Penceramah-penceramah lain yang turut diundang adalah Sdr Shamsul Iskandar, Ketua AMK PKR Pusat, Sdr Abd Rahman Ramli, Timbalan Pesuruhjaya PAS Negeri Sembilan, Sdr Rebin Birham, Setiausaha Biro Masyarakat Felda dan Orang Asal, dan Sdr Pak Jabit @ Man Kadir, Timbalan Ketua PKR Cabang Temerloh.

Pelancaran BANTAH akan disempurnakan semasa Majlis Ceramah itu, semua para hadirin akan menandatangani Memorandum Bantah yang akan disampaikan kepada Perdana Menteri dan juga menandatangani Kain Putih yang akan direntangkan semasa berlangsungnya penyerahan Memorandum Bantah kepada Perdana Menteri pada 30hb Mac 2012.

Orang ramai dijemput menghadiri Majlis Pelancaran BANTAH.


Pendapatan sebenar, hutang dan tanam semula bagi peneroka-peneroka Felda

Posted: 23 Feb 2012 07:19 PM PST

Pada 22hb Februai 2012, saya telah dijemput oleh Sdr Nizam Hamid, Ketua PKR Cabang Temerloh memberikan taklimat kepada peneroka-peneroka Felda Bukit Damar mengenai isu-isu yang menghantui peneroka-peneroka Felda dan tuntutan-tuntutan yang dikemukakan oleh peneroka-peneroka Felda terhadap Felda.

Peringkat awalnya ada juga desas desus menyatakan bahawa sebagai peneroka-peneroka Felda maka amat tidak patut mereka menyaman Felda. Ini menandakan bahawa peneroka-peneroka tidak tahu bersyukur. Setelah mereka memperolehi rahmat dan menfaat dari Felda maka kini mereka mahu menyaman Felda pula.

Sepintas lalu pandangan ini seolah-olah menggambarkan kebenaran. Tetapi apabila dikaji secara terperinci, sepatutnya Felda dan Kerajaanlah yang sepatutnya berterima kasih kepada peneroka-peneroka Felda dan tidak sebaliknya.

Saya bentangkan dengan cara yang mudah bahawa apabila peneroka-peneroka menyertai sesebuah rancangan Felda, mereka disediakan 10 ekar tanah kebun, suku ekar tanah kampong, peneroka-peneroka hanya datang dengan "basuh kaki" sahaja. Begitu mudah, bunyinya. Hakikat sebenarnya ialah setiap peneroka itu dikenakan pinjaman yang turut dikenakan faedah.

Selain dari hutang itu setiap peneroka juga dikenakan potongan pendapatan masing-masing didalam berpuluh item bagi menampung pembangunan didalam rancangan yang ia diami. Diantara item terbesarnya juga ialah membayar potongan bulanan untuk "kos tanam semula". Ini menjadikan peneroka-peneroka Felda sebagai manusia yang unik kerana terbeban keatas bahu mereka semua kos pembangunan yang dijalankan didalam rancangan Felda, tidak seperti manusia yang duduk di kampong atau di bandar. Tidak ada perkara yang "free" yang diterima oleh peneroka-peneroka Felda melainkan air hujan, udara dan angin.

Setelah mereka selesai membayar hutang "pertama" ini didalam jangka masa 15 hingga 20 tahun, mereka dikehendaki menjalani proses tanam semula. Peneroka-peneroka yang bijak menjalankan Tanam Semula secara bersendirian untuk mengelakkan dari hutang baru dibebankan keatas mereka. Tetapi kepada golongan majoriti, mereka menyerahkan kerja-kerja tanam semula kepada Felda atau kepada Felda Technoplant, sebuah anak syarikat Felda.

Bagi mereka yang menanam semula melalui Felda, mereka dikenakan hutang termasuk hutang elaun sara hidup. Kebun mereka dibersihkan oleh Felda, dan Felda bertanggungjawab menggali lobang, menanam kekacang, membekalkan baja dan racun dan menyediakan elaun sara hidup. Peringkat awal, mereka merasakan kehidupan mereka menjadi sangat istimewa kerana mereka tidak perlu membuat sebarang kerja bagi menjayakan kebun masing-masing, maka timbullah perbualan mengatakan bahawa mereka hidup aman damai dengan tidak perlu kerja, mereka boleh minum teh pagi di kedai, makan tengah hari di kedai dan makan malam di kedai dengan cara goyang kaki sahaja.

Setiap bulan setelah kebun mereka mengeluarkan hasil, mereka dibayar elaun sara hidup sebanyak RM1500.00 (gross). Seronok hidup mereka. Dan mereka menzahirkan rasa kasihan kepada peneroka-peneroka yang tanam sendiri. Terpaksa buat kerja di kebun, membersihkan kebun, membaja, meracun, membuat pruning, dan menuai buah-buah sawit bersendirian. Alangkah letihnya mereka itu, dan alangkah "bodoh"nya mereka itu!

Setelah 8 tahun tanam semula dijalankan peneroka-peneroka yang tanam semula melalui Felda itu mulalah merasa resah gelisah, gundah gulana, mula melahirkan rasa kesal, barulah terasa bahawa selama ini mereka telah dipermainkan.

Mereka mendapati bahawa mereka sudah berhutang dengan Felda berpuluh-puluh ribu ringgit. Ada yang RM90,000.00, ada yang RM100,000.00 dan tak sangka di Felda Jelai 2, peneroka-peneroka sudah berhutang dengan Felda sebanyak RM200,000.00 sedangkan umur masing-masing kesemuanya sudah berada didalam lingkungan 60 tahun - 70 tahun. Menangis tidak ada guna lagi.

Rakan-rakan mereka yang tanam sendiri berpendapatan melebihi RM5000.00 sebulan, ada yang dapat sehingga RM10,000.00 sebulan, mereka tidak menanggung sebarang hutang, sekarang mereka yang tanam sendiri boleh mengupah boroh-boroh dari Indonesia menuaikan buah sawit mereka, dan pendapatan mereka tetap juga tidak jatuh dari RM5,000.00 sebulan.

Maka kini berlakulah perubahan pemikiran. Peneroka-peneroka yang tanam semula melalui Felda itu sudah mula "merampas" kebun mereka, mereka tidak mahu lagi Felda menguruskan kebun mereka. Walaupun mereka sudah dikenakan hutang yang begitu besar, mereka rela mengambil alih semula kebun mereka kerana apabila mereka menjalankan kerja sendiri, mereka boleh berpendapatan lebih dari RM5,000.00 sebulan, dan hutang mereka tidak bertambah lagi.

Kepada golongan ini, saya menasihatkan kepada mereka supaya berhenti membayar hutang mereka kepada Felda kerana sesungguhnya mereka tidak berhutang dengan Felda malah Feldalah yang berhutang dengan mereka.

Setelah dibuat kira-kira pendapatan dan tanggungan setiap seorang dari mereka itu adalah didapati bahawa Felda terhutang dengan mereka tidak kurang dari RM150,000.00 setiap seorang. Maka, sesungguhnya Feldalah yang kena membayar kepada peneroka-peneroka itu dan bukanlah sebaliknya.

Saya terangkan isu-isu seperti tuntutan peratusan perahan KPG yang apabila dibuat kira-kira didapati bahawa setiap peneroka boleh menuntut hingga RM500,000.00 setiap seorang daripada Felda kerana mereka telah dimanipulasi peratusan perahan hingga wujud perbezaan sebanyak 5% hingga 10%, dan dengan perbezaan ini, Felda telah memanipulasikan pendapatan peneroka hingga RM500,000.00.

Maka apalah sangat imbuhan yang dijanjikan oleh Felda untuk memberikan Cess sebanyak RM13,000.00 atau MPOB sebanyak RM4,000.00 atau BRIM RM500.00 atau suapan penyenaraian sebanyak RM20,000.00.

Kini sudah terkumpul lebih kurang 300 orang daripada Felda Mempaga 1, 2 dan 3 peneroka-peneroka yang sudah menandatangani borang Waran Untuk Bertindak melantik peguam bagi memfailkan saman terhadap Felda berhubung isu peratusan perahan KPG, dan lain-lain tuntutan berkenaan dengannya, jumlah ini akan diikuti pula oleh peneroka-peneroka Felda Bukit Damar dan Felda Sertik. Sebaik sahaja jumlah itu mencecah 500 orang, maka Tuntutan terhadap Felda akan difailkan di Mahkamah Tinggi Temerloh.

Peneroka-peneroka Felda Bukit Damar pada malam itu telah pun menubuhkan satu Jawatankuasa Bertindak bagi mengumpulkan peneroka-peneroka yang akan bersama-sama mereka. Tindakan ini bukan merupakan tindakan politik, dan peneroka-peneroka tanpa mengira parti politik boleh menyertainya bagi menuntut hak peneroka-peneroka yang selama berpuluh tahun ini sudah dimanipulasikan pendapatan mereka oleh Felda.

Angkatan Muda KEADILAN (AMK) KOTA RAJA

Angkatan Muda KEADILAN (AMK) KOTA RAJA


Anwar, pimpinan utama PKR hadir ke Himpunan Hijau 2.0

Posted: 23 Feb 2012 06:13 PM PST


Majoriti barisan kepimpinan PKR yang akan diterajui oleh ketua umumnya Datuk Seri Anwar Ibrahim dijadualkan hadir ke perhimpunan membantah projek nadir bumi Lynas Advanced Materials Plant (Lamp) di Kuantan Ahad ini.

Setiausaha agungnya Datuk Saifuddin Nasution berkata, bagi tujuan itu mereka mengubah lokasi temurapat atau pemukiman yang sepatutnya diadakan di Lumut ke bandar itu.

"Kita juga kosongkan aktiviti pemukiman pada waktu perhimpunan itu bagi membolehkan mereka (peserta pemikiman) turut serta (berhimpun)," katanya ketika ditanya sokongan PKR pada perhimpunan hijau itu.

PAS – rakan gabungannya dalam Pakatan Rakyat – sebelum ini mengerahkan kira-kira 10,000 ahlinya daripada 14 kawasan seluruh Pahang bagi membantah projek itu. Mereka dijangka diketuai Timbalan Presiden Mohamad Sabu dan Naib Presiden Salahuddin Ayub.

Malah, PAS Terengganu – negeri bersebelahan Pahang – memberitahu Malaysiakini, kepimpinan tertinggi negerinya akan hadir bersama kebanyakan penyokong daripada daerah berdekatan seperti Kemaman dan Dungun.

Saifuddin juga memberitahu Malaysiakini semalam, sebahagian besar daripada kira-kira 130 peserta pemukiman, terdiri daripada kepimpinan tertinggi parti akan turut serta.

Katanya, arahan juga telah diberikan kepada semua ahli PKR, khususnya di Pahang dan sekitar Kuantan untuk turun bagi memeriahkan perhimpunan itu.

Temurapat atau permukiman tiga hari PKR bermula esok akan disertai semua anggota Majlis Pimpinan Pusat (MPP), wakil rakyatnya dan ketua-ketua cabang terpilih daripada seluruh negara.

Himpunan Hijau 2.0 dijadual berlangsung di padang Majlis Perbandaran Kuantan pada 26 Februari mulai jam 9.30 pagi, meskipun semalam pihak berkuasa mula mendirikan pagar sekeliling padang berkenaan.

Ketika dihubungi, pengerusi jawatankuasa penganjur Wong Tack memberitahu Malaysiakini pagar yang didirikan tidak akan menghalang rakyat daripada berhimpun.

Apabila diberita bahawa majlis perbandaran Kuantan juga akan menganjurkan pertanding futsal pada hari yang sama, Wong sekadar menyambut baik dan berkata mereka boleh merancang bersama.

"Kami 100 peratus pasti akan menggunakan padang itu untuk berhimpun. Kami hanya ada pelan A, tidak ada pelan B," katanya dalam nada yang cukup tegas.

Di tanya sama ada hadirin akan merobohkan pagar dan merempuh ke padang, Wong tidak memberikan jawapan secara langsung.

Katanya, rakyat yang hadir mungkin terpaksa menukar rancangan dan turun ke jalanan kerana didesak berbuat demikian oleh kerajaan.

"Harapan kami, hanyalah benarkan kami berhimpun secara aman selama dua jam setengah di padang itu," katanya lagi.

Selain di Kuantan, pelbagai lagi program serentak di beberapa bandar raya besar, termasuk Kuala Lumpur akan diadakan pada Ahad ini sebagai solidariti membantah kilang memproses nadir bumi itu.


Sumber: Malaysiakini

Sembrong: Jangan lepas diri dengan alasan teknikal

Posted: 23 Feb 2012 06:12 PM PST


PKR menyifatkan Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Hishammuddin Hussein cuba melepaskan diri terhadap insiden serangan terhadap ceramah Pakatan Rakyat dan kereta Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim dekat Sembrong Ahad lalu.

Setiausaha Agung PKR Datuk Saifuddin Nasution berkata, penafian Hishammuddin yang juga anggota parlimen Sembrong bahawa tempat kejadian tidak terletak di kawasannya merupakan alasan yang sangat naif.

"Dia bolehlah gunakan alasan sempadan polis atau sempadan pilihan raya untuk melepaskan diri. Tetapi isunya yang sebenar, bagaimana cara Umno menghadapi rakyat dengan mengupah samseng untuk mengacau dan mengganggu," katanya.

Hishammuddin, semalam menafikan dakwaan serangan ke atas ahli PKR di Batu 4 Jalan Mersing oleh kira-kira 100 orang yang didakwa diupah Umno pada hari minggu lalu berlaku dalam kawasan parlimennya.

Beliau bagaimanapun berjanji bahawa polis akan mengambil tindakan sewajarnya terhadap mereka yang bertanggungjawab.

Ketika dihubungi Malaysiakini, petang semalam, Saifuddin berkata, menteri dalam negeri patut menggesa polis melengkap siasatannya segera kerana kes itu yang didakwa straight forward atau mudah.

"Tak perlu ambil masa berbulan-bulan untuk kenal pasti (suspek). Orang kampung sendiri kenal siapa terlibat. Apa yang susah sangat. Saya rasa seminggu sahaja boleh selesai. Paling lama pun dua minggu," katanya.

Pada serangan Ahad lalu, selain kereta Anwar dipecahkan, PKR juga mendakwa seorang cedera ringan di dahi dipercayai akibat dilastik, lelaki tua cedera dibaling kayu dan bendera PKR dibakar.

Sumber: Malaysiakini

PARTI KEADILAN RAKYAT NEGERI SEMBILAN

PARTI KEADILAN RAKYAT NEGERI SEMBILAN


Hubungan Israel: Khairy sasar serangan pada Mahathir

Posted: 23 Feb 2012 02:48 AM PST

KUALA LUMPUR 23 Feb: Ketua Pemuda UMNO, Khairy Jamaluddin cuba menyalahkan mantan Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad berkenaan hubungan dagang antara kerajaan Malaysia dan Israel.

Ketua Angkatan Muda KEADILAN (AMK), Shamsul Iskandar Mohd Akin, mengulas pengakuan Khairy bahawa kerajaan telah menjalinkan hubungan dengan Israel sejak 1996, kononny ketika Datuk Seri Anwar Ibrahim menjadi timbalan perdana menteri.

Menurut Shamsul, mustahil Khairy mampu menafikan hakikat bahawa Mahathir merupakan perdana menteri yang lebih berkuasa ketika itu, berbanding Anwar yang merupakan timbalan beliau.

"Dengan mengatakan hubungan dagang dengan Israel bermula pada tahun 1996, Khairy meletakkan Mahathir dalam keadaan 'defensive' kerana Mahathir merupakan Perdana Menteri pada ketika itu.

"Khairy seolah-olah mensasarkan serangan kepada Tun Mahathir, yang selama ini cuba menonjolkan imej anti-Israel dan vokal dalam mempertahankan Palestin, tapi pada masa sama membuat hubungan dengan Israel," kata Shamsul.

Shamsul berkata, jika benar dakwaan Khairy, beliau mempersoalkan mengapa hubungan dagang dengan Israel itu diteruskan, meskipun Anwar dipecat dari jawatannya dalam kerajaan pada 1998.

Pada masa ini, Malaysia menduduki tangga ke 15 negara terbesar di dunia yang berurusan dengan rejim zionis dari segi hubungan dagangan.

"Sekiranya kerajaan tidak mengiktiraf negara Israel, tidak sepatutnya wujud sebarang hubungan dengan syarikat mereka, seperti APCO yang mendapat bayaran RM77 juta setahun oleh kerajaan," kata Shamsul.

Kapal kargo Israel yang berlabuh di Pelabuhan Klang

Mengulas isu yang sama, Naib Ketua AMK, Azmizam Zaman Huri berkata, setiap perubahan dasar membabitkan hubungan dengan Israel, semestinya diluluskan di dalam mesyuarat kabinet.

"Semua orang tahu bahawa Tun Mahathir yang mempengerusikan mesyuarat kabinet pada tahun itu (1996)," ujar Azmizam.

"Kerajaan Umno-BN selama ini mendakwa mereka anti-Israel, sebaliknya menuduh Datuk Seri Anwar pula sebagai agen Zionis," katanya lagi.

Tanpa diplomatik, bagaimana wujud hubungan dagang Israel?

Posted: 23 Feb 2012 02:46 AM PST

KUALA LUMPUR 23 Feb: NGO Jingga 13, membidas kenyataan Timbalan Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri, Datuk Mukhriz Mahathir bahawa Malaysia tidak menjalinkan hubungan diplomatik dengan Israel.

Menyifatkan kenyataan itu sebagai hipokrit, Penyelaras Jingga 13, Fariz Musa mempersoalkan bagaimana kapal berkenaan dibenar memasuki Malaysia, jika tiada sebarang hubungan diplomatik.

"Bagaimana urus niaga dan dagangan besar melalui syarikat perkapalan milik Israel sewenangnya menjalankan eksport dan import tanpa interaksi dua negara," soalnya dalam kenyataan hari ini.

Mengenai kenyataan Mukhriz bahawa kapal Israel berlabuh di Malaysia untuk tujuan perdagangan dengan syarat anak kapal yang memegang pasport Israel dilarang mendarat, Fariz berkata itu bukan isu utama.

"Isunya ialah wujud hubungan dagang Malaysia-Israel," tegasnya.

Sehubungan itu beliau mendesak Muhkriz mendedahkan polisi kerajaan yang membenarkan syarikat Israel berdagang ke Malaysia.

"Kuasa menentukan kehadiran kapal-kapal serta urusan perdagangan dan perniagaan dengan Israel itu adalah di bawah Kerajaan Umno-BN.

Kerajaan Israel memegang 98 peratus saham dalam Zim Integrated Shipping Ltd

"Kerajaan Umno-BN adalah menentu samada membenar atau tidak membenarkan kapal-kapal itu ke semua pelabuhan termasuk di Sabah dan Sarawak," tegasnya.

Kenyataan Mukhriz juga katanya bertentangan dengan pengurusan Westports, Pelabuhan Klang yang menyatakan kehadiran kapal berkenaan hanya untuk 'singgah' ke pelabuhan itu.

"Satu kenyataan melucukan kerana JINGGA 13 mempunyai dokumen yang disahkan Kastam DiRaja Malaysia, di mana wujud aktiviti mengeksport kayu balak menggunakan kapal-kapal Israel pada 16 Februari.

"Kami menyaksi bagaimana kontena -kontena ZIM turun dan dinaikkan ke kapal-kapal milik Zim Integrated Shipping Ltd.

"Malah lebih menyedihkan, ia berlayar terus dari Haifa, Israel ke Pelabuhan Klang," katanya.

BULETIN RAKYAT

BULETIN RAKYAT


KENAPE NAJIB TAK PROFESSIONAL LANGSUNG?

Posted: 23 Feb 2012 09:01 AM PST

Rabu, 22 Februari 2012

R Sivarasa - Ahli Parlimen Subang

R Sivarasa - Ahli Parlimen Subang


PKR claims proof EC illegally shifting voters in Selangor

Posted: 22 Feb 2012 01:21 AM PST

Suara Sri Andalas

Suara Sri Andalas


Kenyataan Media - Isu Perobohan Kuil Sri Maha Mariamman Di Kota Warisan

Posted: 22 Feb 2012 04:33 AM PST

KENYATAAN MEDIA YB DR XAVIER JAYAKUMAR
EXCO KERAJAAN NEGERI SELANGOR
ISU PEROBOHAN KUIL SRI MAHA MARIAMMAN DI KOTA WARISAN

Kerajaan negeri Selangor yang dipimpin Pakatan Rakyat berpegang teguh dengan prinsip dan dasar kepimpinan yang tidak meroboh sebarang tempat ibadat tanpa rundingan bersama dengan pihak-pihak yang terlibat dan berkepentingan. Selepas Pakatan Rakyat mengambil alih pentadbiran Kerajaan Negeri Selangor pada Mac 2008 yang lepas, satu Jawatankuasa Rumah Ibadat Bukan Islam Negeri Selangor telah ditubuhkan dengan diwakili oleh semua ahli-ahli agama masing-masing.

Selaku EXCO Kerajaan Negeri Selangor yang juga merangkap Pengerusi Jawatankuasa Rumah Ibadat Bukan Islam, saya memandang serius tindakan perobohan kuil tanpa rundingan dengan pihak-pihak berkaitan dan berkepentingan.

Pada pagi ini arahan menghentikan kerja-kerja merobohkan sebuah kuil Hindu iaitu Kuil Sri Maha Mariamman yang terletak di Kota Warisan, daerah Sepang telah dibuat. Bagi memastikan isu sebenar perobohan kuil ini, saya serta pihak berkuasa Majlis Daerah Sepang akan hadir pada hari esok di kuil tersebut bagi menyiasat dan berbincang dengan pihak pemaju serta Ahli Jawatankuasa Kuil berkenaan.

Sementara siasatan dibuat, saya meminta supaya semua pihak bersabar serta tidak membuat sebarang spekulasi berkaitan isu ini. Didapati telah ada beberapa pihak yang cuba mensensasikan kes yang masih dalam siasatan ini untuk meraih sokongan politik. Sebarang kenyataan dan dakwaan tidak rasional yang dikeluarkan oleh pihak yang tidak bertanggungjawab sebelum hasil siasatan diumumkan bukan sahaja dilihat berniat jahat malah boleh menimbulkan suasana tidak harmoni di kalangan masyarakat berbilang kaum di negeri ini.


YB DR XAVIER JAYAKUMAR
EXCO Kerajaan Negeri Selangor merangkap Pengerusi Jawatankuasa Rumah Ibadat Bukan Islam


22 Februari 2012

Kenyataan Media - Isu Air Di Selangor

Posted: 22 Feb 2012 12:00 AM PST

Saya  merujuk  kepada  keratan  akhbar  bertajuk  'Air Lombong Tak Selamat'  akhbar  Berita  Harian  pada  17 Februari  2012  yang lepas.

Kerajaan Negeri ingin menegaskan disini bahawa kita komited untuk mengunapakai sumber air mentah dari sumber air bawah tanah, bekas lombong, air hujan dan  sungai yang telah "dirawat" yang merupakan sumber air mentah yang banyak terdapat di negeri Selangor bagi menampung keperluan Rakyat Selangor .

Umum sudah sedia maklum bahawa usaha Kerajaan untuk mengunakan  air lombong dan sumber-sumber air yang lain perlu dirawat terlebih dahulu sebelum dijadikan 'air minum' (potable water) berdasarkan piawaian dan standard keselamatan dan kesihatan  di negara ini dibawah  Sistem Pengurusan Keselamatan Makanan (ISO 22000:2005), Titik Kawalan Kritikal Analisis Bahaya (MS1480:2007) and Amalan Pembuatan Baik (MS 1514:2009).

Ia merupakan satu tohmahan yang berniat jahat (mala fide) dan sikap buruk sangka sesetengah pihak yang secara semberono  mengandaikan bahawa Kerajaan Negeri membekalkan air yang tidak selamat untuk diminum kepada rakyatnya.

Tambahan lagi, selain dari Lembaga Urus Air Selangor (LUAS) sebuah agensi kerajaan negeri yang mengurus selia air mentah di Negeri Selangor, kita juga mempunyai agensi Kerajaan Pusat  seperti Suruhanjaya Perkhidmatan Air Negara (SPAN) dan Jabatan Kesihatan yang juga memantau dan bertanggungjawab menjaga kepentingan dan keselamatan pengguna dalam mendapatkan bekalan air yang selamat untuk diminum.

Kita amat bersetuju dengan cadangan bahawa sebarang perbincangan berkaitan penggunaan air bekas lombong atau potensi penggunaan air dari sumber-sumber lain harus difokuskan kepada faktor kos dan manfaatnya.   

Professor Datuk Dr. Zaini Ujang menyentuh secara imbas  dengan mengatakan bahawa proses rawatan air lombong membabitkan kos yang besar sedangkan kita berpendapat bahawa ianya terlalu awal untuk bersetuju dengan beliau bilamana tidak terdapat sebarang kajian  terhadap  'cost-benefit  analysis' dibuat oleh mana-mana pihak sebelum ini.
 
Warga Selangor khasnya dan Rakyat Malaysia umumnya harus "di sedarkan"  bahawa Projek Penyaluran Air Mentah dari Pahang ke Selangor (PPAMPS) yang dipercayai bernilai RM8 Bilion adalah 'TERLAMPAU MAHAL' untuk ditanggung oleh Rakyat Malaysia.
 
Dari perspektif ekonomi, kita berpendapat bahawa Rakyat Selangor akan dibebankan untuk "membayar" harga air yang dibekalkan oleh Pahang disamping Kerajaan Negeri akan kehilangan hasil pendapatan (revenue) dari royalti air kerana tidak mengeluarkan sumber air mentah dari dalam negeri sendiri.

Kita sekali lagi ingin tegaskan di sini bahawa isu air ialah KEKURANGAN AIR TERAWAT dan bukannya SIMPANAN AIR, maka mengambil air dari Pahang yang menelan  RM8 Bilion tidak akan menyelesaikan masalah.

Kita seringkali mengingatkan kerajaan Persekutuan bahawa fokus sebenar ialah menaiktaraf infrastruktur loji sediada untuk meningkatkan kapasiti.

Kita juga ingin tegaskan lagi bahawa Kerajaan Selangor tidak mahu "diseret untuk terlibat sama" dalam komitmen Kerajaan Persekutuan melaksanakan projek PPAMPS dimana ianya dilaporkan bahawa kerja-kerja membina terowong telah selesai dilaksanakan di sebelah negeri Pahang.

Dari sumber-sumber yang boleh dipercayai yang telah kita perolehi, kita dimaklumkan bahawa Kerajaan Persekutuan sedang menghadapi 'tekanan hebat' dari pelabur Jepun untuk segera menyiapkan 'projek mega' tersebut kerana sebahagian besar dana dari pinjaman telah digunakan. 

Kerajaan Selangor berpendapat bahawa kos RM8 Bilion tersebut akan memberikan lebih manfaat dan tambah nilai sekira ianya di gunakan untuk pemulihan Sungai Klang yang merupakan sumber air mentah yang belum diterokai terbesar di Negeri Selangor.  

Dalam masa yang sama Kerajaan Selangor sedang menjalankan kerja-kerja pemulihan Sungai Klang untuk dijadikan sumber air mentah dalam masa terdekat.


Disediakan oleh:
Y.B Tuan Dr. Xavier Jayakumar
Jawatankuasa Tetap Kesihatan, Pekerja Ladang, Kemiskinan dan Kerajaan Prihatin

N37 Batu Maung

N37 Batu Maung


Jom ke 3rd Penang International Halal Expo & Conference 2012 (PIHEC)

Posted: 22 Feb 2012 06:23 PM PST


Semua dijemput ke PIHEC 2012

Pada Jumaat 24 hingga 26 Feb 2012

Memaparkan USTAZ DON DANIYAL, MAWI, HIJJAZ, AKHIL HAYY, WAHEEDA, USTAZ RUSLAN CHE RUS. Dtg beramai2!!

PARTI KEADILAN RAKYAT NEGERI SEMBILAN

PARTI KEADILAN RAKYAT NEGERI SEMBILAN


Kubu Umno di Felda Palong 6 mula retak

Posted: 22 Feb 2012 03:16 AM PST

Usaha PKR cuba menembusi skim Felda Palong di Negeri Sembilan sejak enam bulan lalu mula membuahkan hasil.

NONEJika jumlah hadirin yang menghadiri ceramah ketua umum PKR Datuk Seri Datuk Seri Anwar Ibrahim, timbalannya Azmin Ali dan ketua sayap Wanita Zuraida Kamaruddin dijadikan ukuran, nyata sokongan terhadap Pakatan Rakyat semakin meningkat.

PKR dikatakan berjaya menambat hati peneroka terutamanya dengan memperjuangkan kepentingan mereka dan membela golongan itu berhubung tindakan undang-undang yang difailkan terhadap Felda.

Malam tadi, giliran PKR presiden Datin Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail, bagi menggempur kubu Umno itu. Bertempat di Felda Palong 6, satu antara 6 yang membentuk kelompok dalam skim Felda tersebut, beliau berucap kepada ratusan hadirin.

NONEWan Azizah juga menyaksikan penubuhan cawangan PKR di Felda Palong 7 dan 8, serta menerima borang keahlian dari 50 orang.

Antara yang tidak dijangkakan adalah sambutan hangat yang diterima dari jawatankuasa masjid Felda Palong 5 - yang ahlinya sebelum ini terdiri daripada penyokong Umno - mereka turut menyertai majlis doa kesyukuran khas sempena pembebasan Anwar daripada tuduhan liwat pada 9 Jan lalu.

Salah urus

Wan Azizah pada ucapannya, sekali lagi menegaskan bahawa ketidakadilan dan serangan bertali arus dilakukan oleh Umno terhadap Anwar.

"Terdapat lebih penting isu yang dibelenggui Malaysia, seperti salah urus wang negara dan skandal mencecah jutaan ringgit yang membabitkan Perbadanan Fidlot Negara dan salah guna dana zakat...

NONE"Namun Umno adalah lebih cenderung mencela Anwar setiap malam.

"Malaysia adalah sebuah negara yang kaya dengan sumber asli seperti minyak mentah. Kita perlu meningkatkan taraf hidup rakyat dan tahap pendidikan mereka," katanya.

Felda Palong terletak dalam kawasan Dewan Undangan Negeri Palong dan kini diwakili oleh ahli politik Umno, Datuk Aziz Samsuddin.

Kerusi DUN itu terletak dalam parlimen Jempol yang dipegang oleh Lilah Yasin.

Dua tahun lalu, apabila Anwar melawat Felda Palong 10, kira-kira 70 orang - termasuk jawatankuasa penganjur - hadir untuk mendengar beliau berucap.

NONENamun pada November lalu, tidak kurang 2,000 orang hadir di Felda Palong 6 untuk mengikuti ceramah oleh Ketua Pembangkang itu. Pada majlis itu, 412 peneroka menyerahkan borang keahlian untuk menyertai PKR.

Felda Palong 6 kini mempunyai bilangan terbesar ahli PKR dalam kerusi DUN Palong.

Angkatan Muda Parti Keadilan Rakyat Cabang Bukit Gantang, Perak

Angkatan Muda Parti Keadilan Rakyat Cabang Bukit Gantang, Perak


AMK Bukit Gantang Mengalukan Kehadiran YB Nurul Izzah Ke DUN Changkat Jering

Posted: 21 Feb 2012 11:11 PM PST


Mengikut jadual petang esok, DUN Changkat Jering bakal didatangi tetamu istimewa iaitu Naib Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR) YB Nurul Izzah Anwar untuk Program Diolog Bersama YB Nurul Izzah.

Maklumat Program adalah seperti berikut : 
             
        Tarikh : 23 Feb 2012 (Khamis)
        Masa   : 5 Petang - 7 Petang
        Tempat : Restoran Hup Hing, Lot 1325, Jalan Kuala Kangsar, 34700 Simpang
                      (Arah dari lampu trafik Simpang ke Changkat Jering, Kedai sebelah kiri 
                       selepas Pejabat POS  Simpang dan Stesen Caltex Simpang)

Diharap kepada sesiapa yang berkelapangan petang esok. Bolehlah bersama-sama menyertai program ini. Semoga dengan kehadiran kalian bakal memeriahkan lagi majlis.