Sabtu, 6 Julai 2013

Suara Sri Andalas

Suara Sri Andalas


Permohonan RM 105 juta Tambahan Untuk Biayai Skim Air Percuma Mei hingga ke Disember

Posted: 05 Jul 2013 11:28 PM PDT

SHAH ALAM 5 JULAI : Kerajaan Selangor memohon peruntukan tambahan RM 105 juta bagi meneruskan skim pemberian 20 meter padu air percuma di Selangor bagi tempoh Julai hingga Disember tahun ini.

Menteri Besar, Tan Sri Abdul Khadli Ibrahim berkata, peruntukan itu diperlukan kerana peruntukan sebelumnya hanya menampung kos program tersebut sehingga Mei lalu iaitu sebelum Pilihanraya Umum 13 (PRU13).

Maka dengan itu, katanya, Kerajaan Negeri membuat pembayaran bagi kos air percuma kepada Syarikat Bekalan Air Selangor (Syabas) hanya untuk tempoh Januari hingga ke Mei.

Keputusan untuk diambil di dalam belanjawan 2013 kerana sekiranya Kerajaan Negeri yang lain mengambilalih selepas PRU 13, pentadbiran itu tidak dipaksa untuk meneruskan dasar itu.

"Jika menang pilihanraya, kita teruskan program pemberian air percuma ini. Keputusan ini dibuat kerana kita tidak mahu membuat keputusan bagi pihak lain.

"Tetapi dalam manifesto PR, kita telah senaraikan mengenai usaha meneruskan bantuan air percuma ini," katanya kepada media selepas Dewan Negeri Selangor (DNS) ditangguhkan di sini hari ini.

Permohonan RM 105 juta itu sebahagian daripada permohonan perbelanjaan tambahan sebanyak RM 761 juta yang dibuat melalui satu enakmen di dalam DNS.

Daripada RM 105 juta, RM 83 juta adalah bagi menampung bayaran program pemberian air percuma bagi Julai hingga hingga Disember 2013.

Manakala RM 22 juta bagi menampung semula peruntukan sedia ada yang telah digunakan bagi bayaran program itu bagi Mei hingga Jun lalu.

Sumber: Selangorku

Pendapatan Peserta Program Keusahawanan Selangor Naik Sehingga 40 Peratus

Posted: 05 Jul 2013 11:26 PM PDT

SHAH ALAM 5 JULAI : Usahawan belia dan wanita muda yang menyertai program bimbingan perniagaan Kerajaan Negeri melaporkan bahawa pendapatan mereka meningkat sebanyak 30 hingga 40 peratus apabila mereka mempraktikan latihan tersebut.

Exco Pembangunan Usahawan Sains, Teknologi dan Inovasi, Dr Daroyah Alwi berkata bagaimanapun peserta tidak mengemukakan rekod peningkatan itu kerana perusahaan mereka ialah industri kampung dan mereka tidak mempunyai penyata aliran tunai dan penyata bank.

Daroyah juga berkata bengkel dan program usahawan mencatatkan permintaan yang menggalakkan apabila jumlah peserta meningkat ke 7,706 pada tahun 2013, daripada 220 pada 2008.

Antara program yang disediakan ialah kursus pensijilan, pembungkusan, kursus asas keusahawan dan rancangan perniagaan.

Program yang tidak melibatkan latihan pula merangkumi Dana Industri Kampung, Promosi Produk Usahawan dan lawatan ke premis perusahaan yang dijalankan sekali setahun.

Beliau berkata demikian ketika yang menjawab pertanyaan Adun Permatang Sulaiman Abdul Razak (BN) di dalam sidang Dewan Negeri Selangor hari ini.

Dalam pada itu, Daroyah memaklumkan Selangor kini menjadi juara dalam pensijilan halal berikutan ketika ini, 40 peratus daripada permohonan sijil halal di Malaysia datangnya dari Selangor.

Sumber: Selangorku

AES: Kerajaan Ambil Dari Mana Bayar RM13 juta

Posted: 05 Jul 2013 11:23 PM PDT

KUALA LUMPUR: Jawatankuasa Kempen Anti saman Ekor (Kase) meminta Kementerian Pengangkutan menjelaskan dari sumber mana RM13,550,758.00 diambil bagi membayar fi perkhidmatan kepada syarikat pembekal Sistem Penguatkuasaan Automatik (AES).

Penasihat Undang-Undang Kase, Zulhazmi Shariff yang merujuk kepada jawapan bertulis Kementerian Pengangkutan kepada Ahli Parlimen Sepang, Mohamed Hanipa Maidin yang menyatakan sehingga 15 Mei lalu, kerajaan telah membayar fi perkhidmatan (contract service fee) kepada syarikat penyedia perkhidmatan AES sebanyak RM13,550,758.

Bayaran itu dibuat berpandukan kepada perjanjian antara kerajaan dengan syarikat penyedia perkhidmatan.

"Kita minta pihak kementerian menjelaskan kepada rakyat dari mana sumber kewangan itu diperolehi bagi membayar fi perkhidmatan kepada syarikat pembekal, RM13 juta bukan satu jumlah yang kecil.

"Kita semua tahu tidak semua pesalah jalan raya yang menerima saman AES membuat pembayaran dan di bawah kendalian Kase juga ada beberapa kes, bagaimana kerajaan boleh bayar RM13 juta itu kepada syarikat pembekal," ujar beliau kepada Harakahdaily.

Tambah beliau, Kementerian Pengangkutan juga turut memberitahu sehingga 11 Jun sejak AES dikuatkuasa pada 23 September 2012 sebanyak 673,339 saman AES telah dikeluarkan oleh pihak Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ).

Namun katanya lagi, adakah dari jumlah saman yang dikeluarkan itu telah dijelaskan bayaran kompaun atau denda oleh penerima saman.

"Mengikut rekod Kase terdapat lebih daripada 100 saman AES yang telah dibawa ke mahkamah telah dibatalkan oleh mahkamah sama ada dengan dilepaskan tanpa dibebaskan atau dilepaskan dengan amaran.

"Ini bermakna lebih 100 saman telah tidak dibayar oleh penerima saman atas arahan dari mahkamah, selain itu juga di Mahkamah Majistret Putrajaya pada 10 Disember tahun lalui dari 18 kes saman AES hanya 13 daripadanya mengaku salah dan dikenakan dengan tetapi lima darinya dilepaskan tanpa dibebaskan.

"Begitu juga di Mahkamah Kuala Lumpur juga situasi yang sama, jadi dari kes tersebut adalah tidak masuk akal kerajaan mengeluarkan RM13 juta untuk dibayar kepada syarikat pembekal sedangkan ada saman yang dilepaskan dan tidak perlu dibayar oleh penerima saman," ujar beliau.

Zulhazmi turut menyatakan ia merupakan statistik yang berada di dalam rekod Kase tanpa mengambilkira yang tidak direkodkan di luar sana. Berdasarkan statistik ini sahaja jelas bahawa bukan semua 673,339 saman yang telah dikeluarkan sejak 23 September 2012 telah dijelaskan.

Dalam pada itu, beliau turut mempersoalkan perkiraan yang digunakan oleh kerajaan dalam membayar sejumlah RM13,550,758 kepada syarikat pembekal kamera tersebut.

Jelasnya, mengikut Model Kewangan Dengan Formula Tiga Langkah yang menjadi panduan pembayaran fi perkhidmatan oleh Kerajaan kepada syarikat, syarikat hanya akan layak menerima RM16 daripada setiap RM300 denda atau kompaun yang dibayar oleh penerima saman AES.

"Diandaikan semua 673,339 saman AES telah dibayar, kerajaan hanya perlu membayar kepada syarikat penyedia perkhidmatan sebanyak RM10,773,424 sahaja bukan RM13,550,758.

"Jadi bagaimana kerajaan membuat kiraan dalam menjelaskan bayaran fi perkhidmatan tersebut yang jauh lebih tinggi daripada jumlah sepatutnya. Menjadi persoalan kepada kita juga ialah jumlah 673,339 saman telah dikeluarkan sehingga 11 Jun 2013 tetapi bayaran RM13,550,758 tersebut adalah setakat 15 Mei 2013 yang mana sepatutnya lebih rendah daripada itu," sambungnya.

Beliau mendesak kerajaan supaya mendedahkan butiran perjanjian tersebut kerana khuatir terma-terma perjanjian adalah menguntungkan syarikat swasta berbanding Kerajaan.

Menurut beliau, kerajaan sepatutnya memikirkan kepentingan rakyat melebihi kepentingan syarikat swasta dalam melaksanakan sesuatu tindakan.


Sumber: Harakahdaily

Menyampaikan Sumbangan Kepada Gereja Christ the King

Posted: 04 Jul 2013 11:32 PM PDT

Bersama YB William Leong dan YB Theresa Kok menyampaikan sumbangan RM100,00 daripada Kerajaan Negeri Selangor kepada Church of Christ the King







The Spirit of Lubok Kawah/Semangat Lubok Kawah

The Spirit of Lubok Kawah/Semangat Lubok Kawah


Keluar dari PAS -- sambungan.

Posted: 06 Jul 2013 04:31 PM PDT

Bukan senang saya mahu keluar dari PAS.  Saya telah ditawarkan keluar dari PAS oleh seorang pembesar tertentu di Pahang jika saya mahu mengelakkan diri dari tahanan ISA, dia boleh angkat talipon dan berhubung terus dengan Dato Musa Hitam, jika saya mahu.  Dan dia telah dimaklumkan bahawa saya akan ditahan di bawah ISA oleh Dato Musa Hitam.  Siapa pembesar Pahang ini?  Sebenarnya, bukan rahsia, tetapi tidak manis dimasukkan didalam tulisan saya ini.  Semasa dia memanggil saya berjumpanya di Kuala Lumpur itu dia ditemani oleh seorang bekas Menteri, Dato Shariff Ahmad.

Didalam kereta saya pada waktu itu penuh dengan tape-tape Tuan Guru Haji Nik Abdul Aziz, iaitu tape-tape Kuliahnya di Dewan Zulkifli, Kota Bharu dan tape-tape Tuan Guru Haji Abdul Hadi Awang.  Oleh kerana saya terlalu banyak masa diatas jalan raya untuk pergi ke tempat-tempat ceramah yang berjauhan, tidak ada kesempatan semasa itu untuk menghadirkan diri ke majlis-majlis ceramah, maka tape-tape itulah menjadi kuliah saya.

Mungkin juga orang tidak mengetahui bahawa sebelum saya menyertai PAS, pendapatan bulanan peribadi saya melebihi RM20,000.00 sebulan hasil dari pendapatan firma guaman saya; tetapi setelah saya menyertai PAS segala punca pendapatan saya tersekat kerana semua panel guaman saya yang ada hubungkait dengan kerajaan yang selama ini memberikan pendapatan besar kepada firma guaman saya telah ditarik.

Pendapatan firma saya selepas itu hanya cukup untuk membayar gaji staff, bayar sewa pejabat, bayar bil air, api dan talipon dan perkara seumpama itu sahaja, manakala pendapatan saya sendiri pun tidak ada.  Saya tak taulah kalau itu tidak dinamakan pengorbanan.  Tapi ada saya kisah?

Saya mencari pendapatan dengan jalan lain.  Saya dan team saya Man Kadir menyediakan buku-buku jualan, tape-tape jualan, dan untung dari situlah digunakan untuk perjalanan kami.  Dan kadang-kadang kami terpaksa menerima pemberian dari PAS-PAS kawasan yang memanggil saya berceramah.

Jawapan saya mudah sahaja, "Saya berjuang dalam politik bukan untuk kepentingan diri saya, saya sedar bahawa apabila saya berpolitik didalam keadaan politik di Malaysia ini, sebelah kaki saya berada didalam penjara, dan sebelah kaki lagi di luar penjara."

Dia nampak macam sedih (tapi tak taulah betul atau tidak), dia nyatakan bahawa, "Kita dah berkenalan dan berkawan, dan jika you masuk ISA, kawan pun sedih juga."

Itulah sebenarnya kedudukan saya dengan PAS.  Saya menyelami dan mendalami ilmu ugama melalui ulama-ulama dan ustaz-ustaz didalam PAS.  Bagi saya tidak ada makna langsung kalau seseorang itu hanya mengaku berugama Islam, tetapi pengajian ugama pun dia tidak perdulikan, tuntutan ugama pun dia tidak perdulikan, bahkan dia tidak suka dengan dasar-dasar Islam, dan dia tidak mahu hukum-hukum Islam dilaksanakan, bahkan dia mengatakan bahawa jika Islam dilaksanakan maka negara ini akan menjadi mundur dan huru hara.

Di dalam Mustika Hadis yang dikeluarkan oleh Jabatan Perdana Menteri, orang yang berpendirian seperti ini terkeluar dari ugama Islam!!!

Hasil daripada perjumpaan saya dengan Pembesar itu saya lapurkan kepada pimpinan PAS Pahang.  Maka dengan segeranya PAS Pahang mengadakan mesyuarat di rumah Sdr Rusdi Ariff, di Pekan, Pahang.

Saya dikehendaki membuat lapuran kepada mesyuarat itu.  Dan setelah lapuran dibuat, Ketua Dewan
Ulamak PAS Pahang mengeluarkan satu arahan (nak katakan fatwa tu, tidaklah) bahawa mana-mana ahli PAS yang bertemu dengan Pembesar itu akan diambil tindakan disiplin.  Ahli-ahli PAS tidak dibenarkan mengadakan hubungan dengan Pembesar itu yang dianggapnya Munafik. "Haram berjumpa Pembesar itu."

Seorang demi seorang memberikan sokongan kepada pandangan beliau kecuali Sdr Rusdi Ariff, Ustaz Ishak dan Cikgu Haji Hashim.

Saya cukup tertekan pada waktu itu dan saya membuat ikrar bahawa saya tidak akan bertemu lagi dengan Pembesar berkenaan dan semoga semua Jawatankuasa PAS Pahang juga akan patuh kepada arahan Ketua Dewan Ulamak PAS Pahang itu.

Saya lapurkan juga pertemuan saya dengan Pembesar itu dan keputusan PAS Pahang mengenainya kepada Tuan Haji Yusof Rawa, Yang di Pertua PAS Pusat pada waktu itu, dan beliau mengatakan bahawa beliau berasa pelik juga kenapa tak boleh berjumpa, "Bukan kita nak menyerah diri?  Hubungan antara kita dengan Pembesar itu adalah baik untuk perjuangan!!"katanya.  Bercelaru juga fikiran saya, ada Ulamak kata haram dan Presiden PAS pula kata tak jadi masalah.

Sebenarnya bukan masalah bertemu dengan Pembesar itu yang menjadi fokus kepada sesetengah pimpinan PAS Pahang pada waktu itu.  Mereka sebenarnya tidak mahu saya aktif melampau-lampau didalam PAS sedangkan saya orang baru dan saya bukan pulak terdiri daripada golongan Ulamak.

Semasa Muktamar PAS berlangsung 4 orang dari Pahang telah dicalonkan untuk menduduki Jawatankuasa PAS Pusat termasuklah Sdr Rusdi, Ketua Dewan Ulamak itu, seorang pemimpin dari Raub dan saya sendiri.

Rusdi menang selesa, saya hampir menang, tetapi yang dua lagi itu terlalu jauh di anak mata yang rendah.  Inilah punca sebenarnya.  Dan mereka ini tidak bersetuju saya memberi ceramah ke seluruh negara, walhal, apa yang saya ceramahkan pada waktu itu tidak ada kemahiran kepada mereka iaitu isu-isu peneroka Felda dan isu-isu undang-undang berhubung dengan Pindaan Perlembagaan mengenai kedudukan Raja-Raja Melayu yang dicadangkan oleh UMNO.

PAS Pahang macam berbelah dua, satu dipimpin oleh Rusdi Arif dan satu lagi oleh Ketua Dewan Ulamak PAS Pahang (tak baik kalau nak sebut namanya, dia pun sudah meninggal dunia).  Fitnah memfitnah berlaku berleluasa.

Pada awal tahun 1985 saya ditahan di bawah ISA dan di penghujung tahun 1986 saya dibebaskan bersyarat iaitu dibuang daerah ke Malaka.  Saya tinggal di Batu Berendam.  Ramai juga yang melawati saya dari kalangan orang-orang PAS seluruh Negara dan tidak kurang juga dari Pahang.  Diantara yang melawat saya adalah Ketua Dewan Ulamak PAS Pahang itu bersama isterinya.

Dia berhajat tinggal bermalam di rumah saya.  Tetapi selepas makan tengah hari itu, dia dengan bangganya menceritakan pertemuan diantara Jawatankuasa PAS Pahang dengan Pembesar itu.  Lihat dari ceritanya, cukup seronok dia bertemu dengan Pembesar tersebut.

Saya tidak mencelah.  Panjang cerita keseronokannya itu. Tetapi setelah dia selesai, saya pun bertanya dengan ikhlas kepadanya, "Ustaz tak salah ker bertemu dengan Pembesar tu?"  Tanpa berfikir panjang dia berkata, "Salah apa?"

Saya ingatkan kepada Ustaz itu bahawa saya dijemput oleh Pembesar itu bertemunya, Ustaz kata HARAM, kerana Pembesar itu adalah seorang Munafik!!!

Wah.....bukan main marah dia, paku buah keras dia saya kembalikan kepada dia.  Dia terus berteriak kepada isterinya di bahagian belakang rumah bersama isteri saya dan terus berkata, "(Dia sebut nama isterinya) mari kita pulang sekarang." "Sekarang!" ulangnya lagi.  Dan Ustaz itu keluarlah dari rumah saya dengan tidak bersalam lagi dengan saya.

Tak apalah.  Saya teringat akan cerita seorang Ustaz yang menerima kunjungan dari orang kampung membawa ikan yang sangat besar dan orang kampung itu meminta apa hukumnya mengenai ikan itu kerana kolam dia bersempadan dengan kolam orang lain dan tidak ada empangan antara dua kolam itu, boleh tak dia makan ikan itu.  Ustaz itu berkata "Tak boleh, haram.  Kerana awak pun tak tahu, entah ikan awak atau ikan orang sebelah."

Orang kampung itu berpuas hatilah dengan penerangan ustaz itu.  Dan sambil dia keluar dari rumah dia juga berkata, "Saya ingat jika tak jadi masalah, saya nak beri sebelah kepala ikan itu kepada ustaz."

Ustaz itu terus berkata, "Tunggu dulu, biar saya tengok dalam kita."  Kemudian dia berkata, "Harus."

Cerita itu  saya petik dari ucapan Ustaz Buniyamin Yaakub, penceramah hebat zaman itu, yang berceramah di Temerloh.

(Maaf ya, bukan nak menghina ustaz tetapi sebagai kiasan sahaja).

Selepas itu rupa-rupanya asakan fitnah terhadap saya dari kumpulan tertentu di Pahang menjadi-jadi.  Seorang guru ahli PAS dari Kuala Lipis mengambil sikap yang begitu buruk terhadap saya.  Diantara fitnah yang dilimparkan kepada saya ialah saya sedang merancang melalui Tuan Guru Haji Hadi untuk menggulingkan Ustaz Fadhil Nor.  Fitnah ini berjalan buat seketika sehinggalah ia sampai ke telinga saya.

Saya cukup geram dengan fitnah yang biadap ini.  Hubungan saya dengan Ustaz Fadhil cukup akrab.  Kalau saya ke Kedah, di rumah Ustaz Fadhillah saya menumpang tidur, dan kalau Ustaz Fadhil berada di Temerloh di rumah sayalah tempat dia tidur dan makan.

Setelah fitnah ini berjalan beberapa bulan dan akhirnya sampai ke telinga saya, saya pun menalipon kepada Ustaz Fadhil bertanya kepada beliau samada beliau ada mendengar fitnah ini dari beberapa sumber.  Maknanya ramai orang yang telah memberitahu Ustaz Fadhil.

Saya bertanya Ustaz Fadhil, "Ustaz yakin ker bahawa saya sedang merancang dengan Ustaz Hadi untuk menggulingkan Ustaz?"

Jawapan dari Ustaz Fadhil cukup mengeciwakan saya.  Saya menangis mendengar jawapan darinya, tak sangka Ustaz Fadhil termakan dengan fitnah itu.

"Mungkin..." itulah jawapan dari Ustaz Fadhil menyebabkan saya menangis, keciwa dan tawar hati dengan PAS.  Saya tidak mengambil masa yang panjang selepas itu, saya isytiharkan diri keluar dari PAS.

Walaupun berbagai pihak di dalam PAS membuat pelbagai cerita dengan tambahan fitnah terhadap saya kenapa saya keluar dari PAS, saya rahsiakan perkara ini, tetapi didalam keadaan kesihatan saya yang tidak menentu ini, dan pemergian saya mungkin sudah tidak lama lagi, maka saya luahkan juga supaya anak cucu saya tahu cerita sebenarnya.  Cerita dan kisah saya ini adalah untuk anak cucu saya.

(..bersambung..)


BERTUKAR PARTI POLITIK MACAM BERSALIN BAJU? (Sambungan)

Posted: 06 Jul 2013 12:36 AM PDT

(Sebelum Zohor tadi dapat saya menamatkan Surah Al-Maidah, dan kalau waktu mengizinkan saya akan siapkan pula Suiratul Al-An'Am selepas Asar hingga Maghrib).

(Berita dari Mesir bahawa seluruh rakyat Mesir mulai bangun menentang rampasan kuasa oleh tentera Mesir .. maknanya tentera yang dinasihatkan oleh Imperialis Amerika, dan punya bodoh idea kerajaan rampasan kuasa itu mengatakan bahawa rampasan kuasa itu bukan dari tentera tetapi kebangkitan rakyat kerana kalau rampasan tentera sudah tentulah pegawai tentera dilantik menjadi Presiden, agaknya Imperialis Amerika yang menjadi penasihat tentera Mesir sudah kehilangan idea)

========================================================================Sambungan:

Kempen UMNO di Felda Lubok Merbau amatlah ganas dan jahat.  Semblance dari segi demokrasi pun tak ada.  Kalau dilihatkan kejahatan mereka, UMNO adalah parti fasis, tidak layak mentadbir negara demokrasi!

Pada hari itu Ustaz Fadhil menghadirkan diri ke Felda Lubok Merbau untuk berceramah, tetapi tempat ceramahnya agak berjauhan juga dengan kawasan Bilik Gerakan PAS.  Hampir semua petugas-petugas PAS meninggalkan Bilik Gerakan untuk mendengar ceramah Ustaz Fadhil, suatu fenomena masih diteruskan didalam PAS pada hari ini.  Saya memberitahu supaya petugas-petugas Bilik Gerakan tidak perlu pergi, hanya petugas-petugas yang mendapat arahan sahaja yang pergi bagi melaksanakan tugasan di ceramah Ustaz Fadhil.

Ramai sungguh di ceramah Ustaz Fadhil.  Dan di Bilik Gerakan hanya tinggal entah berapa kerat sahaja.  Yang saya ingat yang berada di Bilik Gerakan adalah Man Kadir, Pak Harun, dan tak sampai 10 orang sahaja; sedangkan di kawasan yang berdekatan dengan Bilik Gerakan Pas itu berlangsung pula ceramah UMNO dan penceramahnya adalah Najib Tun Razak.

Saya cukup bimbang dengan keadaan itu, bimbang kalau-kalau pemuda UMNO dari ceramah Najib itu akan datang menyerang Bilik Gerakan kami.

Apa yang saya bimbangkan benar-benar berlaku.  Beberapa orang dari kami bertempat tidak jauh dari Bilik Gerakan PAS dan tidak jauh juga dengan tempat ceramah UMNO.  Tujuannya adalah untuk mengelakkan poster dan banner PAS dimusnahkan oleh puak-puak UMNO itu.

Selang tak berapa lama, ada seorang dari petugas itu menjerit dan berlari kearah Bilik Gerakan PAS menyatakan bahawa dua orang petugas PAS kena serang.  Kami yang ada di Bilik Gerakan berlari ke tempat berkenaan, dan kami dapati dua orang dari petugas kami sudah terbaring di dalam longkang.

Kami angkat segera dan bawa ke Bilik Gerakan. Seorang darinya berlumuran darah dan darah masih keluar dari kawasan sebelah telinganya semacam telinganya hampir terputus dan oleh senjata tajam.  Seorang lagi nampak tidak ada apa-apa kesan luka tetapi dia tidak berupaya untuk bangun.

Kami sediakan kereta untuk hantar mereka ke Hospital.  Tetapi tidak lama kemudian kami diberitahu bahawa salah seorang yang dihantar ke Hospital itu meninggal dunia di perjalanan ke Hospital.  Beliau adalah Othman Talib, rupa-rupanya kepalanya dipukul dengan benda keras, dan kami tidak sedari kecederaannya.

Berita kejadian itu segera diberitahu kepada Ustaz Fadhil; Ustaz Fadhil datang ke Markas.  Sebentar selepas itu pihak Polis pun datang melarang orang ramai dari merayau-rayau di kawasan Lubok Merbau, dan pihak Polis menghantar lori-lori polis untuk mengangkut orang ramai keluar dari Lubok Merbau.  Yang lain-lain keluar dengan menggunakan kenderaan sendiri.  Tinggallah kami tak seberapa orang.  Syed Ibrahim tinggal bersama-sama kami.

Azrai meminta saya keluar dari Lubok Merbau kerana bimbang akan keselamatan diri saya.  Saya, Man Kadir dan Pak Harun tidak mahu meninggalkan Azrai dan keluarganya, kerana kami juga bimbang kalau-kalau puak-puak UMNO itu akan datang menyerang rumah beliau yang dijadikan Bilik Gerakan itu.

Kalau saya tak silap, pada malam itu adalah lebih kurang 15 ke 20 orang di Bilik Gerakan.  Kami bersedia dengan alat-alat besi untuk tujuan mempertahan diri jika puak UMNO datang menyerang.  Kami tidak tidur malam itu.

Dan pagi-pagi esuknya di ruang tamu rumah Azrai itu terdapat seorang lelaki berjanggut panjang diperkenalkan kepada saya oleh Azrai tetapi saya sudah lupa namanya, dia tidak bercakap banyak hanya sekadar mengucap salam dan lepas itu dia sibuk dengan gobek sirihnya.  Selepas lumat sirihnya dan dimasukkan kedalam mulutnya dia terus menggobek lagi.  Hanya yang dia bercakap dengan saya ialah orang-orangnya sudah ramai bertugas di Felda Lubok Merbau ini supaya saya tidak berasa gentar kerana keselamatan saya terjamin.

Peristiwa yang berlaku di Felda Lubok Merbau sangat berat tetapi hingga ke hari ini pihak polis gagal membawa pembunuh itu ke muka pengadilan!!!

Selepas saya kembali ke Temerloh, saya telah menulis dua buah buku diatas tajuk yang sama iaitu Peristiwa Berdarah Felda Lubok Merbau, satu daripada buku itu mengkisahkan peristiwa itu dari mula hingga akhir; tetapi buku keduanya mengandungi gambar-gambar peristiwa berdarah itu.

Tak berapa lama selepas itu saya ditahan di bawah ISA, dan semasa saya ditahan itu, kedua-dua buku itu telah diharamkan, dan semua salinan-salinan yang ada di rumah saya semuanya dirampas oleh Polis dan saya tidak memiliki barang satu naskhah pun.  (Ramai kawan-kawan dari seluruh Negara meminta saya untuk menghantar satu naskhah untuk dihantar kepada mereka, tetapi saya tidak memiliki sebarang naskhah pun, tetapi saya rasa masih ramai di luar sana orang-rang yang menyimpan buku ini kerana Penerbitan Ujud telah mengeluarkan 5000 naskhah, dan yang ada tinggal di rumah saya sebelum saya ditahan dibawah ISA hanya sedikit sahaja).

(Kisah saya ditahan dibawah ISA itu telah saya tuliskan dengan penuh didalam buku saya bernama PROFIL TAMU 1985 dan saya tidak akan ulangi lagi didalam tulisan ini, buku itu tidak diharamkan tetapi bagaimanapun saya juga tidak ada menyimpan sebarang naskhah buku itu, cubalah tanya Man Kadir kut-kut dia ada).

Selepas hampir lebih dari 2 tahun iaitu selepas saya dibebaskan dari tahanan ISA di bawah Operasi Lalang bersama-sama lebih dari 100 pemimpin-pemimpin Pembangkang dan NGO yang lain, saya keluar dari PAS.

Tetapi semasa saya dibuang daerah ke Melaka Tengah selepas dibebaskan bersyarat pada tahun 1986 (tahanan pertama) saya telah diminta oleh Ustaz Hassan Shukri, Setiausaha Agung PAS supaya bertanding di kawasan Parlimen Temerloh.  Man Kadirlah yang membawakan Borang Pencalonan saya untuk saya isikan dan yang apa-apa keperluan lain diambil alih oleh PAS kawasan Temerloh termasuklah bayaran deposit; hanya saya menyediakan poster calon dari Melaka.  Printer di Melaka itu adalah seorang ahli PAS dan dia mengenakan bayaran sangat rendah kepada saya, jangan tak kenakan bayaran sahaja.  Itupun dibayarkan oleh abang ipar saya, seorang ahli PAS juga, Abang Md Nor Jaafar.  Dia juga pernah menjadi calon Parlimen PAS bagi kawasan Batu Berendam.

Inilah puncanya kenapa Sabbaruddin tidak mahu menerima saya dan terus menerus hingga ke hari ini masih menaruh dendam kepada saya.  Baru-baru ini berlangsung perjumpaan bekas pelajar-pelajar ABS.  Saya tak tau pun ianya berlangsung, tetapi didalam ucapan Sabbaruddin dia turut mengingatkan ahli-ahli supaya tidak membenarkan Suhaimi Said dari terlibat dengan persatuan itu.  He is so mean!!!

Kenapa saya keluar dari PAS?  Sedangkan saya cukup seronok berada didalam PAS.  Saya dapat mengembangkan pengetahuan saya dibidang ugama.  Kalau tidak terlibat dengan ceramah saya memang berada di kuliah-kuliah ilmu, tetapi kenapa saya keluar dari PAS.

PAS adalah parti yang sangat saya sayang seperti saya menyayangi PRM.  Saya sayang kepada PRM kerana perjuangan ikhlasnya untuk rakyat Marhaen.  Saya sayang kepada PAS kerana perjuangannya menegakkan Islam, saya adalah seorang Islam, dan saya mahu mati bukan sahaja sebagai seorang Islam tetapi seorang yang beriman dan bertaqwa.  Itulah cita-cita saya, dan PAS telah membimbing saya kearah itu.  Kenapa saya tinggalkan PAS.  Saya akan ceritakan sebab-sebab saya tinggalkan PAS didalam tulisan yang akan datang sebagai sambungan kepada kisah ini.

(...bersambung...)

Anwar Ibrahim

Anwar Ibrahim


[HEBAHAN] Jemputan Ke “Syria Is Calling”

Posted: 06 Jul 2013 01:20 AM PDT

image

Prime Minister Erdogan on the coup in Egypt

Posted: 06 Jul 2013 01:18 AM PDT

Excerpts from PM Erdogan’s speech in Istanbul on July 5th 2013.

“The common history of Turkey and Egypt dates back to ancient times.

Egypt, the people of Egypt, the governors, politicians, and both the military and the civil bureaucracy of Egypt should read about the recent history of Turkey, and must certainly take into consideration the experiences Turkey has had during its recent history.

 

We have suffered great hardships on the way to democracy.

We have experienced heavy losses, and paid heavy prices on the way to democracy.

Without exception, each military coup has caused Turkey to lose decades.

Each military coup has paralyzed the economy of Turkey, and wasted Turkey’s assets.

Each military coup has caused the country, the nation, and especially the youth, to pay heavy prices.

 

The dates May 27, March 12, September 12th, and February 28, have thus been recorded in the memory of the Turkish people as the darkest, the most sinister, and the most unfortunate dates in the history of Turkey.

The leading actors of these coups have been convicted in the consciences of the people.

With the constitutional amendment we passed in 2010, we have enabled those who interfere in democracy to be tried.

Thus, the leaders of these coups have appeared in court, and have been asked for explanation of their deeds.

Egypt, the Egyptian people, especially those who have launched and supported the coup in Egypt, should learn about these experiences and facts related, and take lessons from them.

See, I underline this:

No matter in which corner of the world, and no matter against which government that has come to power through elections they are launched, coups are evil. The target of coups is the people. The target of coups is the future, and the democracy.

We expect everyone to express this with candor, courage, and sincerity.

No coup can be democratic.

 

Some people appear and utter statements which begin with the expression "Coups are evil, but…."

No but, no however, no nevertheless. Coups are evil.

 

We would still think that coups are evil, even if it had not happened in Egypt, and it had happened in another country.

We would still think that coups are evil, even if it had not been launched against Mursi, but against those in the opposition.

 

I especially would like to address the Western countries, those who use statements which begin with "however", or "but" in their speeches related to the incidents that have been happening in Egypt, those who wish to find excuses to legitimize the coup, or those who watch the coup silently can never answer to either their consciences, or to their people, or history.

 

Especially the European Union, by not reacting appropriately against the coup, and by not even acknowledging that what is happening in Egypt is a coup, has once again disregarded their own principles.

Democracy does not accept double standard.

 

 

The political parties appear before the nation with their planned agenda and if they can win the majority of the votes, then they implement their agenda.

But if they fail, then there is a term for a government to remain in power and there is a fixed time for elections, thus the ballot is put in front of the nation and the nation does what is required.

Those who fail and lose in the elections review themselves, review their agendas, their discourse and try to win the approval of the nation in the next elections.

Of course democracy is a regime which guarantees the rights of the minority but the name of an order in which the minority grabs the right to rule is not democracy.

We do not want that Egypt experience such a situation lack of principle at all just at the bottom of the ladder.

 

Egypt is Turkey's brother and the people of Egypt is our brothers and sisters.

We treat the whole Egyptian people equally and we care the well-being of the whole Egypt as much as our well-being.

We supported the January 25 Revolution most sincerely on behalf of the Egyptian people. We rejoiced just like all Egyptians when Egypt got rid of dictatorship.

However, we do not want to see that Egypt goes back to the times before the January 25Revolution at all.

We seriously feel bad if the accomplishments of January 25 Revolution are lost.

We hope that violence, conflicts and chaos never reign in Egypt.

And again, looking at the bitter memories of Turkey, it should be realized that arresting the leaders through a coup who came to power by elections in Egypt will cause serious traumas in the future.

I want to stress that arbitrary arrests and prosecution of the elected are very concerning.

We hope that the democratic rules in Egypt will immediately step in and all sides take part in the election and that the will of nation will be restored by elections.

As the Egyptians know very well, any will which is not based on people is a dictatorship.

We hope that a healthy atmosphere will prevail in which the elected will leave throughelections in Egypt.

I want to reiterate: no matter where or against whom, coups are damaging and inhuman, also an enemy of the people, national will and democracy.

I invite the whole world to have a moral and sincere standing against the coups and I would like to deliver our sincere regards for the Egyptian people who are Turkey's brothers wishing that they find peace soon.

What Is The Real Agenda Behind MACC Investigating Taib?

Posted: 06 Jul 2013 01:17 AM PDT

Vernon Aji Kedit

The political rumour mill is in overdrive again and the grapevines are abundant with all sorts of theories. Words like ‘hidden hands’, ‘UMNO plot’, ‘sandiwara’ and even ‘Salah Anwar lagi’ are being touted and bandied liberally in every coffee shop and cafe throughout the country.

One thing is for sure – Taib has not spoken a single word. Very smart of him. This intensifies the mystery surrounding the very sudden and unexpected move by MACC to investigate him. But the question on everyone’s lips is WHY?

Now let’s look at this very interesting development chronologically and logically.

FACT: MACC made its announcement last week, coincidentally just after Najib had flown off on an overseas tour.

QUESTION: Who gave MACC the nod and green-light to suddenly announce that it will be investigating Taib? Or was MACC arm-twisted to do this? And why when Najib was not in the country?

POSSIBLE ANSWERS:

Scenario 1 - Najib instructed the MACC, and then quickly jumped on a plane and  left the mess to sort itself out while he is away.

Scenario 2 - Someone other than Najib, taking the opportunity of Najib’s absence, arm-twisted the MACC to do this. Someone with influence and incredible power whom the MACC fears and listens to? More powerful than Najib?

WHY?

Scenario 1 (A) - Najib is trying to show the country and UMNO that he has the backbone to reform and is transforming his governance policy, and therefore assuage the fears of foreign investors and create more confidence so that the nation’s FDI increases as he goes on a tour to create more business opportunities for the nation. Perhaps a shadow-play, and after FDI’s have poured in, the MACC finds no case and closes the files?

Scenario 1 (B) - At the same time, is Najib subtly sending Taib a message – “Slow down on the corruption, Old Man, because you are making all of us look bad”?

Scenario 1 (C) - Najib could also be sending his own party a subtle message:  UMNO is beholden to Taib who saved them with 22 seats, and that without Taib, BN is out of power and therefore if Najib dares to do this to Taib, what more to other members of his party? Is he telling his other UMNO friends and foes to back off  and not challenge his presidency so that he won’t put MACC on them too? So Taib becomes the punching-bag for Najib – a good person with bad image for Najib to whack? Taib would, of course play along because not only is he a seasoned politician who is too smart to react but he knows it is all just one big shadow play?

Scenario 1 (D)- Or could it all be just a simple reason – to distract UMNO and the country from his own ineffectiveness, and especially from the current important FT Bill on conversion of minors which is constitutionally questionable?

Now let’s look at the other scenario.

Scenario 2 - If Najib had nothing to do with the moves by MACC against Taib, then who did? Who would have most to gain by having Taib’s balls in his hands? Who is more powerful than Najib to squeeze Taib’s balls and slowly roast them like satay? The answer as to who these hidden hands belong to is not important, but the reason as to why is.

It is no secret that Najib’s back is to the wall, and that his presidency of UMNO might be challenged at the next UMNO Convention. History repeating itself – exit Abdullah, enter Najib, exit Najib enter who? So, the person who wants Najib out would need as much support as possible to successfully oust Najib, correct?

Now Taib holds 22 seats in his hands, and allegedly billions of ringgit. Of course, none of the 22 seats from Sarawak will have any direct bearing on an internal UMNO party election. But, imagine if hundreds of millions were to exchange hands in order for the hidden hands to buy over UMNO warlords loyal to Najib? Do UMNO warlords come cheap? How many millions would it take to grease their hands to hold the daggers that will be plunged into Najib and Rosmah’s backs come the next UMNO Convention? Who would have hundreds of millions at his or her disposal to fund a coup? Who has to pay to stay out of jail?

One fact remains – both Scenario 1 and Scenario 2 have one thing in common – the UMNO party elections coming up at the end of the year. Either Najib is sending a warning to his foes within UMNO to toe his line or someone is pressuring Taib to toe their line and cough up the moolah?

When Najib returns to Malaysia, the press should ask him what the latest developments are on the investigations – how and what he answers will answer our question.

For now, until we hear from Najib’s own mouth, you decide which scenario seems most plausible. What is sure is that there is never a dull moment in Malaysian politics!

Incredible stink

Posted: 06 Jul 2013 01:14 AM PDT

Malaysiakini

In the real world, you'd imagine that rejection by the majority of voters would be a wake-up call to any government. But not, it seems, to Malaysia's BN regime, whose return to business as usual following its recent near-death electoral experience is beyond unbelievable.

As a sports commentator down here in Sydney once made himself famous for saying, this is déjà vu all over again.

Same old slaughter of 'suspects' in police custody, and the same old reluctance to bring the suspects to book. Same old ravishing of the environment and robbery of natural resources by timber tycoons and crony palm-oil plantation companies. Same old immunity for all these and other regime-connected criminals from proper investigation, let alone prosecution. The same old mess of lies, spin and omission from the regime's so-called mainstream media.

And if there's one topic that best illustrates BN's continued criminal career it's the seemingly endless stink surrounding the electoral indelible ink.

Or rather, I should say, the now-infamously delible ink. Which was a joke on the populace from the very start, as it was the only one of eight 'clean and fair election' demands by Bersih that the regime made the slightest effort to meet.

But BN couldn't even play it straight with this single miserable token of its honest intent. First having its crooked election commission claim that the ink would persist for a week, and then, when it proved to wash off in a matter of hours if not minutes, coming up with a series of increasingly stupid excuses.

It's been pretty hard to keep up with them all, but from memory they've included stories that the bottles weren't properly shaken, then that the silver nitrate content had been diluted for fear of causing finger cancer, and finally that the accursed ink had contained no silver nitrate whatever, but just food colouring.

So that at least if it wasn't indelible, the ink was apparently edible. Though many Malaysians still consider the RM7 million cost of the ink and its allegedly 'special' bottles and labels to be absolutely incredible.

Yet the heads of the EC still resolutely refuse to resign in disgrace for this distasteful situation, let alone the other electoral outrages they committed and/or condoned, and the BN regime similarly refuses to remove them.

Puzzled by majority rejection

In light of such evidence of BN's determination to continue in its career of crime and grime, it's amusing, in a gruesome kind of way, that the inventor of '1Malaysia' and now head of 47 percent Malaysia, Najib Abdul Razak, is puzzled by his majority electoral rejection.

So puzzled, in fact, that he says he intends to set up a "political laboratory" to try and analyse the situation he and BN find themselves in and "formulate strategies" for the future.

According to Malaysiakini, Najib announced the formation of thepolitical lab following a meeting of the BN supreme council, explaining that "it is about the future of BN, taking into account the existing political landscape as well as our performance in the last general election."

Adding that the lab would look into various strategies that could be implemented in changing BN, he said that "we will consider whether it requires a structural change, whether it is just branding the BN, or whether it is to be a change in policies or all three of them together as a package."

It would be encouraging to think that this lab might be different from the one that formulated the EC's incredible, edible and above all delible 'indelible' ink. And also a somewhat less sinister lab than the one employed by Dr Mahathir Mohamad back in the 1980s to create the Frankenstein-style monster that BN has since become.

But let's not get our hopes up. Far from any honest research, scientific or otherwise, all that Najib and his fellow BN lab-rats have any intention of doing is perfecting their tried-and-true formula for ruling, robbing and otherwise ruining Malaysia.

Far from working to improve the racial and religious chemistry of the nation, as they so piously claim to intend, all they will do in Najib's so-called lab is to put racial and religious harmony on the back burner in favour of continuing putting the heat on non-Malays through the likes of Perkasa and Utusan Malaysia.

And as for their coming up with a cure for corruption with a genuine Malaysian Anti-Corruption Commission (MACC), or a remedy for the ongoing custodial killing spree in the form of an Independent Police Complaints and Misconduct Commission (IPCMC), forget it.

On the contrary, in fact. They're far more likely to emerge from the lab with new and even cleverer ways to put the acid on the Chinese for allegedly "betraying" them by voting for the opposition in the general election.

Deflecting public criticism

Or new and more devious ways to deflect public criticism of their cronies for causing the so-called 'haze' than Najib's lame claim that nothing could be achieved by blame, and that instead people should pray for rain.

Or to invent a more plausible resolution to the stink about the vastly overpriced edible, delible ink than the recent declaration by Federal Territories Minister Tengku Adnan Tengku Mansor that "Malaysia does not need to have indelible ink as part of its electoral process because we are not a Third-World country."

Claiming that use of the ink was only agreed on because "the opposition wanted it", he then went on to declare that the chemical content of the ink had been reduced "because the government cares for the people."

A statement so patently, painfully false as to illustrate the fact that BN and its members and accomplices are way beyond the scope of any ordinary lab, and should by rights be examined by a forensic facility.

Because lying, along with stealing, is in their very DNA. And thus however hard Najib tries to rebrand or reinvent himself and his accomplices, all that's likely to emerge from his so-called political lab is an even more incredible stink.