Suara Sri Andalas |
- Tol Naik, PKR Bidas Kenyataan Angkuh Menteri Suruh Rakyat Ikut Jalan Lain
- Tiada Alasan Naik Tol: PLUS Untung 61 peratus, KESAS 121 peratus, Litrak 49 peratus
- Tol Naik Antara 50sen Hingga RM2 Bulan Depan
Tol Naik, PKR Bidas Kenyataan Angkuh Menteri Suruh Rakyat Ikut Jalan Lain Posted: 17 Dec 2013 12:15 AM PST SHAH ALAM 17 DIS : PKR membidas kenyataan angkuh Kerajaan Umno-BN yang tidak memikirkan tentang kebajikan rakyat dalam isu kenaikan tol. Timbalan Presiden PKR, Azmin Ali, berkata kenyataan Menteri Di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Abdul Wahid Omar meminta orang ramai menggunakan jalan biasa sekiranya kenaikan tol tinggi adalah tidak wajar dan menunjukkan kurang akauntabiliti. Apa kata anda"Kami ingin mengingatkan Menteri Persekutuan yang tidak dipilih rakyat supaya berhenti merendahkan rakyat dan tidak angkuh membuat kenyataan," kata Azmin dalam satu kenyataan media hari ini. Azmin berkata, kenaikan tol adalah perkara serius yang memberi kesan kepada pengguna jalan raya yang tiada pilihan selain menggunakannya. "Ia adalah mengenai keperluan dan hanya kerana mempunyai konsesi tidak bermakna harga boleh dinaikkan tanpa mempertimbang keperluan dan kekangan kewangan rakyat," katanya. Beliau juga mendesak Putrajaya agar tidak bersembunyi di belakang perjanjian rahsia dan mencabar rakyat dengan senario ambil atau tinggalkannya. "Cadangan kenaikan ini dengan kenaikan harga lain adalah ancaman besar kepada kebajikan rakyat," katanya. Azmin berkata, PKR akan sentiasa menentang kenaikan ini yang dibuat tanpa justifikasi dan akan terus menyokong usaha menolak kenaikan seperti ini. Sebelum ini, Pengarah Strategi PKR, Rafizi Ramli berkata Kerajaan Pusat mempunyai kuasa penuh dan pengaruh untuk tidak membuat keputusan menaikkan kadar tol ekoran pemegang konsesi lebuh raya adalah anak-anak syarikat milik kerajaan. Sumber: SelangorKini |
Tiada Alasan Naik Tol: PLUS Untung 61 peratus, KESAS 121 peratus, Litrak 49 peratus Posted: 16 Dec 2013 11:55 PM PST PETALING JAYA 17 DIS: Keuntungan pengendali syarikat pemegang konsesi lebuh raya berlipat kali ganda setiap tahun sehingga melebihi unjuran dibuat semasa menandatangani kontrak konsesi antara kerajaan dan syarikat terbabit. Pengarah Strategi PKR, Rafizi Ramli, berkata laporan tahunan syarikat Projek Lebuh Raya Utara Selatan Bhd (PLUS) menunjukkan keuntungan bersih 2011 sebelum cukai sebanyak RM2.515 bilion atau 61 peratus berbanding jumlah bersih kos faedah dan pembiayaan kewangan RM507 juta kos ditanggung pada 2010 termasuk 6 peratus kos menyelenggara. Katanya, Syarikat pengendali Lebuhraya Shah Alam (Kesas), Kesas Sdn Bhd pula mencatatkan keuntungan terkumpul berganda 121 peratus antara tahun kewangan 2008 hingga 2012 seperti dilaporkan Maybank Investment Bank Research bertarikh 6 November 2013. Manakala Litrak Bhd yang mengendalikan Lebuhraya Damansara Puchong (LDP) dan Lebuh Raya Sprint pula berdasarkan keputusan kewangan bagi 2013 mencatatkan keuntungan bersih RM180 juta atau 49 peratus berbanding kos menyelenggara 6 peratus. "Tidak banyak pernigaan di dunia ini yang mencapai peratus keuntungan bersih sehingga 61 peratus seperti yang dicatatkan Plus. Melihat kos menyelenggara hanya 6 peratus dari jumlah kutipan tol setiap tahun cukup menunjukkan kadar tol yang ada memberikan keuntungan berlipat kali ganda. "Setiap kenaikan (baru) hanya menambahkan lagi keuntungan mereka sedangkan rakyat terus terbeban dengan tekanan ekonomi," kata Rafizi dalam sidang medianya yang diadakan di Ibu Pejabat PKR di sini, hari ini. Kata Rafizi lagi, dakwaan kononnya terpaksa memenuhi perjanjian antara kerajaan dan pemegang konsesi lebuh raya sebagai alasan untuk menaikan kadar tol lebuh raya merupakan alasan tidak masuk akal kerana syarikat konsesi lebuh raya di negara ini dikuasai kerajaan. Syarikat terbabit yang turut mendapat bantuan kewangan dan subsidi kerajaan itu juga memperolehi keuntungan berlipat kali ganda setiap tahun sehingga melebihi unjuran yang dibuat semasa menandatangani kontrak konsesi dengan kerajaan. Rafizi Ramli turut membidas kenyataan beberapa Menteri Kabinet dalam beberapa isu yang menyentuh kepentingan rakyat dengan membayangkan seolah-olah mereka terpisah dari realiti kehidupan sebenar rakyat. "Sama seperti jawapan sebelum ini, adakah mereka ini datang dari Bulan? Saya membidas sekeras-kerasnya kenyataan Datuk Seri Abdul Wahid Omar (Menteri di Jabatan Perdana Menteri) yang memberi kata dua kepada pengguna jalanraya agar tidak menggunakan jalan bertol jika tidak bersetuju dengan kenaikan tol," kata Rafizi lagi. Rafizi berkata, PKR turut mendesak agar kerajaan menyemak semula keputusan untuk menaikan kadar tol lebuh raya yang bermula tahun hadapan. Sumber: SelangorKini |
Tol Naik Antara 50sen Hingga RM2 Bulan Depan Posted: 16 Dec 2013 11:45 PM PST Lima belas lebuh raya, kebanyakannya sekitar Kuala Lumpur, dilaporkan akan menaikkan kadar tol antara 50sen hingga RM2 bermula 1 Januari tahun depan. Bagaimanapun, New Straits Times memetik Menteri Kerja Raya Fadillah Yusof sebagai berkata, jumlah sebenar kenaikan tol masih belum diputuskan. Lebuh raya terbabit: Lebuh Raya Pantai Baru (NPE), Lebuh Raya Damansara Puchong (LDP), Lebuhraya Bertingkat Ampang-Kuala Lumpur (Akleh), Lebuh Raya Sprint, Lebuhraya Shah Alam (Kesas), Lebuh Raya Maju (Mex), Lebuh Raya Sungai Besi (Besraya), Lebuhraya Smart dan Sistem Lingkaran-Lebuh Raya Kajang (Silk). Fadilah berkata, menurut perjanjian konsesi lebuh raya, syarikat konsesi boleh menyelaras semula kadar tol setiap tiga tahun. Bagaimanapun, katanya, syarikat konsesi tidak melakukannya dalam tempoh enam tahun terakhir. Justeru, tambahnya, peningkatannya akan dibuat dua kali ganda, "Kerajaan membelanjakan RM400 juta pampasan jika tidak membenarkan penyelarasan," beliau dipetik sebagai berkata kepada Sin Chew Daily. Sumber: Malaysiakini |
You are subscribed to email updates from Suara Sri Andalas To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan