Isnin, 6 Januari 2014

PARTI KEADILAN RAKYAT NEGERI SEMBILAN

PARTI KEADILAN RAKYAT NEGERI SEMBILAN


“Arahan polis hanya keluar dua hari sebelum Bersih 3.0″

Posted: 06 Jan 2014 01:20 AM PST

PUTRAJAYA 6 JAN: Polis hanya mengeluarkan perintah melarang memasuki Dataran Merdeka pada saat akhir, dua hari sebelum himpunan 'Duduk Bantah' pada 28 April 2012.
"Perintah tersebut dikeluarkan disaat akhir dan dibuat secara 'ad-hoc' (tergesa-gesa). Dalam masa yang sama ia tidak mengambil keterangan pihak penganjur sebelum mengeluarkan perintah, kata penyelaras Suara Anak Muda Malaysia (SAMM) Badrul Hisham Shahrin
"Ini tidak adil. Mahkamah perlu mengambil keterangan dari kami juga sebagai penganjur," kata CheguBard merujuk hujah peguam Sankara Nair.
"Bila asas untuk pertuduhan (perintah majistret) ini diketepikan, jadi akan ada peluang untuk bebas daripada apa-apa tuduhan," katanya.
azmin_chegubard
Timbalan Presiden KEADILAN, Mohamed Azmin Ali (tengah) dan CheguBard (kanan)
Terdahulu hari ini, Mahkamah Rayuan sebulat suara mengenepikan arahan Majistret Kuala Lumpur. Zaki Asyraf yang mengharamkan perhimpunan Bersih 3.0 pada 2012, bawah Seksyen 98 Kanun Acara Jenayah.
Panel tiga hakim diketuai oleh Datuk Linton Albert mempertimbangkan perintah arahan itu sebagai cacat, ekoran rayuan Timbalan Presiden KEADILAN, Mohamed Azmin Ali dan CheguBard.
Perbicaraan sebutan kedua kes pada 9 Januari 2013 jam 9 pagi di Mahkamah Jalan Duta, Kuala Lumpur.
CheguBard dan Azmin diwakili peguam Sankara Nair dan Datuk Mohd Yusof Zainal Abiden.
Kedua mereka memfailkan rayuan tahun lepas bagi mengetepikan dakwaan di bawah Akta Perhimpunan Aman (PAA) 2012 atas alasan arahan Majistret Kuala Lumpur Zaki Asyraf mengharamkan perhimpunan itu, ultra vires kepada PP

Anwar: Kenapa Harussani diam ketika rakyat ditindas?

Posted: 06 Jan 2014 01:19 AM PST


dsai_puchong
PUCHONG 6 JAN: Ketua Umum KEADILAN, Datuk Seri Anwar Ibrahim mempersoalkan pendirian mufti Perak, Tan Seri Harussani Zakaria ketika rakyat Malaysia terbeban dengan pelbagai kenaikan harga barangan dan perkhidmatan.

"Bila orang kaya rompak, tindas rakyat, kamu diam. Rakyat yang tertindas di bawah, kamu cela. Kamu mewakili siapa sebenarnya? kata Anwar pada program pidato The Asian Renaissance di Centre for Reform Democracy & Social Initiatives, semalam.
"Ini tidak adil. Sepatutnya dengar dulu penjelasan daripada orang yang datang demonstrasi sebelum memutuskan hukuman," tegasnya.
Kata Anwar, Harussaini gopoh dan keterlaluan menuduh peserta himpunan membantah kenaikan harga barang pada malam tahun baru 2014 di Dataran Merdeka sebagai bughah dan dihalalkan darahnya untuk dibunuh.
"Walaupun ini pendapat peribadi mufti , tapi kena ingat. Pendapat ini keterlaluan.
"Masalah orang dicincang (dibunuh) di Mesir, di Syria berpunca daripada pendapat yang sebegitu. Memang bahaya," katanya.
Dalam masa sama, kata Anwar kenyataan akan mendatangkan persepsi negatif terhadap masyarakat bukan Islam..
"Nak jatuhkan hukum itu,dia patut rujuk kepada Jawatankuasa Majlis Fatwa dan ulama', bincang baik-baik, lebih-lebih lagi dalam isu bughah ini.
"Kita patut ambil sikap menyampaikan dengan baik, bukan menghukum. Isu ini menyebabka kekeliruan dikalangan umat dan kebencian dikalangan bukan Islam," ujarnya.
Short URL: http://www.keadilandaily.com/?p=58011

Anwar: ADUN DAP jangan gopoh buat kenyataan

Posted: 06 Jan 2014 01:12 AM PST

dipetik daripada Malaysiakini


Ketua pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim menyelar ADUN DAP Selangor yang menurutnya bertindak gopoh dengan membangkitkan cadangan untuk meminda enakmen berhubung pengembangan agama ke atas orang bukan Islam di negeri itu.

Anwar dalam kenyataannya yang dipetik dalam laporan Sinar Harian menyebut, para ADUN berkenaan sepatutnya menggunakan saluran dalam kerajaan negeri dan juga melalui Pakatan Rakyat untuk membincangkan isu tersebut.

"Saya juga tidak setuju dengan usul yang dikemukakan ADUN DAP, sementara kita tidak setuju dengan tindakan gopoh, kita juga jangan beri pandangan gopoh.

"Jangan gopoh minta pindaan dan sebagaiunya kerana ada saluran, kita kena bincang, kerajaan negeri pula kerajaan Pakatan Rakyat," katanya.

Pindaan yang dituntut oleh ADUN DAP tersebut merujuk kepada Enakmen Agama Bukan Islam Selangor (Kawalan Pengembangan di Kalangan Orang Islam) 1988.

Antaranya, ADUN Damansara Utama Yeo Bee Yin yang mahu pindaan itu dibuat kerana mendakwa Jabatan Agama Islam Selangor bertindak sewenang-wenang ke atas pejabat Bible Society Malaysia di Petaling Jaya, 2 Januari lalu dengan bidang kuasa undang-undang tersebut.

"Kami ingatkan JAIS bahawa enakmen itu hanya terpakai untuk mengawal penyebaran agama lain kepada umat Islam.

"Ia tidak boleh sama sekali diguna untuk halang sesiapa daripada amalkan agama dengan bahasa pilihan mereka," katanya seperti dipetik dalam laporan lidah parti DAP, Roketkini pada keesokan harinya.

Beliau mengeluarkan kenyataan itu bersama ADUN Bukit Gasing, Rajiv Rishyakaran dan ADUN Kampung Tunku, Lau Weng San.

ADUN berkenaan mempertikaikan peruntukan Sekyen 9 Enakmen tersebut yang menggariskan kesalahan sekiranya menggunakan 34 istilah Arab untuk menyampaikan kepercayaan dan konsep selain agama Islam.

Menurut peruntukan tersebut, ia menjadi kesalahan sekiranya dilakukan melalui kenyataan atau ucapan awam, ucapa dalam perjumlaan atau kepada individu, dan dalam kenyataan atau ucapan yang diketahui akan disiarkan.

Sebanyak 34 istilah tersebut antara lainnya termasuk 'Allah', 'Hadith', 'Alhamdulillah' dan 'InsyaAllah'.

Wakil rakyat berkenaan menyebut, peruntukan itu bertentangan dengan Perkara 11(1) dan Perkara 11(3) Perlembagaan Persekutuan, yang memberikan setiap warga hak untuk menganut, mengamalkan dan menguruskan agamanya sendiri.

"Enakmen itu perlu selaras dengan Perkara 11(4) Perlembagaan Persekutuan, yang menyatakan 'undang-undang negeri dan Wilayah Persekutuan boleh mengawal penyebaran agama lain kepada umat Islam', tetapi tidak boleh mengawal hak orang bukan Islam amalkan agama mengikut cara mereka," kenyataan itu dipetik.

Operasi JAIS itu turut melibatkan rampasan ke atas 321 naskhah Bible versi bahasa Melayu.

Mahkamah Rayuan ketepi pengharaman BERSIH 3.0

Posted: 05 Jan 2014 10:48 PM PST

dipetik daripada Malaysiakini


Mahkamah Rayuan hari ini sebulat suara mengetepikan arahan Majistret Kuala Lumpur Zaki Asyraf yang mengharamkan perhimpunan BERSIH 3.0 pada 2012, bawah Seksyen 98 Kanun Acara Jenayah (KAJ).

Panel tiga anggota, diketuai oleh Hakim Datuk Linton Albert, mempertimbangkan perintah arahan itu sebagai cacat, ekoran rayuan oleh Timbalan Presiden PKR Azmim Ali dan Ketua PKR Rembau Badrul Hisham Shaharin.

Hakim lain termasuk Datuk Seri Zakaria Sam dan Datuk Wong Dak Wah.

Azmin diwakili oleh Datuk CV Prabhakaran sementara bekas timbalan peguam cara negara Datuk Mohd Yusof Zainal Abiden, yang bersara dan memasuki sektor swasta, serta peguam Sankara Nair mewakili Badrul.

Azmin dan Badrul memfailkan rayuan tahun lepas untuk mengetepikan pendakwaan terhadap mereka bawah Akta Perhimpunan Aman (PAA) 2012 atas alasan arahan Zaki mengharamkan perhimpunan itu ultra vires kepada PPA.

Alasan lain dikemukakan, arahan majistret yang berkuat kuasa pada 30 Jan 2012 itu melebihi bidang kuasanya.

Blog pro-Umno dedah PM ada jet mewah baru?

Posted: 05 Jan 2014 09:21 PM PST

Dua blog pro-Umno bigdogdotcom dan Rocky's Bru mempersoalkan sama ada Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak kini terbang ke seluruh negara menggunakan jet mewah baru.
Dalam tulisan di blog tersebut kedua mereka membangkitkan pesawat Airbus ACJ320 dengan nombor 9H-AWK – dikenali "Perdana 2″ atau "NR2″ – yang kebetulan sama dengan huruf singkatan Najib.
bigdog_macai_Dr_Mahathir
Pesawat itu didaftarkan di Malta dan disewa daripada kumpulan penerbanganComlux, lapor Malaysiakini.

Menurut laman web penerbangan itu Aviation Week, Jet Premier One (M) Sdn Bhd, syarikat yang menguruskan penerbangan orang kenamaan di Malaysia, termasuk Najib, ada menyewa Airbus ACJ320 daripada Comlux.
Sewaan itu dikatakan bertujuan menggantikan sementara pesawat yang biasa digunakan Najib, Airbus ACJ319.
rocky_bru
ACJ319 dengan nombor 9M-NAA beroperasi menggunakan nama "NR1" atau "Perdana 1" dan merupakan pesawat rasmi perdana menteri, sama seperti Air Force One yang digunakan presiden Amerika Syarikat.

Kedua-dua blogger pro-Umno ini dikatakan penyokong kuat bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir.
Short URL: http://www.keadilandaily.com/?p=57996

Tiada ulasan: