PARTI KEADILAN RAKYAT NEGERI SEMBILAN |
- Umpan beras tapi Himpunan bersama Najib gagal saingi HKR
- HKR: Rakyat ulangi tekad untuk ubah M’sia jadi demokrasi berparlimen, bebas & adil
- Pakar Matematik anggar 700,000 orang sertai HKR
- HKR: Sejarah baru tuntut kemerdekaan dari Umno – Azmin
- PoliTweet ramal 150,000 sertai perhimpunan kelmarin
Umpan beras tapi Himpunan bersama Najib gagal saingi HKR Posted: 13 Jan 2013 08:17 PM PST KUALA LUMPUR 13 JANUARI: Program disertai Datuk Seri Najib Razak dan Tan Sri Muhyiddin Yassin yang cuba menyaingi Himpunan Kebangkitan Rakyat, terbukti gagal walaupun menawarkan pelbagai umpan dan dibantu media arus perdana. Barisan Nasional terpaksa menggunakan beras dan barangan keperluan harian untuk mengumpan penduduk hadir ke Majlis Himpunan Rakyat Bersama Perdana Menteri di Dataran Tesco Bandar Rinching, Semenyih, semalam. Laman web, blog dan facebook pro-BN sendiri menyiarkan gambar pengunjung diangkut dengan bas ke tapak himpunan dan diupah dengan beras dan tepung. Malah, ada yang pengsan kerana berebut habuan yang diagih dari dua treler dalam program anjuran parti komponen BN, Barisan Kemajuan India SeMalaysia (IPF). Kehadiran warganegara asing yang memakai baju berlogo BN dan 1Malaysia dikesan dalam pelbagai media sosial dalam program berkenaan. Laman web klpos.com yang pro-Umno melapor hanya 40,000 hadir program itu manakala manakala Berita Harian Online melapor 15,000 orang. Sementara itu, Majlis Perhimpunan Rakyat 1Malaysia yang dihadiri Tan Sri Muhyiddin Yassin yang kononnya mahu mengumpulkan puluhan ribu rakyat di Pekan, Pahang semalam tidak dibuktikan di mana-mana media arus perdana. Sehingga kini langsung tiada laporan di mana-mana media arus perdana secara terbuka mengenai jumlah kehadiran sekali gus memberi gambaran acara itu tidak mendapat sambutan rakyat. Bernama – sebuah agensi berita nasional hanya melapor pertemuan Muhyiddin dengan semua pengerusi parti komponen dan 70 ketua bahagian Umno BN Pahang dan langsung tidak menyebut jumlah kehadiran. Kebanyakan media terutama akhbar Cina melapor kehadiran 500,000 ke Himpunan Kebangkitan Rakyat manakala Pensyarah Matematik Tulen dan Falsafah Matematik di Fakulti Sains dan Teknologi Universiti Kebangsaan Malaysia, Profesor Alinor Abd Kadir menyatakan, jumlah kehadiran ialah 700,000 orang. Short URL: http://www.keadilandaily.com/?p=43071 |
HKR: Rakyat ulangi tekad untuk ubah M’sia jadi demokrasi berparlimen, bebas & adil Posted: 13 Jan 2013 08:15 PM PST Laungan keramat 'Merdeka' sekali lagi menggegarkan Stadium Merdeka pada 12 Januari 2013. Sementara laungan 'Merdeka' yang dilaungkan 55 tahun lalu dipimpin Tunku Abdul Rahman Putra Al Haj, kali ini laungan "Merdeka" yang bergema tepat jam 4.37 petang dipimpin oleh YB Dato' Seri Anwar Ibrahim dan disambut oleh lebih 300,000 rakyat Malaysia pelbagai kaum di dalam dan di luar stadium. Peristiwa bersejarah ini turut disaksikan oleh pimpinan Pakatan Rakyat seperti YAB Tuan Guru Dato' Nik Abdul Aziz, Tuan Guru Dato' Seri Haji Abdul Hadi Awang, YB Lim Kit Siang, Tuan Guru Haji Salleh selaku Mudir Madrasah Ar – Rahmaniah, Sik, Kedah dan wakil-wakil Lembaga Suadaya Masyarakat seperti BERSIH, ANAK, ROYALTI dan PAHLAWAN. Kita berhimpun semalam untuk mengulangi tekad rakyat Malaysia sebagaimana yang terkandung dalam Pemasyhuran Kemerdekaan 1957. Cita-cita kita untuk membangunkan Malaysia yang berteraskan Demokrasi Berparlimen, Bebas dan Adil. Kita telah mencipta sejarah dengan menuntut kemerdekaan dari kezaliman dan kemungkaran ekonomi yang diterajui oleh UMNO. Rakyat Malaysia menuntut kebebasan, hak asasi manusia dipertahankan dan pengagihan ekonomi yang adil. Rakyat Malaysia juga menuntut Sabah – Sarawak diiktiraf adil setara dengan Semenanjung Malaysia selaras dengan Perjanjian Malaysia 1963. Saya mengucapkan tahniah kepada rakyat Malaysia yang telah berhimpun dengan aman dan teratur di sepanjang tempoh berlangsungnya Himpunan Kebangkitan Rakyat dan berani tampil untuk meruntuhkan tembok ketakutan yang dipasak selama 5 dekad. Rakyat Malaysia juga menyambut baik usaha Ketua Polis Negara dan pimpinan PDRM yang mempamerkan kewibawaan institusi polis untuk menjamin hak asasi, kebebasan serta keselamatan rakyat seperti yang termaktub dalam Perlembagaan Persekutuan. Kebangkitan rakyat hari ini memaknai erti perjuangan rakyat yang sebenar dan kembali menghayati fitrah manusia yang sentiasa mendambakan keadilan dan keharmonian masyarakat. InshaAllah, obor reformasi akan memberi sinar baru demi membela nasib rakyat. Stadium Merdeka adalah lambang gelora kebangkitan rakyat dan Putrajaya adalah lambang kemenangan rakyat melaksanakan cita-cita dan hasrat murni untuk membangun sebuah negara yang bebas dan demokratik. Timbalan Presiden KEADILAN Mohamed Azmin Ali Short URL: http://www.keadilandaily.com/?p=43090 |
Pakar Matematik anggar 700,000 orang sertai HKR Posted: 13 Jan 2013 06:54 PM PST KUALA LUMPUR 13 JANUARI: Pakar matematik, Prof Dr Shahrir Md Zain menganggar lebih 700,000 orang menyertai Himpunan Kebangkitan Rakyat di Stadium Merdeka, semalam. Memetik Penang Insight, bekas profesor Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) itu dilapor membuat anggaran itu di laman facebook beliau. "Kalau berjalan 20 orang melebar sepanjang satu kilometer (km), jumlahnya 100,000. "Andaiannya ialah 10,000 kaki sama dengan satu kilometer, seseorang memerlukan dua kaki persegi untuk bergerak dengan selesa. "Jadi, lebar jalan 40 kaki dan 5,000 orang boleh memanjang jalan. Lalu, 5,000 (orang) darab 20 (orang) ialah 100,000 (orang per kilometer). "Pertanyaan saya, berapa kilometerkah seluruh orang yang datang HKR. Jawapannya ialah 700,000," katanya dengan mengambil kira pandangan dari atas pada lingkungan tujuh kilometer. Nyata, ia bertentangan dengan kenyataan Ketua Polis Daerah Dang Wangi, Asisten Komisioner Zainuddin Ahmad dalam Buletin Utama TV3 yang hanya menganggar 40,000 orang sahaja menyertai HKR. Sedangkan twitter rasmi PDRM pula menyebut 80,000 orang menyertai HKR tetapi kemudian membuat pembetulan. Short URL: http://www.keadilandaily.com/?p=43036 |
HKR: Sejarah baru tuntut kemerdekaan dari Umno – Azmin Posted: 13 Jan 2013 06:52 PM PST KUALA LUMPUR 14 Jan: Timbalan Presiden KEADILAN, Mohamed Azmin Ali berkata, kejayaan Himpunan Kebangkitan Rakyat (HKR) adalah sejarah baru menuntut kemerdekaan dari kezaliman dan kemungkaran ekonomi yang diterajui Umno. Katanya, kebangkitan rakyat yang mewarnai pentas politik negara memberi maksud perjuangan adalah sifat fitrah manusia untuk mengembalikan keadilan dan keharmonian. "Rakyat Malaysia menuntut kebebasan, hak asasi manusia dipertahankan dan pengagihan ekonomi yang adil. Rakyat Malaysia juga menuntut Sabah, Sarawak diiktiraf adil setara dengan Semenanjung Malaysia selaras dengan Perjanjian Malaysia 1963. "Kebangkitan rakyat hari ini memaknai erti perjuangan rakyat sebenar dan kembali menghayati fitrah manusia yang sentiasa mendambakan keadilan dan keharmonian masyarakat," katanya pada kenyataan. Tambah Azmin, kehadiran 300,000 rakyat berhimpun di Stadium Merdeka seolah-olah mengulangi detik sejarah negara yang menjadi saksi kepada kemerdekaan negara 55 tahun lalu. "Kita berhimpun untuk mengulangi tekad rakyat Malaysia sebagaimana yang terkandung dalam Pemasyhuran Kemerdekaan 1957. Cita-cita kita untuk membangunkan Malaysia yang berteraskan demokrasi berparlimen, bebas dan adil. "InsyaAllah, obor reformasi akan memberi sinar baru demi membela nasib rakyat. Stadium Merdeka adalah lambang gelora kebangkitan rakyat dan Putrajaya adalah lambang kemenangan rakyat melaksanakan cita-cita dan hasrat murni untuk membangun sebuah negara yang bebas dan demokratik," kata Ahli Parlimen Gombak itu. Azmin juga mengucapkan tahniah kepada rakyat yang berhimpun dan bergerak secara aman tanpa melibatkan insiden tidak diingini. "Saya mengucapkan tahniah kepada rakyat Malaysia yang berhimpun dengan aman dan teratur di sepanjang tempoh berlangsungnya Himpunan Kebangkitan Rakyat dan berani tampil untuk meruntuhkan tembok ketakutan yang dipasak selama lima dekad. "Rakyat Malaysia juga menyambut baik usaha Ketua Polis Negara dan pimpinan PDRM yang mempamerkan kewibawaan institusi polis untuk menjamin hak asasi, kebebasan serta keselamatan rakyat seperti yang termaktub dalam Perlembagaan Persekutuan," katanya. Short URL: http://www.keadilandaily.com/?p=43093 |
PoliTweet ramal 150,000 sertai perhimpunan kelmarin Posted: 13 Jan 2013 06:48 PM PST dipetik daripada Malaysian Insider January 13, 2013 KUALA LUMPUR, 13 Jan — Jumlah peserta yang menyertai perhimpunan "Himpunan Kebangkitan Rakyat" anjuran pembangkang semalam di Stadium Merdeka mungkin mencecah 150,000, menurut badan kajian bebas online PoliTweet.org hari ini selepas penyelidikan awal mereka. PoliTweet.org yang menjejak penggunaan laman sosial media dalam lapangan politik di Malaysia menulis dilaman Facebook mereka anggaran tersebut dibuat berdasarkan gambar dalam perhimpunan oleh media dan yang dikongsi oleh online netizens. Laporan mereka menyatakan berdasarkan bukti visual daripada gambar, peserta yang hadir meliputi hampir 40,000 meter persegi dalam stadium (tidak termasuk yang berdiri ditangga) dan dikawasan sekeliling luar lokasi perhimpunan. "Kepadatan kawasan berbeza, tetapi jika anda mengambil purata 3.5-4 kaki persegi setiap orang, jumlahnya adalah 106037-121185 peserta di luar stadium. "Ini termasuk dengan kapasiti 30 ribu yang dilaporkan berada dalam stadium, saiz orang yang dianggarkan ialah: 136037-151185 orang," lapor agensi penyelidikan dalam artikelnya yang termasuk dengan gambar kawasan sekitar di Stadium Merdeka. "Setiap kawasan dinilai berasingan untuk menentukan jumlah kepadatan orang ramai yang tepat. Tapi angka ini akan disemak semula pada hujung minggu ini," tambah PoliTweet.org tersebut. Semalam, polis telah mengurangkan jangkaan awal mereka tentang jumlah kehadiran peserta Himpunan Kebangkitan Rakyat dari 80,000 ke 45,000 orang, di dalam dan di luar Stadium Merdeka. Namun, penganjur dan Pakatan Rakyat (PR) mengatakan jumlah peserta mencecah 500,000 menghadiri perhimpunan raksasa tersebut serta mendakwa ia adalah terbesar diadakan di ibu kota. Pada Mei tahun lalu, Menteri Penerangan, Komunikasi dan Kebudayaan Datuk Seri Rais Yatim menganggarkan 22,270 orang hadir dalam perhimpunan Bersih 3.0 berdasarkan gambar dari Bernama dengan menggunakan sistem blok komunikasi. Pada bulan Julai 2011, pasukan polis menganggarkan antara 5,000 hingga 6,000 peserta menghadiri perhimpunan Bersih 2.0, tetapi kebanyakan media melaporkan hampir 20,000 peserta. Penganjur Bersih menganggarkan kira-kira 50,000 orang hadir ke perhimpunan itu. Himpunan Kebangkitan Rakyat di ibu kota berakhir petang ini dengan ikrar oleh Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim bahawa Pakatan Rakyat (PR) akan mempunyai toleransi sifar terhadap rasuah atau apa-apa percubaan untuk merampas kekayaan rakyat. Perhimpunan raksasa dianjurkan oleh kedua-dua pemimpin politik dari PR dan kumpulan masyarakat sivil sebagai wadah terakhir mengenai isu-isu mereka sebelum pilihan raya umum ke-13. |
You are subscribed to email updates from PARTI KEADILAN RAKYAT NEGERI SEMBILAN To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan