Pengikut

Nuffnang

Jumaat, 12 April 2013

R Sivarasa - Ahli Parlimen Subang

0 ulasan
sumber :-

R Sivarasa - Ahli Parlimen Subang


Ceramah PRU 13 Bagi Kaum India

Posted: 12 Apr 2013 10:33 PM PDT

Ceramah bagi kaum India di Bukit Bangsar/Seri Pahang akan diadakan di sekitar bilik gerakan PKR , Lengkok Abdullah , Bangsar (bersebelahan Kuil Bangsar Nageswary Amman Alayam) pada 13/04/2013 (Sabtu) pukul 7 malam. 

Penceramah-penceramah adalah yang berikut. YB Nurul Izzah Anwar. YB R. Sivarasa. Dato Ambiga Sreenivasan dan lain-lain.

Di jemput hadir beramai-ramai!

Ini Kalilah!

Posted: 12 Apr 2013 07:38 PM PDT

Malaysia Chronicle (@MsiaChronicle) tweeted at 9:26 AM on Sat, Apr 13, 2013: Shout it loud: 'Ini Kalilah!' http://t.co/hLkNzm9zwR (https://twitter.com/MsiaChronicle/status/322883446290649088) Get the official Twitter app at https://twitter.com/download

Politik Murahan tiada tempat dalam PRU

Posted: 12 Apr 2013 05:33 PM PDT


KPRU: Serangan peribadi terhadap pemimpin Pakatan politik murahan

Badan Pemikir Kajian Politik untuk Perubahan (KPRU) menggesa Barisan Nasional (BN) menghentikan serangan peribadi ke atas pemimpin-pemimpin Pakatan Rakyat (Pakatan) serta menghormati Ikrar Integriti Pilihanraya yang telah ditandatangani oleh Pengerusi BN Datuk Seri Najib Tun Razak.
PRU 13Malaysia dijangkiti dengan demam pilihanraya sejak tahun 2011 akan tetapi, demam pilihanraya kian melarat terutamanya pada awal tahun ini sehingga ke hari – hari sebelum hari mengundi. Konsep integriti telah hilang dari pandangan mata BN.
Serangan peribadi telah dilancarkan ke atas pemimpin-pemimpin Pakatan. Tiada yang terkecuali daripada serangan bertubi-tubi ini. Antara pemimpin Pakatan yang jatuh mangsa kepada serangan peribadi termasuklah; Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim, Presiden KEADILAN, Datuk Seri Dr Wan Azizah Ismail, calon kerusi parlimen Lembah Pantai, Nurul Izzah hingga ke bekas Adun Seri Setia Nik Nazmi Nik Ahmad, calon kerusi parlimen Pandan Rafizi Ramli, calon kerusi parlimen Batu Tian Chua, Ketua Menteri Pulau Pinang Lim Guan Eng, Setiausaha Agong PAS Mustapha Ali, dan Mursyidul Am PAS, Nik Aziz Nik Mat.
KPRU berpendapat serangan peribadi ini merupakan amalan politik murahan yang tidak wajar mendapat tempat di sebuah masyarakat bertamadun seperti Malaysia. Malangnya, ianya dijangka politik murahan ini akan berlangsung sehingga selesainya Pilihanraya Umum ke 13 (PRU13) kerana kebencian BN terhadap Pakatan tidak mengenal erti moral atau batasan.
Sebagai sebuah parti politik yang melaungkan semangat patriotik, perpaduan dan kematangan, tindakan serangan peribadi mencerminkan semangat kebencian dan tidak matang yang bertentangan dengan apa yang dilaungkan oleh BN.
Rakyat Malaysia sudah meluat dengan politik murahan seperti ini. Ianya tidak membawa sebarang faedah kepada mana-mana pihak. Ianya hanya akan memakan diri BN, menambah kebencian rakyat kepada BN dan mencemari reputasi dan maruah pemimpin Pakatan. Ianya tidak membawa sebarang kesan positif kepada ekonomi atau politik negara. Ianya hanya mencerminkan obsesi Malaysia dengan politik murahan terutamanya politik seks di mata dunia. Dalam kata asas, ianya merupakan sejenis tingkah laku yang memalukan nama Malaysia dan menjadikan Malaysia sebagai bahan ketawa komuniti antarabangsa.
Lantas, KPRU menyeru dan menggesa permainan politik murahan ini dihentikan dengan serta-merta. Kegagalan BN untuk menghentikan politikRaya hanyalah sebuah retorik di samping menghina konsep pilihanraya bebas dan adil.
Terima kasih.
Ooi Heng & KPRU
Short URL: http://www.keadilandaily.com/?p=50147

Jangan takutkan penyokong dengan SOSMA

Posted: 12 Apr 2013 05:26 PM PDT

SOSMA diguna untuk takutkan penyokong Pakatan – Surendran

(Oleh: Aliff Fikri)
PETALING JAYA 12 Apr: Pengumuman polis menggunakan Akta Kesalahan Keselamatan (Langkah-langkah khas) 2012 (SOSMA) ketika pilihan raya, bertujuan menakutkan penyokong Pakatan Rakyat , kata Naib Presiden KEADILAN, N Surendran.
SURENDRANKatanya, pengumuman dibuat Penolong Pengarah undang-undang dan Pendakwaan polis, Datuk Razali Basri semalam, bertentangan dengan kandungan akta itu sendiri.
Menurut Surendran, artikel 4 (3) Akta SOSMA menyebut tiada seorang boleh ditangkap di bawah seksyen ini semata-mata kerana kepercayaan atau aktiviti politik.
"Kami memandang SOSMA ini sengaja dilakukan dengan tujuan menakutkan pembangkang dan pengundi-pengundi pembangkang daripada membuat pemantauan agar PRU berjalan dengan bersih dan adil.
"Seseorang yang ditahan dibawah akta ini akan ditahan selama 28 hari, lebih memburukkan keadaan mereka yang didakwa di bawah SOSMA tidak akan diberi kebenaran untuk ikat jamin.

"Jadi SOSMA ini sebenarnya sama seperti Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA), sebab itu kami membantahnya dari awal lagi," katanya dalam sidang media di Ibu Pejabat KEADILAN, tengah hari tadi.
Katanya lagi, SOSMA merupakan undang-undang pencegahan keganasan dan ia tidak boleh digunakan terhadap rakyat dalam proses PRU
"Akta Kesalahan Pilihan Raya dan Kanun Keseksaan sudah mengcukupi dalam isu berkaitan ketenteraman awam pada PRU, bukannya SOSMA," ujarnya.
Sehubungan itu beliau mendesak Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak dan Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Hishamuddin Hussein menarik balik penggunaan SOSMA yang disifatkan memalukan negara.
"Selama ini kerajaan (Umno-BN) tidak pernah mengancam menggunakan undang-undang keselamatan semasa PRU, mengapa sekarang bersungguh-sungguh mahu menggunakannya?," tegasnya.
Short URL: http://www.keadilandaily.com/?p=50159

Video Seks

Posted: 12 Apr 2013 05:24 PM PDT

Jangan layan fitnah Papagomo laga-lagakan parti dalam Pakatan

KUALA LUMPUR 13 APRIL: Rakyat diminta tidak mempercayai tuduhan yang datangnya seorang blogger yang kerap memapar rakaman lucah, kononnya KEADILAN terlibat dalam isu video lucah seorang pemimpin PAS.
"Ini tuduhan paling tak berasas. Kalau tak silap, Papagomo yang tuduh KEADILAN terlibat mengedar dan dalang berkaitan video lucah. Kita semua tahu papagomo seorang penjenayah.
"Jadi, rakyat jangan ambil serius mengenai tuduhan tak berasas dari Papagomo," kata Naib Presiden KEADILAN, N Surendran.
k"Rekod menunjukkan yang selalu gunakan video lucah ialah pemimpin Umno BN, blogger pro-Umno dan ejen mereka," kata Ahli Majlis Pimpinan Pusat KEADILAN, Latheefa Koya pula.
Mereka berkata demikian ketika menjawab soalan pemberita pada sidang media di ibu pejabat parti, semalam.
Malah, Surendran menyifatkan hubungan KEADILAN dengan parti gabungan Pakatan Rakyat lain sebagai mesra.

"Malah, kita lebih bersatu daripada masa lalu dengan niat bersama untuk menumbangkan BN," katanya.
Memetik Malaysia Kini pula, Ketua Angkatan Muda Keadilan (AMK) Pusat, Shamsul Iskandar Mat Akin menyifatkan tuduhan mengaitkan KEADILAN dengan video itu sebagai politik kotor.
"Motif mengeluarkan video itu adalah jelas. Ia satu percubaan untuk memecahkan hubungan AMK dengan PAS. Kami tidak percaya orang dalam video itu adalah pemimpin PAS," katanya.
Beberapa penulis blog mengaitkan AMK dengan pengedaran video itu ke beberapa umah di Besut, Terengganu.
(FZL)
Short URL: http://www.keadilandaily.com/?p=50172

Fund Raising Dinner PRU 13: Parliament Subang

Posted: 12 Apr 2013 12:59 AM PDT


On behalf of PKR Subang, we would like you to join us in the Fund Raising Dinner on 13/4/2013 from 6.30pm at Padang Kota, Kota Damansara. 

The tickets are sold at RM500 and RM1000 per table 10px. Halal/non halal tables available.  

The confirmed speakers are Sdr Dr Dzulkifli (PAS), YB Tian Chua,  YB Sivarasa YB Elizabeth Wong and Datuk Ambiga Sreenevasan

Please call Mr Lam 0162281133,
Chew  0122072211, 
Jack 0166268566. 

Thank you.



.

Anwar Ibrahim

0 ulasan
sumber :-

Anwar Ibrahim


[VIDEO] Anwar Ibrahim: Yes, I Am Optimistic About The Outcome

Posted: 12 Apr 2013 12:29 PM PDT

[VIDEO] Anwar Ibrahim: MACC Must Be Independent & Has Authority To

Posted: 12 Apr 2013 12:22 PM PDT

[VIDEO] Anwar Ibrahim: Pengumuman Calon Parlimen PKR Sarawak

Posted: 12 Apr 2013 12:11 PM PDT

Debat Politik Anwar-Najib Bermanfaat Untuk Rakyat

Posted: 12 Apr 2013 11:59 AM PDT

Harakah Daily

Majlis Perundingan Pertubuhan Islam Malaysia (Mapim) kecewa kerana budaya fitnah dan manipulasi media dibuka seluas-luasnya tetapi debat yang lebih bertamadun dan bermaruah pula diketepikan.

"Apakah ini menandakan bahawa politik Malaysia lebih bersifat fitnah dan serangan peribadi?

"Kenapa ahli politik BN memandang serong kepada debat, dialog dan forum yang sihat?" ujar presidennya, Mohd Azmi Abdul Hamid dalam kenyataan kepada Harakahdaily.

Justeru, katanya Mapim berpendirian sudah sampai masanya debat yang ditunggu-tunggu oleh rakyat antara Datuk Seri Anwar Ibrahim dan Najib Razak dilaksanakan.

"Salah satu dari reformasi politik yang akan meningkatkan kematangan demokrasi di negara ini ialah debat terbuka antara pihak yang menyertai politik pilihanraya," katanya lagi.

Menurutnya, walaupun debat belum menunjukkan ia satu budaya di negara ini agar mana-mana pihak kumpulan politik yang bertelagah pendapat mengenai bagaimana negara ini harus ditadbir didebat secara bersemuka, namun Mapim berpandangan ia adalah wajar dibudayakan untuk memungkinkan pandangan masing-masing diketengahkan secara bersemuka untuk dihujah di hadapan khalayak awam.

Katanya, dalam Islam, munaqasyah (debat) adalah suatu anjuran yang dibolehkan agar kebenaran dapat dijelaskan dan dengan sebab itu kebenaran akan dapat dipertahankan dengan lebih meyakinkan.

Beliau berkata, pilihanraya adalah soal membentangkan program untuk rakyat membuat pilihan, justeru debat yang berjalan dengan baik pasti akan dihormati oleh semua pihak kerana masa depan negara sangat penting ditentukan dengan rasional oleh pihak yang mahu meraih mandat dari rakyat.

Katanya, dua tokoh tertinggi negara iaitu PM dan Ketua Pembangkang adalah figur penting dalam Pilihan raya Umum ke-13 dan rakyat berhak melihat secara sendiri kemampuan kedua-duanya membentangkan pandangan dengan hujah yang ilmiah dan matang.

Tambahnya lagi, tidak ada kecurigaan yang harus dirisaukan selain kedua pendebat bersedia dan berlapang dada mendengar hujah lawan mengenai isu-isu urus tadbir negara.

"Jika kedua pemimpin ini dapat menunjukkan kematangan berhujah, maka rakyat akan bertambah yakin bahawa reformasi politik benar-benar akan berlaku," katanya.

Lagi Pegawai Tentera Sertai KEADILAN, Bantu Kempen Pakatan

Posted: 12 Apr 2013 12:15 AM PDT

KeadilanDaily

Seorang lagi bekas pegawai tinggi tentera menyertai KEADILAN malam tadi, sekaligus memberi sokongan kepada Pakatan Rakyat.

Abang Hamdan menyerahkan borang keahlian kepada Anwar, disaksikan Ghafir.

Abang Hamdan menyerahkan borang keahlian kepada Anwar, disaksikan Ghafir.

Leftenan Kolonel Abang Hamdan Abang Hadari menyerahkan borang keahlian kepada Ketua Umum, Datuk Seri Anwar Ibrahim di hadapan lebih 1,000 penyokong pada ceramah Pakatan Harapan Rakyat di Petrajaya.

Abang Hamdan merupakan anak jati Sarawak dan tekad membantu Pakatan Rakyat berkempen untuk memenangi negeri jajahan Ketua Menteri, Tan Sri Abdul Taib Mahmud pada Pilihan Raya Umum ke-13.

Penyertaan terbaru itu menjadikan enam pegawai tertinggi tentera menyertai Pakatan sejak awal tahun lalu.

Sebelum ini, Lt Jen (B) Datuk Abdul Ghafir Abdul Hamid; Brig Jen (B) Datuk Abdul Hadi Al-Khatab; Laksamana Pertama (B) Imran Abd Hamid; Brig Jen (B) Datuk Najmi Ahmad dan Jeneral (B) Tan Sri Md Hashim Hussein mengisytihar sokongan kepada Pakatan.

Ghafir ialah bekas Timbalan Angkatan Tentera Darat; bekas Panglima Logistik di Markas Logistik Udara (Hadi); bekas Ketua Staf Logistik Markas Armada TLDM (Imran), bekas Pengarah Kor Agama Angkatan Tentera (Najmi) dan bekas Ketua Turus Angkatan Tentera Darat (Hashim).

Hashim diumum sebagai calon KEADILAN bagi Parlimen Johor Baharu pada 3 April lalu.

Imran pula diumum sebagai calon KEADILAN bagi Parlimen Lumut.

[VIDEO] Anwar Ibrahim: Mahathir, Saya Bukan Najib, Saya Berani Lawan

Posted: 11 Apr 2013 10:13 PM PDT

Jelajah Pakatan Harapan Rakyat & Pengumuman Calon PKR Oleh Dato’ Seri Anwar Ibrahim – PERAK

Posted: 11 Apr 2013 09:18 PM PDT

15 April 2013 (Isnin)

1) 8.30 –12.00 mlm– Ceramah Perdana Pakatan Harapan Rakyat

Lokasi: Padang Taman Gopeng Jaya, Gopeng

2) 8.30-12.00 mlm – Ceramah Perdana Pakatan Harapan Rakyat

& Pengmuman Calon PKR Perak
Lokasi: Jalan Pemimpin, Manjoi, Ipoh

3) Barisan Penceramah:

i. YB Dato' Seri Anwar Ibrahim

ii. YBhg Dr Mohd Nur Manuty

iii. YB Lee Boon Chye

iv. YB Chang Lih kang

v. Brig. Jeneral (B) Dato' Abdul Hadi Khattab

vi. Laksamana Pertama (B) Imran Abdul Hamid

vii. YBhg Siti Aisyah Mohd Shaik Ismail

viii. YBhg Ustaz Zulkifli Ismail

ix. Che Gu Bard

x. Pimpinan PKR Perak

KENYATAAN AKHBAR 12 April 2013 Pakatan Rakyat Selangor Jelas Bidang Kuasa Kerajaan Sementara

Posted: 11 Apr 2013 09:16 PM PDT

Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri (MMKN) pada 13 Feb 2012 telah meluluskan garis panduan yang disediakan Penasihat Undang-undang Kerajaan Selangor berhubung fungsi dan had kuasa sebuah kerajaan sementara.
Garis panduan berkenaan disedia berasaskan Perlembagaan Negeri Selangor (Undang-undang Tubuh Negeri Selangor 1959).
Garis panduan itu antara lain menyatakan kerajaan sementara terdiri daripada Menteri Besar dan Ahli Mesyuarat Kerajaan Negeri (EXCO).

 

Perlembagaan Negeri Selangor menyatakan bahawa kerajaan sementara wujud bermula selepas Dewan Negeri Selangor dibubarkan sehingga persidangan pertama Ahli Dewan Negeri yang baru dilantik.

 

Kerajaan sementara mesti mengelak daripada membuat polisi baharu, meminda polisi sedia ada atau mengadakan kontrak dan perjanjian baharu.

 

Oleh itu, kerajaan sementara bebas meneruskan polisi, program serta melaksanakan keputusan yang telah dibuat dalam sidang Dewan Negeri Selangor dan mesyuarat MMKN sebelum Dewan Negeri dibubarkan.

 

Mengenai penggunaan kenderaan rasmi kerajaan negeri, Penasihat Undang-undang Negeri menyatakan bahawa;

 

"Ahli-ahli kerajaan sementara boleh menggunakan apa-apa harta, peralatan atau jentera kerajaan dalam tugasan harian rasmi dan tujuan awam. Walau bagaimanapun, harta, peralatan atau jentera Kerajaan tersebut tidak boleh digunakan bagi tujuan politik.

 

"Harta tersebut hendaklah digunakan bagi tujuan awam sahaja. Sebagai contoh, kenderaan rasmi , premis Kerajaan dan jentera kerajaan tidak boleh digunakan bagi tujuan kempen pilihan raya oleh mana-mana parti politik."

 

Mengenai pemberian bonus RM300 kepada kakitangan kerajaan negeri yang dibangkitkan oleh BERSIH, perlu ditegaskan bahawa pemberian bonus ini diputuskan dalam Mesyuarat MMKN pada 3 April 2013 iaitu tarikh sama kerajaan negeri meluluskan geran untuk polisi komuniti.

 

Pemberian Geran Tanah kepada penduduk di Bestari Jaya merupakan sebahagian daripada program pemilikan rumah yang dilancarkan pada 2010. Pada tahun yang sama, kerajaan negeri memberi kelonggaran pemilik tanah  yang tidak mampu membayar premium minima RM1,000 boleh mendapatkan bantuan daripada kerajaan dengan melakukan kerja-kerja kebajikan yang dipantau oleh pegawai kerajaan sebagai pertukaran.

 

Merujuk kepada kenyataan oleh BERSIH, Penasihat Undang-undang Kerajaan Negeri memaklumkan kepada Menteri Besar bahawa;

 

"Kerajaan sementara  hanya mengimplementasikan sahaja keputusan yang telah dibuat demi memastikan kepentingan dan kebajikan rakyat Negeri Selangor tidak terjejas dan senantiasa terpelihara dalam tempoh kerajaan sementara.

 

"Juga ditegaskan  keputusan serta tindakan yang dibuat ini sama sekali bukan untuk meraih undi atau seumpamanya dan tidak bercanggah dengan code of conduct kerajaan sementara."

 

Kerajaan Negeri berharap agar BERSIH menentukan kesahihan semua fakta dan undang-undang dengan terperinci sebelum membuat sebarang tohmahan.

 

Sebagai kerajaan sementara di Selangor, Pakatan Rakyat komited untuk memastikan birokrasi berfungsi tetapi sentiasa berhati-hati untuk tidak menyalahgunakan dana awam untuk tujuan kempen pada Pilihan Raya Umum ke-13.

 

YAB TAN SRI ABDUL KHALID IBRAHIM

DATO' MENTERI BESAR SELANGOR

Wee Choo Keong

0 ulasan
sumber :-

Wee Choo Keong


Ganguan air di sekitar Desa Setapak & Seksyen 2 Wangsa Maju

Posted: 12 Apr 2013 02:21 AM PDT

Updates @ 2:30 pagi 15-4-2013:  Syabas telah menghantar 4 tangki air malam tadi ke kawasan Jalan 20/27B Desa Setapak.  Syabas akan menghantar 1 tangki air lagi ke kawasan Jalan 8/27B Desa Setapak  pada jam 3 pagi sebentar lagi dan jika masih tidak mencukupi Syabas akan menghantar tangi air sampai semua penduduk-penduduk di kawasan tersebut dapat [...]

PARTI KEADILAN RAKYAT NEGERI SEMBILAN

0 ulasan
sumber :-

PARTI KEADILAN RAKYAT NEGERI SEMBILAN


Bilboard PRU Keadilan di Linggi runtuh, dipercayai perbuatan khianat!

Posted: 11 Apr 2013 09:52 PM PDT

Bilboard PRU-13 Keadilan yang roboh dipercayai perbuatan khianat samseng-samseng upahan Umno di Kg Tampin Kiri, Linggi

Kesan tayar kenderaan dipercayai lori digunakan untuk melanggar bilboard


Bukti jelas bilboard ini kukuh dan sukar untuk tumbang kalau berlaku angin kencang kerana tiangnya dipasang besi untuk kukuh tegak.

Belum pun bermula PRU-13 telah berlaku perbuatan khianat merobohkan billboard atau papan siaraya PRU-13 kepunyaan Keadilan di Kampung Tampin Kiri, Linggi.

Ini bukti jelas suatu ketakutan pihak Umno-BN terhadap kemaraan PR. Tindakan tidak demokrasi ini melambangkan sikap samseng pihak lawan dan tidak menghormati hak berpolitik. 

Lebih menyakinkan bahawa ini adalah perbuatan khianat dengan terdapat kesan tayar kenderaan dipercayai lori berhampiran runtuhan tersebut. Adalah mustahil ia akan runtuh dengan mudah jika ditiup angin kerana bilboard tersebut telah dipasang dengan besi pada tiang billboard.



Pimpinan

Angkatan Muda

Cabang