Jumaat, 30 Julai 2010

anjung setiawangsa

anjung setiawangsa


Ceramah Perdana – ” Merakyatkan Ekonomi Selangor”

Posted: 30 Jul 2010 01:19 AM PDT

Tarikh: 01hb Ogos 2010 (Ahad)

Masa: 08.30 – 1200 malam

Tempat: Dewan MPS Taman Ehsan

Jalan E3/2, Kepong, Selangor Darul Ehsan

Penceramah –


1) YB Dato' Seri Anwar Ibrahim


2) YB R. Sivarasa


3) YB Elizabeth Wong


4) YB Teo Nie Cheng


5) YBhg Dr Badrul Amin


6) YB Hassan Ali


7) YB Saifuddin Nasution

Sebulan gaji RM425,000, masih nak bebankan rakyat isu Air

Posted: 29 Jul 2010 09:00 PM PDT

Pengarah Penerangan Kerajaan Negeri Selangor, Dr Badrulamin Bahron berkata masalah yang bakal didepani rakyat negeri itu bukan krisis kekurangan air, tetapi kenaikan kadar air disebabkan kerajaan Umno-Barisan Nasional enggan menyerahkan pengurusan industri air kepada kerajaan negeri tetapi sebaliknya meneruskan agenda penswastaan air yang diberikan kepada syarikat milik kroni.

Kata beliau tindakan kerajaan pusat yang sengaja melambatkan penyelesaian penstrukturan semula syarikat pengurusan air di Selangor menyebabkan usaha kerajaan negeri menyediakan perkhidmatan bekalan air terbaik kepada rakyat terhalang.

Sehubungan itu Dr Badrulamin membidas Menteri Tenaga, Teknologi Hijau dan Air supaya berhenti mengelirukan rakyat dengan menimbulkan kemungkinan krisis air di Selangor menjelang 2014.

"Dakwaan Selangor menghadapi krisis bekalan air bertujuan memberi alasan untuk menaikkan kadar air. Hujah Datuk Seri Peter Chin mengulas Menteri Besar Selangor adalah kenyataan yang tidak bertanggungjawab.

"Pandangan Menteri tersebut jelas sekadar bertujuan untuk mengalihkan tumpuan terhadap isu pengambilalihan pengurusan industri air di Selangor, bukannya melihat pada pokok pangkal masalah sebenar yang berpunca daripada kerajaan Umno-BN," jelas beliau dalam satu kenyataan.

Menurut beliau lagi, sekiranya kerajaan Umno-BN terus menghalang penstrukturan semula industri air di Selangor, pihaknya yakin kadar air akan meningkat disebabkan oleh pembinaan Projek Penyaluran Air Mentah Pahang-Selangor dengan kos RM8 bilion, sementara kerajaan negeri mampu melaksanakan projek tersebut pada kos RM2 bilion sahaja.

Kedua, pihak pengurusan Syarikat Bekalan Air Selangor Sdn Bhd (Syabas) yang tidak telus, antaranya gaji tahunan Pengerusi Eksekutif Syabas mencecah RM5.1 juta setahun atau RM425,000 sebulan.Ketiga, kegagalan pihak Puncak Niaga Bhd menaiktaraf loji rawatan air yang sudah uzur dan tidak mampu untuk merawat air dan kadar pembaziran air yang berterusan akibat air tanpa hasil (NRW) yang tinggi.

Tambah Dr Badrulamin, dasar penswastaan industri air itu juga hanya menguntungkan kroni pimpinan politik Umno-BN.

Air, tanah, sumber mineral merupakan milikan negeri Selangor, maka adalah menjadi tanggungjawab kerajaan negeri untuk menjaga hak rakyat Selangor kata beliau.

"Antara usaha kerajaan negeri untuk menghalang Syabas yang bertindak sebagai alat kerajaan pusat bagi merampas hak rakyat Selangor ialah mencadangkan pengambilalihan industri air di Selangor, serta memberikan air percuma bagi setiap penggunaan 20 meter padu.

"Rakyat lebih berkeyakinan di bawah kepimpinan Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim, kerajaan negeri mampu mengurus pentadbiran industri air dengan jauh lebih telus dan berkesan," jelas beliau.

* KUASA RAKYAT KUASA KERAMAT *

DAKWA LING LIONG SIK: HARAP INI BUKAN PERTUNJUKAN - AMK

Posted: 29 Jul 2010 08:46 PM PDT

Ketua Angkatan Muda KEADILAN Pusat, Shamsul Iskandar Mohd Akin berkata langkah Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak mengambil cuti segera sehingga 10 Ogos depan adalah bagi mengelak daripada menjawab perlbagai persoalan yang bakal timbul daripada pertuduhan menipu terhadap bekas Presiden MCA, Tun Dr Ling Liong Sik.

Shamsul berkata walaupun pada prinsipnya beliau mengalu-alukan tindakan terhadap bekas Menteri Pengangkutan itu namun berharap ia bukan satu "pertunjukan" semata-mata seperti di dalam kes rasuah membabitkan mendiang Tan Sri Eric Chia di mana akhirnya mahkamah membebaskan beliau.

Liong Sik, 67, hari ini didakwa di Mahkamah Sesyen Putrajaya atas tuduhan menipu Kerajaan Malaysia antara 25 September 2002 dan 6 November 2002 dengan memperdaya Jemaah Menteri berhubung pembelian tanah untuk projek "Mega Distribution Hub" di Pelabuhan Klang.

"Saya yakin, ramai lagi pimpinan Umno-Barisan Nasional yang terlibat di dalam skandal ini dan mendesak supaya mereka juga turut di tuduh.

"AMK mendesak supaya kerajaan menghentikan segera pembayaran pampasan kepada Kuala Dimensi Sdn Bhd dan bayaran pampasan yang lainnya sekira ada sementara menunggu keputusan kes ini.

"AMK juga mendesak supaya Tun Dr Mahathir turut disiasat segera berdasarkan apa yang didedahkan sebagai penyelewengan sebanyak RM100 bilion seperti didedahkan oleh Barry Wain di dalam buku Malaysian Maverick: Mahathir Mohamad in Turbulent Times," kata Shamsul dalam komen beliau yang diemel kepada Suara Keadilan.

Shamsul menegaskan rakyat berasa kecewa dengan sikap Najib yang lari meninggalkan negara di dalam keadaan di mana petualang yang menggelapkan wang rakyat didakwa.

Liong Sik juga didakwa dengan curang menyembunyikan fakta berhubung penilaian Jabatan Penilaian dan Perkhidmatan Harta, Kementerian Kewangan ke atas tanah seluas 43,538,200 kaki persegi yang dicadangkannya.Beliau didakwa atas satu pertuduhan utama mengikut Seksyen 418 Kanun Keseksaan dan satu pertuduhan pilihan mengikut Seksyen 417 kanun yang sama.

Seksyen 418 Kanun Keseksaan yang membawa hukuman penjara sehingga tujuh tahun atau denda atau kedua-duanya sekali jika sabit kesalahan.

Manakala pertuduhan alternatif mengikut Seksyen 417, Kanun Keseksaan, yang membawa hukuman lebih ringan iaitu penjara sehingga lima tahun atau denda atau kedua-duanya sekali.

Beliau bagaimanapun mengaku tidak bersalah dan membayar ikat jamin RM1 juta dengan seorang penjamin.


LING SIONG MENIPU ? : ALAHAI 1MALAYSIA KENA TIPU

Posted: 29 Jul 2010 08:41 PM PDT

Kerajaan Malaysia termasuk Perdana Menteri dan jemaah menterinya kena tipu! Itu tuduhan yang didakwa dilakukan oleh Bekas Menteri Pengangkutan Ling Liong Sik. 

Semalam media melaporkan bahawa bekas menteri pengangkutan, Tun Dr Ling Liong Sik hari ini didakwa di Mahkamah Sesyen Putrajaya atas tuduhan menipu kerajaan Malaysia dengan memperdaya Jemaah Menteri berhubung pembelian tanah untuk projek "Mega Distribution Hub" di Pelabuhan Klang.

Isu ini menunjukkan bahawa :-

i) Perdana Menteri dan sekelian jemaah menterinya tidak cerdik sehingga boleh ditipu oleh seorang Menteri Kabinetnya sendiri. Ini merupakan sesuatu yang serius kerana negara
kita mempunyai jemaah menteri yang TIDAK CERDIK dan LEMBAP. Jadi sekelian menteri-menteri yang masih menjadi menteri dan wakil rakyat WAJIB MELETAKKAN JAWATANuntuk mengelakkan mereka ini ditipu lagi. Alangkah malunya kita mempunyai menteri yang begitu sifatnya.

2) Menteri yang menipu dan yang kena tipu datang dari parti yang sama dan mereka semuanya pemimpin utama parti-parti komponen BN. Jadi ini menunjukkan BN penuh dengan pemimpin kaki penipu dan orang yang lembap ditipu hidup-hidup.

3) Kalau pemimpin kena tipu maka semua rakyat yang memilih mereka juga kena tipu kerana mereka mengundi pemimpin tersebut semasa pilihanraya sedangkan pemimpin itu lembap dan ditipu dengan mudah.

4) Kalau kerajaan sebuah negara seperti Malaysia boleh ditipu oleh seorang menteri alangkah bahayanya negara kita kerana sudah tentu kerajaan kita boleh ditipu oleh pemimpin-pemimpin negara luar yang cerdik dan pandai.

SELANGOR KEKAL KEPUTUSAN TIDAK BENARKAN SYABAS NAIKKAN TARIF AIR

Posted: 29 Jul 2010 08:34 PM PDT

KENYATAAN AKHBAR
29 JULAI 2010
SELANGOR KEKAL KEPUTUSAN TIDAK BENARKAN SYABAS
NAIKKAN TARIF AIR

SHAH ALAM: Kerajaan Negeri Selangor tidak menghalang mana-mana pihak termasuk Syarikat bekalan Air Selangor Sdn Bhd (Syabas) untuk mendapat pengadilan dan pembelaan di mahkamah.

Bagaimanapun, Kerajaan Negeri hairan apabila tiba-tiba isu membawa kes ke mahkamah ditimbulkan oleh Syabas. Ia seolah-olah mahu memberi tekanan kepada pihak Kerajaan
Selangor agar menerima skim penyelesaian yang dicadangkan Kerajaan Persekutuan.

Kerajaan Negeri menegaskan di sini bahawa dalam isu air, dalam apa jua keadaan tidak akan bersetuju dengan kenaikan tarif air yang dikenakan kepada pelanggan dan bersedia mempertahankan pendirian ini.

Malah, Kerajaan Negeri juga yakin mempunyai asas yang kukuh untuk membawa Syabas ke mahkamah kerana melanggar syarat perjanjian konsesi termasuk cuba menaikkan tarif air tanpa mendapat kelulusan Kerajaan Negeri terlebih dahulu.

Kerajaan Selangor telah lama bersedia tetapi menangguhkan tindakan ini kerana tidak mahu memberi sebarang prasangka terhadap perbincangan yang sedang dijalankan antara Kerajaan Selangor, Kerajaan Persekutuan dan agensi-agensi terlibat serta syarikat konsesi termasuk Syabas.

Kerajaan Selangor menegaskan sekali lagi bahawa dasar kita jelas, keprihatinan dan kepedulian terhadap kepentingan rakyat Selangor adalah asas utama dalam setiap keputusan dan isu air tidak terkecuali.

FAEKAH HUSIN
SETIAUSAHA POLITIK KEPADA MENTERI BESAR SELANGOR

SELANGOR KEKAL KEPUTUSAN TIDAK BENARKAN SYABAS NAIKKAN TARIF AIR

Posted: 29 Jul 2010 08:29 PM PDT

KENYATAAN AKHBAR
29 JULAI 2010
SELANGOR KEKAL KEPUTUSAN TIDAK BENARKAN SYABAS
NAIKKAN TARIF AIR

SHAH ALAM: Kerajaan Negeri Selangor tidak menghalang mana-mana pihak termasuk Syarikat bekalan Air Selangor Sdn Bhd (Syabas) untuk mendapat pengadilan dan pembelaan di mahkamah.

Bagaimanapun, Kerajaan Negeri hairan apabila tiba-tiba isu membawa kes ke mahkamah ditimbulkan oleh Syabas. Ia seolah-olah mahu memberi tekanan kepada pihak Kerajaan
Selangor agar menerima skim penyelesaian yang dicadangkan Kerajaan Persekutuan.

Kerajaan Negeri menegaskan di sini bahawa dalam isu air, dalam apa jua keadaan tidak akan bersetuju dengan kenaikan tarif air yang dikenakan kepada pelanggan dan bersedia mempertahankan pendirian ini.

Malah, Kerajaan Negeri juga yakin mempunyai asas yang kukuh untuk membawa Syabas ke mahkamah kerana melanggar syarat perjanjian konsesi termasuk cuba menaikkan tarif air tanpa mendapat kelulusan Kerajaan Negeri terlebih dahulu.

Kerajaan Selangor telah lama bersedia tetapi menangguhkan tindakan ini kerana tidak mahu memberi sebarang prasangka terhadap perbincangan yang sedang dijalankan antara Kerajaan Selangor, Kerajaan Persekutuan dan agensi-agensi terlibat serta syarikat konsesi termasuk Syabas.

Kerajaan Selangor menegaskan sekali lagi bahawa dasar kita jelas, keprihatinan dan kepedulian terhadap kepentingan rakyat Selangor adalah asas utama dalam setiap keputusan dan isu air tidak terkecuali.

FAEKAH HUSIN
SETIAUSAHA POLITIK KEPADA MENTERI BESAR SELANGOR

Nasib Seorang Pejuang Rakyat - Anwar Ibrahim !!

Posted: 28 Jul 2010 09:39 PM PDT

Kalau ditanya apakah sukar bagi saya?
 Ya sukar. Apakah saya ada pilihan? 
Tidak.. saya tidak mempunyai pilihan.
 Saya tahu risikonya. 
Tidak ada manusia yang mahu dimalukan hari-hari. 
Malah tiada manusia yang umurnya sudah melebihi 6o tahun 
mahu disumbat ke penjara. -ANWAR IBRAHIM

Umno-BN Bawa Orang Melayu Kembali Ke Zaman Jahiliyah

Posted: 28 Jul 2010 09:32 PM PDT

Ahli Parlimen Indera Mahkota, Azan Ismail menganggap idea yang dibawa oleh Ketua Menteri Melaka dan Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat untuk mengatasi masalah sosial sebagai dangkal dan bodoh.

Azan berkata pemimpin Umno-Barisan Nasional tidak lagi mampu mencetuskan idea baru dalam dunia era digital yang serba canggih dan moden tetapi sebaliknya mencerna pemikiran yang membawa rakyat khusunya orang Melayu ke zaman kegelapan jahiliyah. 

Beliau merujuk kepada cadangan Datuk Seri Ali Rustam agar diwujudkan sekolah perempuan mengandung bagi mengatasi masalah buang bayi.

"Ini menunjukkan kebodohan politik pemimpin Umno yang menggalakkan lagi perbuatan keji ini. Kalau dulu orang kutuk perbuatan seperti mengandung anak luar nikah akibat perbuatan seks rambang, Ketua Menteri Melaka pula seperti memberikan galakan.

"Umat Islam negara ini seharusnya menolak Ali yang dilihat memberikan kenyataan yang menjijikkan," ujarnya.

Begitu juga idea yang memalukan oleh Senator Datuk Seri Shahrizat Abdul Jalil supaya suntikan pangkal rahim diberikan kepada remaja perempuan bagi mengelakkan barah rahim akibat mengadakan seks rambang.

"Ini membuktikan pendekatan yang digunakan pemimpin Umno-BN jauh menyimpang dari landasan, tidak kena cara dan polisinya.

"Perbuatan yang sepatutnya dicegah, tidak dicegah tetapi diberikan ubat untuk mengelakkan penyakit daripada perlakuan sumbang itu."Mereka menggunakan pendekatan kufur seperti di zaman kegelapan Jahiliyah," kata Azan sambil menyifatkan tindakan Umno-BN yang merasuah orang Melayu sama seperti zaman jahiliyah.

Tambah Azan, aApa dikesalkan adalah ulama Umno seperti Tan Sri Harussani Zakaria tidak pula bersuara malahan menyokong perkara yang menganjurkan orang Melayu kembali ke zaman jahiliyah.

Beliau turut mencabar kerajaan Umno-BN khususnya Shahrizat supaya mengeluarkan maklumat dan statistik tentang berapa ramai remaja perempuan yang membuang bayi di klinik swasta akibat perbuatan seks rambang dan luar nikah. -SK

Tiada ulasan: