Ahad, 30 Mac 2014

Anak Muda Kampung Nak Senang

Anak Muda Kampung Nak Senang


Tawaran sumbangan bulanan untuk Madrasah Tuan Guru Haji Ibrahim, Rembau

Posted: 29 Mar 2014 09:45 PM PDT


Madrasah Tuan Guru Haji Ibrahim, Kg Bongek Acheh, Rembau menyediakan 3 bentuk pengajian untuk pelajar yang belajar sepenuh masa iaitu :

a) Pengajian Fardhu Ain (Ibtidai)
b) Pengajian Bahasa Arab (I'dadi)
c) Pengajian Menghafaz al-Quran (Tahfiz)

Pada masa akan datang, pihak madrasah juga bercadang untuk membuka bentuk pengajian yang sama kepada para pelajar perempuan, kerana buat masa ini, madrasah hanya boleh menerima pelajar lelaki sahaja kerana tempat yang terhad.

Di sini juga terdapat Sekolah Agama Rakyat untuk pembelajaran bagi anak-anak yang berumur antara 5 ke 12 tahun untuk mendalami pengajian al-Quran, Fardhu Ain, Jawi dan Bahasa Arab.

Alhamdulillah, madrasah ini terus mendapat sumbangan yang berterusan daripada masyarakat setempat, sama ada yang berbentuk bulanan atau derma bermusim.Sehingga kini, madrasah mendapat sumbangan berbentuk bulanan sekitar RM1,000 sebulan daripada para penderma tetap. Namun jumlah tersebut masih belum mencukupi untuk menampung kos pengurusan dan sebagainya yang dianggarkan sekitar RM10,000 sebulan.

Justeru itu, pihak madrasah, meminta jasa kepada mereka yang sudi untuk menyumbang atau menderma kepada pihak madrasah dalam bentuk bulanan.

Selain derma bulanan, pihak madrasah juga mengalukan apa jua bentuk sumbangan sama ada berbentuk barangan atau tenaga.

Segala pertanyaan dan kemusykilan bolehlah berhubung terus dengan Mudir Madrasah iaitu Tuan Haji Mohd Khairuddin bin Haji Yusoff , tel 012-3752240.

Sumbangan boleh dimasukkan ke dalam akaun : Madrasah Islamiah Haji Ibrahim – no. Akaun : 8601034069 Akaun Semasa Bank CIMB Islamic – Cawangan REMBAU.

Tiada ulasan: