Rabu, 12 Mac 2014

Anak Muda Kampung Nak Senang

Anak Muda Kampung Nak Senang


Apakah negara sudah hilang keberkatan?

Posted: 12 Mar 2014 02:56 AM PDT




Tanah perkuburan Islam terbakar
12 Mac 2014

JOHOL – Aktiviti gotong-royong membersihkan tanah perkuburan Islam di Kampung Dingkir bertukar cemas apabila 70 peratus daripada 1.2 hektar tanah perkuburan berkenaan disambar api akibat cuaca panas.

Pengerusi Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan (JKKK) Kampung Dingir, Azam Abas, 50, berkata, kejadian berlaku kira-kira 4.30 petang, Sabtu lalu ketika penduduk selesai membersihkan tanah perkuburan itu.

Katanya, secara tiba-tiba api merebak ke kawasan himpunan daun-daun kering menyebabkan hampir keseluruhan tanah perkuburan disambar api.

"Saya meminta penduduk tidak membuat pembakaran terbuka kerana faktor cuaca kemarau. Kami tidak pasti punca kebakaran itu berlaku, namun besar kemungkinan ia daripada putung rokok.

Tiada ulasan: