Anak Muda Kampung Nak Senang |
Keadaan akan berbeza jika TUDM pintas MH370 Posted: 08 Apr 2014 07:04 PM PDT 9 April 2014 - Mungkin kesudahan berbeza kepada misteri kehilangan pesawat MH370 sekiranya Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) memintas penerbangan MH370 pada Mac lalu. Menurut bekas Panglima Tentera Udara Malaysia, Jeneral (B) Tan Seri Suleiman Mahmud berkata, satu prosedur biasa sekiranya pesawat tentera udara membuat penerbangan pengecaman pesawat asing di ruang udara negara ini. "Secara logiknya, jika kita melihat MH370 dalam radar yang menghantar isyarat 'blip' secara berterusan hilang seketika daripada radar dan kembali semula di dalam radar, kita boleh menganggap pesawat tersebut adalah pesawat yang sama," katanya. - SINAR HARIAN |
Posted: 08 Apr 2014 06:13 PM PDT 9 April 2014 - Seramai 14 anggota polis yang menyertai Kursus Pemantapan Intergriti di Kem Biro Tatanegara (BTN) Ulu Kenas, Kuala Kangsar dekat sini didapati positif dadah jenis syabu, pil kuda serta ganja selepas menjalani ujian saringan air kencing kelmarin. Dalam ujian saringan yang dijalankan pada pukul 4.58 petang itu, seramai tujuh daripada anggota tersebut didapati positif dadah jenis amphetamine (pil kuda), lima syabu manakala dua lagi delta 9-tetrahidokabinol (THC) atau ganja. - KOSMO |
You are subscribed to email updates from AMKNS To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan