Suara Sri Andalas |
- Turun Padang Masalah Banjir Sri Sarawak 9
- Polis Guna Tipu Helah Dapatkan Sampel DNA Anwar, Mahkamah Diberitahu
- Hari 2 - Rayuan Fitnah Kes Liwat II Dato Seri Anwar Ibrahim
- Hari 1 - Rayuan Fitnah Kes Liwat II Dato Seri Anwar Ibrahim
Turun Padang Masalah Banjir Sri Sarawak 9 Posted: 29 Oct 2014 07:02 PM PDT |
Polis Guna Tipu Helah Dapatkan Sampel DNA Anwar, Mahkamah Diberitahu Posted: 29 Oct 2014 01:48 AM PDT Mahkamah Persekutuan hari ini dimaklumkan terdapat jurang dalam bukti DNA yang dikemukakan pihak pendakwaan semasa perbicaraan kes liwat Datuk Seri Anwar Ibrahim pada 2008. Peguam Sangeet Kaur Deo berhujah, terdapat jurang menghubungkan DNA yang ditemui pada tiga item di sel penjara Anwar, dengan DNA pada dubur pengadu, Mohd Saiful Bukhari Azlan. Ketiga-tiga barang itu ialah - berus gigi, botol air mineral dan tuala "Good Morning" - yang didakwa digunakan Anwar semasa ditahan semalaman untuk siasatan pada Julai 2008. "DNA dalam rektum Saiful dan DNA dalam tiga item itu sepadan. Tetapi siapa pemilik DNA itu? Mereka tidak tahu, lalu menamakannya 'Lelaki-Y'," katanya dalam hujah menyokong permohonan membatalkan sabitan kes liwat itu. Jurang itu terletak pada tiadanya keterangan membuktikan Anwar ialah Lelaki-Y itu, katanya. Ini kerana, tidak ada keterangan langsung menunjukkan Anwar menggunakan tiga barangan itu dalam lokap, kata Sangeet, dan menambah diari dan keterangan pegawai polis yang mengawal Anwar juga tidak mengesahkan beliau menggunakannya. "Mahkamah tidak boleh bergantung kepada keterangan mengikut keadaan apabila ia bertentangan dengan keterangan langsung." Beliau berkata diari lokap atau buku log polis yang mencatatkan pergerakan Anwar di dalam sel ditulis secara terperinci, malah mencatat masa apabila Anwar hanya bersandar di tiang sel. Kedua-dua buku dan saksi tidak menyatakan beliau menggunakan ketiga-tiga barangan itu. Beliau membawa perhatian mahkamah kepada pengakuan seorang lans korporal yang mengatakan dia mendengar Anwar memberus giginya. Tetapi semasa perbicaraan, dia tidak dapat menjawab apabila ditanya sama ada beliau benar-benar melihat pemimpin PKR itu berbuat demikian. "Saksi tidak secara langsung menyaksikan Anwar memberus gigi. (Itu) ialah satu penemuan fakta yang salah," katanya. Beliau menambah: "Ini penting, sebenarnya, inilah kaitannya. Ini satu situasi di mana saksi secara khusus ditanya, apa yang kamu lihat? Dan, tidak ada jawapan. Jadi, pendakwaan tidak boleh bergantung kepada keterangan mengikut keadaan kerana terdapat saksi di sana." Sangeet berkata polis mengambil tiga barangan itu bagi dijadikan bukti dengan cara "tipu helah" dan dengan menahannya lebih lama. Hakim perbicaraan pada mulanya bersetuju tiga barangan tersebut diperolehi secara tidak adil tetapi kemudian menerimanya sebagai bahan bukti. Sangeet berkata pihak pendakwaan tidak sepatutnya menamakannya bukti ketika perbicaraan kemudiannya apabila hakim sudah menolaknya. Dia juga menyifatkan cara Anwar ditangkap adalah satu "serangan hendap" tanpa sebarang waran pada masa tangkapan. Anwar ditangkap pasukan komando polis dan waran tangkap hanya dikeluarkan kemudian di Ibu Pejabat Polis Kuala Lumpur, kata Sangeet. Disebabkan dia ditangkap tanpa waran dan prosedur dilanggari, Sangeet berkata barangan yang diambil sebagai bukti dari sel penjara itu menyalahi undang-undang. Prosedur polis memerlukan tahanan dibawa ke lokap sebelum pukul 6 petang dan tidak dibawa keluar lagi semasa tempoh penahanan. Bagaimanapun, Anwar dimasukkan ke dalam lokap sekitar jam 8 malam dan kemudiannya dibawa ke Hospital Kuala Lumpur untuk diambil sampel DNA. Sangeet berkata Anwar enggan memberikan sampelnya, sejajar haknya di bawah perlembagaan. Terdahulu, N. Surendran, yang memulakan penghujahannya semalam tentang bagaimana Mahkamah Tinggi dan Mahkamah Rayuan gagal memberikan pewajaran kepada keterangan Anwar dari kandang tertuduh, mula membuat penggulungan hari ini, memetik undang-undang kes bagi menyokong hujahnya. Datuk Seri Anwar Ibrahim diserbu jurugambar sebaik hadir di Istana Perhakiman, Putrajaya, pagi ini. Peguambela hari ini menjurus hujah mereka kepada kewibawaan sampel DNA yang dijadikan bahan bukti bicara kes Liwat II pada 2008. – Gambar The Malaysian Insider oleh Afif Abd Halim, 29 Oktober, 2014. Datuk Seri Anwar Ibrahim diserbu jurugambar sebaik hadir di Istana Perhakiman, Putrajaya, pagi ini. Peguambela hari ini menjurus hujah mereka kepada kewibawaan sampel DNA yang dijadikan bahan bukti bicara kes Liwat II pada 2008. – Gambar The Malaysian Insider oleh Afif Abd Halim, 29 Oktober, 2014. Surendran berkata Mahkamah Rayuan dalam penghakiman bertulisnya tidak mengambil kira penjelasan Anwar kerana membuat kenyataan dari kandang tertuduh. Anwar pada waktu itu menjelaskan sebab mengapa "bukan sekali tetapi lima kali" beliau perlu bercakap dari kandang tertuduh. Dalam kenyataannya dari kandang tertuduh, Anwar berkata tuduhan meliwat bekas pembantunya, Mohd Saiful Bukhari Azlan, yang dibuat pada 2008 ialah satu konspirasi politik. Namun, Mahkamah Tinggi dan Mahkamah Rayuan menganggap keterangan kandang tertuduh sebagai "penafian kosong", kata Surendran, dan gagal mengambil kira keterangan yang diberikan mengenai "rancangan yang diatur lebih awal" yang menyokong dakwaan konspirasi politik Anwar. Perbicaraan di Mahkamah Persekutuan ini bermula semalam dengan peguam utama Datuk Seri Gopal Sri Ram membina kes mempersoalkan kewibawaan Saiful sebagai saksi. Mahkamah berkata tempoh pendengaran mungkin dipanjangkan sehari lagi disebabkan banyaknya keterangan yang bakal dibuat. Pihak pendakwaan juga akan memberi keterangan sebelum kedua-dua pihak membuat hujah penutup. Panel hakim yang mendengar rayuan Anwar diketuai Ketua Hakim Negara, Tun Ariffin Zakaria, dan dianggotai Tan Sri Raus Sharif, Tan Sri Abdul Hamid Embong, Tan Sri Suriyadi Halim Omar serta Datuk Ramly Ali. Sangeet dan Surendran ialah antara yang mewakili Anwar di dalam pasukan pembelaan yang terdiri daripada 14 peguam, diketuai bekas hakim Mahkamah Persekutuan, Datuk Seri Gopal Sri Ram. Anwar, 67, dijatuhi hukuman penjara lima tahun oleh Mahkamah Rayuan Mac lalu, tetapi diberi penangguhan sehingga rayuan di Mahkamah Persekutuan selesai. Beliau dituduh meliwat Saiful di sebuah kondominium di Damansara pada 26 Jun 2008. Mahkamah Tinggi membebaskan beliau pada Januari 2012 sebelum keputusan diubah oleh Mahkamah Rayuan pada Mac lalu. Kes liwat ini merupakan kali kedua dihadapi Anwar, pertama pada 1998, apabila dituduh meliwat bekas pemandunya Azizan Abu Bakar. Namun, beliau dibebaskan Mahkamah Persekutuan pada 2004. Kali ini, karier politik Anwar mungkin berakhir jika mahkamah tertinggi mengekalkan keputusan Mahkamah Rayuan. Sumber: TheMalaysianInsider |
Hari 2 - Rayuan Fitnah Kes Liwat II Dato Seri Anwar Ibrahim Posted: 29 Oct 2014 01:30 AM PDT |
Hari 1 - Rayuan Fitnah Kes Liwat II Dato Seri Anwar Ibrahim Posted: 28 Oct 2014 01:27 AM PDT |
You are subscribed to email updates from Suara Sri Andalas To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 1600 Amphitheatre Parkway, Mountain View, CA 94043, United States |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan