Anak Muda Kampung Nak Senang |
- Judi halal untuk golongan berpendapatan tinggi
- Fatwa Pertukaran Cuti Hujung Minggu Dari Hari Jumaat Ke Hari Ahad
- Kurang petugas jabatan kerajaan punca gangguan monyet liar tidak dapat dikawal
- Cuti Ahad, Malaysia satu-satunya negara yang memeningkan para pelabur
- Pencuri lembu pun ambil langkah berjimat cermat
- Lembu pun jadi mangsa culik di Malaysia
- Program Pelancaran Alternatif Riding Club (ARC) Negeri Sembilan
- Kalau dilanggar, jangan berhenti, mesti lari untuk elak dirompak
- Berapa ramai pelatih wanita PLKN gagal ujian kehamilan?
- Setelah 10 tahun PLKN, apa hasilnya?
Judi halal untuk golongan berpendapatan tinggi Posted: 06 Jan 2014 05:24 AM PST 6 Jan 2014 - PDRM TUBUH SKUAD KHAS BANTERAS JUDI HARAM. Sebuah pasukan khas akan diwujudkan bagi membanteras kegiatan judi haram yang menjadikan golongan berpendapatan rendah sebagai sasaran utama oleh Polis Diraja Malaysia (PDRM). Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi berkata, pihaknya akan bekerjasama dengan pasukan tersebut dengan melibatkan keseluruhan peringkat iaitu balai polis, ibu pejabat polis daerah dan ibu pejabat polis kontinjen yang akan sama-sama turun padang. |
Fatwa Pertukaran Cuti Hujung Minggu Dari Hari Jumaat Ke Hari Ahad Posted: 05 Jan 2014 08:40 PM PST Tindakan menjadikan Hari Ahad sebagai hari cuti mingguan adalah tindakan membesarkan hari tersebut sebagaimana penganut Kristian membesarkannya. Dengan berbuat demikian kita telahpun mengikut jalan dan jejak langkah mereka. Sedangkan Rasulullah saw bersabda: "Sesiapa yang menyerupai atau mencontohi cara hidup sesuatu kaum (bukan Islam) maka dia tergolong dari kalangan mereka." Islam tidak mewajibkan cuti pada mana-mana hari pun dalam seminggu, oleh kerana keadaan dan suasana masyarakat pada hari ini memerlukan cuti rehat dalam seminggu, maka bolehlah dipilih hari tertentu untuk dijadikan cuti mingguan, namun begitu, hari cuti tersebut tidak boleh mengikut kebiasaan masyarakat Kristian yang bercuti pada hari Ahad dan merupakan hari penganutnya pergi ke gereja. Masyarakat Islam telah biasa dan sebati bercuti pada hari Jumaat dan menjadikannya sebagai hari bekerja menimbulkan banyak keburukan dan kesulitan seperti bagi pekerja kilang dan pelajar sekolah yang tidak dapat hadir ke masjid untuk menunaikan solat Jumaat. Sumber dari Portal Rasmi Fatwa Malaysia di http://www.e-fatwa.gov.my/fatwa-negeri/pertukaran-cuti-hujung-minggu-dari-hari-jumaat-ke-hari-ahad-0 |
Kurang petugas jabatan kerajaan punca gangguan monyet liar tidak dapat dikawal Posted: 05 Jan 2014 08:01 PM PST 6 Januari 2014 JASIN - Penduduk di beberapa kawasan di Dun Serkam, terutamanya di sekitar Serkam, Pulai dan Tedong, hidup dalam kebimbangan ekoran kemunculan hampir setiap hari, sejak lima tahun lalu, keluarga macaca (macaque) atau nama umumnya monyet ini. Penduduk Kampung Sempang Timur, Sapiah Muhammad, 59, berkata, lebih 100 ekor monyet berkeliaran setiap hari tanpa mengira masa dan semakin aktif akhir-akhir ini. "Malah, murid-murid juga sering diganggu dan dikejar sekumpulan monyet ketika pulang dari sekolah. Kita bimbang keselamatan anak-anak ini," katanya. "Kita juga sudah ajukan perkara ini kepada Jabatan Perlindungan Hidupan Liar dan Taman Negara (Perhilitan) negeri, namun kita dimaklumkan mereka kekurangan anggota untuk menangani masalah ini," katanya. |
Cuti Ahad, Malaysia satu-satunya negara yang memeningkan para pelabur Posted: 05 Jan 2014 06:23 PM PST Tahukah kita hanya Malaysia satu-satunya negara di dunia ini yang wilayah atau negeri dalam sesebuah negara yang hari bekerja dalam seminggu tidak selaras. Tidak ada negara lain dalam dunia yang boleh mencontohi Malaysia dalam isu hari bekerja ini. Untuk penganut agama Kristian hari Ahad ialah khusus "Hari Untuk Tuhan" atau "Lord's Day". In some Christian traditions, Sunday is the "Lord's Day" and the day of rest and worship. In other Christian traditions, they recognize the solar calendar and their day of rest is from noon on Saturday to noon on Sunday |
Pencuri lembu pun ambil langkah berjimat cermat Posted: 05 Jan 2014 05:37 PM PST |
Lembu pun jadi mangsa culik di Malaysia Posted: 05 Jan 2014 05:21 PM PST KULIM 5 Jan. 2014 - Cubaan dua lelaki untuk mencuri empat ekor lembu dengan cara membius sebelum menyumbat kesemua haiwan itu di dalam sebuah kereta semalam, tidak berjaya selepas kenderaan tersebut terpaksa ditinggalkan di Kampung Siam, Lunas di sini kerana rosak. Kesemua lembu itu disumbatkan di dalam kereta jenis Proton Wira berkenaan yang telah diubah suai di ruang tempat duduk penumpang belakang. Timbalan Ketua Polis Daerah Kulim, Deputi Supritendan Chin Su Song memberitahu, kejadian itu disedari seorang penternak di Sungai Lembu, Bukit Mertajam di sini kira-kira pukul 5 pagi selepas mendapati empat ekor haiwannya hilang. "Kita sedang mengesan pemilik kenderaan berkenaan. Siasatan akan dijalankan di bawah Seksyen 379 Kanun Keseksaan," katanya. |
Program Pelancaran Alternatif Riding Club (ARC) Negeri Sembilan Posted: 05 Jan 2014 05:21 PM PST |
Kalau dilanggar, jangan berhenti, mesti lari untuk elak dirompak Posted: 05 Jan 2014 03:36 PM PST 6 Jan 2014 Serdang: "Saya berjalan hampir dua kilometer dalam keadaan berlumuran darah untuk meminta bantuan selepas ditembak. "Ketika itu saya hanya memikirkan keselamatan isteri yang dilarikan penjenayah terbabit bersama kereta," kata Nazaruddin Mat Ali@Ibrahim, 35. Dia dan isteri menjadi mangsa samun langgar lari dua lelaki dan ditembak dari jarak dekat apabila cuba melawan penyamun terbabit ketika melalui Lebuhraya Lembah Klang Selatan (SKVE) menghala Kajang, dekat sini, jam 12.15 tengah malam kelmarin. Suspek dipercayai berusia 20-an bukan saja melarikan Honda Accord berwarna emas milik Nazaruddin, malah menculik isterinya, Alawiyah Harun, 36, yang berada dalam kenderaan itu sebelum memecut laju dari tempat kejadian. Bagaimanapun, wanita terbabit terselamat dan tidak dicederakan walaupun dilarikan suspek kira-kira 12 kilometer sebelum dibebaskan selepas penjenayah merampas barang kemas, telefon bimbit dan wang tunai serta meninggalkannya di tepi jalan di Seksyen 4 Bandar Baru Bangi. |
Berapa ramai pelatih wanita PLKN gagal ujian kehamilan? Posted: 05 Jan 2014 03:22 PM PST Berapa ramai pelatih PLKN pengambilan Januari 2014 gagal ujian kehamilan? Adakah kerajaan boleh memberi jaminan selepas ini tiada lagi kes buang bayi atau kes kehamilan di kem-kem PLKN? Ujian kehamilan wajib bagi bakal pelatih PLKN 19 Ogos 2013 Semua pelatih wanita kini diwajibkan menjalani ujian kehamilan sebelum menyertai Program Latihan Khidmat Negara (PLKN), kata Ketua Pengarah Jabatan Latihan Khidmat Negara Datuk Abdul Hadi Awang Kechil. Menurut Kementerian Pertahanan, sejak PLKN dilaksanakan dari 2004 hingga kini, terdapat enam kes pelatih melahirkan bayi semasa menjalani program itu. - Bernama |
Setelah 10 tahun PLKN, apa hasilnya? Posted: 05 Jan 2014 03:02 PM PST Adakah lulusan PLKN mudah dapat kerja? Adakah lulusan PLKN mudah masuk IPTA? Adakah lulusan PLKN mudah dapat biasiswa? Adakah lulusan PLKN tidak perlu bayar pinjaman PTPTN? Adakah lulusan PLKN tidak terjebak dalam gejala sosial, dadah, zina, merempit, jenayah dan sebagainya? Kerajaan telah membelanjakan sebanyak RM 4.36 bilion untuk melahirkan 629,052 pelatih PLKN. Dengan RM 4.36 bilion juga sepatutnya boleh menampung kos pembiayaan pinjaman PTPTN untuk pelajar ijazah pertama di IPTA selama setahun kepada seramai 670,769 orang mahasiswa serta mahasiswi. Dapatkah sijil ISO mengatasi segala masalah di kem PLKN sebelum ini dengan kes gaduhnya, kes rusuhannya, kes buang bayinya? Adakah 90 peratus kem PLKN yang tidak ada sijil ISO tidak selamat? Lagi berita kes gaduh, rusuhan, melahirkan anak luar nikah, keracunan makanan di PLKN di http://beritaplkn.blogspot.com Operator PLKN diberi masa 6 bulan dapatkan ISO 5 Jan 2013 Semua operator Program Latihan Khidmat Negara (PLKN) diberi tempoh enam bulan untuk mendapatkan pensijilan MS ISO 9001:2008 bagi membolehkan mereka terus menguruskan operasi di kem-kem PLKN seluruh negara. Menteri Pertahanan, Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein berkata, pada masa ini hanya 10 peratus daripada operator yang sedang menguruskan 79 kem PLKN seluruh negara telah mempunyai sijil tersebut. |
You are subscribed to email updates from AMKNS To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan