Isnin, 21 Januari 2013

Angkatan Muda Keadilan Bagan Datoh,Perak Darul Ridzuan

Angkatan Muda Keadilan Bagan Datoh,Perak Darul Ridzuan


ANDA PERCAYA DENGAN POLIS???

Posted: 20 Jan 2013 07:54 PM PST

KUALA LUMPUR: Pasukan polis kurang dipercayai berbanding parti politik, menurut kajian terbaru terhadap pengundi kali pertama oleh Merdeka Center. "Tinjauan Pendapat Umum Pengundi Kali Pertama" yang dilakukan antara November dengan Disember tahun lalu turut mengejutkan badan tinjauan bebas tersebut. Lebih daripada separuh atau 56 peratus daripada 826 pengundi baru berdaftar di Semenanjung Malaysia berumur 21 tahun dan ke atas yang ditinjau berkata bahawa mereka tidak mempercayai polis. Ini berbanding dengan 47 peratus berkata mereka tidak mempercayai parti-parti politik. Kesangsian kepada pihak berkuasa dalam undang-undang tertinggi di Malaysia itu melebihi semua institusi awam lain yang ditinjau, termasuk kedua-dua kerajaan persekutuan dan negeri, Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) dan badan kehakiman, lapor The Malaysian Insider. Masyarakat Cina adalah yang paling tidak mempercayai polis - dengan lapan daripada 10 meragui Bukit Aman berbanding 46 peratus bagi Melayu dan 55 peratus bagi India. Kesangsian kepada parti-parti politik adalah tertinggi di kalangan kaum India dengan 57 peratus, diikuti oleh 52 peratus Melayu dan 33 peratus Cina. Pasukan polis negara itu baru-baru ini telah dikritik oleh orang ramai dan pemimpin pembangkang selepas peristiwa rompakan dan serangan menyebabkan tanda tanya kepada statistik kerajaan yang menunjukkan penurunan ketara dalam kadar jenayah di Malaysia. Pada Julai lalu, Encik Liew Chin Tong dari Parti Tindakan Demokratik (DAP) mendedahkan 86 peratus daripada polis di Malaysia tidak melawan penjenayah tetapi mengendalikan kertas kerja, aktiviti "mengintip" dan logistik. Ini menguatkan lagi dakwaan pihak berkuasa telah mengubah data jenayah untuk menunjukkan imej baik pasukan tersebut. "Hampir 14 peratus daripada pasukan polis beruniform bertugas di jabatan-jabatan berkaitan dengan jenayah," kata beliau merujuk kepada jabatan siasatan jenayah narkotik dan jabatan siasatan jenayah komersil di Polis Diraja Malaysia (PDRM). "Sementara 86 peratus anggota polis tergolong kepada sektor bukan berkaitan jenayah (seperti) pengurusan, keselamatan dalaman dan ketenteraman awam, logistik, Cawangan Khas, dan pasukan petugas khas," tambah beliau. Beliau menyatakan jumlah kakitangan jabatan siasatan jenayah (JSJ) membentuk hanya lapan peratus atau 9,346 daripada 105,929 pegawai pasukan polis beruniform. "Ini bermakna enam kali lebih ramai polis ditugaskan untuk pekerjaan bukan berkaitan jenayah berbanding yang memerangi jenayah. Tidak hairanlah kita berasa tidak selamat," kata Ahli Parlimen Bukit Bendera itu.

Tiada ulasan: