Rabu, 9 Julai 2014

Anak Muda Kampung Nak Senang

Anak Muda Kampung Nak Senang


AWAS! Lagi beberapa cubaan culik kanak-kanak yang semakin berleluasa

Posted: 08 Jul 2014 05:30 PM PDT




Budak nyaris dilarikan di bazar
9 Julai 2014

Kapar: Seorang budak lelaki berusia lima tahun nyaris 'diculik' seorang lelaki ketika datang ke sebuah bazar Ramadan di Pekan Meru, di sini, Ahad lalu.

Dalam kejadian jam 6.30 petang itu, kanak-kanak terbabit berjalan bersama bapanya untuk membeli juadah berbuka bersama seorang lagi anaknya berusia 10 tahun.

Bapa kanak-kanak yang enggan dikenali itu berkata, ketika dia memegang kedua-dua anak lelakinya itu, dia berasakan anaknya yang dipegang pada tangan kanannya seperti ditarik seseorang.

Menurutnya, sebaik menoleh, beliau melihat seorang lelaki berusia 30-an dan berkulit gelap memegang anaknya dan tindakannya memaling muka ke arah lelaki berkenaan menyebabkan lelaki itu terkejut.

"Sebaik melihat saya memandangnya, lelaki terbabit kelihatan tergamam dan melarikan diri. di celahan orang ramai yang berada di bazar berkenaan.

"Saya tidak dapat mengejar lelaki terbabit kerana masih memegang dua anak, namun saya memerhatikan gerak-gerinya dari jauh dan melihat dia sekali lagi cuba menarik seorang kanak-kanak perempuan tidak jauh dari tempat saya berdiri," katanya.

"Kanak-kanak itu bernasib baik kerana bapanya menyedari tindakan lelaki terbabit menyebabkan lelaki itu terus berlalu dicelahan orang ramai," katanya kepada Harian Metro, semalam.


'Ayah awak dalam van'
9 Julai 2014

Johor Bahru: "Kumpulan lelaki berkenaan memujuk anak saya menaiki van dengan menyatakan kononnya saya berada dalam kenderaan itu," kata bapa seorang murid sekolah agama di Permas Jaya yang mendakwa anaknya hampir dilarikan sekumpulan lelaki baru-baru ini.
Lelaki yang mahu dikenali sebagai Abdul Halim, 30, itu berkata anak lelakinya yang berusia tujuh tahun, bernasib baik apabila sempat menjenguk ke dalam van, tetapi mendapati dia tiada di dalam sebaliknya ada empat lelaki berambut cacak menyebabkan dia berlari masuk ke kawasan sekolah.

Abdul Halim berkata, kejadian berlaku jam 3.30 petang, 16 Jun ketika anak sulung daripada tiga beradik itu yang tamat sesi persekolahan sekolah agama dan mahu pulang.

Menurutnya, anaknya memberitahu, van putih menghampirinya dan seorang lelaki turun dari kenderaan itu lalu menghampirinya.

Katanya, lelaki berusia 20-an yang kelihatan seperti penduduk tempatan berkenaan memujuknya masuk ke dalam van kononnya mahu membawanya bersiar-siar.

"Saya dan isteri selalu menasihatinya jangan ikut orang tidak dikenali dan dia sentiasa mengambil langkah berjaga-jaga.

Tiada ulasan: