Isnin, 21 Januari 2013

Suara Sri Andalas

Suara Sri Andalas


Penduduk Pangsapuri Bantah Syabas Naikkan Caj Air 73 Peratus

Posted: 21 Jan 2013 06:28 PM PST

KUALA LUMPUR 21 JAN : Kononnya atas arahan pihak atasan Syarikat Bekalan Air Selangor (SYABAS), kira-kira 4,000 penduduk di Pangsapuri Cendana di sini terpaksa menanggung kenaikan tarif air sehingga 73 peratus dari kadar biasa yang dikenakan.

Itu alasan yang diterima daripada Syabas ketika penduduk menyuarakan bantahan terhadap kenaikan tarif air itu, jelas Pengerusi Badan Pengurusan Bersama Pangsapuri Cendana, Zulfa Asri Zulkifli.

Menurut Zulfa Asri, ini berlaku selepas Syabas menukarkan klasifikasi pangsapuri mereka.

Di dalam satu surat bertarikh 10 Januari, Syabas telah mengklasifikasikan pangsapuri mereka sebagai sebagai rumah pangsa kos sederhana rendah yang sepatutnya dikenakan caj air 80 sen setiap metre padu.

Akan tetapi di dalam surat yang sama, Syabas mengenakan caj tarif air kepada mereka seperti caj tarif yang dikenakan kepada apartment atau kondominium iaitu RM 1.38 setiap metre padu.

Lebih mengecewakan lagi, surat tersebut bertarikh 10 Januari manakala bil air yang terbaru 4 Januari sudah mengenakan caj baru itu kepada penduduk.

"Permintaan kami untuk berjumpa dengan pegawai Syabas bagi berbincang mengenai perkara ini langsung tidak berjaya.

"Jadi kami hanya mampu berhubung dengan pihak Syabas melalui panggilan telefon namun alasan-alasan yang diberikan mereka ternyata tidak munasabah termasuk alasan mereka hanya terima arahan pihak atasan," luah Zulfa Asri.

Mengikut senarai kadar tarif air yang diberikan Syabas kepada Zulfa Asri, kod tarif 17 hanya dikenakan kepada rumah pangsa, apartment atau kondominium yang merupakan rumah selain daripada pangsapuri kos rendah dan rumah-rumah kos rendah.

Kod tarif 17 mengenakan caj RM 1.38 setiap metre padu.

Manakala, pangsapuri-pangsapuri kos rendah dan rumah-rumah pangsa kos rendah pula dikenakan tarif air mengikut kod tarif 18 iaitu RM 0.80 bagi setiap meter padu.

Susulan kenaikan secara mengejut itu, penduduk juga menulis surat kepada Syabas bertarikh 10 Januari bagi menyatakan bantahan terhadap tarif tersebut yang disifatkan membebankan penduduk yang rata-rata berpendapatan sederhana.

Ketika dihubungi untuk penjelasan, seorang pegawai di Bahagian Hah Ehwal Korporat Syabas berkata syarikat itu enggan mengeluarkan sebarang kenyataan buat masa kini.


Sumber: Selangorku

Melawat Mahasiswa Hidap Kegagalan Buah Pinggang

Posted: 21 Jan 2013 02:00 AM PST

Pada 17 Januari yang lepas YB Dr Xavier Jayakumar telah melawat seorang mahasiswa yang mengalami kegagalan buah pinggang.

Thanasegaran A/L Letchaman adalah mahasiswa dalam jurusan Sarjana Muda Sastera (Kepujian) Perniagaan Antarabangsa UEL di Stamford College, Petaling Jaya. Beliau yang mengalami kegagalan buah pinggang kini sedang menjalani rawatan Hemodialisis.

Beliau sebelum ini yang aktif bermain bola sepak kini sedang menunggu keputusan peperiksaan untuk sambung belajar di peringkat Master.

Dalam lawatan tersebut YB Dr Xavier telah memberi sumbangan untuk membantu beliau membayar kos perubatan.

Twist in Temple Saga

Posted: 21 Jan 2013 01:40 AM PST

PETALING JAYA: Selangor executive councillor Dr Xavier Jayakumar today claimed that the Public Complaints Bureau gave the nod to the Kajang Municipal Council to issue summons and compounds to the Sri Maha Mariamman temple in Bangi Lama, Selangor, for excessive noise during prayer sessions.

"The bureau which is under the Prime Minister's Department was the one which instructed the municipal council to go ahead with the summons. People should stop making unilateral decisions," he told FMT when contacted.

He said this while commenting on the temple which was issued summons and compounds by the council's enforcement officers last week for failing to adhere to the council's advice for the temple to tone down the noise level during prayer sessions, including noise from the bell before prayers are conducted, and amplifiers used to play devotional songs.

The MIC Youth along with the temple management and patrons held a peaceful demonstration following the issuance of the summons and subsequently, the Kajang Municipal Council rescinded the summons and compounds.

Jayakumar said even the Kajang Municipal Council president was unaware that such a summons was issued to the temple.

Meanwhile, Puchong member of parliament and DAP central committee member Gobind Singh Deo said the Selangor government must punish the officer or officers responsible for issuing the summons against the temple to reduce the noise levels and cease religious activities after 6pm.

"This order is simply outrageous. It is clearly against the spirit of Pakatan Rakyat and an attempt to again put Pakatan in a bad light. It is common for temples to conduct prayers between 6pm and 9pm during which time there will also be ringing of bells. This is a fact. It is well known to us and we respect this.

"And there are clear guidelines in place by the state government expressly requiring all officers of local councils to refer any issue or complaints relating to religious affairs to the councils' full board before any action can be taken," he said in a statement.

He said despite this, certain officers proceeded to openly defy the order.

"I am of the view that this attitude among officers deliberately ignoring state directives will continue if nothing is done to deter them. The state government must show that it is serious in cases like these and take action against the officers concerned in order to send a correct and strong message to others who dare defy orders, that they too will be dealt with severely.

"If no action is taken, then that will reflect weakness on the part of the state which will then have to take full responsibility for acts of defiance by their officers against their own orders in future. I call upon the menteri besar to ensure that action be taken against officers who defy orders so as to show that the state is serious in making sure that this doesn't occur again in future and that it is serious in implementing its policies and directives," added Gobind.

Source: FreeMalaysiaToday

Mahkamah Dapati Utusan Fitnah Anwar

Posted: 21 Jan 2013 01:20 AM PST

Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur hari ini mendapati Utusan Melayu (M) Bhd dan ketua pengarangnya Datuk Abdul Aziz Ishak memfitnah ketua pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim dalam satu laporan di akhbar milik Umno itu pada awal tahun lalu.
Hakim Datuk VT Singham dalam penghakimannya mendapati, laporan di muka hadapan dan halaman 10 Utusan Malaysia pada 17 Januari itu menjejaskan reputasi Anwar dan menyebabkan ahli politik itu dicemuh dan dipandang hina.

Mahkamah menetapkan kos sebanyak RM45,000 manakala gantirugi akan ditetapkan pada 15 Februari.

Singham turut menegur Utusan kerana gagal mengamalkan kewartawanan yang bertanggungjawab.

Dalam laporan muka depan bertajuk "Tolak Anwar - Hasan" itu, Utusan memetik kenyataan bekas pemimpin PAS Datuk Hasan Ali yang mendakwa ahli parlimen Permatang Pauh dan ketua umum PKR itu mempersoalkan undang-undang anti-homoseksual di negara ini dan dikatakan mahu menghalalkan lesbian, gay, biseksual dan aktiviti transgender (LGBT).

Ia turut menyiarkan satu lagi artikel yang bertajuk "Parasit ancam PAS, Anwar mesti tolak" di muka surat 10 pada hari yang sama.

Sumber: Malaysiakini

Isu Air: AMK Selangor Mahu Serah Memo Pada Sultan

Posted: 21 Jan 2013 01:00 AM PST

Angkatan Muda Keadilan (AMK) Selangor akan mengadakan satu perhimpunan dan menyerahkan memorandum kepada Sultan Selangor Sultan Sharafuddin Idris Shah bagi memohon campurtangan baginda dalam isu air yang melanda negeri itu.

Ketuanya Azmizam Zamanhuri berkata, perhimpunan itu akan diadakan selepas solat Jumaat di perkarangan Masjid Sultan Sulaiman, Klang pada 25 Januari ini.

Bercakap dalam sidang media di ibu pejabat PKR pagi ini, beliau berkata selepas berhimpun, mereka akan berarak ke Istana Alam Shah bagi menyerah memorandum itu.

Tegasnya, dengan campurtangan dan kuasa yang diperuntukkan kepada Sultan Selangor, diharapkan dapat membantu usaha kerajaan negeri mengambil alih Syarikat Bekalan Air Selangor (SYABAS).

"Pelbagai langkah telah diambil oleh AMK Selangor dan kepimpinan Pakatan Rakyat Selangor untuk menangani masalah ini namun SYABAS tidak mahu berganjak dan tidak melakukan sebarang tindakan yang membantu kerajaan negeri.

"Kita merafak sembah dan menyerahkan memorandum merayu ihsan Sultan Selangor supaya berkenan untuk campurtangan dan menggunakan kuasa yang diperuntukkan kepada baginda bagi membantu usaha kerajaan negeri dalam usaha mengambil alih SYABAS," katanya.

Sumber: Malaysiakini

Gugur Anak, Kaki Bengkak, Air Kotor : Pengalaman Semasa Gangguan Air Syabas

Posted: 20 Jan 2013 01:30 AM PST

KUALA LUMPUR, 20 JAN: Kesan daripada gangguan bekalan air di Lembah Klang selama lebih dua minggu masih dirasai penduduk beberapa pangsapuri di Bandar Tun Razak, yang menceritakan pengalaman perit yang terpaksa diharungi.

Oleh kerana tiada lif, penghuni di pangsapuri Seri Melaka terpaksa mengangkat air sampai ke tingkat empat.

"Masa ketiadaan air semua susah… anak sekolah dan warga emas sampai bengkak kaki. Sampai ada kandungan yang gugur," kata Che Menah Che Mat, seorang penghuni flet tersebut.

"Isu angkat air dari tingkat bawah sampai tingkat empat.  Belum sampai tingkat empat, air dah tinggal suku," katanya kepada TV Selangor.

Penghuni pangsapuri tersebut antara setengah juta penduduk di Ampang, Cheras dan Gombak yang terputus bekalan air dari 29 Disember hingga ke 15 Januari

Ia berpunca daripada kegagalan pam di rumah pam Wangsa Maju yang diuruskan  Syarikat Bekalan Air Selangor (Syabas).

Siasatan Jawatankuasa Pemantau Bekalan Air Selangor mendapati kegagalan pam tersebut adalah disebabkan Syabas tidak menyelenggaranya dengan baik.

Semalam, 30 orang penghuni pangsapuri tersebut mengadakan tunjuk perasaan bagi mengutuk kelalaian Syabas yang telah mengakibatkan kesulitan kepada mereka.

Seorang lagi penduduk, Hisham Abbas yang tinggal di Pangsapuri Sri Penara berkata, sesetengah air yang dihantar oleh Syabas menggunakan lori tangki, didapati keruh dan kotor.

Menurut Hisham, lif mereka rosak kerana terpaksa beroperasi lebih masa untuk mengangkut air ke rumah.

"Kami terpaksa angkat air dari bawah ke atas dengan lif rosak. Mula-mula dua (dari tiga lif) kemudian sampai lif semua rosak. Terpaksa menggunakan tangga.

"Syabas banyak duit, sampai CEO-nya gaji beribu-ribu. Tapi hantar lori tangki kecil. Berbeza dengan tangki yang dihantar  (Menteri Besar), Tan Sri Abdul Khalid, tangki besar.

"Tapi yang dia orang hantar, kebanyakan memang kotor dan keruh airnya," kata Hisham lagi.

Mohamad Saiful dari Pangsapuri Cendana pula berkata, umat Islam mengalami kesukaran untuk berwuduk ketika solat Jumaat di Masjid An-Najihin dua minggu lalu.

Beliau memuji tindakan pantas Pejabat Ahli Parlimen Bandar Tun Razak yang membekalkan satu tangki air untuk kegunaan orang awam pada hari berkenaan.

"Saya berterima kasih kepada Kerajaan Selangor dan Jawatankuasa Pemantauan yang  turun ke padang melihat sendiri apa yang berlaku sekaligus memberikan tekanan untuk keadaan kembali pulih.

"Ini satu penganiayaan jelas kepada penduduk dan jelas Syabas tidak cekap memandangkan air merupakan keperluan asas kehidupan," katanya.


Sumber: Selangorku

Penduduk Bandar Tun Razak Tunjuk Perasaan, Desak Syabas Undur

Posted: 20 Jan 2013 01:15 AM PST

BANDAR TUN RAZAK, 20 JAN: Meskipun bekalan air di beberapa kawasan Lembah Klang sudah kembali pulih, namun kemarahan orang awam terutama penduduk pangsapuri terhadap Syabas masih belum reda.

Hari ini, sekumpulan penduduk di kawasan Bandar Tun Razak berhimpun secara aman di hadapan Masjid An-Najihin bagi mendesak Kerajaan Selangor diberikan kuasa sepenuhnya mengawal operasi bekalan air.

Penyertaan hampir 30 penduduk setempat mendapat perhatian pengguna jalan raya yang membunyikan hon kenderaan sebagai tanda bantahan terhadap Syarikat Bekalan Air Selangor (Syabas) yang gagal membekalkan air dengan cekap.

Mereka melaungkan slogan 'Syabas Tipu', selain membawa beberapa sepanduk dan kain rentang yang menyatakan rasa tidak puas hati dengan krisis bekalan air yang berlarutan lebih dua minggu.

Selain itu beberapa sukarelawan mengedarkan risalah maklumat bekalan air Selangor kepada pengguna jalan raya ketika mereka berhenti semasa lampu isyarat merah.

Penyelaras program yang juga Setiausaha PKR Cabang Bandar Tun Razak, Osman Karim nyata berpuas hati dengan reaksi yang diberikan penduduk setempat termasuk pengguna jalan raya yang turut merasai kesan ketiadaan bekalan air.

Tegasnya, pihak bertanggungjawab diingatkan jangan terus bermain politik sehingga menyebabkan penduduk berhadapan kesukaran mendapatkan bekalan air.

"Saya berpuas hati ramai yang turun kerana kita hanya memberikan petunjuk bahawa penduduk Bandar Tun Razak prihatin dengan apa yang berlaku.

"Kita tidak boleh dipermainkan kerana agenda politik sehingga menyebabkan rakyat yang susah," beliau berkata ketika ditemui.

Seramai setengah juta penduduk di Ampang, Gombak dan Cheras terputus bekalan air selama lebih dua minggu bermula Disember lalu, selepas rumah pam Wangsa Maju gagal berfungsi.

Siasatan Jawatankuasa Pemantauan Bekalan Air Selangor mendapati Syabas yang mengendalikan operasi rumah pam tersebut gagal menyelenggara kelima-lima pam di fasiliti itu dengan baik.

Bekalan air dapat disambungkan semula pada minggu lalu  setelah jawatankuasa itu campur tangan dan membantu Syabas memulihkan pam yang gagal.

"Dalam hal ini kami sudah bertungkus-lumus selama tiga minggu membekalkan air mentah dan minuman kepada penduduk yang terlibat.

"Adalah yang tidak adil tindakan Syabas. Kalau benar kerosakan berlaku, ternyata Syabas gagal menguruskan perkhidmatan air kepada penduduk Wilayah Persekutuan dan Selangor," ujar beliau lagi.

Sumber: Selangorku

Hampir Semua Permohonan Untuk MyKad, Kewarganegaraan Selesai

Posted: 20 Jan 2013 01:00 AM PST

SHAH ALAM 20 JAN : Hampir semua 1,300 permohonan untuk kewarganegaraan yang dihantar Exco Kesihatan, Pekerja Ladang, Kemiskinan dan Kerajaan Prihatin, Dr Xavier Jayakumar sudah diselesaikan oleh Jabatan Pendaftaran Negara (JPN).

Dr Xavier memaklumkan bahawa 85 peratus daripada 1,300 pemohon bakal mendapati pengikhtirafan kewarganegaraan yang akan membolehkan mereka diberi MyKad Biru.

Bagaimanapun, kira-kita 100 permohonan dikembalikan oleh JPN kerana butiran tidak lengkap dalam borang permohonan.

"Saya mendapat berita gembira ini oleh pihak JPN selepas mereka menyelesaikan urusan kajian mereka.

"Kita akan menghubungi 100 pemohon itu bagi memaklumkan perkara terbabit seterusnya mengisi semula borang permohonan itu," katanya ketika dihubungi.

Sebelum ini, Dr Xavier menyerahkan borang permohonan warganegara dan MyKad Biru kepada Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) di Putrajaya.

Permohonan daripada rakyat Selangor yang masih tidak mendapat kewarganegaraan Malaysia dan MyKad biru. Ramai di antara mereka tidak mendapat kewarganegaraan walaupun ibu bapa, adik beradik, suami atau isteri mereka memegang MyKad Biru.

Beliau menjangkakan lebih 3,000 penduduk di Selangor daripada berbagai kaum masih belum mendapat kewarganegaraan.

Jumlah tertinggi katanya, adalah dari Puchong di ikuti dengan Hulu Selangor dan Klang.

"Kita akan cuba membantu mereka atau mereka boleh datang berjumpa dengan saya bagi membolehkan kami mendapat maklumat pemohon," katanya.

Di samping itu, Dr Xavier menggesa Kerajaan Persekutuan agar mengambil tindakan terhadap Tun Dr Mahathir Mohamad setelah Mantan Perdana Menteri itu mengakui memberi kewarganegaraan kepada pendatang asing di Sabah pada tahun 1980-an.

"Kita pelik. Beliau melakukan perkara itu hanya untuk membeli undi bagi menyelamatkan BN di Sabah.

"Pendatang asing begitu mudah mendapatkan warganegara sedangkan penduduk yang lahir di Malaysia, tinggal di Malaysia seterusnya bekerja di Malaysia untuk kemajuan negara tidak diberi kewarganegaraan," katanya.

Dr Xavier menambah tindakan beliau (Mahathir) seolah-olah mahu mencetuskan kemarahan antara kaum di negara ini.

"Dia seolah sengaja mencetuskan permasalahan antara kaum. Justeru, kita perlu berhati-hati dengan beliau," katanya.

Baru-baru ini, Dr Mahathir mengaku bertanggungjawab memberi kewarganegaraan kepada pendatang asing di Sabah semasa mentadbir negara.

Mahathir cuba menjustifikasikan perbuatannya dengan mendakwa bapa kemerdekaan, Tunku Abdul Rahman melakukan perkara 'lebih teruk' dengan memberi lebih banyak kerakyatan kepada mereka yang tidak layak.

Rabu lalu, dua bekas orang kanan Mahathir ketika memberi keterangan dalam siasatan Suruhanjaya Siasatan Diraja (RCI) berhubung pendatang asing di Sabah, mengaku memberi kewarganegaraan kepada mereka untuk menjadi pengundi.

Sumber: Selangorku

Projek Kad Pengenalan – Mahathir Mencemarkan Nama Tunku Untuk Melepaskan Tengkuknya

Posted: 18 Jan 2013 01:15 AM PST

Kenyataan terkini oleh Tun Dr Mahathir Mohammad untuk membersihkan dirinya daripada segala salahlaku dalam pemberian kad pengenalan haram yang sedang dalam siasatan oleh Suruhanjaya Siasatan Diraja menggambarkan dirinya sebagai angkuh, tidak menyesal dan manipulator sejarah yang tidak bertanggung jawab.

Percubaan Dr. Mahathir untuk mengheret Perdana Menteri yang pertama, Tunku Abdul Rahman, dalam kekotoran ini adalah keji dan hina. Beliau cuba untuk mengaburi pandangan rakyat dengan menyamakan penipuan kad pengenalan yang dikendalikan dalam keadaan sembunyi semasa beliau memegang tampuk kuasa Perdana Menteri dengan pemberian kewarganegaraan di semenanjung Malaysia semasa era Tunku.

Beliau berterusan menghina akal kita dengan menganggap bahawa rakyat tidak berupaya untuk membezakan antara operasi gelap yang diselubungi rahsia yang sememangnya suatu jenayah dengan perkara yang berlaku dengan keputusan secara kolektif semasa pembentukan sejarah kemerdekaan kita. Maka, yang kedua itu bukanlah subjek siasatan sepertimana projek kad pengenalan tersebut. Oleh itu Dr. Mahathir harus hentikan sikap berdolak-dalih beliau yang mengalih tumpuan kita terhadap isu utama.

Projek haram ini berlaku hanya dua minggu sebelum Plihan Raya Umum 1994 dan Dr Mahathir harus berhenti berpura-pura yang beliau tidak mampu melihat kaitannya dengan konklusi yang jelas bahawa wujud skim kewarganegaraan untuk undi.

Saya tetap terkejut apabila mendapati bahawa pesalah-pesalah dalam penipuan tersebut telah menginap di rumah Aziz Shamsuddin dan membuat manfaat daripadanya sebagai pusat operasi untuk mengeluarkan kad pengenalan palsu tersebut. Tidak lebih mengejutkan apabila ada keterangan bahawa Megat Junid Megat Ayub pernah mengarahkan pegawai atasan Jabatan Pendaftaran Negara untuk mengeluarkan resit penerimaan kad pengenalan itu.

Aziz Shamsuddin dan Megat Junid tidak mungkin mampun melaksanakan penipuan yang sebegitu rapi tanpa arahan atau persetujuan daripada orang atasan mereka, yang tentunya ketika itu adalah Dr. Mahathir.

Saya tetap dengan seruan saya bahawa Dr. Mahathir harus disiasat atas dakwaan mengkhianati rakyat dan Negara dengan menjual kedaulatan kita dengan mengizinkan skim keji ini hanya untuk memastikan UMNO dan Barisan Nasional kekal di Sabah.

Mohamed Azmin Ali
Timbalan Presiden Parti Keadilan Rakyat (KEADILAN)
Ahli Parlimen Gombak
Ahli Dewan Negeri Bukit Antarabangsa

UMNO Jadikan Rakyat Tebusan Politik Untuk Tawan Selangor

Posted: 18 Jan 2013 01:00 AM PST

Tuduhan Koordinator Barisan Nasional Selangor, Datuk Seri Mohd Zin Mohamed bahawa Kerajaan Selangor bermain politik  dalam isu air umpama menepuk air di dulang; habis terpercik ke muka sendiri. Bermain politik dalam isu air  samalah seperti memperjudikan nasib dan kepentingan lebih 5 juta pengguna di Selangor dan Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur dan Putrajaya.

Mana mungkin kerajaan yang dibina atas sokongan rakyat ini akan berbuat demikian, apatah lagi bukan mudah untuk rakyat menumbangkan sebuah kerajaan yang telah memerintah lebih 50 tahun lamanya.

Usaha kerajaan Selangor untuk mengambilalih perkhidmatan air dengan niat semata-mata mahu menjaga kebajikan pengguna yang selama ini tidak mendapat pembelaan kerana kerajaan sebelum ini hanya mementingkan tembolok dan kroni sendiri. Rakyat dipaksa menggunakan perkhidmatan syarikat konsesi yang langsung tiada kepakaran  dalam industri air menyebabkan rakyat mendapat perkhidmatan tidak memuaskan seperti gangguan bekalan air serta kadar tarif yang tidak munasabah.

Malangnya, selepas empat tahun berunding usaha pengambilalihan ini masih gagal kerana kerajaan Pusat tidak menyokong usaha ini lantaran lebih mementingkan syarikat konsesi daripada kebajikan rakyat.

Bukan sekadar itu, syarikat konsesi ini mendapat sokongan kuat daripada pemimpin-pemimpin UMNO yang turut melemparkan tuduhan tidak berasas mengenai isu air dan menghentam usaha Dato' Menteri Besar, Tan Sri Dato' Seri Abdul Khalid Ibrahim mengambilalih perkhidmatan air.

Jadi, siapa sebenarnya yang bermain politik dalam isu air ini? Jika sememangnya kerajaan Persekutuan tidak setuju perkhidmatan air diambilalih kerajaan negeri, mengapa mereka meluluskan Akta Industri Perkhidmatan Air 2006 yang membenarkan kerajaan negeri mengambilalih perkhidmatan air daripada syarikat konsesi? Mengapa penstrukturan air boleh dilaksanakan di Terengganu, Perak dan Melaka dan tidak Selangor?

Budak sekolah pun tahu akan jawapnnya; kerana kerajaan Selangor ditadbir Pakatan Rakyat. Jika Selangor mengurus sendiri air maka akan matilah syarikat kroni mereka. Malah, jika kerajaan negeri berjaya menguruskan perkhidmatan air dengan lebih baik, maka akan terbukti dasar penswastaan BN yang memberi konsesi kepada syarikat kroni telah gagal dan hanya mengkayakan pihak tertentu di atas kesengsaraan rakyat.

Oleh itu, tidak hairan pemimpin UMNO bermati-matian mempertahankan konsesi ini walaupun mereka sedar keyakinan rakyat terhadap syarikat ini telah hilang. Pemimpin Umno akan melakukan apa sahaja untuk menggagalkan usaha Pakatan Rakyat Selangor di dalam isu air ini. BN percaya jika kerajaan Selangor dibenar mengambilalih perkhidmatan air maka peluang mereka untuk kembali menang di Selangor akan terus terkubur.

Kita sebenarnya telah menerima maklumat risikan bahawa Umno akan menggunakan isu air untuk mengadu domba rakyat. Meskipun demikian, kita meragui kebenaran maklumat risikan tersebut kerana mensabotaj keperluan asas harian seperti air,adalah lebih buruk dari Yahudi. Dato' Menteri Besar  bagaimanapun telah mengarahkan semua PBT bersiap siaga dalam menghadapi sebarang kemungkinan.

Justeru, apabila lima buah pam di Wangsa Maju tiba-tiba rosak serentak maka semua PBT di Selangor terus bergerak membantu kawasan-kawasan terlibat termasuk di Wilayah Persekutuan. Kecekapan dan sikap tolong menolong semua pihak telah mengurangkan impak sabotaj yang dilancarkan BN.

Sikap Perdana Menteri, Dato' Seri Najib Tun Abdul Razak yang berkali-kali merayu agar diberi peluang untuk BN kembali mentadbir Negeri Selangor dilihat begitu terdesak. Janji Najib untuk selesaikan isu air jika BN berjaya menawan semula Selangor menguatkan bukti bahawa BN menjadikan rakyat Selangor dan Lembah Klang sebagai tebusan politik. Janji berupa ugutan tersebut lebih menonjolkan sifat buruk pimpinan Umno apatah lagi datangnya dari pemimpin tertinggi.

Md Zin sepatutnya malu untuk menuduh kerajaan hari ini berpolitik dalam isu air sedangkan pemimpin tertinggi Umno yang begitu jelas telah hilang wibawa semata-mata mahu mengambil semula Selangor.

Sukar untuk mempercayai beliau boleh mengeluarkan hujah dangkal kononnya kerajaan negeri berkuasa sepenuhnya ke atas Syarikat Bekalan Air Selangor Sdn Bhd (SYABAS) kerana SYABAS adalah anak syarikat kerajaan negeri. Jika SYABAS anak syarikat kerajaan Selangor, kita tidak akan berdepan dengan masalah sebegini.

Seperti dijelaskan Dato' MenteriBesar, Kerajaan Selangor hanya mempunyai saham 30 peratus dalam SYABAS  manakala pemegang saham ter besar adalah Puncak Niaga dan Kementerian Kewangan Diperbadankan pemegang saham emas. Golden Share atau saham emas dalam syarikat konsesi ini yang memberi kuasa kepada Kerajaan Persekutuan untuk membuat keputusan sebagaimana termaktub di dalam WSIA. Malangnya Kerajaan Persekutuan lebih suka berpolitik dan mengutamakan kepentingan kroni berbanding rakyat teramai.

Jika Mohd Zin mahu menjadi jaguh dalam isu air ini, seloknya beliau membuat kajian dan penyelidikan yang lebih mendalam agar sekurang-kurangnya mempunyai sedikit kredibiliti ketika membuat tuduhan ke atas Pakatan Rakyat.

FAEKAH HUSIN
SETIAUSAHA POLITIK
KEPADA DATO' MENTERI BESAR SELANGOR

Anwar Ibrahim

Anwar Ibrahim


Hakim Mahkamah Tinggi Seru Kebebasan Kehakiman Dan Media Bertanggungjawab

Posted: 21 Jan 2013 03:11 AM PST

The Malaysian Insider

Mahkamah Tinggi hari ini berkata kebebasan dalam badan kehakiman serta media adalah penting, dan mahkamah tidak memihak kepada mana-mana parti politik, dimana keputusan beliau menyabit kesalahan kepada akhbar milik Umno dalam satu kes saman fitnah melibatkan ketua pembangkang.

Hakim Datuk VT Singham menyeru agar kebebasan ke atas media serta professionalisme dalam industri tersebut, ketika menyampaikan keputusan dalam kes saman Datuk Seri Anwar Ibrahim (gambar) ke atas Utusan Malaysia.

"Hakim bukan berpihak kepada kerajaan, hakim tidak dipegang oleh sesiapa," kata Singham dalam pembuka kata dalam keputusannya.

Anwar hari ini memenangi kes saman fitnah ke atas akhbar tersebut yang bermula Januari tahun lalu apabila Utusan menuduh beliau sebagai penyokong hak LGBT.

Keputusan hakim mestilah adil dan tidak berpihak dalam melaksanakan undang-undang, kata hakim tersebut.

"Hakim apabila membuat keputusan harus tanpa sebarang pengaruh, mahkamah harus lakukan apa yang benar," kata Singham dalam pembuka kata dalam keputusannya.

"Tempat yang saya duduki ini adalah mulia dan saya akan terus menjaga kemuliaannya."

Hakim menerangkan kepentingan dalam menekankan keyakinan orang ramai dalam kehakiman, dan berkata mahkamah tidak boleh berfungsi tanpa keyakinan orang ramai.

"Hakim bukannya berpihak pada mana-mana pihak, dan mereka bukan merebut untuk mendapat kuasanya sendiri, tetapi mahu memastikan demokrasi terus terbela.

"Bila hakim melaksanakan undang-undang, bukan sahaja kedua-dua pihak, bukan sahaja undang-undang, tetapi hakim juga sedang dibicarakan," kata Singham, yang memetik dari buku undang-undang Harvard Law Review.

Ketua pembangkang, Anwar memenangi kes saman menentang akhbar yang dimiliki Umno itu, selepas pada Januari tahun lalu akhbar tersebut menuduh beliau sebagai penyokong hak golongan gay.

Kehakiman haruslah adil, tidak berat sebelah dan bebas dalam mentadbir undang-undang, kata hakim lagi.

Selain itu, keputusan hakim haruslah berdasarkan fakta yang dikeluarkan ketika perbicaraan, bukan spekulasi atau pandangan peribadi, kata Singham.

Singham juga menyeru kepada wartawan agak mengamalkan laporan yang seimbang dengan menimbangkan kedua-dua pihak dalam sesuatu isu.

Beliau menegaskan adalah penting bagi wartawan, pengarang dan penerbit untuk "mengambil langkah berjaga-jaga" sebelum menerbitkan sesebuah cerita yang akan dapat merosakkan reputasi seseorang individu, artikel semberono dengan niat jahat dan dakwaan tanpa pengesahan haruslah dielakkan.

Menurut Singham lagi, wartawan harus bertindak secara professional dan bertanggungjawab, dan bukannya tunduk kepada kepentingan politik atau komersil.

"Pihak media haruslah tidak membenarkan pihaknya digunakan untuk menerbitkan penipuan dari artikel yang mengelirukan," kata Singham.

Hakim juga berkata kepada media agar tidak mencabuli ruang kehakiman melalui "perbicaraan oleh media", dan mencadangkan pemeriksaan ke atas media dalam mengelakkan peningkatan kes sama ke atas syarikat penerbitan.

Untuk menyelesaikan masalah kes saman ini, beliau mencadangkan satu badan pemantau ditubuhkan bagi membenarkan orang ramai membuat aduan ke atas media dan menguruskan pendamaian ke atas kedua-dua pihak.

Peguam Anwar N Surendran menyokong kenyataan Singham selepas pengumuman kes itu, dengan mengatakan pandangan hakim adalah "benar, tegas dan bersemangat."

"Hakim membuat kenyataan menyeru tanggungjawab dari wartawan, (Kenyataannya) akan terus tepat dari segi fakta dalam kes ini sendiri," kata Surendran.

Anwar Wins Suit Against Utusan, Court Rules Articles ‘Distorted’

Posted: 21 Jan 2013 02:08 AM PST

The Malaysian Insider

Datuk Seri Anwar Ibrahim won his defamation lawsuit today against Utusan Malaysia after the High Court here ruled that the newspaper had "distorted" the opposition leader's words to suggest he backed the lesbian, gay, bisexual and transgender (LGBT) movement.

Justice Datuk VT Singham also said the Umno-owned daily did not practise responsible journalism, in addition to disregarding a golden opportunity to correct itself after Anwar (picture) had sent a legal notice asking for clarification.

"The articles … are rather a distorted and incorrect version and obviously taken out of context," Singham said in his judgment.

"The articles have a purpose of its own …to give rise to a defamatory imputation that the plaintiff is condoning LGBT activities to be legalised which is not true under the circumstances.

"This court is of the considered view that both the articles are capable of defamatory meaning and it is defamatory of the plaintiff."

The judge said it was "crystal clear" that Anwar did not say that LGBT activities should be legalised in his BBC interview, and the Utusan articles had suggested that Anwar was unfit to hold public office and be the opposition leader.

Anwar was represented by lawyers N. Surendran and Latheefa Koya, while Utusan was represented by Datuk Firoz Hussein Ahmad Jamaluddin.

The legal cost was set at RM45,000, but damages will be decided on a later date.

"This was a long reasoned judgment supported by extensive legal authorities. It's a very thorough judgment," Surendran told reporters outside the courtroom.

The lawyer claimed that today's judgment is a "devastating indictment" of Utusan Malaysia, and by implication its owner Umno.

"This proves that there is evil continuous slander by Utusan," Anwar told reporters later, saying that he was also mulling a legal suit against former PAS member Datuk Hasan Ali, whose remark was used to bolster Utusan's articles.

Anwar had in January last year filed the defamation suit seeking RM50 million in damages and an injunction to stop Utusan and its editor-in-chief from repeating statements accusing him of being a gay rights proponent.

At a hearing on July 18, Anwar had told the court that it was "public knowledge" that Utusan Malaysia was Umno-owned and that it took orders from the party's president.

He also agreed then that homosexuals should be discriminated against to protect the sanctity of marriage, but pointed out that archaic laws should be reviewed to prevent innocent people from being punished.

Earlier last year, Anwar was acquitted of a charge of sodomising former male aide Mohd Saiful Bukhari Azlan, with the High Court ruling that the prosecution had not done enough to prove the opposition leader had committed sodomy against Saiful.

Just days after Anwar was exonerated, Utusan Malaysia front-paged a story titled "Anwar ulas isu gay" (Anwar discusses gay rights), claiming the Pakatan Rakyat (PR) de facto leader had told a BBC interview that laws on homosexuality in Malaysia were considered "archaic" and "not relevant".

Anwar Menang Saman Terhadap Utusan

Posted: 20 Jan 2013 09:12 PM PST

KeadilanDaily

Ketua Umum KEADILAN, Datuk Seri Anwar Ibrahim hari ini menang kes saman fitnah terhadap Utusan Malaysia.

Keputusan penghakiman itu diumumkan Hakim Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur, Datuk VT Singham di sini pagi ini.

Utusan didapati bersalah memfitnah Anwar kerana menuduh beliau menyokong pergerakan lesbian, gay, biseksual dan transeksual (LGBT).

Hakim Singham berkata, Utusan tidak mengamalkan kewartawanan yang bertanggungjawab.

Sedangkan katanya, defendan mempunyai peluang untuk membetulkan fakta selepas Anwar menghantar notis peguam untuk keterangan.

"Artikel tersebut adalah terpesong, tidak tepat dan di luar maksud yang diperkatakan," katanya.

"Mahkamah berpuas hati (dalam artikel tersebut) bahawa ini adalah fitnah kepada plaintif," kata Hakim Singham.

PARTI KEADILAN RAKYAT NEGERI SEMBILAN

PARTI KEADILAN RAKYAT NEGERI SEMBILAN


Mahkamah dapati Utusan fitnah Anwar

Posted: 20 Jan 2013 09:59 PM PST




dipetik daripada Malaysiakini

Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur hari ini mendapati Utusan Melayu (M) Bhd dan ketua pengarangnya Datuk Abdul Aziz Ishak memfitnah ketua pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim dalam satu laporan di akhbar milik Umno itu pada awal tahun lalu.


Hakim Datuk VT Singham dalam penghakimannya mendapati, laporan di muka hadapan dan halaman 10 Utusan Malaysia pada 17 Januari itu menjejaskan reputasi Anwar dan menyebabkan ahli politik itu dicemuh dan dipandang hina.

Mahkamah menetapkan kos sebanyak RM45,000 manakala gantirugi akan ditetapkan pada 15 Februari.

Singham turut menegur Utusan kerana gagal mengamalkan kewartawanan yang bertanggungjawab.

Dalam laporan muka depan bertajuk "Tolak Anwar - Hasan" itu, Utusan memetik kenyataan bekas pemimpin PAS Datuk Hasan Ali yang mendakwa ahli parlimen Permatang Pauh dan ketua umum PKR itu mempersoalkan undang-undang anti-homoseksual di negara ini dan dikatakan mahu menghalalkan lesbian, gay, biseksual dan aktiviti transgender (LGBT).

Ia turut menyiarkan satu lagi artikel yang bertajuk "Parasit ancam PAS, Anwar mesti tolak" di muka surat 10 pada hari yang sama.

Pakar ekonomi Bank Islam pertahan analisis ‘kemenangan’ Pakatan

Posted: 20 Jan 2013 09:45 PM PST


Ketua Ekonomis Bank Islam, Azrul Azwar Ahmad Tajudin yang digantung jawatan, mempertahan analisis melibatkan tiga senario keputusan Pilihan Raya Umum (PRU) ke-13 termasuk prospek kemenangan Pakatan Rakyat.
Pada kenyataan media lewat petang ini, beliau berkata analisis yang dibentang dalam satu forum di Singapura pada 10 Januari lalu, dibuat secara profesional, jujur dan adil .
Azrul menolak keras andaian kononnya analisis yang meletakkan kemenangan Pakatan Rakyat pada PRU 13,  bersifat bias dan tidak profesional semata-mata kerana beliau seorang ahli KEADILAN.
"Keputusan analisis itu dibuat selepas mempertimbang pelbagai faktor relevan yang memperngaruhi situasi ekonomi pada 2013. Mustahil untuk menafikan keputusan PRU 13 tidak akan memberi kesan kritikal terhadap ekonomi negara.

"Tiada sebab saya perlu dikenakan tindakan disiplin kerana analisis itu dibuat secara jujur dan profesional," katanya.
Azrul pada pembentangan bertajuk "Malaysia: Economic and Political Outlook 2013″  pada 10 Januari lalu menyatakan tiga kemungkinan senario yang berlaku pada PRU 13 berdasarkan analisis faktor terpilih.
Senario terbaik BN ialah mempertahan 112 hingga 122 kerusi Parlimen berbanding Pakatan Rakyat yang memperoleh 100 hingga 110 kerusi manakala senario kedua yang 'besar kemungkinan' ialah BN kalah dengan mendapat 97 hingga 107 kerusi Parlimen berbanding Pakatan yang menguasai 115 hingga 125 kerusi.
Senario ketiga yang 'kurang kemungkinan' ialah BN gagal dan hanya mendapat 82 hingga 92 kerusi berbanding kejayaan besar Pakatan dengan mendapat 130 hingga 140 kerusi Parlimen.
Beliau kemudian dikenakan penggantungan untuk tempoh yang tidak dinyatakan atas alasan 'melanggar polisi bank.'
Pada kenyataan itu, Azrul juga memberi amaran untuk mengambil tindakan undang-undang terhadap blogger, ahli politik atau mana-mana pihak yang merosakkan reputasi, integriti dan kewibawaan atau memfitnahnya.
"Ia menjadi tragedi kepada sistem demokrasi di Malaysia apabila pendapat yang tidak menyebelahi sesebuah parti menjadi alasan kepada sesetengah pihak untuk mengambil tindakan displin sekali gus memberi lesen untuk pemusnahan karektor.
"Bagaimanapun, saya yakin, kebenaran dan keadilan akan terserlah jua akhirnya," katanya.
Short URL: http://www.keadilandaily.com/?p=43499

Anwar menang saman terhadap Utusan

Posted: 20 Jan 2013 09:31 PM PST


KUALA LUMPUR 21 Jan: Ketua Umum KEADILAN, Datuk Seri Anwar Ibrahim hari ini menang kes saman fitnah terhadap Utusan Malaysia.
Keputusan penghakiman itu diumumkan Hakim Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur, Datuk VT Singham di sini pagi ini.
Utusan didapati bersalah memfitnah Anwar kerana menuduh beliau menyokong pergerakan lesbian, gay, biseksual dan transeksual (LGBT).
Hakim Singham berkata, Utusan tidak mengamalkan kewartawanan yang bertanggungjawab.
Sedangkan katanya, defendan mempunyai peluang untuk membetulkan fakta selepas Anwar menghantar notis peguam untuk keterangan.
"Artikel tersebut adalah terpesong, tidak tepat dan di luar maksud yang diperkatakan," katanya.
"Mahkamah berpuas hati (dalam artikel tersebut) bahawa ini adalah fitnah kepada plaintif," kata Hakim Singham.
(Laporan menyusul)
Short URL: http://www.keadilandaily.com/?p=43560

Angkatan Muda Keadilan Bagan Datoh,Perak Darul Ridzuan

Angkatan Muda Keadilan Bagan Datoh,Perak Darul Ridzuan


ANDA PERCAYA DENGAN POLIS???

Posted: 20 Jan 2013 07:54 PM PST

KUALA LUMPUR: Pasukan polis kurang dipercayai berbanding parti politik, menurut kajian terbaru terhadap pengundi kali pertama oleh Merdeka Center. "Tinjauan Pendapat Umum Pengundi Kali Pertama" yang dilakukan antara November dengan Disember tahun lalu turut mengejutkan badan tinjauan bebas tersebut. Lebih daripada separuh atau 56 peratus daripada 826 pengundi baru berdaftar di Semenanjung Malaysia berumur 21 tahun dan ke atas yang ditinjau berkata bahawa mereka tidak mempercayai polis. Ini berbanding dengan 47 peratus berkata mereka tidak mempercayai parti-parti politik. Kesangsian kepada pihak berkuasa dalam undang-undang tertinggi di Malaysia itu melebihi semua institusi awam lain yang ditinjau, termasuk kedua-dua kerajaan persekutuan dan negeri, Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) dan badan kehakiman, lapor The Malaysian Insider. Masyarakat Cina adalah yang paling tidak mempercayai polis - dengan lapan daripada 10 meragui Bukit Aman berbanding 46 peratus bagi Melayu dan 55 peratus bagi India. Kesangsian kepada parti-parti politik adalah tertinggi di kalangan kaum India dengan 57 peratus, diikuti oleh 52 peratus Melayu dan 33 peratus Cina. Pasukan polis negara itu baru-baru ini telah dikritik oleh orang ramai dan pemimpin pembangkang selepas peristiwa rompakan dan serangan menyebabkan tanda tanya kepada statistik kerajaan yang menunjukkan penurunan ketara dalam kadar jenayah di Malaysia. Pada Julai lalu, Encik Liew Chin Tong dari Parti Tindakan Demokratik (DAP) mendedahkan 86 peratus daripada polis di Malaysia tidak melawan penjenayah tetapi mengendalikan kertas kerja, aktiviti "mengintip" dan logistik. Ini menguatkan lagi dakwaan pihak berkuasa telah mengubah data jenayah untuk menunjukkan imej baik pasukan tersebut. "Hampir 14 peratus daripada pasukan polis beruniform bertugas di jabatan-jabatan berkaitan dengan jenayah," kata beliau merujuk kepada jabatan siasatan jenayah narkotik dan jabatan siasatan jenayah komersil di Polis Diraja Malaysia (PDRM). "Sementara 86 peratus anggota polis tergolong kepada sektor bukan berkaitan jenayah (seperti) pengurusan, keselamatan dalaman dan ketenteraman awam, logistik, Cawangan Khas, dan pasukan petugas khas," tambah beliau. Beliau menyatakan jumlah kakitangan jabatan siasatan jenayah (JSJ) membentuk hanya lapan peratus atau 9,346 daripada 105,929 pegawai pasukan polis beruniform. "Ini bermakna enam kali lebih ramai polis ditugaskan untuk pekerjaan bukan berkaitan jenayah berbanding yang memerangi jenayah. Tidak hairanlah kita berasa tidak selamat," kata Ahli Parlimen Bukit Bendera itu.