Selasa, 25 Jun 2013

Anak Muda Kampung Nak Senang

Anak Muda Kampung Nak Senang


Tarian gelek ok, kuliah agama diharamkan

Posted: 24 Jun 2013 11:42 PM PDT




Harakahdaily,   25 Jun 2013 

SEGAMAT: Setelah kecoh tarian gelek di Plaza One Segamat yang berjalan bebas, kini Segamat kecoh lagi apabila kuliah Ustaz Azhar Idrus yang dijadualkan berjalan Madrasah Ibnu Mas'ud pada 22 Jun dibatal.

Arahan pembatalan ini dikeluarkan oleh Kadi Daerah Segamat, Assheikh Haji Sulaiman pada 20 Jun lepas.

Ekoran itu, penduduk daerah ini melahirkan kehairan mereka kerana Kadi ini tidak pernah kisah dengan tarian gelek di tempat awam iaitu pusat membeli belah tetapi membatalkan program ceramah agama.

"Dukacita dimaklumkan bahawa pihak kami tiada menerima apa-apa permohonan kebenaran dan pihak kami juga tiada mengeluarkan apa-apa kebenaran dan tauliah bagi program tersebt.

"Justeru itu adalah dikehendaki agar tuan menangguhkan ceramah tersebut atau pihak kami tidak teragak-agak untuk mengambil tindakan undang-undang," tulis Kadi daerah itu dalam suratnya bertarikh 20 Jun.

Surat itu ditujukan kepada Pengerusi Madrasah Ibnu Mas'ud, Kampung Tasik, Segamat.

Pada 2 Jun lepas, Segamat kecoh apabila tarian gelek ala padang pasir dipersembahkan di tempat awam iaitu di Plaza One Segamat.

Ia telah dibantah oleh PAS, namun MCA pula menyifatkan PAS ultra primitif.

Ketua MCA Segamat Dr Lee Hong Tee berkata, selaran oleh Yang Dipertua PAS Segamat Firdaus Masod juga membuktikan parti itu bersifat "autoritarian" terhadap nilai-nilai lain.

"Tarian gelek merupakan aktiviti yang sihat dan persembahan yang teaterikal," kata Dr Lee.

"Oleh kerana PAS menganggap tarian gelek bertentangan terhadap apa yang dianggap mereka norma Malaysia, ini menunjukkan PAS tidak boleh bertolak ansur terhadap sebarang persembahan seni yang sihat," dakwa pemimpin MCA itu.

Namun tidak ada sebarang kenyataan dari pejabat Kadi Daerah berhubung dengan pandangan MCA itu.



Hinggalah kali ini, apabila masyarakat cuba anjurkan kuliah agama, ia diharamkan oleh Kadi berkenaan.

Tiada ulasan: