Sabtu, 18 April 2015

R Sivarasa - Ahli Parlimen Subang

R Sivarasa - Ahli Parlimen Subang


Sivarasa - per: MH370

Posted: 18 Apr 2015 09:25 PM PDT

Tuan R. Sivarasa [Subang]:
Terima kasih Tuan Yang di-Pertua dan Yang Berhormat Menteri.
Saya balik kepada tindakan yang tidak dibuat oleh DCA pada malam itu. Daripada laporan dan antara fakta kita ada sekarang, kita tahu pada 1.21 pagi hari itu, radar signal yang nampak di dalam skrin DCA tersebut terhilang dalam skrin itu.

Kalau ini berlaku di tempat lain, maksudnya reaksi yang akan dibuat adalah serta-merta sebab bila signal itu terhilang, itu menunjukkan satu yang sangat serius telah berlaku. Pesawat itu telah terhempas ataupun sesuatu yang amat serius.

Contoh saya bagi, satu air crash Egypt Air Flight 990 pada tahun 1959. Dia take-off daripada New York, 200 kilometer di Atlantic Ocean. Radar signal yang ada terhad di dalam skrin terhilang, cara yang sama tetapi dalam kes itu, apabila kita baca laporan- laporan berkenaan di situ, dalam beberapa minit search and rescue sudah mula sebab controller semua orang yang faham, begitu seriusnya apabila signal itu terhilang dalam skrin.

Jadi soalan saya ialah apakah siasatan yang telah dibuat oleh kerajaan setakat ini dan ini berkaitan juga dengan soalan kenapa tidak ada hubungan dengan military, kenapa military tidak berhubung dengan DCA pada malam itu.

Apakah siasatan yang telah dibuat? Bagi saya siasatan ini kita tidak perlu orang antarabangsa. Inilah agensi-agensi kita. Inilah MAS operation center, DCA dengan military. Bukan isu tentang berkaitan dengan black box dan apa-apa yang berlaku di lautan Indian Ocean dan sebagainya.

So, soalan saya ialah, adakah siasatan yang dibuat dan bolehkah kerajaan tubuhkan satu badan bebas, buat siasatan rapi terhadap isu ketiga agensi ini apakah, yang berlaku untuk 5 hingga 6 jam yang pertama. Itu saja.

Sebab kita tahu kalau kita pergi kepada search itu, itu jauh lebih besar tapi isu itu saja. Kenapa pada 4 hingga 5 jam yang pertama, sebab itu sangat kritikal, tiga buah agensi ini secara berasingan tapi semua sudah gagal buat tanggungjawab mereka. MAS operation center ada gambaran yang salah dan macam mana mereka dapat tahu itu di Cambodia, itu pun salah, itu pun perlu disiasat.

DCA kenapa bila radar signal hilang tidak ambil apa-apa tindakan serta-merta dan military. Adakah kerajaan telah buat siasatan ini ataupun bagi saya, saya ingin cadangkan kerajaan tubuhkan Royal Commission atau Badan Bebas dan satu siasatan terbuka dan bagi tahu rakyat Malaysia dan juga keluarga-keluarga penumpang pesawat itu dan krew apakah sebenarnya yang berlaku pada malam itu.

Tiada ulasan: