Pengikut

Nuffnang

Sabtu, 29 Mac 2014

Anak Muda Kampung Nak Senang

sumber :-

Anak Muda Kampung Nak Senang


Elektrik dipotong tanpa notis surat kuning TNB, pengguna teraniaya

Posted: 28 Mar 2014 05:32 PM PDT


28 Mac 2014

PORT DICKSON – Lantaran menerima banyak aduan penduduk terhadap tindakan syarikat utiliti Tenaga Nasional Berhad (TNB) dalam mengendalikan kes pemotongan bekalan elektrik tanpa notis, Persatuan Penduduk Bandar Springhill mengambil inisiatif melakukan siasatan sendiri.

Pengerusinya, Rosli Nordin, 46, berkata, sejak pertengahan tahun lalu, dia menerima banyak aduan penduduk di kawasan Badar Springhill yang merasa dianiaya kerana pemotongan itu.

"Saya kemudian mengambil pendekatan dengan tidak membayar bil bulanan TNB sehingga berlaku tunggakan. Ternyata saya menerima surat merah daripada TNB bertujuan pemotongan bekalan elektrik.

"Surat berkenaan bertarikh 20 Mac lalu sedangkan ketika itu, saya tidak menerima surat kuning atau surat notis. "Apabila perkara berkenaan diadukan kepada pihak TNB, keesokan harinya barulah saya menerima surat kuning melalui pos yang memaparkan tarikh disampul surat mengenai surat diproses di pejabat pos adalah pada 21 Mac.

"Melalui tarikh ini, ia memang menimbulkan kekeliruan dan syak berkenaan prosedur sebenar TNB dalam mengendalikan kes-kes pemotongan bekalan elektrik," katanya.

Rosli berkata, hampir 30 penduduk menerima nasib hampir sama yang mana tunggakan baharu sebulan atau dua bulan tetapi sudah menerima surat merah untuk pemotongan tanpa menerima surat kuning.

0 ulasan:

Pimpinan

Angkatan Muda

Cabang