Isnin, 21 Jun 2010

PARTI KEADILAN RAKYAT Cabang Bera, Pahang DM

PARTI KEADILAN RAKYAT Cabang Bera, Pahang DM


TIMBALAN EXCO NEGERI: PAHANG PATUT IKUT KELANTAN & TERENGGANU

Posted: 21 Jun 2010 12:54 AM PDT

Tindakan Kerajaan Negeri Kelantan pimpinan PAS-Pakatan Rakyat semalam 20 Jun 2010 mengumumkan perlantikan 13 jawatan Timbalan Pengerusi Ahli Majlis Mesyuarat Kelantan (Timbalan EXCO Kelantan) bertujuan untuk membantu serta memperhalusi system pentadbiran di negeri tersebut adalah merupakan suatu langkah yang harus di puji dan diikuti di kebanyakan negeri termasuk di negeri-negeri Pakatan Rakyat yang lain.

Didalam hal ini, Negeri Kelantan adalah negeri kedua di Pantai Timur selepas Terengganu yang telah melaksanakan sistem mempunyai Timbalan EXCO negeri. Kerajaan Terengganu sudah melaksanakan perlantikan jawatan Timbalan EXCO sejak dua penggal lalu dan terus diamalkan sehingga kini.

Jawatan Timbalan EXCO ini bukan hanya sekadar berjawatan untuk membantu tugas-tugas EXCO yang semakin terbeban dengan kerja malahan ianya juga dapat mendekatkan lagi pimpinan utama negeri dengan rakyat di negeri tersebut.

Sebagaimana menurut Menteri Besar TG Dato Nik Aziz Nik Mat , tindakan ini juga akan melancarkan dan memudahkan lagi perkara yang bersangkut paut dengan kebajikan rakyat nanti.

Untuk makluman juga, kesemua jawatan Timbalan EXCO ini akan dibayar gaji dan mengangkat sumpah dihadapan Menteri Besar Kelantan serta perlu menandatangani surat lantikan ke jawatan tersebut sebagaimana amalan biasa sesuatu lantikan.

Justeru itu juga, Parti Keadilan Rakyat (KEADILAN) Cabang Bera menggesa agar Kerajaan Negeri Pahang dibawah pimpinan UMNO-Barisan Nasional akan mengambil langkah yang sama untuk meringankan tugas-tugas EXCO yang sedia ada dengan mewujudkan jawatan Timbalan EXCO sebagaimana yang telah dilakukan oleh Negeri Terengganu dan yang terbaru oleh Negeri Kelantan.

KEADILAN Cabang Bera melihat sekiranya faktor kekangan kewangan yang hendak di jadikan asas oleh kerajaan Pahang untuk mengelak di adakan jawatan Timbalan EXCO tersebut sebagai penyebab utamanya, bagaimana pula dengan kemampuan Kelantan untuk mewujudkan jawatan ini walhal selama ini kerajaan BN selalu merendah-rendahkan kemampuan Kelantan yang dikatakan gagal untuk memacu ekonomi dan mencari sumber kewangan yang banyak?

Sudah tiba masanya Kerajaan Pahang pimpinan UMNO-BN mengikuti jejak langkah yang dibuat oleh dua negeri jiran Pantai Timurnya (Kelantan dan Terengganu) agar mewujudkan segera jawatan Timbalan EXCO apatah lagi Pahang adalah merupakan negeri yang terbesar di Semenanjung Malaysia sudah tentu amat memerlukannya bagi melicinkan perjalanan kerja EXCO-EXCO terbabit demi kepentingan pentadbiran kerajaan negeri serta kebajikan rakyat di negeri Pahang ini juga.



* Oleh: RIZAN HJ ALI
(Setiausaha KEADILAN Cabang Bera)

TIAN CHUA: SAYA TETAP KE DEWAN RAKYAT SEBAGAI AHLI PARLIMEN BATU

Posted: 21 Jun 2010 12:50 AM PDT

KUALA LUMPUR 21 JUN 2010:

Pengarah Strategi dan Politik KEADILAN, Tian Chua menyatakan bahawa beliau akan hadir ke Dewan Rakyat hari ini sebagai Ahli Parlimen yang sah bagi mewakili pengundi kawasan Batu selepas teka-teki mengenai spekulasi kedudukannya hangat diperkatakan oleh media dan pemerhati politik.

"Tidak ada kekeliruan, tidak ada masalah dan ini adalah pentas di mana saya berdiri untuk mengesahkan bahawa esok (hari ini), saya akan tetap hadir ke Dewan Rakyat sebagai Ahli Parlimen yang sah," kata Tian Chua.

Beliau menyatakan demikian kepada kira-kira seribu orang hadirin dalam sebuah majlis makan malam bagi mengumpul dana gerak kerja parti anjuran KEADILAN Selangor dan Wilayah Persekutuan dengan tema "Pertahankan Parlimen Batu, Selamatkan Malaysia" di Pusat Konvensyen HGH di Sentul, malam tadi.

Tian menjelaskan keputusan Mahkamah Tinggi hari Khamis lalu, secara jelas mengisytiharkan bahawa kerusi Parlimen Batu tidak akan dikosongkan.

Keputusan hakim Datuk Ghazali Cha menyatakan sebarang keputusan tidak harus membebankan rakyat sehingga perlu diadakan semula pilihan raya kecil yang akan mengakibatkan pembaziran wang negara.

Hukuman asal dijatuhkan ke atas Tian Chua adalah enam bulan penjara dan denda RM3,000, namun hakim mengetepikan keputusan tersebut dengan menurunkan hukuman kepada denda sebanyak RM2,000.

Tafsiran hakim terhadap denda RM2,000 tersebut tidak akan menyebabkan beliau hilang kelayakan sebagai Ahli Parlimen.

Dalam pada itu, Tian Chua sempat mengulas rentetan dan pengalaman kerjanya yang pertama kali menjadi Ahli Parlimen bagi kawasan tersebut.

Beliau menyatakan kawasan Parlimen Batu sebagai istimewa kerana mempunyai banyak tempat bersejarah terutamanya kawasan-kawasan perumahan dan petempatan awal semenjak pembukaan Kuala Lumpur.

"Antaranya Sentul, yang merupakan kampung keretapi yang signifikan dengan masyarakat India, Jinjang yang merupakan petempatan yang paling awal bagi kampung baru Cina di Kuala Lumpur, Kampung Padang Balang yang sinonim bagi masyarakat Melayu bahkan Ibu Pejabat PAS sendiri di Taman Melewar turut termasuk di dalam Parlimen Batu," katanya.



* Sumber http://Suara-Keadilan.com

MB PAHANG DIDAKWA DALANG PROJEK PERUMAHAN TERGENDALA

Posted: 21 Jun 2010 12:46 AM PDT

KUALA LUMPUR 21 JUN 2010:

Kerajaan Umno-Barisan Nasional sekali lagi mengabaikan kepentingan rakyat dengan tidak mempedulikan masalah yang dihadapi 150 pembeli rumah pangsa di Karak, Pahang yang sehingga kini tidak dapat menduduki kediaman impian mereka meskipun rumah tersebut siap dibina pada 2006.

Permasalahan yang dihadapi pembeli Pangsapuri Anggerik itu telahpun dibawa ke peringkat kerajaan negeri dan pelbagai agensi kerajaan serta pihak berwajib tetapi malangnya rintihan mereka tidak pernah dipedulikan dan mendapat perhatian daripada mana-mana pihak.

Perkara ini didedahkan Ahli Parlimen Indera Mahkota, Azan Ismail pada sidang media di lobi Parlimen tengahari tadi bersama Timbalan Pengerusi Perhubungan KEADILAN Pahang, Ram Ponusamy bersama beberapa wakil pembeli rumah tersebut.

Azan berkata, masalah berkenaan bercanggah dengan pengumuman yang dibuat Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan pada penggal Parlimen lalu.

"Mereka menjadi mangsa penganiayaan sehingga habis ikhtiar dan usaha dilakukan bagi mencari penyelesaian atas isu pembelian rumah yang satu masa dahulu telah diumumkan oleh Timbalan Menteri Perumahan Kerajaan Tempatan bahawa satu-satunya negeri yang mempunyai dasar mengenai pemilikan rumah adalah negeri Pahang sebagaimana yang dinyatakan kepada saya pada sesi Parlimen yang lepas.

"Seperti mana aduan penduduk, mereka telah membayar sejumlah wang selama tiga tahun dan telah dipaksa membuat pembayaran untuk pemilikan rumah masing-masing tetapi apa yang mereka dapat sekarang, rumah yang telah dibayar itu tidak dapat diduduki malah menjadi mimpi buruk kepada mereka kerana justifikasi rumah tersebut yang tidak selamat.

"Sehubungan itu, mereka juga telah cuba menghubungi aduan rakyat dan sebagainya serta beberapa laporan polis telah dibuat, juga beberapa siri perjumpaan dengan pihak berkuasa sama ada kerajaan negeri, pihak kementerian malah surat aduan telah disampaikan kepada kementerian kewangan dan sebagainya sehingga mereka hilang ikhtiar dan bertindak datang ke Parlimen untuk mengadu berkenaan perkara ini," katanya.

Sehubungan itu, Azan menggesa kerajaan untuk mengambil serius permasalahan ini dengan tindakan sewajarnya.

Tambah, beliau isu berkenaan turut akan dibangkitkan dalam Dewan Rakyat.

"Ini merupakan insiden pertama yang dibawa ke Dewan Rakyat dan ini bukan satu perkara yang baik malah mungkin banyak lagi perkara seumpama ini berlaku. Saya harap secara baik kita (Pakatan Rakyat) akan berjaya menyelesaikan masalah ini," ujar beliau lagi.

Sementara itu, Ram menegaskan KEADILAN Pahang sedang membantu dan berusaha untuk menyelesaikan masalah penduduk terbabit.

"Kita akan buat satu tindakan tegas untuk membawa isu ini ke Parlimen kerana sampai sekarang tiada satu tindakan pun yang dibuat dan lebih teruk lagi, rumah tersebut memang tak boleh diduduki.

"Saya juga tahu Menteri Besar Pahang ada terlibat dengan projek ini sebab bangunan ini didirikan atas tanah kerajaan sebab itulah tidak ada apa-apa tindakan dibuat walaupun aduan telah diajukan kepada Barisan Nasional.

"Dan setakat ini tak ada jawapan dan tidak balas daripada Adnan," katanya.

Dalam pada itu, wakil penduduk terbabit yang hadir dalam sidang media itu, Krishnan Maruthaya menyuarakan rintihannya berkenaan apa yang telah dialami beliau bersama lain-lain pembeli.

"Projek ini dimulakan pada 2002 di mana pembayaran deposit telah dibuat dan pada 2003 selepas selesai buat perjanjian, pihak berkaitan tunjuk pelan perumahan, kemudian pada 2006, kita tengok rumah yang dibina menyerupai sekolah dan hanya tiga tingkat sahaja sedangkan dalam perjanjian bangunan tersebut dinyatakan adalah bangunan empat tingkat.

"Kita telah buat aduan kepada Ahli Parlimen BN, ADUN malah aduan telah sampai ke pejabat Perdana Menteri namun tidak ada tindakan sampai kita jumpa Perdana Menteri di Pekan namun masih sama.

"Rumah tersebut juga tidak dapat CF (sijil layak memduduki) tetapi rumah itu juga tidak selamat untuk kita duduki dan sekarang rumah tersebut telahpun retak.

"Kita pun hairan ada pihak mana yang menjadi dalang di sebalik isu ini. Sampai sekarang masalah ini tak selesai. Sebab itu kita datang sini," jelas beliau lagi.



* Sumber http://Suara-Keadilan.com

KENAPA PERLU BANGUNAN PARLIMEN BARU?

Posted: 19 Jun 2010 04:00 PM PDT

Bangunan Parlimen Malaysia adalah tempat untuk ahli-ahli Dewan Rakyat bersidang, berbahas di samping menggubalkan undang-undang negara kita.

Saya tidak faham kenapa isu dan cadangan untuk memindahkan serta membina Bangunan Parlimen baru berterusan diberi perhatian?

Bermula dengan cadangan oleh Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Dato Seri Nazri Aziz agar bangunan baru untuk Parlimen dibina di Putrajaya dan didalam masa yang sama pula dibaik pulih untuk dijadikan sebagai galeri sejarah.

Isu ini terus diberi perhatian serius apabila Kementerian Kerjaraya melalui Menterinya Dato Shaziman Mansor turut mengulas akan cadangan pembinaan Bangunan Parlimen yang baru dan berhasrat untuk di kemukakan kepada Kabinet dalam tempoh dua bulan daripada sekarang tentang beberapa cadangan yang difikirkan sesuai.

Kita tidak faham, kenapa negara kita tidak boleh meniru langkah sebagaimana Negara lain yang begitu menyanjung tinggi Bangunan Parlimennya walaupun telah berusia melebih beratus tahun sebagaimana di United Kingdom, Amerika Syarikat, India, Jepun dan sebagainya.

Dinegara lain, bangunan Parlimen adalah tempat yang mulia untuk dipertahankan sesuai dengan nilai sejarah dan nostalgianya. Lihatlah di UK atau AS sebagai contohnya, bangunan Parlimen mereka sudah berusia begitu lama dan sentiasa di baik pulih serta di jaga dengan rapi.

Bagi kerajaan negara mereka, tiada yang lebih membanggakan selain daripada terus mengekalkan nilai sejarah ini. Menjadi ahli Dewan di kedua negara tersebut sudah pasti membanggakan mereka yang dipilih. Ini kerana nama mereka turut terpahat sama dikalangan mereka yang pernah suatu ketika dahulu yang turut berada di situ walaupun berlainan zaman tetapi tempatnya adalah sama!

Tetapi tidak di Malaysia kerana lebih mementingkan keselesaan kononnya. Hakikatnya untuk apa bangunan baru Parlimen perlu dibina? Sebagaimana menurut Shaziman lagi kos untuk membaik pulih hanyalah sekitar RM 150 Juta, manakala kos untuk membina yang baru mungkin mencecah melebihi RM 600 Juta?

Ada dua persoalan disini, pertamanya kenapa kos membaik pulih memerlukan RM 150 Juta? Bukankah 10 tahun dahulu, bangunan ini sudah di baik pulih serta di ubah suai? Dimana tanggung jawab pihak yang berwajib untuk menyelenggara bangunan ini secara berterusan pada setiap bulan?

Saya yakin sekiranya penyelenggaraan secara sistematik dan konsisten sebagaimana yang diamalkan kepada mana-mana bangunan, kos untuk membaik pulih keseluruhan bangunan ini pasti tidak akan mencecah sehingga RM 150 Juta!

Keduanya, kos pembinaan baru melebihi RM 600 Juta? Kalau kita sudah mengetahui kos pembinaan barunya sebegitu rupa tinggi, kenapa tidak didiamkan sahaja hasrat ini? Atau pun masih berkeras untuk membina bangunan baru demi kepentingan pihak-pihak tertentu didalam mendapatkan kontrak ini?

Justeru itu, bagi saya elok dibatalkan saja niat tersebut samada untuk memindahkan atau pun membina bangunan Parlimen yang baru di Putrajaya. Kita seharusnya mempertahankan bangunan yang sedia ada demi warisan dan nilai sejarah yang penuh dengan nostalgia didalam pembentukan awal negara kita yang merdeka ini dahulu.


* Sumber http://ingeniur.blogspot.com

Aminuddin Harun

Aminuddin Harun


Guru tiada masa untuk keluarga

Posted: 20 Jun 2010 08:55 PM PDT



Pada ketika penjawat awam lain sedang kelam-kabut menuju ke tempat mesin perakam waktu, guru-guru kita sudah sampai ke sekolah seawal jam 7 pagi lagi. Jika lewat, alamat sesi pembelajaran turut bermula lewat. Apabila setiap Sabtu pun perlu bekerja, apa pula nasib anak-anak dan suami atau isteri yang tidak sempat bersama untuk menghabiskan masa senggang.

Jangan lupa 26 Jun 2010 ini , 15,000 guru seluruh Negeri Sembilan akan diraikan pada hari SABTU JAM 8 MALAM. Kisahnya di Hari Guru, Rekod Bubur Lambuk MB N.Sembilan http://amkns.blogspot.com/2010/06/hari-guru-rekod-bubur-lambuk-mb.html

*************************
Harian Metro 21 Jun 2010

GOLONGAN guru ibarat dian yang membakar diri. Tanpa guru sudah pasti surat atau e-mel ini pun tidak dapat ditulis oleh saya. Ada pandangan sinis mengatakan guru sudah ada cuti sekolah yang panjang sebagaimana murid mereka setiap tahun sedangkan guru perlu bertugas sepanjang tahun bagi meningkatkan pencapaian sekolah dari semasa ke semasa menurut arahan pengetua atau guru besar.

Peranan guru bukan setakat memikirkan masalah murid yang puluhan orang di sekolah, malah ada yang termimpi-mimpi akan prestasi keputusan peperiksaan utama yang bakal keluar kelak.

Jika prestasi merudum, alamat kelas tambahan akan bertambah-tambah dan masa guru terutama guru wanita dengan anak-anak dan suami akan semakin berkurang pada tahun depan. Pengetua juga perlu memikirkan bagaimana mahu meningkatkan prestasi pelajar pada waktu belajar dari jam 7.40 pagi hingga 2 petang.

Pada ketika penjawat awam lain sedang kelam-kabut menuju ke tempat mesin perakam waktu, guru-guru kita sudah sampai ke sekolah seawal jam 7 pagi lagi. Jika lewat, alamat sesi pembelajaran turut bermula lewat. Apabila setiap Sabtu pun perlu bekerja, apa pula nasib anak-anak dan suami atau isteri yang tidak sempat bersama untuk menghabiskan masa senggang.

Perlu diingat, guru juga seorang ibu dan bapa, juga anak kepada ibu bapanya yang sudah tentu mempunyai tanggungjawab moral dan agama untuk dipenuhi. Namun, jika masa mereka habis di sekolah kelak akan jadi seperti pepatah, 'yang dikejar tidak dapat, yang dikendong berciciran.'

Maka perlu ada ruang untuk semua guru mendapat cuti setiap Sabtu dua kali sebulan dan setiap pengetua perlu memperkasakan pengajaran di waktu pejabat supaya kelas tambahan dan aktiviti kokurikulum tidak selalu diadakan setiap Sabtu.

Sewajarnya gelaran sekolah berprestasi tinggi (SBT) tidak menjadi faktor pendesak kepada pengetua dan guru besar untuk memperhebatkan usaha mencapai tahap itu. Ini akan menjadikan guru subjek teras untuk peperiksaan akan lebih tertekan untuk memperbanyakkan kelas dan latih tubi yang akhirnya menjadikan mereka sibuk 24 jam membuat kertas soalan dan modul lebih mesra pelajar. Jika sekolah mencapai tahap terbaik, apa faedahnya kepada guru yang hilang banyak masa dengan keluarga mereka.

Guru juga adalah manusia yang mempunyai had kesihatan tertentu. Jika keringat mereka diperah, takut mereka hilang minat untuk mengajar akibat keletihan fizikal dan minda. Kita sedia maklum ada sekolah aliran lain menetapkan masa bekerja guru mereka dari jam 7 pagi hingga 4 petang.

Jika Sabtu pun mereka terpaksa bekerja, bayangkan bila mereka dapat mendidik anak sendiri dengan lebih berkesan. Takut nanti kera di hutan kenyang disusukan, anak di rumah merintih merayu untuk mendapatkan perhatian.

Justeru, masanya sudah tiba untuk kita lebih empati dengan masalah guru yang bekerja demi kecemerlangan anak-anak murid mereka. Cabaran SBT perlu disahut oleh pengetua dan guru besar dengan lebih rasional. Memang wujud sekolah yang lemah dalam pencapaian, maka perlu sekolah itu dibantu secara menyeluruh oleh setiap Jabatan Pelajaran daerah dan jangan membiarkan rencana setiap pengetua dan guru besar memberi kesan domino negatif kepada guru-guru yang mempunyai keterbatasan minda dan fizikal.

Cuti memang penting sebagai masa guru melapangkan dada dan fikiran daripada memikirkan masalah di sekolah.

Inilah masa ibu bapa mengambil alih sekejap tugas seorang guru dengan mengajar anak-anak mana yang perlu. Jangan jadikan guru sebagai pengajar sepenuh masa hingga masa rehat mereka turut menjadi mangsa kita.

ABDUL RAZAK IDRIS
Banting

http://www.hmetro.com.my/myMetro/articles/e-melanda_Gurutiadamasauntukkeluarga/Article

.

.


KJ dalang katak melompat???

Posted: 20 Jun 2010 06:09 AM PDT

SHAH ALAM 20 Jun - Ketua Angkatan Muda KEADILAN Shamsul Iskandar Mohd Akin mendakwa keghairahan Ketua Pergerakan Pemuda Umno, Khairy Jamaluddin yang memberikan tempoh 48jam kepada Ketua Umum KEADILAN, Datuk Seri Anwar Ibrahim untuk mendedahkan bukti video RM2 juta untuk lompat parti menimbulkan kesangsian samada beliau turut terlibat dalam penawaran kepada bekas ahli parlimen KEADILAN.

"Kita yakin respons Khairy menunjukkan bahawa kemungkinan beliau terlibat dalam penawaran dalam usaha lompat parti sebelum ini.

"Apa yang menghairankan adalah kenapa beliau bertindak seperti 'lebih sudu daripada kuah', sedangkan tidak ada seorang pun ahli parlimen Umno-Barisan Nasional yang bersuara.

"Daripada 'track record' Ketua Pembangkang, Anwar tidak pernah berbohong contohnya dalam isu video VK Lingam yang sebelum ini didedahkan," kata Shamsul Iskandar kepada Suara Keadilan ketika dihubungi.
Katanya lagi, daripada 4 ahli parlimen KEADILAN yang melompat itu, tidak ada seorang pun yang menafikan perkara tersebut.

Malahan semasa Anwar mendedahkan tentang kereta dan rumah baru yang dibeli oleh ahli parlimen yang melompat parti dalam Dewan Rakyat baru-baru ini tidak ada seorang pun daripada mereka yang terbabit bangun membantah kenyataan beliau itu.

"Kesemua mereka sememangnya sudah dibeli dan kita ada video untuk membuktikannya.
"Khairy juga perlu memberikan jawapan sama ada apakah jaminan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia akan mengambil tindakan selepas kita melaporkannya? ," soal Shamsul Iskandar.

Tambahnya lagi, mengikut rekod sebelum ini, banyak pendedahan yang telah dibuat oleh Anwar dan satu pun tidak diambil tindakan oleh SPRM yang seolah-olah bersengkokol dengan pemimpin Umno-BN.

Pengarah Strategik KEADILAN Tian Chua pula berkata Anwar telah pun membuat pendedahan dan mempunyai bukti kukuh malahan ahli parlimen yang melompat seperti Ahli Parlimen Bayan Lepas, Datuk Seri Zahrain Hashim dan ahli parlimen lain yang turut melompat juga tidak membuat penafian.

"Seperti yang dikatakan Ketua Umum, kita akan dedahkan pada masa yang sesuai, tidak perlulah Khairy menjadi jurucakap bagi pihak mereka.

"Konsensus Bebas ini adakah mereka ini mempunyai maruah dan jika kita dedahkan sekarang, adakah mereka ini akan meletak jawatan?," soal Tian.

"Tidak ada maknanya kita sahut cabaran Ketua Pemuda Umno ini sedangkan sebelum ini apabila kita serahkan video berhubung VK Lingam, tidak ada tindakan pun yang diambil.

"SPRM sepatutnya menghubungi Anwar dan meminta beliau mengemukakan bukti tersebut dan jika benar tindakan terhadap mereka harus diambil dengan melucutkan jawatan mereka sebagai ahli parlimen," kata Tian Chua.

Dalam pada itu, Ahli Parlimen Batu itu turut berkata kerajaan Umno-BN sebenarnya tidak serius dalam menangani isu lompat parti yang berlaku sejak akhir-akhir ini.

Sebelum itu, Anwar yang juga Ketua Pembangkang membuat beberapa siri pendedahan berhubung ahli parlimen Bebas yang berpaling tadah menerima imbuhan sebanyak RM2 juta serta janji kontrak daripada agen Umno.

Isnin lepas, beliau sekali lagi membuat pendedahan tersebut di dalam parlimen semasa perbahasan ucapan pembentangan Rancangan Malaysia Ke-10.

The Spirit of Lubok Kawah/Semangat Lubok Kawah

The Spirit of Lubok Kawah/Semangat Lubok Kawah


CERAMAH KEADILAN DI LANCHANG, TEMERLOH

Posted: 20 Jun 2010 08:20 PM PDT

CERAMAH KEADILAN DI KG PADANG PERKASA, MEMPATEH, LANCHANG, PAHANG
TARIKH: 21HB JUN 2010 (ISNIN)
JAM: 9.00 MALAM
TEMPAT: DI RUMAH USTAZ MOKHTAR
KG PADANG PERKASA, MEMPATEH, LANCHANG, TEMERLOH
PENCERAMAH
DATO FAUZI ABD RAHMAN, PENGERUSI PARTI KEADILAN RAKYAT N.PAHANG
HASSANUDDIN SALIM, KETUA PENERANGAN PAS N.PAHANG
HAJI SUHAIMI SAID, PENGERUSI BIRO FELDA DAN ORANG ASAL KEADILAN PAHANG
AB KADIR BIN ABD MANAP, SUK BIRO FELDA KEADILAN PAHANG DAN TIMB. PENYELARAS KEADILAN DUN LANCHANG
DATANGLAH BERAMAI-RAMAI

Nakhaie, Jamil Khir, Shabry dan Puad diajak sertai PAS

Posted: 20 Jun 2010 06:27 PM PDT

Ajakan Nasaruddin Hassan Tantawi agar Ustaz Dato Nakhaie Ahmad, Datuk Jamil Khir Baharom, Datuk Ahmad Shabery Cheek dan Datuk Dr Puad Zarkasi untuk menyertai PAS wajar diberikan perhatian.
Nakhaie Ahmad adalah seorang yang penting didalam PAS sebelum keluar dari parti itu untuk menyertai UMNO. Puad Zarkashi adalah diantara beberapa orang tokoh yang keluar dari PAS bersama-sama dengan Nakhaie pada waktu itu dan penyertaan mereka kedalam UMNO diterima oleh Timbalan Presiden UMNO pada waktu itu, Tun Ghaffar Baba.
Datuk Shabery Cheek adalah jaguh parti pembangkang yang sama-sama mentadbirkan Parti Melayu Semangat 46 dibawah kelolaan Tengku Razaleigh Hamzah dan sebelum itu sentiasa berdamping dengan PAS.
Saya tidak pernah kenal atau berkenalan dengan Datuk Jamil Khir dan sukar memberikan sebarang ulasan.
Saya adalah diantara orang yang sangat rapat dengan Nakhaie Ahmad dan bekliau pernah berbincang dengan saya kenapa beliau mengambil tindakan untuk keluar PAS. Tetapi apabila penilaian dibuat kini, apa juga sebab dan musabab kenapa Nakhaie keluar PAS sudah tidak ujud lagi didalam PAS.
PAS kini adalah sebuah parti yang memperjuangkan Islam diatas landasan yang sangat solid, dia bukan lagi parti yang pernah dilabelkan sebagai "parti maki hamun", "parti mengkafirkan sesama Islam" dan parti konserbatif yang orthodox.
PAS adalah sebuah parti yang sangat terbuka berlandaskan Quran dan Hadis dan mengambil pendekatan politik yang sederhana, menolak kefahaman sempit perkauman dan memberi ruang kepada rakyat Malaysia yang berbilang kaum.
Didalam suasana seumpama ini, Nakhaie, Puad, Jamil dan Shabery boleh kembali kepada Parti itu dan memainkan peranan yang luas.
Saya fikir pemimpin-pemimpin itu boleh kembali kepada PAS melainkan mereka kini sudah memikirkan bahawa kepentingan peribadi sudah mengatasi kepentingan perjuangan.
Al-maklum, sejak berada didalam UMNO dan berjaya pula mendapat kedudukan yang agak istimewa dan berstatus kewangan yang baik, boleh mengubah pemikiran manusia daripada apa yang dianutinya terdahulu.
Bagaimanapun, ajakan dari Ketua Pemuda PAS itu adalah kerja dakwah yang terpuji.

Ahad, 20 Jun 2010

Zulkifli Noordin

Zulkifli Noordin


DR. ASRI JOIN UMNO?

Posted: 20 Jun 2010 08:52 AM PDT

Salam 2 all.

Saya agak terkejut membaca lapuran MalaysiaKini hari ini mengenai kemungkinan sahabat saya Dr. Mohd. Asri Zainul Abidin akan menyertai UMNo Jumaat depan bersama dengan beberapa ulama' muda yang lain. Kebetulan minggu lepas Dr. Asri hadir sebagai tetamu di pembukaan Mu'tamar Agong PAS di Kota Bharu.

Saya telah menghubungi Dr. Asri dan berbincang dengan beliau. Beliau menegaskan belum membuat keputusan mengenai soal menyertai mana-mana parti politik buat masa ini. Dan bagi yang berminat dengan kebenaran, sila layari lamanweb beliau www.drmaza.

Saya telah mengulangi pendirian saya kepada sahabat saya Dr. Asri supaya beliau tidak menyertai mana-mana parti politik, samada UMNO ke atau PAS? Saya sarankan kepada beliau supaya terus dengan status ulama' bebas yang tidak terikat dengan politik kepartian, kerana saya telah melihat apa terjadi kepada para ilmuan dan agamawan yang kecundang kepada berhala politik kepartian ini.

Memang seorang ulama' perlu berpolitik, malahan pada saya wajib seorang ulama' itu menjadi seorang political savvy. Tetapi bukan dengan berparti politik. Kita lihat contoh di Iran, pengaruh Ayatollah yang sangat dihormati walaupun tidak berparti. Kita lihat Syeikh Dr. Abdul Rahman Syudais yang pandangannya bebas tetapi tegas, samada diikuti atau tidak itu soal kedua, tetapi beliau berani bercakap berdasarkan hak dan kebenaran Al Quran dan Hadis.

Seorang ulama' bebas dari politik kepartian adalah saperti harimau yang bebas dihutan belantara. Jangankan berdepan dengannya, mendengar ngaumannya sahaja pun ada yang terkencing dalam seluar. Melihat tapak kakinya sahaja melahirkan kegerunan. Tetapi harimau yang sama, diletak didalam kandang zoo, jangankan mengaum, jadi tontonan bebudak tadika je. Itulah kedudukan ulama' yang duduk didalam kandang kepartian, sekadar menjadi tontonan dan bahan hiasan sahaja.

Saya berharap Dr. Asri akan menimbang dengan serius saranan saya. Apapun, hak memilih adalah hak beliau, dan jika beliau memilih untuk menyertai mana-mana parti politik, saya akan menghormati keputusan itu walaupun saya mungkin tidak bersetuju dengannya.

Wallahua'lam & wassalam.

Zulkifli Bin Noordin
Ahad
07 Rejab 1431
21 Jun 2010

"BATU" BELAH "BATU" TERLUNGKUP

Posted: 19 Jun 2010 11:29 PM PDT

Salam 2 all.

Isu yang hangat diperkatakan sehari dua ini adakah kerusi Parlimen terpaksa dikosongkan YB Tian Chua. Apakah "Batu" Belah "Batu" Terlungkup? Ianya bertambah panas apabila YB Karpal Singh tiba-tiba membuat kenyataan menegaskan bahawa YB Tian Chua (PKR-Batu) hilang kelayakan sebagai Ahli Parlimen. Dan kerusinya mesti dikosongkan dan pilihanraya kecil diadakan.

Ini adalah kerana Mahkamah Tinggi baru ini membuat keputusan menukar hukuman denda RM3,000-00 yang dikenakan terhadap Tian Chua kepada RM2,000-00.

Walaupun Hakim menyatakan tujuan hukuman itu dikurangkan supaya tiada pilihanraya kecil, tetapi masalahnya Artikel 48 Perlembagaan menyatakan seseorang Ahli Parlimen hilang kelayakan apabila dihukum antara lain denda "tidak kurang RM2,000-00".

Pelbagai tafsiran diberi tentang keputusan ini. Termasuk Prof Dato Shad Faruqi, Dekan Undang-Undang yang menyatakan bahawa Tian Chua tidak hilang kelayakan. Pendapat ini dipersetujui oleh YB Dato' Seri Nazri Aziz. Malahan saya juga bersetuju dengan pendapat itu kerana peruntukan itu menyebut tidak kurang daripada RM2,000-00, bermakna ianya mesti lebih RM2,000-01 keatas. Pada saya Tian Chua tidak hilang kelayakan.

Namun ramai yang agak kehairanan mengapa tiba-tiba dalam keadaan semua menerima keputusan itu dan berpendapat Tian Chua kekal sebagai Ahli Parlimen, Karpal Singh mempertikaikannya dan menyatakan Tian Chua hilang kelayakan dan satu pilihanraya kecil mesti diadakan. Apakah agenda tersirat disebalik kenyataan Karpal Singh itu?

Persoalannya mengapa seorang pemimpin Pakatan Rakyat dari DAP mahukan seorang Ahli Parlimen Pakatan Rakyat mengosongkan kerusinya.

Jawapannya mudah. DAP adalah aprti dominan didalam Pakatan. Dan DAP tahu Pakatan tidak lama lagi mungkin memerlukan pengganti seorang Ketua Pembangkang yang baru. DAP sebenarnya tahu Anwar akan dihukum penjara atas pertuduhan meliwat Saiful. Dan kali ini hukuman itu akan lama, kerana dahulu Anwar dihukum 6 tahun penjara. Mengikut amalan kehakiman, kali ini jika disabit kesalahan Anwar akan dihukum lebih daripada 6 tahun penjara.

Persoalan besar ialah siapa akan mengganti Anwar menjadi Ketua Pembangkang di Parlimen.

Walaupun mengikut amalan demokrasi kerusi Ketua Pembangkang sepatutnya dipegang oleh Lim Kit Siang kerana DAP punya kerusi paling banyak (28), namun PAS sudah pasti tidak boleh menerima kepimpinan Lim Kit Siang sebagai ketua Pakatan

Sebaliknya DAP pula tidak dapat menerima kepimpinan Pakatan diserah kepada Ustad Hadi.

Alternatif daripada PKR memang tiada. Kalau ada pun orang selepas Anwar ialah YB Azmin Ali. Sebagai Naib Presiden, beliau pemimpin paling kanan dalam PKR yang duduk dalam Parlimen.

Kedua-dua PAS dan DAP saya rasa tidak pernah terfikir pun akan dipimpin oleh Azmin, mungkin kerana usia Azmin yang masih muda walaupun berkaliber!

Maka Pakatan dijangka akan berhadapan dengan masalah kepimpinan di Parlimen bila Anwar dihukum penjara nanti. Mereka mesti mencari seorang pengganti, dan mesti segera.

Dan calon yang boleh diterima oleh DAP sebagai parti dominan didalam Pakatan sekarang ialah Zaid Ibrahim. Selain mempunyai nama bapa yang sama, Zaid dilihat mempunyai karektoristik yang sama dengan Anwar. Liberal dan tidak tebal semangat Islam dan kemelayuannya.

PAS juga boleh menerima Zaid walaupun beliau pernah mempertikai perlaksanaan enakmen hudud. Sebab itu PAS turun dengan penuh semangat takbir membantu dan menyokong Zaid semasa pilihanraya kecil Hulu Selangor.

Sebab itulah DAP melihat peluang sekali lagi muncul untuk menobatkan Zaid jika kerusi Batu dikosongkan. Sebab itu saya tidak hairan Karpal Singh mengeluarkan pendapat bahawa Tian Chua sudah hilang kelayakan dan kerusi Batu mesti dikosongkan. Ini buntuk memberi laluan kepada Zaid mencuba nasib sekali lagi!

Malahan saya mendapat maklumat jika ada Ahli Parlimen yang disabit kesalahan yang boleh membatalkan kelayakan beliau, maka elok kerusi itu dikosongkan. Apakah YB Gobalakrishnan akan terpaksa mengosongkan kerusinya? Yang pastinya YB Gobala juga telah dihukum dengan hukuman yang boleh membatalkan kelayakan beliau sebagai Ahli Palimen.

Malah tersebar bisik-bisik dikalangan mereka kemungkinan Tan Sri Khalid Ibrahim akan diminta mengosongkan kerusi Parlimen Bandar Tun Razak untuk memberi laluan kepada Zaid, dan memberi tumpuan kepada Selangor.

Apa pun Zaid adalah "anak emas" bagi DAP sekarang untuk menggantikan Anwar. Dan kehendak DAP terpaksa dituruti kerana mereka yang dominan sekarang didalam Pakatan.

Lagipun, memang menjadi stail kepimpinan mereka terutama dikalangan Firaun-Firaun Kecil mahukan ada isu terus hidup demi survival politik mereka. Dan lebih banyak pilihanraya kecil diadakan lebih baik bagi mereka.

Sebab itu baru-baru ini saya mencadangkan kepada Parlimen supaya menghapuskan amalan mengadakan pilihanraya kecil, sebaliknya mencari mekanisme untuk seuatu kerusi itu diganti wakilnya tanpa keperluan kepada pilihanraya kecil. Ini kerana pilihanraya kecil adalah sesuatu yang membazir, dan hanya sekadar menjadi medan politiking yang melampau.

Apa yang pasti, samada Tian Chua hilang kelayakan atau tidak, samada kerusi Batu kosong atau tidak, itu adalah hak mutlak Parlimen menentukannya dibawah Artikel 53 Perlembagaan.

Apapun, kita perlu menunggu tempoh rayuan 14 hari itu luput, kerana Tian Chua berhak merayu ke Mahkamah Rayuan dan Mahkamah Persekutuan. Jika beliau merayu, maka semua isu berkaitan status kerusi Parlimen Batu adalah mainan akademik sahaja kerana sehingga keputusan rayuan dibuat oleh Mahkamah Rayuan (yang pasti akan mengambil masa bertahun), selagi itulah kedudukan Tian Chua kekal sebagai Ahli Parlimen.

Jadi semuanya terletak kepada Tian Chua, kalau dia memfailkan rayuan, isu ini tidaklah timbul samasekali. Kita sekadar menghabiskan air liur sahaja!

Dan mengenali beliau, saya pasti Tian Chua akan berusaha mempertahankan kerusinya walau apa keadaan sekalipun.

Adios amigos.

Wassalam.

Zulkifli Bin Noordin
Ahad
07 Rejab 1431
20 Jun 2010

Angkatan Muda Keadilan Gelang Patah, Johor Darulta'zim

Angkatan Muda Keadilan Gelang Patah, Johor Darulta'zim


AWAS!!!!

Posted: 20 Jun 2010 07:32 PM PDT

Umno bukan sahaja mengamalkan politik wang tapi mengamalkan politik seks dan yang lebih menjijikan perangai "jantan2 malaun" dalam Umno ini apabila mereka meratah tubuh puteri2 Umno yang gila berjawatan yang diibaratkan seperti "ayam2 muda" dengan tubuh yang mengiurkan. Gadis2 muda menjadi mangsa kepada "jantan" keparat yang mempunyai wang dan pengaruh. Berikut ini adalah antara keluhan dari pimpinan Puteri Umno apabila melihat trend tersebut mula menular dalam puteri Umno ...

"Datin Ismalina menasihatkan mana pemimpin UMNO agar tidak menjadikan gadis - gadis puteri UMNO sebagai tempat untuk melampiaskan nafsu serakah demi menawarkan sebarang penajaan keatas sesuatu pertandingan atau jawatan kepada Puteri UMNO kedalam Parti.....

"YB Datuk Rosnah Abdul Rashid Shirlin mengingatkan ahli - ahli Puteri agar tidak menjadikan "batang tubuh" mereka sebagai modal untuk mendapatkn mana - mana jawatan dalam Parti"

" BIBI SHARLIZA BT MOHD KHALID "Budaya politik seks harus di tangani dengan segera sebelum ianya jadi lebih parah" "

Penulis juga diberitahu, ketika PRU Hulu Selangor, ramai anak2 gadis dari Puteri Umno menjadi mangsa ratahan pemimpin2 Umno yang berhidung belang. Manakala puteri2 Umno ini seperti tiada harga diri apabila sanggup menggadai maruah hanya kerana penajaan.

Justeru, awasilah DAN HALANGLAH anak/adik beradik perempuan kita dari mengangotai puteri Umno yang penuh noda dan kemaksiatan...

IMBAS KEMBALI

Posted: 20 Jun 2010 02:52 AM PDT

Apakah kejadian lebih setahun lalu ini bukan bukti akibat dari kedurjanaan pemimpin Umno/BN. Siapa yang memberikan janji manis penduduk Kg. Baru Plentong Tengah ketika Pilihanraya Umum dan kemudiannya setelah bertahun-tahun tiada kesudahan. Janji tinggal janji... Walaupun penduduk sudah berpindah ke penempatan baru, namun permulaan cerita adalah akibat dari kerakusan pemimpin Umno...


Anwar Ibrahim

Anwar Ibrahim


Tan: Gov’t Meddling Caused Felda’s Overruns

Posted: 20 Jun 2010 08:23 AM PDT

From malaysiakini
By Haslan Zakaria

Former deputy minister Tan Kee Kwong has urged the federal government to come clean about Felda and to stop interfering in the running of the government-linked company.

MCPX
"Do not forget the very reason why Felda was started (was to undertake) social responsibilities," reminded Tan (right).

He said this in a blog posting following his open letter dated June 6, where he publicly accused Prime Minister Najib Abdul Razak of "single-handedly destroying" Felda's prudent management and the siphoning away of its wealth.

Continuing his attack on what he claimed as "government meddling" in the state-owned plantation firm, he listed in his blog instances of mismanagement that the government he allegedly misled Parliament and the public about.

Tan, who is now in the opposition PKR of former deputy prime minister Anwar Ibrahim, based his accusations on his experience in 2004 while serving as then-deputy to Land and Cooperatives Minister Kasitah Gadam in charge of all Felda matters.

Tan went on to lament the government-linked firm's decline to its present pathetic state, from what he described was once a stellar example of how such a project should be like.

Felda, he said, used to be the biggest producer of crude palm oil in the world and led the way in developing new areas and distributing land to the landless.

"By their direct interference, the evil and corrupt political masters have managed to destroy in a short space of time what was a very well-run GLC," said Tan.

He contended that as a GLC, Felda's wealth belonged to to all the country's citizens. Now, however, it has been squandered to enrich the few.

Senseless overspending

Tan pointed to the questionable and sudden reversal of previously cost-cutting moves in 2006 to build the firm's new 29-floor headquarters for RM220 million on their own land in Jalan Semarak as one example of government meddling.

The plan, according to Tan, had already been under way.

"(The) tender to demolish their old building was called. Even the former PM Pak Lah (Abdullah Ahmad Badawi) was given a date to officiate the ground breaking ceremony.

"This plan of course makes much more sense than to spend RM662 million to pay for a new building in the KLCC area where land cost is the highest in the whole of Malaysia," said the former federal minister.

He also detailed how this decision came about in a "clandestine" meeting in 2007 between Najib, the late Nassimudin of Naza-TTDI and then Felda managing director Mohd Bakke Salleh that bypassed Felda's chairperson and director-general.

"They decided to abandon the cost-effective plan to build on their own land, but instead invested in a 5-star building at a 5-star price!" alleged Tan.

Lambasting the lack of accountability, Tan asked if this was the pattern of how GLCs were being run.

"Why bother to have a chairman or board at all?" he asked.

Welfare or deception?

Tan then attacked the government's recent reply in Parliament on Felda’s “missing” RM2.7 billion.

Last Wednesday, Deputy Minister in the Prime Minister’s Department Ahmad Maslan said that the missing funds were used for welfare purpose.

"What utter rubbish. In fact, it was an attempt to mislead the Parliament, the rakyat and worse of all, the 113,000 Felda settlers," said Tan, zeroing in on the supposed allocation for crops.

According to Tan, for the past 30 years, there had already been a fund in place for replanting called 'Tabung Tanam Semula'.

For every metric tonne of fresh palm bunch sold to Felda’s oil palm million, RM3 to RM5 is deducted and channelled into the fund, depending on the market price of crude palm oil.

This money belongs to the settlers and an average of RM15,000 is set aside when it is needed to replant oil palm or rubber for each of Felda's 113,000 settlers, totalling RM1.7 billion.

"Ahmad Maslan, your answer in parliament is totally misleading. That sum belongs to the settlers not to Felda. In fact, Felda should be paying interest back to the settlers for holding their money for such a long time," said Tan.

‘Failed US investment’

Tan also blasted the allegedly failed RM500 million Felda Global Ventures investment in Boston and Cincinatti in the US.

The investment arm, formed three years ago, was the brainchild of Mohd Bakke. According to Tan, it was a fiasco that never generated returns for Felda.

"Please tell us exactly what this Twin Rivers Inc is all about. Or is this another attempt to siphon money out, like what happened to the Euro100 million commission paid to purchase French submarines for our navy?" he quizzed.

How could Bakke, who he alleged managed Felda poorly, be given the star role with his new appointment as Sime Darby chief, asked Tan.

"Is it because he is an 'obedient servant'?" asked Tan.

Angkatan Muda Keadilan P.J Selatan

Angkatan Muda Keadilan P.J Selatan


KJ Tidak Perlu Tunjuk Hebat, Selesaikan Dulu Yg Di Depan Mata

Posted: 20 Jun 2010 04:44 AM PDT


BERNAMA memetik kenyataan KJ yang mencabar DS Anwar untuk dedahkan bukti tentang MP Bebas yang melompat mendapat imbuhan RM 2 juta. KJ memberi tempoh 48 jam kepada DS Anwar untuk berbuat demikian. Adakah DS Anwar gentar dengan cabaran bodoh dari KJ itu?

KJ tidak perlu menjadi bodoh sepertimana seorang wartawan RTM yang turut cuba menguji DS Anwar. KJ mesti sedar bahawa cabarannya itu bukannya terhadap pemimpin Umno yang semua kita ketahui terkenal dengan sikap pengecut dan baculnya.

Apa yang penting sekarang, KJ seharusnya menyelesaikan dulu bahan bukti yang telah banyak didedahkan oleh DS Anwar seperti isu video klip Linggam. Jangan sibuk hendak tahu bukti yang masih belum didedahkan sedangkan yang sudah terdedah didiamkan sahaja. Berapa banyak mereka mahu DS Anwar dedahkan tetapi kemudiannya disorok? Siasat dahulu yang telah didedahkan selama ini dan apa tindakan yang telah diambil.

DS Anwar bukan pak turut yang sentiasa melayani apa jua desakan atau cabaran yang datangnya dari orang yang lemah dan bacul untuk bertindak. Selaku Ketua Pemuda walaupun tanpa jawatan dalam kabinet, KJ mesti berani bertanya kepada Najib apa yang berlaku terhadap kesemua bukti salah laku yang telah DS Anwar dedahkan sebelum ini. Selesaikan dulu yang ada di depan mata, kemudian barulah boleh bercerita yang lain.

sumber: wfauzdin.blogspot.com

BULETIN RAKYAT

BULETIN RAKYAT


Keputusan Piala Dunia 19 Jun 2010....

Posted: 19 Jun 2010 05:37 PM PDT


PENGADIL dari Itali, Roberto Rosetti (tengah) melayangkan kad merah kepada penyerang Australia, Harry Kewell (kiri) dalam perlawanan Kumpulan D, Piala Dunia FIFA 2010 menentang Ghana di Stadium Royal Bafokeng, malam tadi. Keputusan seri 1-1. - Foto AFP

2010/06/19

Ghana 1 - 1 Australia

RUSTENBURG: Ghana melonjak ke kedudukan teratas Kumpulan D meskipun mencatat keputusan seri 1-1 bertemu Australia di Stadium Royal Bafokeng, sebentar tadi.

Semua gol dijaringkan pada separuh masa pertama dengan gol awal oleh Australia menerusi Holman pada minit ke-11.

Ghana menyamakan kedudukan menerusi penalti oleh A Gyan pada minit ke-25.



PENJAGA gol Belanda, Maarten Stekelenburg (dua dari kanan) meraikan kemenangan bersama rakan sepasukan selepas menewaskan Jepun 1-0 dalam perlawanan di Stadium Moses Mabhida, dalam perlawanan Kumpulan E, Piala Dunia 2010, malam tadi. - Foto AFP

Belanda 1 - 0 Jepun

DURBAN: Sebaik separuh masa kedua bermula selepas Belanda dan Jepun terikat tanpa jaringan sebelum waktu rehat, saingan kumpulan E untuk perlawanan kedua yang berlangsung di Stadium Moses Mabhida menyaksikan rembatan kencang perancang Belanda, Wesley Sneijder pada minit ke-53 ditampan masuk ke gawang sendiri oleh penjaga gol Jepun, Kawashima.

Gol itu membuka permainan antara kedua-dua pasukan apabila Jepun mula mengasak bagi mencari gol penyamaan dan disambut serangan balas pasukan Belanda.

Sehingga tamat ke waktu tambahan, percubaan kedua-dua pasukan gagal menambah jumlah jaringan dan Belanda berpuas hati dengan kemenangan satu gol, seterusnya mengangkat pasukan itu sebagai peneraju kumpulan ketika ini.

Angkatan Muda Keadilan Bagan Datoh,Perak Darul Ridzuan

Angkatan Muda Keadilan Bagan Datoh,Perak Darul Ridzuan


Angkara NAJIB: Pasar Bagan Datoh TUTUP 2 hari

Posted: 19 Jun 2010 08:01 PM PDT

20hb ini PM Dato' Seri Najib akan turun ke Bagan Datoh. Kunjungan ke Bagan Datoh tiada siapa yang menghalang, itu tugas beliau sebagai PM Menteri Malaysia. Rakyat Bagan Datoh sentiasa mengalu-alukannya.

Masalahnya apa kena mengena dengan lawatan kerjanya ke Bagan Datoh dengan peniaga-peniaga di Pasar Pekan Bagan Datoh yang itulah kerja sehari-harian mencari rezeki? Mengapa ada arahan dari Majlis Perbandaran Teluk Intan mengarahkan supaya pada 19 dan 20hb Jun ini para peniaga menutup gerai-gerai ikan dan sayur mereka sempena lawatan PM ke Bagan Datoh.

Semata-mata meraikan PM pintu rezeki mereka pula ditutup. Inilah UMNO BN yang lebih mengutamakan pemimpin dari rakyat jelata. Di mana perginya slogan "Rakyat didahulukan..............". Cacatkah program menyambut Najib di Bagan Datoh hanya kerana para peniaga tetap meneruskan perniagaannya? Yang jelas para peniaga yang terjejas pendapatannya gara-gara Najib melawat Bagan Datoh.

Semua para peniaga kesal dan membantah arahan menutup Pasar Pekan Bagan Datoh selama dua hari oleh MPTI sempena lawatan Najib ke Bagan Datoh. Orang ramai yang setiap hari membeli ikan dan sayur juga kesal di atas arahan ini.

Sebelum ini sewaktu Najib melawat Kelantan juga berlaku perkara yang seumpama itu. Difahamkan semata-mata Najib mahu minum teh di Kedai Kopi berhampiran Pejabat PAS konon nak tunjuk mesra pada rakyat, semua jalan menuju ke kedai kopi ditutup pada orang ramai, orang ramai yang sentiasa minum teh di kedai tersebut juga dikawal pergerakan mereka, yang menggelikan petugas UMNO hanya menyediakan beberapa buah meja untuk Najib dan kuncu-kuncunya dan hanya mahu membayar meja yang Najib duduk sahaja. Punya kedekutnya UMNO BN.

Allah Maha Besar, program yang sepatutnya penuh gilang gemilang di majlis perasmian Festival 2010 di Kota Bharu bertukar menjadi hambar dan sunyi sepi. Kerajaan Negeri memulaukan program tersebut apabila penganjur melanggar persetujuan yang dicapai bersama sebelum itu. Kerajaan Negeri dipinggirkan oleh penganjur sedangkan program tersebut anjuran bersama. Tuan Guru Menteri Besar dinafikan haknya untuk berucap sebagai mewakili tuan rumah dalam majlis perasmian. Pemangku Sultan Kelantan yang dijadualkan hadir bagi merasmikan festival tersebut membatalkannya pula dengan sebab-sebab yang tidak diketahui. Kehadiran malam itu sekitar 300 sahaja.

Akibatnya rakyat Kelantan yang lebih menyayangi Tuan Guru dari PM turut memulaukannya. Ditakdirkan Allah, hujan pula turun dengan lebat sepanjang petang. PM tidak jadi merasmikan festival tersebut,dia lari pulang ke Kuala Lumpur, Datuk Mustapa Mohammad yang menggantikannya, sebaik beliau memulakan ucapan, blakout pula berlaku, Stadium menjadi gelap gelita, pembesar suara tidak berfungsi, Datuk Pa berucap menggunakan haler yang biasa digunakan untuk demontrasi.

Siapa sangka akan berlaku insiden yang begitu mengaibkan pembesar no 1 Malaysia.

Tidak mustahil, akibat menzalimi para peniaga di Bagan Datoh, kejadian seumpama itu boleh berulang di Bagan Datoh. Kita tidak doakan tetapi memberi peringatan. Jadikan apa yang berlaku di Kota Bharu sebagai iktibar akibat melanggar persetujuan.

MEDIA Rakyat MALAYSIA

MEDIA Rakyat MALAYSIA


Keputusan Piala Dunia 19 Jun 2010..

Posted: 19 Jun 2010 05:39 PM PDT

PERJUANGAN DITERUSKAN WALAU TANPA ANUGERAH...DK CHUA JUI MENG

Posted: 19 Jun 2010 06:08 AM PDT