Selasa, 25 Jun 2013

Suara Sri Andalas

Suara Sri Andalas


Selangor Desak Sekolah Tutup Jika Jerebu Cecah IPU 150

Posted: 25 Jun 2013 01:00 AM PDT

SHAH ALAM 25 JUN : Exco Pelancongan, Hal Ehwal Pengguna dan Alam Sekitar, Elizabeth Wong mempersoalkan arahan Kementerian Pelajaran yang hanya membenarkan sekolah ditutup sekiranya Indeks Pencemaran Udara (IPU) melebihi 300, iaitu paras merbahaya.

Elizabeth berkata adalah lebih munasabah jika sekolah dibenarkan tutup jika masalah jerebu melebihi paras 150 IPU iaitu pada tahap tidak sihat.

"Saya rasa tahap bacaan IPU 300 itu terlalu lambat, lebih baik jika bacaan mencecah 150 terus tutup sekolah kerana kita mesti faham paru-paru kanak-kanak tidak tahan seperti orang dewasa.

"Ini cadangan saya, mereka perlu lihat semula lebih baik tutup sekolah dan diganti persekolahan itu pada hari minggu daripada menjejaskan kesihatan pelajar," katanya.

Beliau ditemui ketika mengedarkan topeng muka kepada penduduk Bukit Lanjan di pasar pagi Desa Jaya di Petaling Jaya pagi ini.

Semalam, Jabatan Pelajaran Negeri (JPN) memaklumkan Kementerian Pelajaran mengeluarkan arahan berdasarkan Pelan Tindakan Jerebu Kebangsaan supaya menutup sekolah sekiranya IPU berada ditahap  melebihi 300.

Mengulas lanjut, beliau berkata Kerajaan Persekutuan wajar mengkaji semula Prosedur Operasi Standard (SOP) itu kerana ia akan memberi kesan kesihatan kepada pelajar.

Elizabeth berkata arahan kementerian tidak konsisten dengan tindakannya semalam di mana sekolah-sekolah di Kuala Lumpur dan Selangor ditutup apabila paras IPU berada di bawah 200.

"Tindakan Kementerian untuk membuka semula sekolah-sekolah di negeri Selangor dan Kuala Lumpur adalah tidak wajar. Semalam keadaan di kebanyakkan tempat dibawah IPU 200 ditutup. Tetapi hari ini bacaan IPU melebihi 200, sekolah dibuka.

"Perkara ini sudah tentu akan merisaukan ibu bapa dan guru," katanya ketika ditemui di program pemberian topeng muka kepada orang ramai di Bukit Lanjan.

Pada pagi ini, kualiti udara di Pelabuhan Klang, Selangor kini dikategorikan sebagai bahaya apabila bacaan IPU mencatatkan 495 setakat 8 pagi.

Portal Kementerian Sumber Asli dan Alam Sekitar melaporkan empat kawasan di Selangor iaitu Petaling Jaya, Banting, Shah Alam dan Kuala Selangor mencatat IPU sangat tidak sihat dengan bacaan lebih 200.

Elizabeth turut memaklumkan Kerajaan Negeri sudah mengedarkan sebanyak 250,000 topeng muka kepada penduduk Selangor termasuk ke sekolah-sekolah kerana mendapat permintaan yang tinggi.

Sumber: Selangorku

R Sivarasa - Ahli Parlimen Subang

R Sivarasa - Ahli Parlimen Subang


SOALAN - SOALAN PARLIMEN

Posted: 25 Jun 2013 03:21 AM PDT

Untuk Penggal Pertama Sessi Pertama Parlimen ke 13, YB SIVARASA telah mengemukakan soalan-soalan berikut untuk jawapan lisan dalam Dewan Rakyat yang bermula 24hb Jun 2013




1. Tuan R. Sivarasa [Subang] meminta Menteri Dalam Negeri menyatakan bilakah kerajaan akan meluluskan permit penerbitan akhbar rasmi Parti Keadilan Rakyat (KEADILAN) iaitu Suara Keadilan.



2. Tuan R.Sivarasa [ Subang ] meminta Perdana Menteri menyatakan jumlah pengundi pos dan pengundi awal dan pecahan kategori-kategorinya dan adakah kerajaan akan mencadangkan pegawai SPR yang terlibat pada hari pengundian biasa akan dimasuk dalam golongan pengundi awal dan bukan pengundi pos saperti sekarang.

3. Tuan R.Sivarasa [ Subang] meminta Perdana Menteri menyatakan samada kerajaan akan mencadang kepada SPR supaya melaksanakan had 15% sebagai perbezaan maksima jumlah pengundi di antara kawasan-kawasan Parlimen dalam persempadanan semula kawasan-kawasan yang akan dilakukan tahun ini.

4. Tuan R.Sivarasa [ Subang ] meminta Perdana Menteri menyatakan peratusan silver nitrate dalam dakwat kekal yang digunakan pada hari pengundian awal 30hb April 2013 dan hari pengundian biasa 5hb Mei 2013 masing-masing di PRU 13.( minta dijawab pada Selasa 2hb Julai 2013)

5.. Tuan R.Sivarasa [Subang] meminta Perdana Menteri menyatakan kenapa kerajaan Malaysia telah memberitahu Timbalan Setiausaha Kementerian Keadilan ( Ministry of Justice) Thailand bahawas kerajaan Malaysia tidak puas hati dengan tingkahlaku Dr Porntip Rojanasunan mengakibatkan Dr Porntip membatalkan perjalanan beliau ke Malaysia untuk membuat bedahsiasat dalam kes kematian C.Sugumar. ( minta dijawab pada Rabu 3 hb Julai 2013)

6. Tuan R.Sivarasa [ Subang ] meminta Perdana Menteri menyatakan samada kerajaan bercadang melakukan reformasi Dewan Rakyat dengan melaksanakan sistem jawatankuasa memantau kementerian-kementerian, memberi peruntukkan munasabah untuk ahli-ahli untuk membiayai pusat khidmat dan kakitangan, memperuntukkan hari-hari khusus untuk urusan pembangkang, dan beri jawatan pengerusi PAC kepada ahli pembangkang. ( minta dijawab pada Isnin 8 hb Julai 2013).

7. Tuan R.Sivarasa [ Subang ] meminta Menteri Pelajaran menyatakan jumlah sekolah-sekolah Jenis Kebangsaan, Agama, Tamil dan Cina yang terdapat di kawasan Parlimen SUBANG dan apakah rancangan untuk menambah lagi jumlah sekolah-sekolah Tamil dan Cina (Minta dijawab pada 9 hb Julai 2013)



8. Tuan R.Sivarasa [Subang] meminta Perdana Menteri menyatakan syarikat I Malaysia Development Bhd telah memindahkan dana 7 Billion ringgit malaysia ke bank-bank di Pulau Cayman.(minta di jawab pada Rabu 10 Julai 2013)

9. Tuan R.Sivarasa [Subang] meminta Menteri Dalam Negeri menyatakan samada kerajaan akan menambah jumlah anggota polis disemua balai polis di kawasan Parlimen Subang sehingga nisbah 1 anggota ke 250 penduduk dicapai. ( minta dijawab pada Rabu 17 Julai 2013).

10. Tuan R.Sivarasa [Subang] meminta Perdana Menteri menyatakan bila kerajaan akan pastikan Ketua-Ketua Menteri Sarawak dan Sabah akan disiasat sesungguh-sungguh oleh SPRM dan agensi lain dan didakwa untuk amalan rasuah dan perpindahan wang haram. ( Minta di jawab pada Khamis 18 Julai 2013)

Anwar Ibrahim

Anwar Ibrahim


Anwar: Titah Agong hanya pandangan untuk dibahas

Posted: 25 Jun 2013 12:46 AM PDT

Malaysiakini

Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata titah Yang di-Pertuan Agong Tuanku Abdul Halim Mu’adzam Shah dalam majlis perasmian sidang Parlimen ke-13 bukan satu arahan kepada Dewan Rakyat.

Sebaliknya, ia hanyalah pandangan yang diusulkan dan dinasihatkan oleh Perdana Menteri untuk pihak kerajaan bagi membolehkan perbahasan terbuka di Dewan Rakyat diadakan, katanya.

“Ucapan Tuanku adalah titah Diraja atas usul oleh perdana menteri bagi pihak kerajaan. Dan itu membolehkan ada perbahasan terbuka.

“Agong berucap berdasarkan usul oleh perdana menteri untuk pertimbangan Parlimen dan kita akan pertimbang dan bahas supaya Agong dapat maklumat tentang kecurangan besar pilihan raya.

“Kalau faham perlembagaan, ucapan pidato Tuanku Agong untuk dibahaskan, bukan arahan,” katanya ketika ditemui pemberita selepas majlis perasmian persidangan pertama Parlimen ke-13 hari ini.

Beliau berkata demikian bagi mengulas titah Tuanku yang menyeru kepada semua pihak untuk menerima dan menghormati keputusan Pilihan Raya Umum ke-13 yang lalu.

Baginda juga bertitah agar ahli Parlimen tidak melibatkan diri dalam aktiviti yang boleh memusnahkan negara.

Selain itu, Anwar berkata lagi, berdasarkan konvensyen demokrasi, menjadi amalan biasa bagi setiap titah Agong untuk dibahaskan dalam Dewan Rakyat.

“Dalam semua konvensyen demokrasi, ucapan yang dicadangkan oleh PM adalah untuk berdebat di Dewan Rakyat. Ia adalah amalan biasa dalam mana-mana demokrasi berparlimen,” katanya lagi.

Sementara itu, bekas timbalan Yang Dipertua Dewan Rakyat Datuk Wan Junaidi Jaafar ketika ditemui pemberita berkata, titah yang diucapkan oleh Tuanku berasal daripada istana.

Bagaimanapun, beliau mengakui bahawa dalam perlembagaan, sebagai pemerintah, Agong akan melaksanakan tugasnya di atas nasihat perdana menteri.

“Ucapan ini datang dari istana tetapi nasihat perdana menteri boleh diambil dari pelbagai cara,” katanya.

Wan Junaidi juga bagaimanapun enggan mengulas ketika ditanya sama ada titah Tuanku itu daripada pejabat perdana menteri.

Katanya, dalam titah baginda, Tuanku masih mempunyai budi bicaranya sendiri ketika membaca titah tersebut dan hanya menerima nasihat daripada ketua eksekutif.

Mengapa Najib takut undi sulit memilih Speaker?

Posted: 24 Jun 2013 09:08 PM PDT

TMI

1. PM DS Najib sekali lagi terlepas peluang untuk melakukan sesuatu kelainan bagi membuktikan bahawa beliau komited dengan Perubahan dan Rekonsiliasi Nasional. Najib juga gagal memulihkan kepercayaan bahwa beliau adalah seorang negarawan bahkan sebaliknya memperkukuhkan title 'Autokrat Baru' dan 'Demokrat Palsu' (False Democrat) yang  pernah diberikan oleh seorang penulis Mark Mackinnon (Globe and Mail, 2012).
2. Sidang Parlimen ke-13 bermula semalam dengan pemilihan Yang DiPertua Dewan Rakyat (YDDR) serta angkat sumpah ahli parlimen. Terdahulu telah disebut-sebut supaya amalan parlimen wajar mengalami penambahbaikan dengan mengizinkan calon dari pihak pembangkang di angkat menjadi YDDR.
3. Sebelum persidangan, Barisan Nasional (BN) telah sekali lagi mencalonkan Tan Sri Padikar Amin sementara Pakatan Rakyat mencalonkan bekas Hakim Mahkamah Persekutuan Datuk Abdul Kadir Sulaiman. Amalan memilih Speaker dari pencalonan pihak pembangkang memberikan lonjakan imej parlimen di negara ini menghampiri negara maju seperti menyaksikan seorang Speaker dari Parti Buruh semasa Perdana Menteri John Major dari Parti Konservatif di United Kingdom.

4. Malangnya, setelah diberitahu akan hasrat ini secara terbuka, ianya tidak langsung tampaknya diberikan layanan menasabah oleh PM Najib. Benar, Setiausaha Parlimen Datuk Rosmee Hamzah yang mempengerusikan acara pemilihan. Namun Najib masih boleh bertindak untuk memperbetulkan dan menentukan peraturan lebih menepati peraturan Standing Order 4 (4) yang ringkasnya bermaksud supaya pengundian dilakukan secara rahsia 'secret ballot' dengan tidak memerlukan Ahli Parlimen meletakkan namanya di atas kertas undi (ballot paper).
5. Keputusan pemilihan, ketika dilakukan dengan secara 'tidak rahsia' tentunya adalah seperti diramal. Pandikar mendapat 133 undi sementara Abdul Kadir, mendapat seluruhnya undi Ahli Parlimen Pakatan Rakyat yakni 89. Amalan mengundi secara 'secret ballot' atau rahsia bertujuan untuk mengizinkan Ahli Parlimen (khasnya 'backbenchers' kerajaan) mengundi mengikut 'conscience' atau 'dhamir' berdasarkan kekuatan fakta dan hujjah.
6. Dengan kata lain, Ahli Parlimen boleh membuat 'pendirian sendiri' atau 'break rank' dalam isu atau rang undang-undang tertentu yang melibatkan kemaslahatan rakyat dan negara melebihi kepentingan parti atau koalisinya. Ini juga adalah antara ciri politik matang yang disaksikan di negara lebih 'advanced' demokrasinya dan terkeluar dari amalan biasa yakni 'bloc voting' atau 'mengundi secara blok' yakni kerajaan atau pembangkang. Itulah yang diharapkan berlaku dalam pemilihan YDDR semalam.
7. Kegagalan Najib untuk melakukan satu 'kelainan' sesuai dengan dakwaan beliau serius untuk berubah, dibaca oleh umum dengan pelbagai tafsiran. Yang paling jelasnya Najib bukanlah pemimpin yang mampu membuat 'kejutan' yang sifatnya terlalu 'konvensional' dan 'mudah diramal' (predictable). Justeru beliau tidak pernah ditanggapi mampu memecah tradisi atau berkeupayaan melakukan 'breakhthrough' dalam kepemimpinannya. Beliau lebih dikenali sebagai  seorang pemimpin yang 'play-safe' dan jauh lagi untuk menjadi 'risk-taker' atau 'pengambil risiko' tinggi dalam percaturan politiknya. Beliau telah terbiasa begitu sejak azali lagi, kehidupan yang mudah, selesa dan banyak dibantu oleh penasihat khasnya mutakhir ini dengan perunding antarabangsa.
8. Tafsiran mudahnya beliau takut kepada ahli parlimennya. Sebabnya?  Jelas. Beliau seperti dibayangi ketakutan akan kemungkinan ada Ahli Parlimen BN yang merancang untuk belot dan menikamnya dari belakang.
9. Bukankah telah tersebarnya berita bahawa sekitar 30 Ahli Parlimen dari Sabah dan Sarawak mengadakan perjumpaan dengan Tengku Razaleigh. Mereka meluahkan rasa tidak puas hati terhadap layanan Najib. Ini telah menimbulkan kegusaran bukan kepalang buat Najib. Hampir sahaja beliau mahu mangadu kepada lawannya, Ketua Pembangkang.
10. Dengan Sabah dan Sarawak menyumbang 1/3 daripada kemenangan BN tetapi hanya diberikan 20 jawatan menteri dan timbalan menteri telah menimbulkan ketakutan bahawa mungkin mereka akan melakukan protes dan sabotaj. Najib gusar, meskipu ada seorang kroni Najib dikatakan telah membayar setiap seorang RM5 juta mengikut satu penulisan seorang kolumnis tempatan.
11. Perbuatan menyingkirkan Pak Lah kini kembali menghantuinya setelah dia sendiri gagal mengembalikan penguasaan 2/3 majoriti BN di Dewan Rakyat. Dia juga adalah Panglima Perang Umno-BN di Selangor yang kecundang. Bayangkan, kekalahan calon YDDR BN tentunya menandakan bahawa beliau tidak lagi mengecapi kepercayaan ahli parlimen BN sendiri. Lalu beliau wajar bubarkan parlimen segera andainya itu berlaku. Risiko terlalu besar untuk diperjudikan seluruh karier politiknya dengan isu pemilihan YDDR. Najib ambil jalan selamat dan persetankan segala kehendak rakyat dan perubahan.
12. Untuk sementara ini Najib boleh berhenti berangan-angan untuk mendapat sokongan Pakatan Rakyat ke arah Rekonsiliasi Negara. Lebih menekankan lagi adalah ujian seterusnya tentang penubuhan sebuah Panel Khas Parlimen yang akan memantau penubuhan dan perjalanan Suruhanjaya Pilihanraya (SPR). Pakatan Rakyat mungkin sahaja menuntut supaya perlantikan calon Pengerusi SPR ialah calon yang dicadangkan Pakatan Rakyat sekali lagi.
13. Sebagai prasyarat penubuhan SPR baru ini yang diletakkan di bawah pemantauan sebuah Panel Khas Parlimen, semua Pengerusi, Timbalan dan Setiausaha serta anggota SPR yang ada ini, mesti meletakkan jawatan segera.
14. Najib telah terlepas peluang melakukan yang terbaik dalam hal pemilihan YDDR. Apakah Najib juga akan mengulangi kesilapannya dalam kes SPR nanti?
Sila pantau politik negara dalam sesi parlimen ke-13 ini yang semakin sengit tetapi menarik. Inilah antara hadiah Politik Baru!

Anak Muda Kampung Nak Senang

Anak Muda Kampung Nak Senang


Tarian gelek ok, kuliah agama diharamkan

Posted: 24 Jun 2013 11:42 PM PDT




Harakahdaily,   25 Jun 2013 

SEGAMAT: Setelah kecoh tarian gelek di Plaza One Segamat yang berjalan bebas, kini Segamat kecoh lagi apabila kuliah Ustaz Azhar Idrus yang dijadualkan berjalan Madrasah Ibnu Mas'ud pada 22 Jun dibatal.

Arahan pembatalan ini dikeluarkan oleh Kadi Daerah Segamat, Assheikh Haji Sulaiman pada 20 Jun lepas.

Ekoran itu, penduduk daerah ini melahirkan kehairan mereka kerana Kadi ini tidak pernah kisah dengan tarian gelek di tempat awam iaitu pusat membeli belah tetapi membatalkan program ceramah agama.

"Dukacita dimaklumkan bahawa pihak kami tiada menerima apa-apa permohonan kebenaran dan pihak kami juga tiada mengeluarkan apa-apa kebenaran dan tauliah bagi program tersebt.

"Justeru itu adalah dikehendaki agar tuan menangguhkan ceramah tersebut atau pihak kami tidak teragak-agak untuk mengambil tindakan undang-undang," tulis Kadi daerah itu dalam suratnya bertarikh 20 Jun.

Surat itu ditujukan kepada Pengerusi Madrasah Ibnu Mas'ud, Kampung Tasik, Segamat.

Pada 2 Jun lepas, Segamat kecoh apabila tarian gelek ala padang pasir dipersembahkan di tempat awam iaitu di Plaza One Segamat.

Ia telah dibantah oleh PAS, namun MCA pula menyifatkan PAS ultra primitif.

Ketua MCA Segamat Dr Lee Hong Tee berkata, selaran oleh Yang Dipertua PAS Segamat Firdaus Masod juga membuktikan parti itu bersifat "autoritarian" terhadap nilai-nilai lain.

"Tarian gelek merupakan aktiviti yang sihat dan persembahan yang teaterikal," kata Dr Lee.

"Oleh kerana PAS menganggap tarian gelek bertentangan terhadap apa yang dianggap mereka norma Malaysia, ini menunjukkan PAS tidak boleh bertolak ansur terhadap sebarang persembahan seni yang sihat," dakwa pemimpin MCA itu.

Namun tidak ada sebarang kenyataan dari pejabat Kadi Daerah berhubung dengan pandangan MCA itu.



Hinggalah kali ini, apabila masyarakat cuba anjurkan kuliah agama, ia diharamkan oleh Kadi berkenaan.