Anwar Ibrahim |
- [VIDEO] Anwar Ibrahim: Yes, I Am Optimistic About The Outcome
- [VIDEO] Anwar Ibrahim: MACC Must Be Independent & Has Authority To
- [VIDEO] Anwar Ibrahim: Pengumuman Calon Parlimen PKR Sarawak
- Debat Politik Anwar-Najib Bermanfaat Untuk Rakyat
- Lagi Pegawai Tentera Sertai KEADILAN, Bantu Kempen Pakatan
- [VIDEO] Anwar Ibrahim: Mahathir, Saya Bukan Najib, Saya Berani Lawan
- Jelajah Pakatan Harapan Rakyat & Pengumuman Calon PKR Oleh Dato’ Seri Anwar Ibrahim – PERAK
- KENYATAAN AKHBAR 12 April 2013 Pakatan Rakyat Selangor Jelas Bidang Kuasa Kerajaan Sementara
[VIDEO] Anwar Ibrahim: Yes, I Am Optimistic About The Outcome Posted: 12 Apr 2013 12:29 PM PDT |
[VIDEO] Anwar Ibrahim: MACC Must Be Independent & Has Authority To Posted: 12 Apr 2013 12:22 PM PDT |
[VIDEO] Anwar Ibrahim: Pengumuman Calon Parlimen PKR Sarawak Posted: 12 Apr 2013 12:11 PM PDT |
Debat Politik Anwar-Najib Bermanfaat Untuk Rakyat Posted: 12 Apr 2013 11:59 AM PDT Majlis Perundingan Pertubuhan Islam Malaysia (Mapim) kecewa kerana budaya fitnah dan manipulasi media dibuka seluas-luasnya tetapi debat yang lebih bertamadun dan bermaruah pula diketepikan. "Apakah ini menandakan bahawa politik Malaysia lebih bersifat fitnah dan serangan peribadi? "Kenapa ahli politik BN memandang serong kepada debat, dialog dan forum yang sihat?" ujar presidennya, Mohd Azmi Abdul Hamid dalam kenyataan kepada Harakahdaily. Justeru, katanya Mapim berpendirian sudah sampai masanya debat yang ditunggu-tunggu oleh rakyat antara Datuk Seri Anwar Ibrahim dan Najib Razak dilaksanakan. "Salah satu dari reformasi politik yang akan meningkatkan kematangan demokrasi di negara ini ialah debat terbuka antara pihak yang menyertai politik pilihanraya," katanya lagi. Menurutnya, walaupun debat belum menunjukkan ia satu budaya di negara ini agar mana-mana pihak kumpulan politik yang bertelagah pendapat mengenai bagaimana negara ini harus ditadbir didebat secara bersemuka, namun Mapim berpandangan ia adalah wajar dibudayakan untuk memungkinkan pandangan masing-masing diketengahkan secara bersemuka untuk dihujah di hadapan khalayak awam. Katanya, dalam Islam, munaqasyah (debat) adalah suatu anjuran yang dibolehkan agar kebenaran dapat dijelaskan dan dengan sebab itu kebenaran akan dapat dipertahankan dengan lebih meyakinkan. Beliau berkata, pilihanraya adalah soal membentangkan program untuk rakyat membuat pilihan, justeru debat yang berjalan dengan baik pasti akan dihormati oleh semua pihak kerana masa depan negara sangat penting ditentukan dengan rasional oleh pihak yang mahu meraih mandat dari rakyat. Katanya, dua tokoh tertinggi negara iaitu PM dan Ketua Pembangkang adalah figur penting dalam Pilihan raya Umum ke-13 dan rakyat berhak melihat secara sendiri kemampuan kedua-duanya membentangkan pandangan dengan hujah yang ilmiah dan matang. Tambahnya lagi, tidak ada kecurigaan yang harus dirisaukan selain kedua pendebat bersedia dan berlapang dada mendengar hujah lawan mengenai isu-isu urus tadbir negara. "Jika kedua pemimpin ini dapat menunjukkan kematangan berhujah, maka rakyat akan bertambah yakin bahawa reformasi politik benar-benar akan berlaku," katanya. |
Lagi Pegawai Tentera Sertai KEADILAN, Bantu Kempen Pakatan Posted: 12 Apr 2013 12:15 AM PDT Seorang lagi bekas pegawai tinggi tentera menyertai KEADILAN malam tadi, sekaligus memberi sokongan kepada Pakatan Rakyat. Abang Hamdan menyerahkan borang keahlian kepada Anwar, disaksikan Ghafir. Leftenan Kolonel Abang Hamdan Abang Hadari menyerahkan borang keahlian kepada Ketua Umum, Datuk Seri Anwar Ibrahim di hadapan lebih 1,000 penyokong pada ceramah Pakatan Harapan Rakyat di Petrajaya. Abang Hamdan merupakan anak jati Sarawak dan tekad membantu Pakatan Rakyat berkempen untuk memenangi negeri jajahan Ketua Menteri, Tan Sri Abdul Taib Mahmud pada Pilihan Raya Umum ke-13. Penyertaan terbaru itu menjadikan enam pegawai tertinggi tentera menyertai Pakatan sejak awal tahun lalu. Sebelum ini, Lt Jen (B) Datuk Abdul Ghafir Abdul Hamid; Brig Jen (B) Datuk Abdul Hadi Al-Khatab; Laksamana Pertama (B) Imran Abd Hamid; Brig Jen (B) Datuk Najmi Ahmad dan Jeneral (B) Tan Sri Md Hashim Hussein mengisytihar sokongan kepada Pakatan. Ghafir ialah bekas Timbalan Angkatan Tentera Darat; bekas Panglima Logistik di Markas Logistik Udara (Hadi); bekas Ketua Staf Logistik Markas Armada TLDM (Imran), bekas Pengarah Kor Agama Angkatan Tentera (Najmi) dan bekas Ketua Turus Angkatan Tentera Darat (Hashim). Hashim diumum sebagai calon KEADILAN bagi Parlimen Johor Baharu pada 3 April lalu. Imran pula diumum sebagai calon KEADILAN bagi Parlimen Lumut. |
[VIDEO] Anwar Ibrahim: Mahathir, Saya Bukan Najib, Saya Berani Lawan Posted: 11 Apr 2013 10:13 PM PDT |
Jelajah Pakatan Harapan Rakyat & Pengumuman Calon PKR Oleh Dato’ Seri Anwar Ibrahim – PERAK Posted: 11 Apr 2013 09:18 PM PDT 15 April 2013 (Isnin) 1) 8.30 –12.00 mlm– Ceramah Perdana Pakatan Harapan Rakyat Lokasi: Padang Taman Gopeng Jaya, Gopeng 2) 8.30-12.00 mlm – Ceramah Perdana Pakatan Harapan Rakyat & Pengmuman Calon PKR Perak 3) Barisan Penceramah: i. YB Dato' Seri Anwar Ibrahim ii. YBhg Dr Mohd Nur Manuty iii. YB Lee Boon Chye iv. YB Chang Lih kang v. Brig. Jeneral (B) Dato' Abdul Hadi Khattab vi. Laksamana Pertama (B) Imran Abdul Hamid vii. YBhg Siti Aisyah Mohd Shaik Ismail viii. YBhg Ustaz Zulkifli Ismail ix. Che Gu Bard x. Pimpinan PKR Perak |
KENYATAAN AKHBAR 12 April 2013 Pakatan Rakyat Selangor Jelas Bidang Kuasa Kerajaan Sementara Posted: 11 Apr 2013 09:16 PM PDT Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri (MMKN) pada 13 Feb 2012 telah meluluskan garis panduan yang disediakan Penasihat Undang-undang Kerajaan Selangor berhubung fungsi dan had kuasa sebuah kerajaan sementara.
Perlembagaan Negeri Selangor menyatakan bahawa kerajaan sementara wujud bermula selepas Dewan Negeri Selangor dibubarkan sehingga persidangan pertama Ahli Dewan Negeri yang baru dilantik.
Kerajaan sementara mesti mengelak daripada membuat polisi baharu, meminda polisi sedia ada atau mengadakan kontrak dan perjanjian baharu.
Oleh itu, kerajaan sementara bebas meneruskan polisi, program serta melaksanakan keputusan yang telah dibuat dalam sidang Dewan Negeri Selangor dan mesyuarat MMKN sebelum Dewan Negeri dibubarkan.
Mengenai penggunaan kenderaan rasmi kerajaan negeri, Penasihat Undang-undang Negeri menyatakan bahawa;
"Ahli-ahli kerajaan sementara boleh menggunakan apa-apa harta, peralatan atau jentera kerajaan dalam tugasan harian rasmi dan tujuan awam. Walau bagaimanapun, harta, peralatan atau jentera Kerajaan tersebut tidak boleh digunakan bagi tujuan politik.
"Harta tersebut hendaklah digunakan bagi tujuan awam sahaja. Sebagai contoh, kenderaan rasmi , premis Kerajaan dan jentera kerajaan tidak boleh digunakan bagi tujuan kempen pilihan raya oleh mana-mana parti politik."
Mengenai pemberian bonus RM300 kepada kakitangan kerajaan negeri yang dibangkitkan oleh BERSIH, perlu ditegaskan bahawa pemberian bonus ini diputuskan dalam Mesyuarat MMKN pada 3 April 2013 iaitu tarikh sama kerajaan negeri meluluskan geran untuk polisi komuniti.
Pemberian Geran Tanah kepada penduduk di Bestari Jaya merupakan sebahagian daripada program pemilikan rumah yang dilancarkan pada 2010. Pada tahun yang sama, kerajaan negeri memberi kelonggaran pemilik tanah yang tidak mampu membayar premium minima RM1,000 boleh mendapatkan bantuan daripada kerajaan dengan melakukan kerja-kerja kebajikan yang dipantau oleh pegawai kerajaan sebagai pertukaran.
Merujuk kepada kenyataan oleh BERSIH, Penasihat Undang-undang Kerajaan Negeri memaklumkan kepada Menteri Besar bahawa;
"Kerajaan sementara hanya mengimplementasikan sahaja keputusan yang telah dibuat demi memastikan kepentingan dan kebajikan rakyat Negeri Selangor tidak terjejas dan senantiasa terpelihara dalam tempoh kerajaan sementara.
"Juga ditegaskan keputusan serta tindakan yang dibuat ini sama sekali bukan untuk meraih undi atau seumpamanya dan tidak bercanggah dengan code of conduct kerajaan sementara."
Kerajaan Negeri berharap agar BERSIH menentukan kesahihan semua fakta dan undang-undang dengan terperinci sebelum membuat sebarang tohmahan.
Sebagai kerajaan sementara di Selangor, Pakatan Rakyat komited untuk memastikan birokrasi berfungsi tetapi sentiasa berhati-hati untuk tidak menyalahgunakan dana awam untuk tujuan kempen pada Pilihan Raya Umum ke-13.
YAB TAN SRI ABDUL KHALID IBRAHIM DATO' MENTERI BESAR SELANGOR |
You are subscribed to email updates from Anwar Ibrahim To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan