R Sivarasa - Ahli Parlimen Subang |
- Ceramah PRU 13 Bagi Kaum India
- Ini Kalilah!
- Politik Murahan tiada tempat dalam PRU
- Jangan takutkan penyokong dengan SOSMA
- Video Seks
- Fund Raising Dinner PRU 13: Parliament Subang
Ceramah PRU 13 Bagi Kaum India Posted: 12 Apr 2013 10:33 PM PDT Ceramah bagi kaum India di Bukit Bangsar/Seri Pahang akan diadakan di sekitar bilik gerakan PKR , Lengkok Abdullah , Bangsar (bersebelahan Kuil Bangsar Nageswary Amman Alayam) pada 13/04/2013 (Sabtu) pukul 7 malam. Penceramah-penceramah adalah yang berikut. YB Nurul Izzah Anwar. YB R. Sivarasa. Dato Ambiga Sreenivasan dan lain-lain. Di jemput hadir beramai-ramai! . |
Posted: 12 Apr 2013 07:38 PM PDT Malaysia Chronicle (@MsiaChronicle) tweeted at 9:26 AM on Sat, Apr 13, 2013: Shout it loud: 'Ini Kalilah!' http://t.co/hLkNzm9zwR (https://twitter.com/MsiaChronicle/status/322883446290649088) Get the official Twitter app at https://twitter.com/download |
Politik Murahan tiada tempat dalam PRU Posted: 12 Apr 2013 05:33 PM PDT KPRU: Serangan peribadi terhadap pemimpin Pakatan politik murahanBadan Pemikir Kajian Politik untuk Perubahan (KPRU) menggesa Barisan Nasional (BN) menghentikan serangan peribadi ke atas pemimpin-pemimpin Pakatan Rakyat (Pakatan) serta menghormati Ikrar Integriti Pilihanraya yang telah ditandatangani oleh Pengerusi BN Datuk Seri Najib Tun Razak.Malaysia dijangkiti dengan demam pilihanraya sejak tahun 2011 akan tetapi, demam pilihanraya kian melarat terutamanya pada awal tahun ini sehingga ke hari – hari sebelum hari mengundi. Konsep integriti telah hilang dari pandangan mata BN. Serangan peribadi telah dilancarkan ke atas pemimpin-pemimpin Pakatan. Tiada yang terkecuali daripada serangan bertubi-tubi ini. Antara pemimpin Pakatan yang jatuh mangsa kepada serangan peribadi termasuklah; Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim, Presiden KEADILAN, Datuk Seri Dr Wan Azizah Ismail, calon kerusi parlimen Lembah Pantai, Nurul Izzah hingga ke bekas Adun Seri Setia Nik Nazmi Nik Ahmad, calon kerusi parlimen Pandan Rafizi Ramli, calon kerusi parlimen Batu Tian Chua, Ketua Menteri Pulau Pinang Lim Guan Eng, Setiausaha Agong PAS Mustapha Ali, dan Mursyidul Am PAS, Nik Aziz Nik Mat. KPRU berpendapat serangan peribadi ini merupakan amalan politik murahan yang tidak wajar mendapat tempat di sebuah masyarakat bertamadun seperti Malaysia. Malangnya, ianya dijangka politik murahan ini akan berlangsung sehingga selesainya Pilihanraya Umum ke 13 (PRU13) kerana kebencian BN terhadap Pakatan tidak mengenal erti moral atau batasan.Sebagai sebuah parti politik yang melaungkan semangat patriotik, perpaduan dan kematangan, tindakan serangan peribadi mencerminkan semangat kebencian dan tidak matang yang bertentangan dengan apa yang dilaungkan oleh BN. Rakyat Malaysia sudah meluat dengan politik murahan seperti ini. Ianya tidak membawa sebarang faedah kepada mana-mana pihak. Ianya hanya akan memakan diri BN, menambah kebencian rakyat kepada BN dan mencemari reputasi dan maruah pemimpin Pakatan. Ianya tidak membawa sebarang kesan positif kepada ekonomi atau politik negara. Ianya hanya mencerminkan obsesi Malaysia dengan politik murahan terutamanya politik seks di mata dunia. Dalam kata asas, ianya merupakan sejenis tingkah laku yang memalukan nama Malaysia dan menjadikan Malaysia sebagai bahan ketawa komuniti antarabangsa. Lantas, KPRU menyeru dan menggesa permainan politik murahan ini dihentikan dengan serta-merta. Kegagalan BN untuk menghentikan politikRaya hanyalah sebuah retorik di samping menghina konsep pilihanraya bebas dan adil. Terima kasih. Ooi Heng & KPRU Short URL: http://www.keadilandaily.com/?p=50147 |
Jangan takutkan penyokong dengan SOSMA Posted: 12 Apr 2013 05:26 PM PDT SOSMA diguna untuk takutkan penyokong Pakatan – Surendran(Oleh: Aliff Fikri)PETALING JAYA 12 Apr: Pengumuman polis menggunakan Akta Kesalahan Keselamatan (Langkah-langkah khas) 2012 (SOSMA) ketika pilihan raya, bertujuan menakutkan penyokong Pakatan Rakyat , kata Naib Presiden KEADILAN, N Surendran. Katanya, pengumuman dibuat Penolong Pengarah undang-undang dan Pendakwaan polis, Datuk Razali Basri semalam, bertentangan dengan kandungan akta itu sendiri. Menurut Surendran, artikel 4 (3) Akta SOSMA menyebut tiada seorang boleh ditangkap di bawah seksyen ini semata-mata kerana kepercayaan atau aktiviti politik. "Kami memandang SOSMA ini sengaja dilakukan dengan tujuan menakutkan pembangkang dan pengundi-pengundi pembangkang daripada membuat pemantauan agar PRU berjalan dengan bersih dan adil. "Seseorang yang ditahan dibawah akta ini akan ditahan selama 28 hari, lebih memburukkan keadaan mereka yang didakwa di bawah SOSMA tidak akan diberi kebenaran untuk ikat jamin. "Jadi SOSMA ini sebenarnya sama seperti Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA), sebab itu kami membantahnya dari awal lagi," katanya dalam sidang media di Ibu Pejabat KEADILAN, tengah hari tadi. Katanya lagi, SOSMA merupakan undang-undang pencegahan keganasan dan ia tidak boleh digunakan terhadap rakyat dalam proses PRU "Akta Kesalahan Pilihan Raya dan Kanun Keseksaan sudah mengcukupi dalam isu berkaitan ketenteraman awam pada PRU, bukannya SOSMA," ujarnya. Sehubungan itu beliau mendesak Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak dan Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Hishamuddin Hussein menarik balik penggunaan SOSMA yang disifatkan memalukan negara. "Selama ini kerajaan (Umno-BN) tidak pernah mengancam menggunakan undang-undang keselamatan semasa PRU, mengapa sekarang bersungguh-sungguh mahu menggunakannya?," tegasnya. Short URL: http://www.keadilandaily.com/?p=50159 |
Posted: 12 Apr 2013 05:24 PM PDT Jangan layan fitnah Papagomo laga-lagakan parti dalam PakatanKUALA LUMPUR 13 APRIL: Rakyat diminta tidak mempercayai tuduhan yang datangnya seorang blogger yang kerap memapar rakaman lucah, kononnya KEADILAN terlibat dalam isu video lucah seorang pemimpin PAS."Ini tuduhan paling tak berasas. Kalau tak silap, Papagomo yang tuduh KEADILAN terlibat mengedar dan dalang berkaitan video lucah. Kita semua tahu papagomo seorang penjenayah. "Jadi, rakyat jangan ambil serius mengenai tuduhan tak berasas dari Papagomo," kata Naib Presiden KEADILAN, N Surendran. "Rekod menunjukkan yang selalu gunakan video lucah ialah pemimpin Umno BN, blogger pro-Umno dan ejen mereka," kata Ahli Majlis Pimpinan Pusat KEADILAN, Latheefa Koya pula. Mereka berkata demikian ketika menjawab soalan pemberita pada sidang media di ibu pejabat parti, semalam. Malah, Surendran menyifatkan hubungan KEADILAN dengan parti gabungan Pakatan Rakyat lain sebagai mesra. "Malah, kita lebih bersatu daripada masa lalu dengan niat bersama untuk menumbangkan BN," katanya. Memetik Malaysia Kini pula, Ketua Angkatan Muda Keadilan (AMK) Pusat, Shamsul Iskandar Mat Akin menyifatkan tuduhan mengaitkan KEADILAN dengan video itu sebagai politik kotor. "Motif mengeluarkan video itu adalah jelas. Ia satu percubaan untuk memecahkan hubungan AMK dengan PAS. Kami tidak percaya orang dalam video itu adalah pemimpin PAS," katanya. Beberapa penulis blog mengaitkan AMK dengan pengedaran video itu ke beberapa umah di Besut, Terengganu. (FZL) Short URL: http://www.keadilandaily.com/?p=50172 |
Fund Raising Dinner PRU 13: Parliament Subang Posted: 12 Apr 2013 12:59 AM PDT On behalf of PKR Subang, we would like you to join us in the Fund Raising Dinner on 13/4/2013 from 6.30pm at Padang Kota, Kota Damansara. The tickets are sold at RM500 and RM1000 per table 10px. Halal/non halal tables available. The confirmed speakers are Sdr Dr Dzulkifli (PAS), YB Tian Chua, YB Sivarasa, YB Elizabeth Wong and Datuk Ambiga Sreenevasan. Please call Mr Lam 0162281133, Chew 0122072211, Jack 0166268566. Thank you. . |
You are subscribed to email updates from R Sivarasa - Calon Parlimen Subang To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan