Suara Sri Andalas |
- Turun Padang Melihat Perkembangan Pembinaan Longkang Atasi Banjir
- Program Menanam Pokok Di Kolam Tadahan
- 12 Wanita Sertai Kelas Membuat Mallai DUN Seri Andalas
- Merasmikan Malaysian Open Dart Championship 2014
- Menghadiri Majlis Makan Malam Tokong Tiong Sheng Keng
- Kelas Menjahit Pakaian Punjabi Ke-16
- Kelas Jahitan Asas dan Langsir Ke 24 DUN Seri Andalas
Turun Padang Melihat Perkembangan Pembinaan Longkang Atasi Banjir Posted: 29 Sep 2014 01:47 AM PDT Klang, 29 September 2014 - YB Dr. Xavier Jayakumar pada petang ini turun padang di Taman Maznah melihat sendiri perkembangan kerja-kerja pembinaan longkang sepanjang 2km. Ini adalah salah satu projek berterusan yang diusahakan oleh YB Dr. Xavier Jayakumar untuk memastikan masalah banjir di DUN Seri Andalas dapat diatasi. |
Program Menanam Pokok Di Kolam Tadahan Posted: 21 Sep 2014 06:00 AM PDT Klang, 21 September 2014 - Program menanam pokok dikeliling kolam tadahan pada hari ini disempurnakan dengan kehadiran YB Dato Seri Wan Azizah. Turut hadir dalam program adalah YB Shuhaimi Shafiei, YB Dr Daroiyah Alwi dan YB Zuraida Kamarudin. Program yang berjalan dari pukul 4 petang hingga 7 petang ini disertai orang ramai yang hadir turut bersama-sama menanam pokok dan melihat sendiri kolam tadahan yang dijadikan kawasan rekreasi. |
12 Wanita Sertai Kelas Membuat Mallai DUN Seri Andalas Posted: 14 Sep 2014 03:00 AM PDT Klang, 14 September 2014 - Seramai 12 wanita menyertai kelas membuat mallai yang dianjurkan Pejabat DUN Seri Andalas pada hari ini. Kelas yang berlangsung selama 4 jam ini dikelolakan oleh 2 orang guru. YB Dr. Xavier Jayakumar berharap dengan mempelajari kemahiran tersebut, para peserta dapat menjana pendapatan tambahan. |
Merasmikan Malaysian Open Dart Championship 2014 Posted: 13 Sep 2014 03:00 AM PDT |
Menghadiri Majlis Makan Malam Tokong Tiong Sheng Keng Posted: 11 Sep 2014 07:00 AM PDT |
Kelas Menjahit Pakaian Punjabi Ke-16 Posted: 24 Aug 2014 02:00 AM PDT Klang, 24 Ogos 2014 - Kelas menjahit pakaian punjabi yang ke-16 telah berjaya diadakan pada hari ini. Gambar dibawah menunjukkan para peserta mengenakan pakaian punjabi yang dijahit masing-masing. Puan Leela, seorang peserta menyatakan bahawa dia telah pun menjahit 3 helai pakaian punjabi untuk perayaan Deepavali dan menjahit 3 langsir. Puan Leeal mengucapkan terima kasih kepada YB Dr. Xavier Jayakumar kerana menganjurkan kelas tersebut. Sijil telah disampaikan kepada para peserta pada hari ini oleh Encik PS Rajoo. |
Kelas Jahitan Asas dan Langsir Ke 24 DUN Seri Andalas Posted: 17 Aug 2014 02:28 AM PDT Klang, 17 Ogos 2014 - Kelas menjahit asas dan langsir yang ke-24 diadakan pada hari in. Sehingga kini sejak tahun 2012, hampir 640 wanita telah mengikuti kursus ini. Kebanyakan daripada mereka telah bekerja separuh masa menjahit mendapatkan pendapatan sampingan untuk menampung keperluan keluarga dan ada yang menjahit pakaian untuk anak atau cucu mereka |
You are subscribed to email updates from Suara Sri Andalas To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan