Khamis, 23 Februari 2012

PARTI KEADILAN RAKYAT NEGERI SEMBILAN

PARTI KEADILAN RAKYAT NEGERI SEMBILAN


Hubungan Israel: Khairy sasar serangan pada Mahathir

Posted: 23 Feb 2012 02:48 AM PST

KUALA LUMPUR 23 Feb: Ketua Pemuda UMNO, Khairy Jamaluddin cuba menyalahkan mantan Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad berkenaan hubungan dagang antara kerajaan Malaysia dan Israel.

Ketua Angkatan Muda KEADILAN (AMK), Shamsul Iskandar Mohd Akin, mengulas pengakuan Khairy bahawa kerajaan telah menjalinkan hubungan dengan Israel sejak 1996, kononny ketika Datuk Seri Anwar Ibrahim menjadi timbalan perdana menteri.

Menurut Shamsul, mustahil Khairy mampu menafikan hakikat bahawa Mahathir merupakan perdana menteri yang lebih berkuasa ketika itu, berbanding Anwar yang merupakan timbalan beliau.

"Dengan mengatakan hubungan dagang dengan Israel bermula pada tahun 1996, Khairy meletakkan Mahathir dalam keadaan 'defensive' kerana Mahathir merupakan Perdana Menteri pada ketika itu.

"Khairy seolah-olah mensasarkan serangan kepada Tun Mahathir, yang selama ini cuba menonjolkan imej anti-Israel dan vokal dalam mempertahankan Palestin, tapi pada masa sama membuat hubungan dengan Israel," kata Shamsul.

Shamsul berkata, jika benar dakwaan Khairy, beliau mempersoalkan mengapa hubungan dagang dengan Israel itu diteruskan, meskipun Anwar dipecat dari jawatannya dalam kerajaan pada 1998.

Pada masa ini, Malaysia menduduki tangga ke 15 negara terbesar di dunia yang berurusan dengan rejim zionis dari segi hubungan dagangan.

"Sekiranya kerajaan tidak mengiktiraf negara Israel, tidak sepatutnya wujud sebarang hubungan dengan syarikat mereka, seperti APCO yang mendapat bayaran RM77 juta setahun oleh kerajaan," kata Shamsul.

Kapal kargo Israel yang berlabuh di Pelabuhan Klang

Mengulas isu yang sama, Naib Ketua AMK, Azmizam Zaman Huri berkata, setiap perubahan dasar membabitkan hubungan dengan Israel, semestinya diluluskan di dalam mesyuarat kabinet.

"Semua orang tahu bahawa Tun Mahathir yang mempengerusikan mesyuarat kabinet pada tahun itu (1996)," ujar Azmizam.

"Kerajaan Umno-BN selama ini mendakwa mereka anti-Israel, sebaliknya menuduh Datuk Seri Anwar pula sebagai agen Zionis," katanya lagi.

Tanpa diplomatik, bagaimana wujud hubungan dagang Israel?

Posted: 23 Feb 2012 02:46 AM PST

KUALA LUMPUR 23 Feb: NGO Jingga 13, membidas kenyataan Timbalan Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri, Datuk Mukhriz Mahathir bahawa Malaysia tidak menjalinkan hubungan diplomatik dengan Israel.

Menyifatkan kenyataan itu sebagai hipokrit, Penyelaras Jingga 13, Fariz Musa mempersoalkan bagaimana kapal berkenaan dibenar memasuki Malaysia, jika tiada sebarang hubungan diplomatik.

"Bagaimana urus niaga dan dagangan besar melalui syarikat perkapalan milik Israel sewenangnya menjalankan eksport dan import tanpa interaksi dua negara," soalnya dalam kenyataan hari ini.

Mengenai kenyataan Mukhriz bahawa kapal Israel berlabuh di Malaysia untuk tujuan perdagangan dengan syarat anak kapal yang memegang pasport Israel dilarang mendarat, Fariz berkata itu bukan isu utama.

"Isunya ialah wujud hubungan dagang Malaysia-Israel," tegasnya.

Sehubungan itu beliau mendesak Muhkriz mendedahkan polisi kerajaan yang membenarkan syarikat Israel berdagang ke Malaysia.

"Kuasa menentukan kehadiran kapal-kapal serta urusan perdagangan dan perniagaan dengan Israel itu adalah di bawah Kerajaan Umno-BN.

Kerajaan Israel memegang 98 peratus saham dalam Zim Integrated Shipping Ltd

"Kerajaan Umno-BN adalah menentu samada membenar atau tidak membenarkan kapal-kapal itu ke semua pelabuhan termasuk di Sabah dan Sarawak," tegasnya.

Kenyataan Mukhriz juga katanya bertentangan dengan pengurusan Westports, Pelabuhan Klang yang menyatakan kehadiran kapal berkenaan hanya untuk 'singgah' ke pelabuhan itu.

"Satu kenyataan melucukan kerana JINGGA 13 mempunyai dokumen yang disahkan Kastam DiRaja Malaysia, di mana wujud aktiviti mengeksport kayu balak menggunakan kapal-kapal Israel pada 16 Februari.

"Kami menyaksi bagaimana kontena -kontena ZIM turun dan dinaikkan ke kapal-kapal milik Zim Integrated Shipping Ltd.

"Malah lebih menyedihkan, ia berlayar terus dari Haifa, Israel ke Pelabuhan Klang," katanya.

Tiada ulasan: