Jumaat, 30 Julai 2010

Angkatan Muda Keadilan Bagan Datoh,Perak Darul Ridzuan

Angkatan Muda Keadilan Bagan Datoh,Perak Darul Ridzuan


3 SOALAN MEMBENARKAN GURU BERPOLITIK

Posted: 30 Jul 2010 05:26 AM PDT

Langkah kerajaan membenarkan kembali para guru gred 41 hingga 48 kembali melibatkan diri secara aktif didalam politik mulai 01 Ogos 2010 ini sememangnya disambut baik oleh semua kerana sebagaimana yang kita tahu golongan ini adalah antara mereka yang begitu dekat dengan masyarakat dan amat memahami kehidupan masyarakat harian.

Sebagaimana menurut kata Ketua Setiausaha Negara (KSN), Tan Sri Mohamad Sidek Hassan semalam bahawa langkah ini adalah berlandaskan hakikat bahawa golongan guru ini adalah orang yang memainkan peranan penting memimpin masyarakat suatu masa dahulu didalam senario politik Negara kita.

"Masanya sudah tiba mereka dibenarkan aktif semula didalam politik" , menurut beliau lagi semalam.

Berdasarkan kata-kata beliau semalam, keputusan membenarkan para guru kembali aktif didalam politik ini disamping memegang jawatan politik adalah bersandarkan kepada beberapa keadaan iaitu antara lainnya perlulah mendapatkan kebenaran bertulis Ketua Pengarah Perkhidmatan Awam atau Ketua Setiausaha Kementerian Pelajaran terlebih dahulu disamping tidak menjejaskan atau menganggu tugas mengajar di sekolah masing-masing.

Bukan untuk menidakkan kata-kata KSN itu. Cuma beberapa persoalan pasti akan berlegar-legar diminda kita akan kebenaran tiba-tiba oleh kerajaan untuk aktif berpolitik kepada guru-guru ini.

Ada tiga persoalan yang ingin kita ketahui akan jawapannya daripada pihak Kementerian Pelajaran Malaysia (KPM) terutamanya.

Pertama, apakah kebenaran ini dibuka untuk semua guru-guru tanpa mengambil kira sokongan mereka kepada parti mana yang mereka minati? Atau pun hanya untuk guru-guru yang menyokong dan menjadi ahli UMNO-BN sahaja? Kerana apa yang diketahui sejak dulu lagi sudah pun ramai para guru dibiarkan untuk aktif berpolitik khususnya guru-guru yang menyokong UMNO-BN!

Kedua, diberitahu bahawa setiap guru yang berhasrat untuk memegang dan aktif didalam politik perlulah meminta kebenaran terlebih dahulu daripada pihak atasan Kementerian Pelajaran Malaysia (KPM). Apakah sebelum ini guru-guru yang 'totok' menyokong dan telah aktif memegang jawatan didalam UMNO telah turut sama meminta kebenaran tersebut?

Ketiga, sebagaimana kata KSN guru-guru boleh aktif berpolitik cuma jangan mengabaikan tugas hakiki mereka untuk mengajar di sekolah masing-masing. Apakah jaminan KPM ini semua tidak menggangu pengajaran masing-masing nanti?

Untuk pengetahuan pihak atasan KPM, sebenarnya sudah sekian lama guru-guru yang aktif didalam UMNO terutamanya mengabaikan tugas mereka apabila masing-masing sibuk untuk bermesyuarat ke sana ke sini setiap masa yang sehinggakan terdapat rungutan daripada ibubapa pelajar sendiri!

Sebab itu didalam hal ini, kita bersikap terbuka dan amat bersetuju dengan kebenaran yang diberikan kepada guru-guru untuk aktif berpolitik cuma kita tidak mahu kebenaran ini hanyalah bersikap sementara dan mengamalkan 'kebenaran terpilih' sahaja!

Bagi kita, tiga persoalan yang diutarakan tadi adalah merupakan persoalan dasar sahaja yang sudah pasti boleh dijawab oleh pihak KPM terutamanya.

HIKAYAT 1001 PENGHIANATAN MELAYU…..

Posted: 30 Jul 2010 05:15 AM PDT

Berbicara tentang perpaduan Melayu (Islam?) memang membosankan. Sudah berkali-kali diajar masih tidak mengerti. Burung kakak tua sekalipun mungkin sudah boleh menghafali apa yang diajar tuannya. Tapi adat bercakap dengan Orang Kuat Umno, IQnya barang kali bawah 80. Jika di US, dengan tahap pemikiran begini nak masuk sekolah rendah pun tak layak. Kena masuk sekolah khas.

Tidak ada apa-apa istimewanya dengan Melayu. Yang memperkuatkannya hanyalah Islam. Kerajaan Melayu Melaka pun kuat bukan kerana bangsanya. Setelah bergaul dengan pedagang2 Muslim dari Arab dan India, dan selepas rajanya memeluk Islam, barulah tersirna kehebatan kuasa Melayu sebagai sebuah Empayar.

Apalah sangat jika kita meniru apa yang telah diucapkan oleh Amir Faisal seperti di atas. Atas nama nasionalisme Arab, bapanya, Sarif Hussein , telah membayar harga yang cukup tinggi untuk dibayar oleh umat Islam seluruh dunia hingga kini -kejatuhan Empayar Islam Turki. Itu pun bukan kerana kebijaksanaannya mempelopori idea baru.

Sebenarnya, kata-kata ini pernah diulang hampir 80 tahun sebelumnya di Eropah menjelang Revolusi 1948. Lajos Kossuth misalnya, ahli politik juga seorang peguam mengutarakan kesatuan bangsa Magyar untuk membebaskan Hungary dari Austria. Dalam masa yang hampir sama, apabila Frantisek Palacky, nasionalis Chezc yang berjuang untuk kebangsaan Slav di Bohemia dan Moravia gagal mencapai cita-citanya, tiba-tiba nadanya bertukar menjadi pemuja yang lebih Austrian dari Austria. Begitu mudahnya seorang pejuang bangsa bertukar watak.

Kini nada perpaduan Melayu dipalu sekali lagi. Apa salahnya, Islam juga yang untung, kata mereka. Buat sebahagian generasi muda yang mungkin tidak mengingati, mari kita ikuti sejarah pengkhianatan Umno terhadap bangsa Melayu. Sengaja saya selang selikan dengan tulisan yang dihitamkan supaya tidak berpinar mata dek panjangnya senarai ini:
1. Siapakah yang menukar wang Royalti kepada wang Ehsan pada tahun 2000 apabila PAS berjaya merampas negeri dari tangan BN dalam PRU 1999?
2. Siapakah yang menghalang kerajaan kedua2 negeri bermajoriti 95%Melayu menikmati hasil royalti Petronas, sedang negeri2 seperti Sabah dan Sarawak tidak dikenakan tindakan sama?
3. Siapakah yang menghalau peneroka bandar Melayu di Kg Berembang, Kg Plentong, Kg Chubadak, Kg Malaysia Tambahan?
4. Siapakah yang menghalau Melayu Pulau Pinang dengan helah pembangunan hingga mereka merempat ke Seberang Jaya dan Kedah Selatan?
5. Siapakah yang menggadai Tanah Rezab Melayu hampir 50% dari 3 juta hektar pada 1948 kepada 1.6 juta hektar pada 1997?
6. Siapakah yang membunuh orang Melayu kerana perbezaan fahaman politik di Kg Memali, Lubuk Merbau dan Hutan Aji?
7. Siapakah yang membolot saham AP untuk menantu dan kroni, sedang ia adalah hak setiap rakyat dibawah dasar DEB?
8. Siapa yang melingkupkan dasar DEB hingga milikan ekuiti Melayu tersekat kepada 18% pada 2000.
9. Siapakah pula yang memansuhkan DEB, dan diganti dengan dasar Liberisasi dan Model Ekonomi Baru yang mesra kapitalis dan anti subsidi?
10. Siapa yang menyelewengkan dana untuk orang2 Melayu yang miskin dalam program PPRT?
11. Siapa yang mengkhianat wasiat Raja2 Melayu menjelang kemerdekaan supaya tidak diserah bukit, gunung dan pulau kepada bukan Melayu?
12. Siapa yang mencipta krisis perlembagaan 1982 yang menyebabkan kuasa Yang DiPertuan Agung terhakis dan hanya sekadar menjadi rubber stamp Parlimen?
13. Siapa pula yang melucutkan kekebalan raja2 Melayu pada awal 1990-an?
14. Siapa yang menggelarkan rajanya 'MENATANG' bila namanya ditolak sebagai Menteri Besar Terengganu selepas PRU12 yang lalu?
15. Siapakah yang mengubah sempasan kawasan undi majoroti Melayu bila Melayu sendiri menolak Umno dalam PRU 1999?
16. Siapa yang melanggar peruntukan Perlembagaan mengenai hak2 istimewa Melayu untuk mendapat biasiswa?
17. Siapa yang menukar biasiswa kepada pinjaman dengan kadar 4%?
18. Siapa yang mencemar bahasa Melayu dengan istilah-istilah "infotainment", "boulevard", "presint", "bajet" dan lain2?
19. Siapa yang menukar bahasa pengantar dari bahasa Melayu kepada bahasa Inggeris dalam pembelajaran Sains dan Matematik pada ketika jurang pendapatan bandar-luar bandar semakin melebar?
20. Siapa yang mencadangkan syarat wajib lulus Bahasa Inggeris untuk SPM dan bahasa pengantar Inggeris di universiti2?
21. Siapa yang jual air kepada negara jiran dengan harga 3 sen 1000 liter, dan jual balik kepada rakyatnya sendiri dengan harga 80 sen 1000
liter?
22. Siapa yang serah blok minyak kepada negara Brunei tanpa persetujuan DUN, Parlimen atau YDPA?
23. Siapa yang cuai menjaga tanahair sendiri hingga Pulau Batu Putih dan Singapura terlepas ke negara orang?
24. Siapa yang menghapuskan tulisan jawi dari diajar di sekolah2?
25. Siapa yang kata Sekolah Agama Rakyat (SAR) tempat melahir militan dan ekstrimist?
26. Atas alasan itu, siapa yang menghentikan geran perkapita kepada SAR hingga menyebabkan sebahagian institusi pendidikan agama hidup segan, mati tak mahu?
27. Siapa yang mencadangkan pelan pembangunan Kg Baru Kuala Lumpur hingga membuka milikan kepada 40% bukan Melayu?
28. Siapa yang kekang akta2 maklumat, Auku dan pandangan2 kedua orang Melayu supaya orang Melayu senang diperbodohkan?
29. Siapa yang naikkan harga petrol,diesel dan barangan asas kepada ketika Melayu adalah golongan majoriti yang miskin di negara ini?
30. Siapakah pula yang memperbodohkan dirinya konon mengaku Melayu sedang nama Pertubuhan Kebangsaan Melayu Bersatu (PEKEMBAR) dibuang dan diguna bahasa penjajah UNITED MALAYS NATIONAL ORGANISATION (UMNO)?

Senarai pengkhianatan Umno terhadap orang2 Melayu memang panjang. Ia tidak habis untuk ditulis dalam sehari. Apa yang penting, ia sudah terakam dalam sejarah. Khalayak yang memalu gendang perkauman ini patut malu pada diri sendiri, pada saat mereka di puncak kuasa tidak pernah pula terdengar retorik Islam dan Melayunya. Kini menyedari kuasa semakin jauh dari genggaman, tidak perlu lah lagi umat Melayu yang selama ini diperbodoh dan diperkuda semahunya, memberi bantuan talian hayat dan oksigen.

Kalaulah Umno hidup ribuan tahun yang lalu, mungkin epik Yunani Homer, Illiad and Oddysey atau pun Hikayat 1001 Malam tidak akan mendapat tempat di sisi penglipur lara, penulis buku, pemikir sastera-sejarah, pemikir sosiologi mahu pun pembuat filem. Demikian banyaknya yang dikisah dalam hikayat dari Parsi itu, mengikut lagenda, sesiapa yang membaca seluruh koleksi cerita ini akan menjadi gila.

Alahai, kalau membaca hikayat sepanjang ini menjadi gila, siapa pula yang mampu mengingati ratusan pengkhianatan Umno terhadap Melayu. Besar kemungkinan anda akan jadi GILA BABI!!!
Sorong papan tarik papan
Buah keranji dalam perahu
Belajar sejarah Umno beri alasan
Belajar kitab pun Umno tak mahu

Anwar Ibrahim

Anwar Ibrahim


“Hubungan Romantis”: Pandangan Para Peguam

Posted: 30 Jul 2010 01:49 AM PDT

Dari Malaysiakini

Beberapa peguam berpandangan imej Jabatan peguam Negara tercemar ekoran dakwaanya bahawa seorang anggota pasukan pendakwaan terlibat dalam hubungan romantis dengan Mohd Saiful Bukhari Azlan.

Bagaimanapun sebahagian lagi berpandangan peranan timbalan pendakwa raya (DPP) dalam kes tersebut hanyalah kecil kerana mereka hanya mengambil nota semasa perbicaraan.

Baljit Singh Sidhu (kiri) berpendapat dakwaan itu benar-benar menggoncang jabatan tersebut secara serius.

“Tuduhan itu serius dan tak nampak baik untuk pendakwaan. Ia mengarah kepada isu integriti pasukan pendakwaan,” katanya ketika ditemui.

“Sekiranya dakwaan itu benar, ia menunjukkan bahawa DPP tidak bertika dan tidak profesional kerana mempunyai hubungan dengan pengadu.

Baljit yang juga seorang pensyarah berkata, peranan DPP berkenaan Farah Azlina Latif adalah kecil bukan satu isu.

“Fakta bahawa beliau sebahagian daripada pasukan pendakwaan kekal dan ia tidak sepatutnya berlaku,” tambahnya.

Baljit bagaimanapun memuji tindakan Peguam Negara Abdul Gani Patail yang mengeluarkan daripada pasukan pendakwaan terhadap kers Datuk Seri Anwar Ibrahim bagi mengelakkan tanggapan negatif.

Bagaimanapun seorang peguam kanan yang mahu namanya dirahsiakan sambil ketawa berkata, perkara ini hanya boleh terjadi di Malaysia.

Ceramah Perdana – ” Merakyatkan Ekonomi Selangor”

Posted: 29 Jul 2010 09:13 PM PDT

Oleh – Penasihat Ekonomi Selangor, YB Dato' Seri Anwar Ibrahim

Tarikh: 01hb Ogos 2010 (Ahad)

Masa: 08.30 – 1200 malam

Tempat: Dewan MPS Taman Ehsan

Jalan E3/2, Kepong, Selangor Darul Ehsan

Penceramah –

1) YB Dato' Seri Anwar Ibrahim
2) YB R. Sivarasa
3) YB Elizabeth Wong
4) YB Teo Nie Cheng
5) YBhg Dr Badrul Amin
6) YB Hassan Ali
7) YB Saifuddin Nasution

Malaysian Law Conference 2010

Posted: 29 Jul 2010 09:06 PM PDT

Malaysia hosts the Malaysian Law Conference every two years. Themed 'Malaysian Law: Extending Frontiers, Widening Horizons, the 15th Malaysian Law Conference 2010 will be held from 29 to 31 July 2010.

Location: Kuala Lumpur Convention Centre (KLCC)

Phone: +603-2031 3003 ext 108

Category: Exhibitions

Closing Addres by Dato Seri Anwar Ibrahim at 4.00pm,31 July 2010

Anwar Ibrahim’s Trial To Resume 2 August

Posted: 29 Jul 2010 08:26 PM PDT

The controversial sodomy trial of Anwar Ibrahim, Malaysia's charismatic opposition leader, is due to resume in the Kuala Lumpur High Court on 2 August.

Observers and leaders around the world concur with Anwar's claim that the charge against him is baseless and politically motivated, but the authorities seem determined to proceed with it.

The trial looks set to be a replay of the shameful trials he went through in 1998-99, which were universally condemned and resulted in a lengthy prison sentence, much of it spent in solitary confinement. Already a number of unfair rulings have been made, making it very difficult for his lawyers to mount an effective defence. Both the chief of police and the Attorney General, personally involved in this high-profile sequel, had earlier been shown to have played a role in fabricating evidence for Anwar's '98-99 trials.

In recent days, yet another scandal has emerged: renowned blogger Raja Petra Kamaruddin revealed that one of the Federal Counsel team was having an affair with Saiful, Anwar's accuser and the main prosecution witness. She was swiftly removed from the line-up.

This new trial should be viewed as part of a wider, concerted attack launched against Anwar and political leaders close to him, which has gained considerable momentum over the last year. These include frequent blackening of his name in the mainstream media (almost exclusively owned or controlled by the ruling party), as well as determined efforts to bring about the collapse of the opposition-controlled state governments – especially Selangor, which is both the richest state and the flagship of Anwar's party – by means of both political and judicial manipulation.

During the last month, renewal of the publishing permit for the official organs of all three of the main opposition parties was either denied or delayed. The PAS newspaper, Harakah, has now had its permit renewed but with stifling distribution conditions attached.

The trial is scheduled to continue until the end of the month.

Issued by the INTERNATIONAL BUREAU of the PEOPLE'S JUSTICE PARTY (KEADILAN)

30 July 2010

Menteri Penipu, Kabinet Ditipu?

Posted: 29 Jul 2010 08:05 PM PDT

Dari Harakah Daily
Oleh Abdul Aziz Mustafa

Jika benar Tun Dr Ling Liong Sik menipu kerajaan Malaysia seperti tuduhan ke atasnya di Mahkamah Sesyen Putrajaya semalam, bagaimanakah mereka yang ditipu masih kekal dalam jemaah menteri hingga sekarang.

Ketika mempersoalkan perkara itu, Naib Presiden PAS, Datuk Mahfuz Omar berkata, jika benar penipuan itu berlaku, mereka yang ditipu sehingga dua kali dalam tempoh tidak sampai dua bulan hilang kelayakan sebagai anggota jemaah menteri termasuk Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak dan timbalannya, Tan Sri Muhyiddin Yassin.

Ling yang juga bekas Menteri Pengangkutan menghadapi tuduhan menipu kerajaan sekitar 25 September 2002 dan 6 November 2002 dengan memperdayakan jemaah menteri untuk memberikan persetujuan pembelian tanah di Pulau Indah untuk projek Mega Distribution Hub di Pelabuhan Klang.

Perdana Menteri, timbalannya dan sebahagian anggota kabinet kini adalah anggota kabinet pada masa penipuan itu didakwa berlaku.

“Persoalannya ialah bagaimana sebahagian yang kena tipu masih kekal dalam jemaah menteri hingga sekarang dan menjawat jawatan yang lebih besar iaitu Perdana Menteri dan Timbalan Perdana Menteri dan ramai lagi anggota jemaah menteri pada 2002 yang turut kena tipu masih kekal dalam kabinet kerajaan Umno Barisan Nasional (BN),” kata Ahli Parlimen Pokok Sena itu.

Jika tuduhan ke atas Ling benar, Mahfuz menyifatkan perkara itu sangat memalukan kerana perkara itu menunjukkan dalam kabinet kerajaan BN ada penipu dan ada yang kena tipu sehingga mengakibatkan kerugian yang sangat besar kepada negara dan rakyat.

“Yang menipu sudah tentu jahat dan bijak. Yang kena tipu pula sudah tentu lemah dan bangang.

"Yang tipu tak beramanah sementara yang kena tipu pun sama tak beramanah dan pak angguk dalam mesyuarat jemaah menteri.

“Apalah malang rakyat Malaysia diperintah oleh kerajaan Umno BN yang anggota jemaah menterinya orang yang bodoh bangang dan mudah ditipu sebanyak dua kali dalam tempoh tak sampai dua bulan,” kata Mahfuz.

Malaysia, katanya, tidak akan maju jika jemaah menteri dari kalangan penipu dan menteri yang mudah ditipu terus berkuasa.

Sambil menyatakan BN boleh dibaca sebagai “Bohong Negara,” Mahfuz menyeru rakyat supaya “menyelamatkan Malaysia daripada penipu negara”.

Seorang lagi Naib Presiden PAS, Salahuddin Ayub berharap semua anggota kabinet yang didakwa telah ditipu oleh Liong Sik turut sama dipertanggungjawabkan atas apa yang berlaku itu.

Menurut Ahli Parlimen Kubang Kerian itu, anggota kabinet bukan anggota pasukan bola sepak amatur.

Jika pasukan bola sepak amatur ditipu, katanya, ia masih boleh dimaafkan.

Tetapi, kata Salahuddin, anggota kabinet memegang jawatan berprofil tinggi yang memberikan kesan amat besar kepada kepentingan dan harta negara.

“Apabila mereka ditipu sehingga dua kali dalam tempoh tidak sampai dua bulan, ia merupakan condict unbecoming kerana mereka sebenarnya melakukan act of negligence yang didefinisikan sebagai the failure to use ordinary care.

“Sebab itulah kesemua anggota kabinet yang didakwa telah ditipu itu mesti bertanggungjawab dan dipertanggungjawabkan kerana kerugian yang telah ditanggung oleh negara berhubung perkara itu ternyata amat besar,” katanya.

Beliau juga tidak mahu menolak spekulasi yang mendakwa tuduhan terhadap Ling itu sebenarnya adalah sindiran pentadbiran Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak terhadap Tun Dr Mahathir Mohamad.

Dr Mahathir Perdana Menteri ketika penipuan itu didakwa berlaku.

“Beberapa pihak telah mula mendakwa dan membuat spekulasi bahawa apa yang berlaku itu sebenarnya ialah ‘dakwa Ling, sindir Mahathir’.

“Susah juga untuk terus menolak spekulasi itu,” katanya.

Pakatan Rakyat Bidas Tindakan Terbaru Kerajaan Bayar RM372 Juta Untuk Projek PKFZ

Posted: 29 Jul 2010 08:00 PM PDT

Dari TV Selangor

Pemimpin-pemimpin Pakatan Rakyat hari ini menyelar tindakan kerajaan meluluskan satu lagi pembayaran berjumlah RM372 juta bersabit projek Zon Bebas Pelabuhan Kelang , (PKFZ) yang setakat ini menelan belanja lebih RM6billion wang rakyat tanpa pulangan nyata.

Kementerian Pengangkuatan mengarahkan Lembaga Pelabuahan Kelang supaya meluluskan pembayaran RM222.58 juta kepada kepada syarikat tujuan khas Free Zone Capital Bhd dan RM150 juta kepada Special Port Vehicle sebelum Ahad ini. .

Pembayaran itu dikatakan adalah untuk pemegang bon yang diterbitkan oleh kontraktor utama PKFZ Kuala Dimensi Sdn Bhd KDSB.

Sejak projek itu dilancarkan, kerajaan menerusi Kementerian Pengangkutan telah meluluskan pelbagai pembayaran kepada KDSB selain memberi surat sokongan untuk syarikat itu mendapatkan pinjaman bank dan menerbitkan bon.

Kementerian Pengangkutan secara trdisi di terajui oleh pimpinan MCA yang dituduh bersekongkol dengan Umno untuk membuat pembayaran-pembayaran lumayan kepada KDSB.

Pembayaran terbaru lebih RM222 juta diluluskan kepada FZCB atas keperluan membayar kepada pemegang bon projek itu, namun alasan itu ditolak sebagai tidak logik dan rapuh oleh pemimpin-pemimpin Pakatan Rakyat.

Mereka menegaskan LPK dan kerajaan harus menunggu keputusan mahkamah berhubung kes tuntutan-tuntutan mencurigakan yang dibuat oleh KDSB sebelum meluluskan sebaran bayaran lanjut.

"Tidak ada keperluan langsung untuk kerajaan ataupun LPK membayar apa-apa kepada pemegang bon. Sebarang bayaran harus di buat oleh KDSB sendiri," kata Tony Pua, seorang pakar ekonomi dan Ahli Parlimen PJ Utara dari DAP.

"Dengan meluluskan pembayaran ini, kerajaan secara langsung menyelamatkan kroni-kroni disebalik skandal PKFZ,” tegas beliau.

Ahli Parlimen Kuala Selangor Dr Dzulkifli Ahmad berkata Menteri Pengangkutan sekali lagi cuai menggunakan kuasa untuk mengarahkan LPK membayar RM372 juta kepada syarikat milik KDSB.

"Semua pembayaran seharusnya telah dibekukan sehingga hasil siasatan terhadap skandal itu diketahui oleh umum,” tegas beliau.

Dr Dzulkifli bersetuju bahawa LPK tidak perlu membuat sebarang bayaran kepada KDSB sehingga pertikaian di mahkamah selesai.

Bekas Menteri Penangkuatan Ong Tee Keat membayangkan rasa terkejut dengan keputusan kerajaan untuk membuat satu lagi pembayaran lumayah kepada syarikat milik kepentingan KDSB.

"Kerajaan seharusnya bertanya kepada LPK kenapa ia menangguhkan pembayaran,' dan bukan berkeras meluluskan pembayaran itu," Tee Keat dipetik berkata oleh portal Malaysian Insider.

Nazir Lebih Tahu Mengapa FDI Penting Untuk Najib.

Posted: 29 Jul 2010 02:26 AM PDT

Oleh YB Dr.Dzulkefly Ahmad, MP Kuala Selangor

Saya ditanya oleh pihak media mengapalah FDI begitu penting sangat untuk Malaysia dalam situasi kini, sejurus selepas penglibatan saya dalam Forum Ekonomi Negeri Selangor sempena Majlis Dialog Bejt 2011. Saya cuba rumuskan di sini jawapan tersebut untuk pengetahuan umum.

Benar, mengikut Laporan Pelaburan Dunia (WIR, 2009), yang diterbitkan baru baru ini oleh Perdagangan dan Pelaburan Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu (UNCTAD) telah mengesahkan bahawa pelaburan asing langsung (FDI) Malaysia merosot 81 peratus kepada US$1.38 bilion (RM4.43 bilion) pada 2009 daripada US$7.32 bilion (RM23.47 bilion) pada 2008.

Meskipun negara-negara ASEAN juga mengalami penurunan kemasukan FDI, ternyata tidaklah separah Malaysia. Thailand mendapat pelaburan sebanyak US$4.44 atau RM14.24 bilion sementara Indonesia sebanyak US$2.60 billion atau RM8.32 billion sekaligus meletakkan Malasyia, antara negara tercorot sebagai negara pilihan pelaburan pelabur asing langsung bersama dengan Cambodia, Brunei dan Timor-Leste. Vietnam juga mendahului kita sekarang ini.Keadaan menjadi lebih buruk lagi tatkala diperhatikan bahawa bukan sahaja kemasukan FDI menjunam, pengaliran keluar dana tempatan adalah juga yang terbesar berbanding semua negara ASEAN sebanyak RM25.77 bilion.

Apakah makna semua ini? Mengapa FDI faktor penting dalam ekonomi negara?

Jawapannya mudah. Ketika negara tidak mampu lagi melakukan perbelanjaan besar (G-factor, termasuk mengepam ekonomi atau pump-priming)) kerana telah terbeban dengan hutang awam (kerajaan) sehingga ke paras 52.6% dari KDNK (RM362bilion), maka pertumbuhan negara mesti dipacu oleh pelaburan pihak swasta.

Pihak pelaburan swasta ada dua komponen. Satu pelaburan tempatan dan kedua pihak luar. Kini apa yang kita tahu ialah bukan sahaja dari luar kurang masuk (FDI) dari dalam pun banyak yang keluar. Antara lain ini bermaksud, keyakinan terhadap negara sebagai destinasi pelaburan yang baik, belum pulih.

Apabila ini berlaku ia membawa dua kesan besar. Satu, kesan pada pertumbuhan. Kerana kekurangan dana untuk memacu kegiatan ekonomi dan pelaburan dalam pelbagai bidang khsususnya pembuatan dan perkhidmatan, maka pertumbuhan 6% yang disasar tidak akan dapat dipacu. Keadaan akan menjadu lebih buruk apabila permintaan global dan serantau merosot kerana akan menjejaskan faktor Ekspot dalam KDNK.

Lebih parah lagi kalau sentimen pengguna juga turut terjejas. Terkini laporan MIER (Malaysian Institute of Economic Reserach) turut menunjukkan bahawa indeks sentimen pengguna merosot. Faktor Penggunaan (Consumption) akan turut memberi kesan negatif terhadap pertumbuhan. Penarikan subsidi terkini bahkan pengenalan GST nanti, tentunya akan memburukkan faktor Perbelanjaan khususnya ketika tercetusnya inflasi.

Apabila sasaran 6% pertumbuhan gagal dicapai, ini meninggalkan kesan lansung secara negatif kepada usaha untuk menjana pendapatan per kapita yang tinggi seperti yang diharapkan PM. Situasi ini jelas adalah tidak selesa sama-sekali untuk Najib bahkan ini mencemaskan dan berpotensi menyebabkan kesemua 'target-makro' dalam RMK-10 tersasar.

Oleh kerana Malaysia adalah sebuah model ekonomi terbuka yang kecil (KDNK sebanyak ~RM700 bilion) serta bergantung kepada kegiatan ekspot maka menghasilkan barangan ekspot yang bernilai-tambah tinggi adalah penting untuk mengekalkan dayasaing negara.

Lain kiranya kalau kita mampu memacu pertumbuhan secara permintaan dan dana domestik seperti negara negara Scandinavia yang punya ekonomi kecil seperti Denmark, Norway atau Sweden yang mampu memacu pertumbuhan ekonomi dengan permintaan domestik.

Untuk memenuhi matlamat pertumbuhan negara, dana untuk pelaburan adalah cukup kritikal. Dana itu datang dari luar(FDI) atau dari pelabur tempatan. Kedua-dua ini mengikut laporan UNCTAD ini jelas merosot.

Itulah sebabnya pimpinan Najib dan BN mesti melihat apakah faktor-faktor yang menyebabkan situasi ini berlaku ataukah kita akan kekal dalam penafian seperti yang ditanggapi umum oleh kenyataan adik Najib, DS Nazir Razak, boss atau CEO CIMB itu, sebuah Investment Bank yang terulung di negara ini yang banyak mendapat habuan besar dari kegiatan kewangan korporat seperti M&A, IPO, terbitan Bon dan Sukuk dsbnya.

Sementara saya memahami apa yang beliau maksudkan dengan 'quality investment' dan 'timing'nya, namun komentarnya itu tidak dapat menyangkal bahawa Malaysia, sebagai destinasi pelaburan, sudah tidak lagi berada dalam 'radar utama pelabur' asing dan juga tempatan.

Ada dua bentuk pelaburan asing; satu FDI dan kedua pelaburan 'Portfolio' dalam Bursa Malaysia. Kedua-dua penting. Yang lebih penting ialah FDI melalui Syarikat Multi-Nasional (MNCs) kerana ianya bersifat jangka-jauh dan terkadangkali membawa perpindahan teknologi disamping menjana pekerjaan.

Namun portfolio atau 'hot-money' juga penting dalam Pasaran Saham. Ia berperanan mengagihkan dana untuk syarikat-syarikat tersenarai (PLCs) untuk membuat pengembangan bisnes dan juga R&D&C dengan suntikan dana yang dilabur oleh pengurus-pengurus dana. Malangnya aliran masuk dana ke dalam Pasaran Saham juga muram dan akhirnya pelabur institusi tempatan juga yang melabur seperti KWSP, Tabung Haji, KWAP, LTAT dsbnya.

Tidak dapat dielakkan komentar Nazir semacam mahu membela abangnya. Ia agak tampak tak kena atau misplaced, dengan izin.

Anwar Dikagumi Tegas Pertahan Prinsip – Nik Aziz

Posted: 29 Jul 2010 12:36 AM PDT

Dari Harakah
Oleh M Faqih

Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat menyifatkan Datuk Seri Anwar Ibrahim seorang yang tegas mempertahankan prinsip perjuangan.

Katanya, ketegasan itu sama seperti pernah ditunjukkan Nabi Muhammad saw semasa berhadapan dengan pelbagai fitnah pembesar Quraisy.

"Kerana ketegasan mempertahankan kebenaran perjuanganlah maka Nabi saw sanggup meninggalkan Kota Mekah menuju ke Madinah. Baginda tidak pernah bertolak ansur dengan pelbagai tawaran pembesar Quraisy.

"Anwar seorang yang mendokong prinsip ketegasan di atas kebenaran yang diperjuangkan selama ini," katanya dalam satu kenyataan di sini.

Ketua Pembangkang tersebut dalam satu wawancara dengan sebuah akhbar hari ini menyebut kerjasama Umno dan PAS tidak akan menjadi realiti meski pun tanpa kehadiran Menteri Besar Kelantan.

Anwar dipetik sebagai berkata, Umno merasakan sekiranya mereka boleh tawan Nik Aziz, mereka boleh tawan PAS.

Mursyidul Am itu merakam ucapan tahniah sepenuh hati kepada Anwar di atas ketegasan beliau dalam perjuangan.

Menurutnya ketegasan itu merupakan sifat istiqomah yang ada pada pemimpin memperjuangkan kebenaran dan hak hakiki.

"Istiqomah bukanlah suatu nilai kedegilan, tetapi suatu kebenaran yang dituntut oleh agama.

“Prinsip mempertahankan kebenaran secara istiqomah sudah pasti akan menyemarakkan lagi perjuangan Pakatan Rakyat bagi menghadapi pilihan raya umum akan datang," ujarnya.

anjung setiawangsa

anjung setiawangsa


Ceramah Perdana – ” Merakyatkan Ekonomi Selangor”

Posted: 30 Jul 2010 01:19 AM PDT

Tarikh: 01hb Ogos 2010 (Ahad)

Masa: 08.30 – 1200 malam

Tempat: Dewan MPS Taman Ehsan

Jalan E3/2, Kepong, Selangor Darul Ehsan

Penceramah –


1) YB Dato' Seri Anwar Ibrahim


2) YB R. Sivarasa


3) YB Elizabeth Wong


4) YB Teo Nie Cheng


5) YBhg Dr Badrul Amin


6) YB Hassan Ali


7) YB Saifuddin Nasution

Sebulan gaji RM425,000, masih nak bebankan rakyat isu Air

Posted: 29 Jul 2010 09:00 PM PDT

Pengarah Penerangan Kerajaan Negeri Selangor, Dr Badrulamin Bahron berkata masalah yang bakal didepani rakyat negeri itu bukan krisis kekurangan air, tetapi kenaikan kadar air disebabkan kerajaan Umno-Barisan Nasional enggan menyerahkan pengurusan industri air kepada kerajaan negeri tetapi sebaliknya meneruskan agenda penswastaan air yang diberikan kepada syarikat milik kroni.

Kata beliau tindakan kerajaan pusat yang sengaja melambatkan penyelesaian penstrukturan semula syarikat pengurusan air di Selangor menyebabkan usaha kerajaan negeri menyediakan perkhidmatan bekalan air terbaik kepada rakyat terhalang.

Sehubungan itu Dr Badrulamin membidas Menteri Tenaga, Teknologi Hijau dan Air supaya berhenti mengelirukan rakyat dengan menimbulkan kemungkinan krisis air di Selangor menjelang 2014.

"Dakwaan Selangor menghadapi krisis bekalan air bertujuan memberi alasan untuk menaikkan kadar air. Hujah Datuk Seri Peter Chin mengulas Menteri Besar Selangor adalah kenyataan yang tidak bertanggungjawab.

"Pandangan Menteri tersebut jelas sekadar bertujuan untuk mengalihkan tumpuan terhadap isu pengambilalihan pengurusan industri air di Selangor, bukannya melihat pada pokok pangkal masalah sebenar yang berpunca daripada kerajaan Umno-BN," jelas beliau dalam satu kenyataan.

Menurut beliau lagi, sekiranya kerajaan Umno-BN terus menghalang penstrukturan semula industri air di Selangor, pihaknya yakin kadar air akan meningkat disebabkan oleh pembinaan Projek Penyaluran Air Mentah Pahang-Selangor dengan kos RM8 bilion, sementara kerajaan negeri mampu melaksanakan projek tersebut pada kos RM2 bilion sahaja.

Kedua, pihak pengurusan Syarikat Bekalan Air Selangor Sdn Bhd (Syabas) yang tidak telus, antaranya gaji tahunan Pengerusi Eksekutif Syabas mencecah RM5.1 juta setahun atau RM425,000 sebulan.Ketiga, kegagalan pihak Puncak Niaga Bhd menaiktaraf loji rawatan air yang sudah uzur dan tidak mampu untuk merawat air dan kadar pembaziran air yang berterusan akibat air tanpa hasil (NRW) yang tinggi.

Tambah Dr Badrulamin, dasar penswastaan industri air itu juga hanya menguntungkan kroni pimpinan politik Umno-BN.

Air, tanah, sumber mineral merupakan milikan negeri Selangor, maka adalah menjadi tanggungjawab kerajaan negeri untuk menjaga hak rakyat Selangor kata beliau.

"Antara usaha kerajaan negeri untuk menghalang Syabas yang bertindak sebagai alat kerajaan pusat bagi merampas hak rakyat Selangor ialah mencadangkan pengambilalihan industri air di Selangor, serta memberikan air percuma bagi setiap penggunaan 20 meter padu.

"Rakyat lebih berkeyakinan di bawah kepimpinan Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim, kerajaan negeri mampu mengurus pentadbiran industri air dengan jauh lebih telus dan berkesan," jelas beliau.

* KUASA RAKYAT KUASA KERAMAT *

DAKWA LING LIONG SIK: HARAP INI BUKAN PERTUNJUKAN - AMK

Posted: 29 Jul 2010 08:46 PM PDT

Ketua Angkatan Muda KEADILAN Pusat, Shamsul Iskandar Mohd Akin berkata langkah Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak mengambil cuti segera sehingga 10 Ogos depan adalah bagi mengelak daripada menjawab perlbagai persoalan yang bakal timbul daripada pertuduhan menipu terhadap bekas Presiden MCA, Tun Dr Ling Liong Sik.

Shamsul berkata walaupun pada prinsipnya beliau mengalu-alukan tindakan terhadap bekas Menteri Pengangkutan itu namun berharap ia bukan satu "pertunjukan" semata-mata seperti di dalam kes rasuah membabitkan mendiang Tan Sri Eric Chia di mana akhirnya mahkamah membebaskan beliau.

Liong Sik, 67, hari ini didakwa di Mahkamah Sesyen Putrajaya atas tuduhan menipu Kerajaan Malaysia antara 25 September 2002 dan 6 November 2002 dengan memperdaya Jemaah Menteri berhubung pembelian tanah untuk projek "Mega Distribution Hub" di Pelabuhan Klang.

"Saya yakin, ramai lagi pimpinan Umno-Barisan Nasional yang terlibat di dalam skandal ini dan mendesak supaya mereka juga turut di tuduh.

"AMK mendesak supaya kerajaan menghentikan segera pembayaran pampasan kepada Kuala Dimensi Sdn Bhd dan bayaran pampasan yang lainnya sekira ada sementara menunggu keputusan kes ini.

"AMK juga mendesak supaya Tun Dr Mahathir turut disiasat segera berdasarkan apa yang didedahkan sebagai penyelewengan sebanyak RM100 bilion seperti didedahkan oleh Barry Wain di dalam buku Malaysian Maverick: Mahathir Mohamad in Turbulent Times," kata Shamsul dalam komen beliau yang diemel kepada Suara Keadilan.

Shamsul menegaskan rakyat berasa kecewa dengan sikap Najib yang lari meninggalkan negara di dalam keadaan di mana petualang yang menggelapkan wang rakyat didakwa.

Liong Sik juga didakwa dengan curang menyembunyikan fakta berhubung penilaian Jabatan Penilaian dan Perkhidmatan Harta, Kementerian Kewangan ke atas tanah seluas 43,538,200 kaki persegi yang dicadangkannya.Beliau didakwa atas satu pertuduhan utama mengikut Seksyen 418 Kanun Keseksaan dan satu pertuduhan pilihan mengikut Seksyen 417 kanun yang sama.

Seksyen 418 Kanun Keseksaan yang membawa hukuman penjara sehingga tujuh tahun atau denda atau kedua-duanya sekali jika sabit kesalahan.

Manakala pertuduhan alternatif mengikut Seksyen 417, Kanun Keseksaan, yang membawa hukuman lebih ringan iaitu penjara sehingga lima tahun atau denda atau kedua-duanya sekali.

Beliau bagaimanapun mengaku tidak bersalah dan membayar ikat jamin RM1 juta dengan seorang penjamin.


LING SIONG MENIPU ? : ALAHAI 1MALAYSIA KENA TIPU

Posted: 29 Jul 2010 08:41 PM PDT

Kerajaan Malaysia termasuk Perdana Menteri dan jemaah menterinya kena tipu! Itu tuduhan yang didakwa dilakukan oleh Bekas Menteri Pengangkutan Ling Liong Sik. 

Semalam media melaporkan bahawa bekas menteri pengangkutan, Tun Dr Ling Liong Sik hari ini didakwa di Mahkamah Sesyen Putrajaya atas tuduhan menipu kerajaan Malaysia dengan memperdaya Jemaah Menteri berhubung pembelian tanah untuk projek "Mega Distribution Hub" di Pelabuhan Klang.

Isu ini menunjukkan bahawa :-

i) Perdana Menteri dan sekelian jemaah menterinya tidak cerdik sehingga boleh ditipu oleh seorang Menteri Kabinetnya sendiri. Ini merupakan sesuatu yang serius kerana negara
kita mempunyai jemaah menteri yang TIDAK CERDIK dan LEMBAP. Jadi sekelian menteri-menteri yang masih menjadi menteri dan wakil rakyat WAJIB MELETAKKAN JAWATANuntuk mengelakkan mereka ini ditipu lagi. Alangkah malunya kita mempunyai menteri yang begitu sifatnya.

2) Menteri yang menipu dan yang kena tipu datang dari parti yang sama dan mereka semuanya pemimpin utama parti-parti komponen BN. Jadi ini menunjukkan BN penuh dengan pemimpin kaki penipu dan orang yang lembap ditipu hidup-hidup.

3) Kalau pemimpin kena tipu maka semua rakyat yang memilih mereka juga kena tipu kerana mereka mengundi pemimpin tersebut semasa pilihanraya sedangkan pemimpin itu lembap dan ditipu dengan mudah.

4) Kalau kerajaan sebuah negara seperti Malaysia boleh ditipu oleh seorang menteri alangkah bahayanya negara kita kerana sudah tentu kerajaan kita boleh ditipu oleh pemimpin-pemimpin negara luar yang cerdik dan pandai.

SELANGOR KEKAL KEPUTUSAN TIDAK BENARKAN SYABAS NAIKKAN TARIF AIR

Posted: 29 Jul 2010 08:34 PM PDT

KENYATAAN AKHBAR
29 JULAI 2010
SELANGOR KEKAL KEPUTUSAN TIDAK BENARKAN SYABAS
NAIKKAN TARIF AIR

SHAH ALAM: Kerajaan Negeri Selangor tidak menghalang mana-mana pihak termasuk Syarikat bekalan Air Selangor Sdn Bhd (Syabas) untuk mendapat pengadilan dan pembelaan di mahkamah.

Bagaimanapun, Kerajaan Negeri hairan apabila tiba-tiba isu membawa kes ke mahkamah ditimbulkan oleh Syabas. Ia seolah-olah mahu memberi tekanan kepada pihak Kerajaan
Selangor agar menerima skim penyelesaian yang dicadangkan Kerajaan Persekutuan.

Kerajaan Negeri menegaskan di sini bahawa dalam isu air, dalam apa jua keadaan tidak akan bersetuju dengan kenaikan tarif air yang dikenakan kepada pelanggan dan bersedia mempertahankan pendirian ini.

Malah, Kerajaan Negeri juga yakin mempunyai asas yang kukuh untuk membawa Syabas ke mahkamah kerana melanggar syarat perjanjian konsesi termasuk cuba menaikkan tarif air tanpa mendapat kelulusan Kerajaan Negeri terlebih dahulu.

Kerajaan Selangor telah lama bersedia tetapi menangguhkan tindakan ini kerana tidak mahu memberi sebarang prasangka terhadap perbincangan yang sedang dijalankan antara Kerajaan Selangor, Kerajaan Persekutuan dan agensi-agensi terlibat serta syarikat konsesi termasuk Syabas.

Kerajaan Selangor menegaskan sekali lagi bahawa dasar kita jelas, keprihatinan dan kepedulian terhadap kepentingan rakyat Selangor adalah asas utama dalam setiap keputusan dan isu air tidak terkecuali.

FAEKAH HUSIN
SETIAUSAHA POLITIK KEPADA MENTERI BESAR SELANGOR

SELANGOR KEKAL KEPUTUSAN TIDAK BENARKAN SYABAS NAIKKAN TARIF AIR

Posted: 29 Jul 2010 08:29 PM PDT

KENYATAAN AKHBAR
29 JULAI 2010
SELANGOR KEKAL KEPUTUSAN TIDAK BENARKAN SYABAS
NAIKKAN TARIF AIR

SHAH ALAM: Kerajaan Negeri Selangor tidak menghalang mana-mana pihak termasuk Syarikat bekalan Air Selangor Sdn Bhd (Syabas) untuk mendapat pengadilan dan pembelaan di mahkamah.

Bagaimanapun, Kerajaan Negeri hairan apabila tiba-tiba isu membawa kes ke mahkamah ditimbulkan oleh Syabas. Ia seolah-olah mahu memberi tekanan kepada pihak Kerajaan
Selangor agar menerima skim penyelesaian yang dicadangkan Kerajaan Persekutuan.

Kerajaan Negeri menegaskan di sini bahawa dalam isu air, dalam apa jua keadaan tidak akan bersetuju dengan kenaikan tarif air yang dikenakan kepada pelanggan dan bersedia mempertahankan pendirian ini.

Malah, Kerajaan Negeri juga yakin mempunyai asas yang kukuh untuk membawa Syabas ke mahkamah kerana melanggar syarat perjanjian konsesi termasuk cuba menaikkan tarif air tanpa mendapat kelulusan Kerajaan Negeri terlebih dahulu.

Kerajaan Selangor telah lama bersedia tetapi menangguhkan tindakan ini kerana tidak mahu memberi sebarang prasangka terhadap perbincangan yang sedang dijalankan antara Kerajaan Selangor, Kerajaan Persekutuan dan agensi-agensi terlibat serta syarikat konsesi termasuk Syabas.

Kerajaan Selangor menegaskan sekali lagi bahawa dasar kita jelas, keprihatinan dan kepedulian terhadap kepentingan rakyat Selangor adalah asas utama dalam setiap keputusan dan isu air tidak terkecuali.

FAEKAH HUSIN
SETIAUSAHA POLITIK KEPADA MENTERI BESAR SELANGOR

Nasib Seorang Pejuang Rakyat - Anwar Ibrahim !!

Posted: 28 Jul 2010 09:39 PM PDT

Kalau ditanya apakah sukar bagi saya?
 Ya sukar. Apakah saya ada pilihan? 
Tidak.. saya tidak mempunyai pilihan.
 Saya tahu risikonya. 
Tidak ada manusia yang mahu dimalukan hari-hari. 
Malah tiada manusia yang umurnya sudah melebihi 6o tahun 
mahu disumbat ke penjara. -ANWAR IBRAHIM

Umno-BN Bawa Orang Melayu Kembali Ke Zaman Jahiliyah

Posted: 28 Jul 2010 09:32 PM PDT

Ahli Parlimen Indera Mahkota, Azan Ismail menganggap idea yang dibawa oleh Ketua Menteri Melaka dan Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat untuk mengatasi masalah sosial sebagai dangkal dan bodoh.

Azan berkata pemimpin Umno-Barisan Nasional tidak lagi mampu mencetuskan idea baru dalam dunia era digital yang serba canggih dan moden tetapi sebaliknya mencerna pemikiran yang membawa rakyat khusunya orang Melayu ke zaman kegelapan jahiliyah. 

Beliau merujuk kepada cadangan Datuk Seri Ali Rustam agar diwujudkan sekolah perempuan mengandung bagi mengatasi masalah buang bayi.

"Ini menunjukkan kebodohan politik pemimpin Umno yang menggalakkan lagi perbuatan keji ini. Kalau dulu orang kutuk perbuatan seperti mengandung anak luar nikah akibat perbuatan seks rambang, Ketua Menteri Melaka pula seperti memberikan galakan.

"Umat Islam negara ini seharusnya menolak Ali yang dilihat memberikan kenyataan yang menjijikkan," ujarnya.

Begitu juga idea yang memalukan oleh Senator Datuk Seri Shahrizat Abdul Jalil supaya suntikan pangkal rahim diberikan kepada remaja perempuan bagi mengelakkan barah rahim akibat mengadakan seks rambang.

"Ini membuktikan pendekatan yang digunakan pemimpin Umno-BN jauh menyimpang dari landasan, tidak kena cara dan polisinya.

"Perbuatan yang sepatutnya dicegah, tidak dicegah tetapi diberikan ubat untuk mengelakkan penyakit daripada perlakuan sumbang itu."Mereka menggunakan pendekatan kufur seperti di zaman kegelapan Jahiliyah," kata Azan sambil menyifatkan tindakan Umno-BN yang merasuah orang Melayu sama seperti zaman jahiliyah.

Tambah Azan, aApa dikesalkan adalah ulama Umno seperti Tan Sri Harussani Zakaria tidak pula bersuara malahan menyokong perkara yang menganjurkan orang Melayu kembali ke zaman jahiliyah.

Beliau turut mencabar kerajaan Umno-BN khususnya Shahrizat supaya mengeluarkan maklumat dan statistik tentang berapa ramai remaja perempuan yang membuang bayi di klinik swasta akibat perbuatan seks rambang dan luar nikah. -SK

The Spirit of Lubok Kawah/Semangat Lubok Kawah

The Spirit of Lubok Kawah/Semangat Lubok Kawah


Lubang Dalam Ujud Sebelum KSSB

Posted: 30 Jul 2010 01:27 AM PDT

Cuti - Jumaat hingga Ahad

Posted: 28 Jul 2010 11:44 PM PDT

Esuk, Jumaat, saya dan hampir semua ahli keluarga saya, termasuk adik, anak-anak buah, kakak ipar dan keluarga abang Hashim akan bercuti ke Cameron Highlands. Kami akan menyewa beberapa bilik apartment untuk keluarga yang besar itu.
Maka, selama beberapa hari ini, semua program politik akan ditinggalkan dulu, namun, dari Cameron Highlands, ada beberapa arahan politik masih dapat diteruskan melalui Sdr Hafez Harun, SUK PKR Zon Tengah, Sdr Man Kadir SUK Biro Felda PKR Pahang dan Sdr Ramli Lugan, SUK Biro Orang Asal PKR Pahang.
Beberapa program Orang Asal sudah pun ditetapkan oleh Sdr Ramli Lugan untuk PKR Kawasan Raub dan Temerloh.
Saya sudah bertanyakan kepada Abang Ali Wahid, samada program itu boleh dijalankan kerana program itu jatuh pada bulan Ramadhan, 2 hari berturut-turut. Dan Abang Ali, Ketua PKR Cabang Raub bersetuju dengan tarikh yang diberikan oleh Ramli Lugan.
Program di Kg Paya Sendayan perlu ditangguhkan kerana saya masih berada di Cameron Highlands pada waktu itu.
Manakala program di kawasan Rompin (Felda) belum ditetapkan tarikh samada 2hb atau 3hb atau 4hb Ogos 2010. Ceramah di Felda Jelai Negeri Sembilan adalah pada 9hb Ogos 2010.
Buletin Warga Felda yang diterbitkan oleh Biro Felda selenggaraan Biro Felda Negeri Sembilan sudah pun siap penerbitannya untuk Julai 2010 dan mana-mana anggota khususnya yang tinggal di Rancangan Felda boleh mendapatkannya melalui Sdr Rebin Birham no. hp 0193572986.
Saya bercuti dari Jumaat hingga Ahad, dan Insya Allah, akan bertugas semula mulai pada Isnin, 2hb Ogos 2010.

Angkatan Muda Keadilan Gelang Patah, Johor Darulta'zim

Angkatan Muda Keadilan Gelang Patah, Johor Darulta'zim


KES LIWAT II : RAKYAT SEMAKIN MERAGUI "SUMPAH" SAIFOOL

Posted: 29 Jul 2010 01:17 PM PDT

"The History Will Repeat By Itself".

Kita imbau kembali sejarah kes liwat 1 pada tahun 1998 dulu, sudah pasti kita akan masih teringat seorang yang bernama Azizan Abu Bakar dan juga kita masih terkenang kisah usung mengusung tilam masuk keluar mahkamah dan naik turun lori diangkut oleh polis Malaysia dan juga kita sudah pasti masih terkenang akan kisah usung mengusung tilam keluar masuk mahkamah Syariah apabila kes beliau sendiri di kendalikan di Melaka setelah beliau ditangkap bersama teman wanita beliau yang akhirnya menjadi isteri beliau.

Kisah beliau sudah pasti masih segar dalam ingatan kita dan sejarah itu kini kembali didalam kisah liwat II pula dimana kes Saiful yang mengadu diliwat dan masih dibicarakan didalam mahkamah sekarang ini , timbul pula satu kisah di mana salah seorang yang terlibat didalam perbicaraan tersebut diceritakan telah mengadakan hubungan intim dengan beliau saperti diceritankan oleh RPK didalam blog beliau, entah benar atau tidak dan keputusan Peguam Negara menggugur pegawai berkenaan daripada pasukan pendakwa memberikan satu persepsi bahawa RPK berkata benar dan sahlah apa yang berlaku tersebut.

Kisah perbicaraan liwat II yang penuh dengan tekateki dan pertikaian ini masih lagi didalam penangguhan sehingga 2 Ogos ini dan mempunyai seribu satu persoalan seperti yang disebut oleh DSAI .

Kisah bertemu dengan PM sebelum dakwaan liwat berlaku dan kisah menyimpan bukti selama dua hari sehingga tidak 'berak' dan tidak mandi wajib saperti dimaklumkan didalam mahkamah sudah pasti akan melakarkan sejarah baru dalam kes mahkamah didalam negara 1 Malaysia ini.

Pembongkaran hubungan beliau dengan DPP yang ditulis didalam Malaysia Today yang dikatakan oleh Timbalan Menteri MITI yang hanya benar 40 % itu kini menjadi satu persoalan yang berlegar didalam Pejabat AG sehingga terpaksa digugurkan nama beliau demi hendak menjaga persepsi awam terhadap integriti Pejabat AG. Konon inilah cara terbaik untuk menjaga kreadibiliti Pejabat AG negara 1 Malaysia ini dimata dunia setelah teruk dibelasah oleh rakyat terutama selepas pemecatan Tun Salleh Abbas dizaman Dr M menjadi PM.

Rakyat sebenarnya masih kabur dan keliru apakah persoalan integriti dan kredibiliti Pejabat AG sebelum ini yang mengenepikan laporan perubatan dari Pusrawi dan Hospital Besar KL yang mengesahkan tiada 'penetrasi' itu masih lagi relevan untuk meneruskan kes. Rakyat juga bertanya dan inginkan jawapan seandainya tidak ada penetrasi bagaimanakah pula kesan DNA yang diperoleh dari semen yang terpaksa disimpan selama 2hari daripada dikeluarkan atau dicuci oleh sikena liwat tersebut.

Persoalan ini sudah tentu menjadikan soal persepsi integriti dan kreadibiliti menjadi tajuk utama bukan hanya dengan menggugurkan salah seorang DPP daripada pasukan pendakwa , maka sudah selesai dan boleh cuci tangan. Amat malang dan sedih sekiranya itu saja jalan penyelesaian yang difikirkan oleh penjawat di Pejabat AG tersebut. Apakah siasatan terperinci dan laporan polis dan pemeriksaan kesihatan akan dilakukan terhadap dakwaan RPK ini hasil tulisan didalam Blog beliau?. Rakyat juga ini tahu apakah tulisan ini terkandung didalam 40 % yang betul atau hanya berada didalam kategori 60 % yang tidak benar saperti yang diperakukan oleh Timbalan Menteri MITI tersebut.

Sebenarnya dunia makin celaru dan 1Malaysia makin keliru, mana satu yang boleh dijadikan panduan dan ikutan kerana setiap yang timbul, selalunya dinafikan tetapi tindakan yang dibuat seolah-olah menyesahkan. Kalaulah begini yang terjadi, sudah pasti sampai kiamat pun segala persepsi akan menjadi realiti.

Satu persoalan yang menerpa didalam benak pemikiran ana apakah selepas ini akan ada satu lagi siaran langsung untuk upacara sumpah didalam mana-mana masjid yang akan menafikan tulisan RPK ini dan kemungkinan besar akan disaksikan oleh para ulamak yang menjadi ahli parti 1 Malaysia pula.

DS ANWAR IBRAHIM DI BATU PAHAT

Posted: 29 Jul 2010 04:11 AM PDT

Iltizam dan kesungguhan DS Anwar Ibrahim untuk menawan Johor pada PRU-13 nanti jelas bukan sekadar omongan kosong. Beliau yang hampir setiap bulan mengadakan program di Johor telah memperlihatkan betapa seriusnya usaha beliau untuk menjadikan Johor negeri yang akan diperintah oleh Pakatan Rakyat. Ternyata kehadiran beliau telah menggusarkan beberapa pemimpin Umno/BN dan mereka memberi tekanan kepada pihak tertentu sebagai usaha menghalang program tersebut dari terus diadakan.
Jika sebelum ini program di Markas PAS Tmn Saujana, Plentong memperlihatkan provokasi "melampau" beberapa pemuda umno berhampiran tapak ceramah serta halangan pihak polis ke atas konvoi DS Anwar Ibrahim yang dalam perjalanan dari Taman Dahlia ke Taman Saujana, kali ini di Batu Pahat diberitakan bahawa tekanan yang bakal diberikan lagi hebat yang bakal melibatkan beberapa institusi kerajaan telah digunakan bagi menghalang kelancaran program tersebut.
Percayalah, walau apapun kekangan termasuk provokasi "bangsat" dari tentera upahan Umno/BN, kami Angkatan Muda Keadilan Johor tidak sekali berundur walau setapak. Kami bersedia "bertemu"dengan tentera2 upahan Umno. Kami tidak pernah mengganggu program kamu, tetapi jika kamu menjual kami sedia membeli.

Berikut adalah jadual program DS Anwar Ibrahim di Batu Pahat:-

MAJLIS MAKAN MALAM

Tarikh : 31hb Julai 2010 (Sabtu)
Masa: 7.30 – 10.30 malam
Tempat: Restoran The Grand Sea View, Jalan Tanjung Laboh, Batu Pahat.


CERAMAH PERDANA

Tarikh : 31hb Julai 2010 (Sabtu)
Masa: 9.00malam – 12tgh malam
Tempat: Markas PAS Sungai Tongkang, Rengit.