Anak Muda Kampung Nak Senang |
Cagar bayi RM3,500 bayar 15 saman trafik Posted: 09 Jul 2014 05:17 PM PDT Cagar bayi RM3,500 bayar 15 saman trafik 10 Julai 2014 Ipoh: Sepasang suami isteri mendakwa terpaksa mencagar bayi lelaki mereka berusia lapan bulan kepada seorang wanita untuk mendapatkan pinjaman RM3,500 bagi membayar 15 saman trafik yang tertunggak berjumlah RM2,800. Bagaimanapun, pasangan terbabit mendakwa gagal mendapatkan kembali cahaya mata mereka yang diserahkan kepada ahli perniagaan itu, sedangkan bayi berkenaan perlu dibawa untuk pemeriksaan kesihatan di Hospital Raja Permaisuri Bainun (HRPB). Berikutan itu, pemandu bas, Nages Roa, 38, dan isteri, K Kanagavalli, 31, membuat aduan di Balai Polis Malim Nawar pada 26 Jun lalu. Kanagavalli berkata, dua hari selepas menyerahkan bayinya sebagai cagaran untuk pinjaman itu, dia ingin mengambil semula bayi berkenaan untuk dibawa menjalani pemeriksaan perubatan bagi mendapatkan vaksin seperti ditetapkan oleh pihak HRPB. "Bagaimanapun, wanita itu enggan menyerahkan bayi kami dan sehingga kini, kami gagal mengesannya," katanya pada sidang media, di sini, semalam. |
You are subscribed to email updates from AMKNS To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan