Isnin, 14 Januari 2013

Suara Sri Andalas

Suara Sri Andalas


349,000 Pengguna di Lima Lagi Kawasan Alami Gangguan Bekalan Air

Posted: 14 Jan 2013 05:45 PM PST

Belumpun reda kejadian gangguan bekalan air ekoran kegagalan rumah pam Wangsa Maju dan Pudu Hulu, Syabas mengumumkan gangguan bekalan air tidak berjadual di lima kawasan lain yang disebabkan Loji Rawatan Air Sungai Semenyih terpaksa dihentikan operasinya berikutan pencemaran di sungai itu.
   
Ketua Pegawai Operasi Syabas Datuk Ir Lee Miang Koi berkata kawasan terlibat ialah Petaling membabitkan 118,000 akaun, Hulu Langat (125,000), Sepang (65,000), Klang (19,000) dan Kuala Langat (22,000).
   
"Loji Rawatan Air Sungai Semenyih yang diurus oleh operator loji, Syarikat Konsortium Abass, terpaksa dihentikan operasi sekitar pukul 1.30 tengah hari tadi kerana mengesyaki berlaku pencemaran minyak kelapa sawit di Sungai Semenyih.
   
"Pada masa ini, Syabas sedang mengenal pasti kawasan yang dijangka mengalami gangguan bekalan ekoran langkah menghentikan operasi loji itu," katanya dalam satu kenyataan semalam.

Sehubungan itu, beliau menasihati pengguna supaya mengurangkan penggunaan air selain menggunakannya secara berhemah sepanjang tempoh gangguan.
   
Lee berkata Syabas juga telah menghantar surat kepada Kerajaan Negeri Selangor untuk mendapatkan kerjasama dalam menyediakan bekalan air melalui lori tangki dan tangki statik memandangkan Loji Rawatan Air Sungai Semenyih diurus oleh kerajaan negeri.
   
Beliau berkata kerjasama itu juga perlu kerana aset Syabas masih terikat dengan insiden gangguan bekalan air yang melibatkan Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur ekoran kegagalan rumah pam Wangsa Maju.
   
"Memandangkan sumber dan kualiti air mentah adalah di bawah tanggungjawab kerajaan negeri menerusi Lembaga Urus Air Seangor (LUAS), maka adalah wajar untuk Syabas mendapatkan kerjasama ini," katanya.

Orang ramai boleh menghubungi talian bebas tol 24 jam 1800-88-5252 atau SMS dengan menaip PUSPEL aduan/pertanyaan dan hantar kepada 39222 selain menggunakan laman Twitter dan Facebook yang disediakan.
    
Sumber: Bernama

MB: Najib Takut Selangor Urus Air Lebih Baik

Posted: 14 Jan 2013 01:45 AM PST

SHAH ALAM 14 JAN: Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Abdul Razak didakwa sengaja tidak mahu serahkan pengurusan perkhidmatan air kepada Selangor kerana bimbang Kerajaan Negeri akan lebih cekap dan kos efektif.

Menteri Besar Selangor, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim berkata kecekapan Kerajaan Negeri akan membuktikan kegagalan Kerajaan Umno-BN dalam menguruskan utiliti penting ini.

Abdul Khalid berkata, catuan air yang dicadangkan pada Julai tahun lepas oleh Syarikat Bekalan Air Selangor (Syabas) adalah meragukan.

"(Kita) tidak menolak kemungkinan ia sengaja dilakukan untuk menyusahkan rakyat dan menanam sikap tidak puas hati terhadap Kerajaan Pakatan Rakyat (PR).

"Umno-BN lebih rela membela syarikat kroni konsesi yang ternyata gagal dan cuai dalam mengurus perkhidmatan air daripada memberi kerjasama kepada Kerajaan Negeri untuk mengambilalih pengurusan perkhidmatan air," katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Sementara itu, Abdul Khalid berkata, Syabas kini berdepan dengan krisis pengurusan yang boleh membawa masalah besar kepada rakyat jika konsesi ini terus dibenarkan menguruskan air di kawasan Lembah Klang.

Malah, Najib sepatutnya sepatutnya bekerjasama dengan semua pihak termasuk Kerajaan Negeri demi memastikan perkara ini tidak berulang.

Sebaliknya, beliau (Najib) telah mengugut bahawa rakyat Selangor akan terus berhadapan dengan masalah air jika tidak menyokong Umno-BN dalam Pilihanraya Umum ke-13 (PRU-13) akan datang.

Dalam pada itu, rakyat Selangor akan dimaklumkan mengenai maklumat terkini usaha Kerajaan Negeri untuk membantu memulihkan bekalan air bagi kawasan Lembah Klang di beberapa akhbar utama pelbagai bahasa mulai esok.

Maklumat itu bagi membolehkan orang ramai mengetahui langkah yang dilakukan Kerajaan Negeri untuk memulihkan bekalan air kepada lebih 28,000 pengguna di Selangor dan Kuala Lumpur yang terjejas sejak awal tahun ini.

Ini adalah hasil pemantauan dan pertemuan harian Jawatankuasa Pemantauan Bekalan Air Negeri Selangor dengan Syabas, Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) di Selangor dan pihak-pihak lain yang terlibat.

Pengerusi Jawatankuasa Pemantauan Bekalan Air Negeri Selangor, Datuk Mohamed Khusrin Munawi juga telah memantau Syabas setiap hari tentang pelan tindakan dan pemulihan air di beberapa kawasan yang terjejas.

Sumber: Selangorku

KDEB Sangkal Dakwaan Ahli Akademik Selangor Boleh Kawal Syabas

Posted: 14 Jan 2013 01:30 AM PST

SHAH ALAM 14 JAN: Pengaruh Kerajaan Selangor di dalam Syarikat Bekalan Air Selangor (Syabas) terhad kepada perwakilan dalam lembaga pengarah sahaja syarikat itu sahaja dan bukan di dalam operasi harian Syabas.

Ini dapat dilihat apabila pada Julai tahun lepas, Syabas mencadangkan catuan air di seluruh Lembah Klang dan Selangor tanpa persetujuan dan pengetahuan Kerajaan Selangor, kata Kumpulan Darul Ehsan Berhad (KDEB).

KDEB adalah sebuah syarikat berkaitan Kerajaan Negeri yang memiliki pegangan saham 30 peratus di dalam Syabas.

Dalam satu kenyataan hari ini, presiden KDEB Suhaimi Kamaralzaman membidas dakwaan seorang pensyarah Universiti Utara Malaysia (UUM), bahawa Kerajaan Negeri cuba menutup kelemahannya menangani isu air.

Pensyarah itu, Dr Ahmad Zaharuddin Sani Ahmad Sabri mendakwa Syabas dibawah kendalian kerajaan negeri dan Selangor cuba menutup fakta seolah-olah ia tidak mempunyai kepentingan di dalam Syabas.

Suhaimi berkata, kerja-kerja operasi dan penyelenggaraan harian, peralatan dan sistem pengagihan bekalan air dilaksanakan oleh pengurusan Syabas yang telah dilantik oleh pemegang saham majoriti iaitu Puncak Niaga Holdings Berhad.

"Pengaruh Kerajaan Negeri terhad dalam pengurusan Syabas boleh terlihat apabila pengurusan Syabas mencadangkan pencatuan air pada bulan Julai 2012 yang telah diputuskan oleh pengurusan Syabas tanpa merujuk Lembaga Pengarah terlebih dahulu," jelas Suhaimi.

Kuasa terhad Kerajaan Selangor di dalam Syabas adalah antara sebab ia mahu mengambilalih industri air daripada Syabas kerana mendakwa syarikat itu gagal melaksanakan tugasnya sebagai syarikat pengedar air terawat di Selangor.

Ini dibuktikan apabila lima pam air di rumah pam Wangsa Maju rosak akibat tidak diselenggara dengan sempurna sejak awal tahun lepas dan menyebabkan lebih 500,000 penduduk di 90 kawasan di Gombak dan Ampang mengalami gangguan bekalan air.

Dalam pada itu, wakil Kerajaan Negeri dalam lembaga pengarah Syabas akan menuntut penjelasan daripada pengurusan Syabas serta pelan tindakan untuk penyelenggaraan sempurna bagi mencegah kejadian seperti itu berulang.

Selain itu, Pengerusi Jawatankuasa Pemantauan Air Negeri Selangor, Datuk Mohamed Khusrin Munawi juga telah memantau Syabas setiap hari terutamanya bagi pelan tindakan dan pemulihan air.

Jawatankuasa tersebut dan juga wakil KDEB juga telah meminta penjelasan daripada Syabas mengenai kegagalan dan penyelesaian jangka pendek dan panjang mengenai isu ini.

"Mereka ini telah dipertanggungjawabkan bagi mempastikan semua pelan tindakan dilaksanakan dengan pantas dan efisien," kata Suhaimi lagi.

Sumber: Selangorku

MB : Najib Cuba Bela Kroni Dalam Masalah Air Selangor

Posted: 14 Jan 2013 01:15 AM PST

BATANG LUPAR, 14 JAN : Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak didakwa cuba melindungi kroninya dengan terus menyalahkan Kerajaan Negeri Selangor berhubung gangguan bekalan air di Ampang, Cheras dan Gombak sejak dua minggu lalu.

Mengulas perkara itu, Menteri Besar, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim berkata, Kerajaan Negeri sentiasa komited untuk membantu membekalkan air terawat kepada rakyat di Selangor.

Menurutnya, Kerajaan Negeri juga tidak pernah melengahkan permohonan Syarikat Bekalan Air Selangor (Syabas) membina rumah pam baru bagi menyalurkan air kepada penduduk di ketiga-tiga kawasan tersebut.

"Apa yang dikatakan Najib itu tiada kena mengena dengan gangguan bekalan air yang berlaku sekarang. Najib boleh jadi kurang faham tentang keadaan ini kerana Najib ingin membantu kroninya.

"Tan Sri Rozali Ismail ialah kroni Najib. Jadi bermakna, kalau kroninya buat salah, Najib tidak akan kata dia salah.

"Najib sanggup menyalahkan rakyat dan Kerajaan Negeri Selangor demi mempertahankan kroni," katanya semasa mengadakan lawatan kerja di Sarawak petang tadi.

Gangguan bekalan air itu melibatkan 500,000 penduduk di tiga kawasan itu yang terpaksa mendapatkan air untuk tugas harian daripada lori air Syabas.

Syabas berkata masalah gangguan itu mungkin akan berlarutan sehingga tahun baru Cina.

Dalam pada itu, Abdul Khalid turut mencabar Najib untuk melihat sendiri bekalan air di Selangor dengan memanggil Suruhanjaya Perkhidmatan Air Negara (SPAN) yang bertanggungjawab mengelola perkhidmatan air.

Abdul Khalid berkata, Najib juga gagal menjalankan tugas sebagai Perdana Menteri secara profesional apabila masih menuding jari kepada Kerajaan Negeri.

"Rakyat tidak mahu lagi kroni, rakyat tidak mahu rasuah, rakyat tidak mahu Umno-BN terus membodohkan rakyat," katanya lagi.

Pada Sabtu lalu, Najib mendakwa masalah bekalan air di Selangor semakin meruncing ekoran keengganan Kerajaan Negeri memberi kelulusan untuk membina stesen pam tambahan dan tidak memberi 'development order' kepada Kerajaan Pusat.

Sebelum ini, Najib mendakwa Kerajaan Selangor suka menunding jadi dan menyalahkan pihak lain berhubung krisis air yang berlaku di Selangor.

Sumber: Selangorku

PR Selangor Tunaikan Janji, Bina Rumah Panjang Di Sarawak

Posted: 14 Jan 2013 01:15 AM PST

SARATOK, 14 JAN : Keprihatinan Kerajaan Pakatan Rakyat (PR) Selangor dalam membela nasib rakyat benar-benar terbukti apabila tidak hanya membantu penduduk di Selangor, malah menabur bakti di daerah Saratok, Sarawak.

Terbaru, Kerajaan Negeri Selangor di bawah pentadbiran Menteri Besar, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim menunaikan janji untuk membina rumah panjang baru bagi lebih 200 penduduk di Sungai Jirak, di sini.

Rumah mereka hangus dalam kebakaran dua tahun lalu.

Lebih lagi, PR Selangor boleh menyumbang tiga kali ganda daripada apa yang ditawarkan oleh Kerajaan Umno-BN yang hanya mahu menyumbang RM 12,000 sahaja kepada penduduk di situ.

Rumah panjang yang dikenali sebagai Rumah Unding itu memiliki 20 buah "pintu" atau dan dibiayai Kerajaan Selangor dengan nilai RM360,000.

Adun Krian, Ali Biju dalam ucapannya berkata, janji untuk membina semula rumah panjang itu mula disuarakan Exco Negeri Selangor, Dr Xavier Jayakumar semasa tempoh berkempen dalam Pilihan Raya Negeri Sarawak pada April 2011.

"Dengan pertolongan Kerajaan Negeri Selangor, rumah panjang Unding ini dapat disiapkan dalam tempoh singkat.

"Semasa Dr Xavier turun padang untuk membantu Pakatan Rakyat berkempen, tiada siapa yang percaya pada kata-kata beliau.

"Namun, ternyata ia bukan janji kosong. Dengan terbinanya rumah ini, maka ia membuktikan keikhlasan dan kejujuran Pakatan Rakyat untuk membantu rakyat di Ulu Kerian, Saratok di sini," katanya semasa menghadiri Majlis Perasmian Rumah Unding, di sini.

Majlis itu dirasmikan sendiri oleh Menteri Besar Selangor dan turut dihadiri Dr Xavier yang merupakan Exco Kesihatan, Pekerja Ladang, Kemiskinan dan Kerajaan Prihatin.

Tambah Ali, rumah panjang itu dibina hasil gotong royong oleh penduduk setempat secara berperingkat tanpa menggunakan khidmat kontraktor.

Menurutnya, peruntukan Kerajaan Negeri Selangor itu juga jauh lebih baik berbanding apa yang ditawarkan Kerajaan Persekutuan.

"Kerajaan Pusat tawarkan bantuan RM 12,000 untuk membina rumah-rumah panjang di sini.

"Dengan nilai itu, apa yang boleh rakyat dapat? Bayaran kontraktor sahaja sudah mahal.

"Sudah tentu rumah yang dibina nanti tidak mampu untuk menampung ramai keluarga," katanya lagi.

Sumber: Selangorku

Anwar Ibrahim

Anwar Ibrahim


Mahathir, Muhyiddin And Mob-Rule

Posted: 14 Jan 2013 01:54 PM PST

Malaysiakini

Oh, to be a fly-on-the-wall in the home of former prime minister Mahathir Mohamad when he witnessed the outpouring of support for the KL112 rally – dubbed the People's Uprising Rally, last Saturday.

Did his purse his lips, clench his fists and tighten his resolve to remove the weaklings in Umno? His greatest fear is that the truth will emerge, his legacy is exposed as a sham and his dynasty is castrated.

Last Saturday, about 35km away from the Merdeka Stadium, Prime Minister Najib Abdul Razak attended a meet-the-people rally organised by the Malaysian Indian Progressive Front (IPF), and Bernama said he was "impressed by the strong support of the IPF". Around 15,000 people had assembled in the sleepy town of Semenyih to welcome Najib.

The PM should have known that the IPF event would have been overshadowed by KL112 and that no amount of negative spin by the mainstream English and Malay newspapers would detract from the implications of KL112.

Was this a deliberate ploy by people in Najib's camp to undermine him? Is Najib being prepared for the big push?

The adviser(s) couldn't have chosen a more apt location. According to Wikipedia, the town's name is derived from 'Sembunyi', a word in the Negri Sembilan dialect which means 'hide or hidden'.

The irony of Najib hiding in Semenyih couldn't be more damaging. Malaysians know that in the past, Najib is usually found overseas whenever there is any whiff of trouble or conflict.

Like a long-playing record, Najib again reeled-off the usual promises to the predominantly Indian crowd; that he would improve Tamil schools, resolve citizenship issues, provide loans for Indians to set up businesses, get more Indians in education and the civil service.

He wanted their support in GE13 so that he could double his efforts to help them in his '1Malaysia' vision. Apparently, 55 years is not sufficient to make any headway.

Najib being set up

Najib is being set up and we will probably witness his downfall. More importantly, we are seeing the unravelling of Mahathir's work and the dismantling of his policies.

Does it matter when some people observed that there was a predominantly Malay crowd in the KL112 rally and wondered where the non-Malays were? Does everything boil down to race? Isn't it more important that Malaysians walked with one shared purpose? Mahathir tried to divide the races, but last Saturday's event proved him wrong.

For over 22 years, Mahathir ruled with an iron fist. He still rules the country, by proxy. During his tenure, he raised his profile and declared himself a champion of the Malays. He may have had a war of words with the west and fought economic battles with them, using trade as his weapon.

He brought the non-Malays to their knees and humiliated them with his bumiputera policies. He even forced the royal households to beg for his mercy, though none of them would like to admit it today.

When Mahathir (left) watched the KL112 scenes unfold, he must have realised that his days are numbered; all because of Najib's weakness.

Najib thought he could give the rakyat what they wanted, but it was too little, too late. He started off by talking about reform, but by merely paying lip service to reform without any real evidence of real reforms, Najib was the instrument of his own downfall.

He placed emphasis on sloganeering, but members of his own cabinet must have had difficulty remembering the various acronyms which crop up at an alarming rate.

When '1Malaysia' took on a life of its own, it invaded every facet of our life. There was '1This' and '1That' or '1Whatever'. It made little impact on the lives of the rakyat, and people started to mock the '1Malaysia' concept. He damaged his reputation further by admitting that when he first started the '1Malaysia' slogan, he did not have a fixed strategy in mind.

Najib tried to be a man of the people with his '1Malaysia' concept, but the response of his deputy, Muhyiddin Yassin, offended many Malaysians. Did others in his cabinet secretly oppose the '1Malaysia' concept, whilst seeming to play along?

He became the darling of the UN by being the "1ModerateMuslim" when he denounced extremism, despite failing to control extremists in Malaysia.

He told us to tighten our belts just before going on a spending spree for the government and his wife (FLOM). His wife talks about giving the people a chance to sample croissants, when they have difficulty putting rice on the table.

Why did Najib return hurriedly from holiday in Europe, after his audience with the Pope? Had he heard rumours that his deputy was conspiring with others in Malaysia? The strain is beginning to show, not just in Najib but in Umno, too.

Wary and weary of turncoats

Umno may have enlisted the help of so-called respected citizens, to denounce the recent KL112 rally; people like Tunku Abdul Aziz Tunku Ibrahim, or Dr Chandra Muzaffar. These men once danced with the opposition but now sing praises for Umno. The rakyat are wary and weary of turncoats. These experts claimed that KL112 is a charade and a mockery of democracy. They are out of touch with the feelings on the ground.

Umno, which stands for United Malay National Organisation, is far from united. The cracks are beginning to show and MPs are becoming afraid, not just for their political futures but also for their freedom. Those who have aligned themselves with Mahathir are rejoicing at the prospect of holding the reins of power after Najib is toppled. That joy will be short-lived.

Najib has one staunch supporter, Rosmah Mansor; her ambition is uncontrolled, she is the stronger partner and is determined to stick with Najib because she has so much to lose. She is the driving force behind him.

Last week, Muhyiddin said that Malaysia does not need change, thus mirroring Mahathir's sentiments of previous weeks. Muhyiddin said, "We have a good government and a good economy, so why do we need a change?"

Despite the recent exposes of high level corruption, Najib and the various agencies tasked to deal with these issues have done nothing.

So, they should not be shocked by events in Ayer Tawar in Perak, where people whose lives are allegedly blighted by corruption, have started to take the law into their own hands.

The rakyat sees that the government does not enforce the laws, but blatantly breaks them. The government and its agents act like thugs.

Ironically, the resistance to change, of Mahathir and Muhyiddin, is the driving force behind the people's uprising which demands the fall of the Umno dictatorship at GE13.

Chandra’s hysterical outburst

Posted: 14 Jan 2013 08:24 AM PST

Dr. Chandra's absurd ranting about my amending two paragraphs of the statement of claim reminds us of a drowning man clutching at straws! It's of no use.

These rabid outbursts won't distract anyone from the real issues at hand. And just to clarify the matter, the amendments are necessary to conform to rules of pleading.

He would plead fair opinion in respect of those two matters and deny that they were statements of fact. I have withdrawn that to narrow the focus of my pleading.

ANWAR IBRAHIM

PRESS RELEASE: Chandra Muzaffar’s Verbal Attack Upon Anwar Ibrahim is Desperate & Absurd

Posted: 13 Jan 2013 11:29 PM PST

We refer to the claim by Chandra Muzaffar today that Datuk Seri Anwar Ibrahim has admitted that he will be a ‘ disastrous Prime Minister’ by amending the Statement of Claim in his lawsuit against Chandra. This is a mischievous, false and absurd statement by Chandra. The High Court Judge in allowing Anwar’s application to amend the statement of claim did not make any ruling that the amendment would amount to an admission. Chandra’s statement is based on his own baseless and illogical interpretation of the court order. In fact, the High Court Judge agreed with Anwar’s lawyers that the amendment would help narrow down issues at the trial.

Chandra is also blowing hot and cold, because he had through his lawyers objected to Anwar’s amendments. Chandra’s objections were rightly rejected by the Judge this morning. If Anwar’s amendments meant that he is admitting to being a ‘disastrous PM’, why then did Chandra object to the amendments? Chandra appears now to be lashing out, after having lost the argument in court this morning.

In this K.L High Court suit, Anwar is suing Chandra for making a false and libellous statement alleging that Anwar had said that he would make sure ‘ temple bells would not ring anymore’. Chandra must answer for this outrageous statement in court. Chandra’s statement today is thus a futile and desperate attempt to distract attention from the real issue in the lawsuit.

In any event, whether Anwar Ibrahim should be Prime Minister is a decision for people of this country to make at the 13th GE. It is not for any court of law to make this decision. Dr Chandra Muzaffar must learn that this is how a real democracy functions.

Issued by,
N SURENDRAN
LATHEEFA KOYA
Lawyers for Datuk Seri Anwar Ibrahim

[VIDEO] Anak Muda Mesti Bangkit Selamatkan Malaysia

Posted: 13 Jan 2013 09:44 PM PST

Wee Choo Keong

Wee Choo Keong


Dato’ Najmuddin Abdullah is the new MAS Head, Strategic Communications

Posted: 14 Jan 2013 08:11 AM PST

From: “YOUR VOICE ONLINE” <UVOICE@malaysiaairlines.com> Subject: Circular from GCEO: Dato’ Najmuddin Abdullah is Head, Strategic Communications To        : All Staff System-wide Date     : 14 January 2013 Ref       : GCEO CIR 001/13 Dear Colleagues Dato' Najmuddin Abdullah is Head, Strategic Communications I am pleased to welcome Dato' Najmuddin Abdullah, as Head, Strategic Communications of Malaysia Airlines [...]

PARTI KEADILAN RAKYAT NEGERI SEMBILAN

PARTI KEADILAN RAKYAT NEGERI SEMBILAN


Umpan beras tapi Himpunan bersama Najib gagal saingi HKR

Posted: 13 Jan 2013 08:17 PM PST


KUALA LUMPUR 13 JANUARI: Program disertai Datuk Seri Najib Razak dan Tan Sri Muhyiddin Yassin yang  cuba menyaingi Himpunan Kebangkitan Rakyat, terbukti gagal walaupun menawarkan pelbagai umpan dan dibantu media arus perdana.
Barisan Nasional terpaksa menggunakan beras dan barangan keperluan harian untuk mengumpan penduduk hadir ke Majlis Himpunan Rakyat Bersama Perdana Menteri di Dataran Tesco Bandar Rinching, Semenyih, semalam.

Laman web, blog dan facebook pro-BN sendiri menyiarkan gambar pengunjung diangkut dengan bas ke tapak himpunan dan diupah dengan beras dan tepung.
Malah, ada yang pengsan kerana berebut habuan yang diagih dari dua treler dalam program anjuran parti komponen BN, Barisan Kemajuan India SeMalaysia (IPF).
Kehadiran warganegara asing yang memakai baju berlogo BN dan 1Malaysia dikesan dalam pelbagai media sosial dalam program berkenaan.

Laman web klpos.com yang pro-Umno melapor hanya 40,000 hadir program itu manakala manakala Berita Harian Online melapor 15,000 orang.
Sementara itu, Majlis Perhimpunan Rakyat 1Malaysia yang dihadiri Tan Sri Muhyiddin Yassin yang kononnya mahu mengumpulkan puluhan ribu rakyat di Pekan, Pahang semalam tidak dibuktikan di mana-mana media arus perdana.
Sehingga kini langsung tiada laporan di mana-mana media arus perdana secara terbuka mengenai jumlah kehadiran sekali gus memberi gambaran acara itu tidak mendapat sambutan rakyat.

Bernama – sebuah agensi berita nasional hanya melapor pertemuan Muhyiddin dengan semua pengerusi parti komponen dan 70 ketua bahagian Umno BN Pahang dan langsung tidak menyebut jumlah kehadiran.
Kebanyakan media terutama akhbar Cina melapor kehadiran 500,000 ke Himpunan Kebangkitan Rakyat manakala Pensyarah Matematik Tulen dan Falsafah Matematik di Fakulti Sains dan Teknologi Universiti Kebangsaan Malaysia, Profesor Alinor Abd Kadir menyatakan, jumlah kehadiran ialah 700,000 orang.
Short URL: http://www.keadilandaily.com/?p=43071

HKR: Rakyat ulangi tekad untuk ubah M’sia jadi demokrasi berparlimen, bebas & adil

Posted: 13 Jan 2013 08:15 PM PST


Laungan keramat 'Merdeka' sekali lagi menggegarkan Stadium Merdeka pada 12 Januari 2013. Sementara laungan 'Merdeka' yang dilaungkan 55 tahun lalu dipimpin Tunku Abdul Rahman Putra Al Haj, kali ini laungan "Merdeka" yang bergema tepat jam 4.37 petang dipimpin oleh YB Dato' Seri Anwar Ibrahim dan disambut oleh lebih 300,000 rakyat Malaysia pelbagai kaum di dalam dan di luar stadium.
Peristiwa bersejarah ini turut disaksikan oleh pimpinan Pakatan Rakyat seperti YAB Tuan Guru Dato' Nik Abdul Aziz, Tuan Guru Dato' Seri Haji Abdul Hadi Awang, YB Lim Kit Siang, Tuan Guru Haji Salleh selaku Mudir Madrasah Ar – Rahmaniah, Sik, Kedah dan wakil-wakil Lembaga Suadaya Masyarakat seperti BERSIH, ANAK, ROYALTI  dan PAHLAWAN.
Kita berhimpun semalam untuk mengulangi tekad rakyat Malaysia sebagaimana yang terkandung dalam Pemasyhuran Kemerdekaan 1957.

Cita-cita kita untuk membangunkan Malaysia yang berteraskan Demokrasi Berparlimen, Bebas dan Adil.
Kita telah mencipta sejarah dengan menuntut kemerdekaan dari kezaliman dan kemungkaran ekonomi yang diterajui oleh UMNO. Rakyat Malaysia menuntut kebebasan, hak asasi manusia dipertahankan dan pengagihan ekonomi yang adil. Rakyat Malaysia juga menuntut Sabah – Sarawak diiktiraf adil setara dengan Semenanjung Malaysia selaras dengan Perjanjian Malaysia 1963.
Saya mengucapkan tahniah kepada rakyat Malaysia yang telah berhimpun dengan aman dan teratur di sepanjang tempoh berlangsungnya Himpunan Kebangkitan Rakyat dan berani tampil untuk meruntuhkan tembok ketakutan yang dipasak selama 5 dekad.
Rakyat Malaysia juga menyambut baik usaha Ketua Polis Negara dan pimpinan PDRM yang mempamerkan kewibawaan institusi polis untuk menjamin hak asasi, kebebasan serta keselamatan rakyat seperti yang termaktub dalam Perlembagaan Persekutuan.
Kebangkitan rakyat hari ini memaknai erti perjuangan rakyat yang sebenar dan kembali menghayati fitrah manusia yang sentiasa mendambakan keadilan dan keharmonian masyarakat.
InshaAllah, obor reformasi akan memberi sinar baru demi membela nasib rakyat. Stadium Merdeka adalah lambang gelora kebangkitan rakyat dan Putrajaya adalah lambang kemenangan rakyat melaksanakan cita-cita dan hasrat murni untuk membangun sebuah negara yang bebas dan demokratik.
Timbalan Presiden KEADILAN
Mohamed Azmin Ali

Short URL: http://www.keadilandaily.com/?p=43090

Pakar Matematik anggar 700,000 orang sertai HKR

Posted: 13 Jan 2013 06:54 PM PST


KUALA LUMPUR 13 JANUARI: Pakar matematik, Prof Dr Shahrir Md Zain menganggar lebih 700,000 orang menyertai Himpunan Kebangkitan Rakyat di Stadium Merdeka, semalam.
Memetik Penang Insight, bekas profesor Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) itu dilapor membuat anggaran itu di laman facebook beliau.

"Kalau berjalan 20 orang melebar sepanjang satu kilometer (km), jumlahnya 100,000.
"Andaiannya ialah 10,000 kaki sama dengan satu kilometer, seseorang memerlukan dua kaki persegi untuk bergerak dengan selesa.
"Jadi, lebar jalan 40 kaki dan 5,000 orang boleh memanjang jalan. Lalu, 5,000 (orang) darab 20 (orang) ialah 100,000 (orang per kilometer).
"Pertanyaan saya, berapa kilometerkah seluruh orang yang datang HKR. Jawapannya ialah 700,000," katanya dengan mengambil kira pandangan dari atas pada lingkungan tujuh kilometer.

Nyata, ia bertentangan dengan kenyataan Ketua Polis Daerah Dang Wangi, Asisten Komisioner Zainuddin Ahmad dalam Buletin Utama TV3 yang hanya menganggar 40,000 orang sahaja menyertai HKR.
Sedangkan twitter rasmi PDRM pula menyebut 80,000 orang menyertai HKR tetapi kemudian membuat pembetulan.
Short URL: http://www.keadilandaily.com/?p=43036

HKR: Sejarah baru tuntut kemerdekaan dari Umno – Azmin

Posted: 13 Jan 2013 06:52 PM PST


KUALA LUMPUR 14 Jan: Timbalan Presiden KEADILAN, Mohamed Azmin Ali berkata, kejayaan Himpunan Kebangkitan Rakyat (HKR) adalah sejarah baru menuntut kemerdekaan dari kezaliman dan kemungkaran ekonomi yang diterajui Umno.
Katanya, kebangkitan rakyat yang mewarnai pentas politik negara memberi maksud perjuangan adalah sifat fitrah manusia untuk mengembalikan keadilan dan keharmonian.

"Rakyat Malaysia menuntut kebebasan, hak asasi manusia dipertahankan dan pengagihan ekonomi yang adil. Rakyat Malaysia juga menuntut Sabah, Sarawak diiktiraf adil setara dengan Semenanjung Malaysia selaras dengan Perjanjian Malaysia 1963.
"Kebangkitan rakyat hari ini memaknai erti perjuangan rakyat sebenar dan kembali menghayati fitrah manusia yang sentiasa mendambakan keadilan dan keharmonian masyarakat," katanya pada kenyataan.
Tambah Azmin, kehadiran 300,000 rakyat berhimpun di Stadium Merdeka seolah-olah mengulangi detik sejarah negara yang menjadi saksi kepada kemerdekaan negara 55 tahun lalu.

"Kita berhimpun untuk mengulangi tekad rakyat Malaysia sebagaimana yang terkandung dalam Pemasyhuran Kemerdekaan 1957. Cita-cita kita untuk membangunkan Malaysia yang berteraskan demokrasi berparlimen, bebas dan adil.
"InsyaAllah, obor reformasi akan memberi sinar baru demi membela nasib rakyat. Stadium Merdeka adalah lambang gelora kebangkitan rakyat dan Putrajaya adalah lambang kemenangan rakyat melaksanakan cita-cita dan hasrat murni untuk membangun sebuah negara yang bebas dan demokratik," kata Ahli Parlimen Gombak itu.
Azmin juga mengucapkan tahniah kepada rakyat yang berhimpun dan bergerak secara aman tanpa melibatkan insiden tidak diingini.
"Saya mengucapkan tahniah kepada rakyat Malaysia yang berhimpun dengan aman dan teratur di sepanjang tempoh berlangsungnya Himpunan Kebangkitan Rakyat dan berani tampil untuk meruntuhkan tembok ketakutan yang dipasak selama lima dekad.
"Rakyat Malaysia juga menyambut baik usaha Ketua Polis Negara dan pimpinan PDRM yang mempamerkan kewibawaan institusi polis untuk menjamin hak asasi, kebebasan serta keselamatan rakyat seperti yang termaktub dalam Perlembagaan Persekutuan," katanya.
Short URL: http://www.keadilandaily.com/?p=43093

PoliTweet ramal 150,000 sertai perhimpunan kelmarin

Posted: 13 Jan 2013 06:48 PM PST

dipetik daripada Malaysian Insider


January 13, 2013
Rakyat mengisi Stadium Merdeka semasa Himpunan Kebangkitan Rakyat 12 Januari 2012. — Gambar Choo Choy May
KUALA LUMPUR, 13 Jan — Jumlah peserta yang menyertai perhimpunan "Himpunan Kebangkitan Rakyat" anjuran pembangkang semalam di Stadium Merdeka mungkin mencecah 150,000, menurut badan kajian bebas online PoliTweet.org hari ini selepas penyelidikan awal mereka.
PoliTweet.org yang menjejak penggunaan laman sosial media dalam lapangan politik di Malaysia menulis dilaman Facebook mereka anggaran tersebut dibuat berdasarkan gambar dalam perhimpunan oleh media dan yang dikongsi oleh online netizens.
Laporan mereka menyatakan berdasarkan bukti visual daripada gambar, peserta yang hadir meliputi hampir 40,000 meter persegi dalam stadium (tidak termasuk yang berdiri ditangga) dan dikawasan sekeliling luar lokasi perhimpunan.
Peserta di luar Stadium Merdeka.
"Kepadatan kawasan berbeza, tetapi jika anda mengambil purata 3.5-4 kaki persegi setiap orang, jumlahnya adalah 106037-121185 peserta di luar stadium.
"Ini termasuk dengan kapasiti 30 ribu yang dilaporkan berada dalam stadium, saiz orang yang dianggarkan ialah: 136037-151185 orang," lapor agensi penyelidikan dalam artikelnya yang termasuk dengan gambar kawasan sekitar di Stadium Merdeka.
"Setiap kawasan dinilai berasingan untuk menentukan jumlah kepadatan orang ramai yang tepat. Tapi angka ini akan disemak semula pada hujung minggu ini," tambah PoliTweet.org tersebut.
Semalam, polis telah mengurangkan jangkaan awal mereka tentang jumlah kehadiran peserta Himpunan Kebangkitan Rakyat dari 80,000 ke 45,000 orang, di dalam dan di luar Stadium Merdeka.
Namun, penganjur dan Pakatan Rakyat (PR) mengatakan jumlah peserta mencecah 500,000 menghadiri perhimpunan raksasa tersebut serta mendakwa ia adalah terbesar diadakan di ibu kota.
Pada Mei tahun lalu, Menteri Penerangan, Komunikasi dan Kebudayaan Datuk Seri Rais Yatim menganggarkan 22,270 orang hadir dalam perhimpunan Bersih 3.0 berdasarkan gambar dari Bernama dengan menggunakan sistem blok komunikasi.
Pada bulan Julai 2011, pasukan polis menganggarkan antara 5,000 hingga 6,000 peserta menghadiri perhimpunan Bersih 2.0, tetapi kebanyakan media melaporkan hampir 20,000 peserta. Penganjur Bersih menganggarkan kira-kira 50,000 orang hadir ke perhimpunan itu.
Himpunan Kebangkitan Rakyat di ibu kota berakhir petang ini dengan ikrar oleh Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim bahawa Pakatan Rakyat (PR) akan mempunyai toleransi sifar terhadap rasuah atau apa-apa percubaan untuk merampas kekayaan rakyat.
Perhimpunan raksasa dianjurkan oleh kedua-dua pemimpin politik dari PR dan kumpulan masyarakat sivil sebagai wadah terakhir mengenai isu-isu mereka sebelum pilihan raya umum ke-13.



www.telokkemang.blogspot.com/

www.telokkemang.blogspot.com/


SEMBAH TAKZIM PARTI KEADILAN RAKYAT N. SEMBILAN

Posted: 14 Jan 2013 04:28 AM PST

SEMBAH TAKZIM PIMPINAN & ANGGOTA PARTI KEADILAN RAKYAT N. SEMBILAN SEMPENA KEPUTERAAN TUANKU MUHRIZ IBNI ALMARHUM TUANKU MUNAWIR YANG KE-65

DAULAT TUANKU - SEMOGA BEROLEH KESEJAHTERAAN DAN KEBERKATAN PEMERINTAHAN


CERAMAH MEMBELA MARUAH TENTERA - MEMBONGKAR SKANDAL LTAT

Posted: 14 Jan 2013 04:15 AM PST

CERAMAH MEMBELA MARUAH TENTERA - MEMBONGKAR SKANDAL LTAT

20 JAN 2013 AHAD

SIRUSA, BATU 4 PORT DICKSON

9 MALAM

DIJEMPUT SEMUA RAKYAT HADIR & ANGGOTA TENTERA