PARTI KEADILAN RAKYAT NEGERI SEMBILAN |
- Mahkamah dapati Utusan fitnah Anwar
- Pakar ekonomi Bank Islam pertahan analisis ‘kemenangan’ Pakatan
- Anwar menang saman terhadap Utusan
Mahkamah dapati Utusan fitnah Anwar Posted: 20 Jan 2013 09:59 PM PST dipetik daripada Malaysiakini Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur hari ini mendapati Utusan Melayu (M) Bhd dan ketua pengarangnya Datuk Abdul Aziz Ishak memfitnah ketua pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim dalam satu laporan di akhbar milik Umno itu pada awal tahun lalu. Hakim Datuk VT Singham dalam penghakimannya mendapati, laporan di muka hadapan dan halaman 10 Utusan Malaysia pada 17 Januari itu menjejaskan reputasi Anwar dan menyebabkan ahli politik itu dicemuh dan dipandang hina. Mahkamah menetapkan kos sebanyak RM45,000 manakala gantirugi akan ditetapkan pada 15 Februari. Singham turut menegur Utusan kerana gagal mengamalkan kewartawanan yang bertanggungjawab. Dalam laporan muka depan bertajuk "Tolak Anwar - Hasan" itu, Utusan memetik kenyataan bekas pemimpin PAS Datuk Hasan Ali yang mendakwa ahli parlimen Permatang Pauh dan ketua umum PKR itu mempersoalkan undang-undang anti-homoseksual di negara ini dan dikatakan mahu menghalalkan lesbian, gay, biseksual dan aktiviti transgender (LGBT). Ia turut menyiarkan satu lagi artikel yang bertajuk "Parasit ancam PAS, Anwar mesti tolak" di muka surat 10 pada hari yang sama. |
Pakar ekonomi Bank Islam pertahan analisis ‘kemenangan’ Pakatan Posted: 20 Jan 2013 09:45 PM PST Ketua Ekonomis Bank Islam, Azrul Azwar Ahmad Tajudin yang digantung jawatan, mempertahan analisis melibatkan tiga senario keputusan Pilihan Raya Umum (PRU) ke-13 termasuk prospek kemenangan Pakatan Rakyat. Pada kenyataan media lewat petang ini, beliau berkata analisis yang dibentang dalam satu forum di Singapura pada 10 Januari lalu, dibuat secara profesional, jujur dan adil . Azrul menolak keras andaian kononnya analisis yang meletakkan kemenangan Pakatan Rakyat pada PRU 13, bersifat bias dan tidak profesional semata-mata kerana beliau seorang ahli KEADILAN. "Keputusan analisis itu dibuat selepas mempertimbang pelbagai faktor relevan yang memperngaruhi situasi ekonomi pada 2013. Mustahil untuk menafikan keputusan PRU 13 tidak akan memberi kesan kritikal terhadap ekonomi negara. "Tiada sebab saya perlu dikenakan tindakan disiplin kerana analisis itu dibuat secara jujur dan profesional," katanya. Azrul pada pembentangan bertajuk "Malaysia: Economic and Political Outlook 2013″ pada 10 Januari lalu menyatakan tiga kemungkinan senario yang berlaku pada PRU 13 berdasarkan analisis faktor terpilih. Senario terbaik BN ialah mempertahan 112 hingga 122 kerusi Parlimen berbanding Pakatan Rakyat yang memperoleh 100 hingga 110 kerusi manakala senario kedua yang 'besar kemungkinan' ialah BN kalah dengan mendapat 97 hingga 107 kerusi Parlimen berbanding Pakatan yang menguasai 115 hingga 125 kerusi. Senario ketiga yang 'kurang kemungkinan' ialah BN gagal dan hanya mendapat 82 hingga 92 kerusi berbanding kejayaan besar Pakatan dengan mendapat 130 hingga 140 kerusi Parlimen. Beliau kemudian dikenakan penggantungan untuk tempoh yang tidak dinyatakan atas alasan 'melanggar polisi bank.' Pada kenyataan itu, Azrul juga memberi amaran untuk mengambil tindakan undang-undang terhadap blogger, ahli politik atau mana-mana pihak yang merosakkan reputasi, integriti dan kewibawaan atau memfitnahnya. "Ia menjadi tragedi kepada sistem demokrasi di Malaysia apabila pendapat yang tidak menyebelahi sesebuah parti menjadi alasan kepada sesetengah pihak untuk mengambil tindakan displin sekali gus memberi lesen untuk pemusnahan karektor. "Bagaimanapun, saya yakin, kebenaran dan keadilan akan terserlah jua akhirnya," katanya. Short URL: http://www.keadilandaily.com/?p=43499 |
Anwar menang saman terhadap Utusan Posted: 20 Jan 2013 09:31 PM PST KUALA LUMPUR 21 Jan: Ketua Umum KEADILAN, Datuk Seri Anwar Ibrahim hari ini menang kes saman fitnah terhadap Utusan Malaysia. Keputusan penghakiman itu diumumkan Hakim Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur, Datuk VT Singham di sini pagi ini. Utusan didapati bersalah memfitnah Anwar kerana menuduh beliau menyokong pergerakan lesbian, gay, biseksual dan transeksual (LGBT). Hakim Singham berkata, Utusan tidak mengamalkan kewartawanan yang bertanggungjawab. Sedangkan katanya, defendan mempunyai peluang untuk membetulkan fakta selepas Anwar menghantar notis peguam untuk keterangan. "Artikel tersebut adalah terpesong, tidak tepat dan di luar maksud yang diperkatakan," katanya. "Mahkamah berpuas hati (dalam artikel tersebut) bahawa ini adalah fitnah kepada plaintif," kata Hakim Singham. (Laporan menyusul) Short URL: http://www.keadilandaily.com/?p=43560 |
You are subscribed to email updates from PARTI KEADILAN RAKYAT NEGERI SEMBILAN To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan