Isnin, 16 Disember 2013

PARTI KEADILAN RAKYAT NEGERI SEMBILAN

PARTI KEADILAN RAKYAT NEGERI SEMBILAN


Harga barang akan melambung akibat kenaikan tol – Rafizi

Posted: 16 Dec 2013 12:03 AM PST

PETALING JAYA 16 DIS: Tindakan pentadbiran Datuk Seri Najib Razak menaikan kadar tol tahun depan akan meningkatkan harga barang dan kos sara hidup rakyat, kata ahli parlimen Pandan, Mohd Rafizi Ramli.
"Kenaikan kadar tol adalah kenaikan kos pengangkutan bagi sesebuah syarikat. Bagi meminimumkan kos, mereka (syarikat) akan menaikkan harga barang.
Rafizi
"Kos sara hidup rakyat selepas ini akan meningkat kerana terpaksa mengeluarkan wang lebih untuk perbelanjaan," kata Rafizi kepada Keadlandaily.
14 Disember lalu, Menteri di Jabatan Perdana Menteri (JPM) Datuk Seri Abdul Wahid Omar mengumumkan kadar tol akan dinaikkan pada 2014 atas alasan kerajaan telah membayar RM400 juta kepada 13 syarikat lebuh raya di sejak 2011
"Sebenarnya, kenaikan tol, minyak, tarif elektrik dan beberapa pengumuman lain melibatkan kenaikan harga sudah dirancang Najib melalui Unit Pengurusan Prestasi dan Perlaksanaan (PEMANDU) dan menteri bertanggungjawab Datuk Seri Idris Jala sejak 2009.
"Namun ditangguh kerana pilihan raya umum (PRU) ke-13.
"Tidak hairan baru beberapa bulan selepas BN menang, kenaikan terus diumum menjelang tahun 2014 yang saya sifatkan sebelum ini sebagai Tahun Barang Naik," katanya.
Short URL: http://www.keadilandaily.com/?p=57303

Lebuh raya dibina guna dana awam, pemegang konsesi untung berganda

Posted: 16 Dec 2013 12:02 AM PST

PETALING JAYA 16 DIS: Kadar tol di negara ini sepatutnya diturunkan ekoran syarikat konsesi sudah mengaut untung berkali ganda, kata ahli parlimen Pandan, Mohd Rafizi Ramli.
"Sebahagian besar syarikat konsesi juga mendapat banntuan kewangan kerajaan semasa pembinaan termasuk subsidi pengambilan tanah dan pembiayaan mudah melalui Bank Pembangunan.
tol_dan_kesesakan_berpisah_tiada
"Contohnya, Lebuhraya Maju Expressway dibina hampir sepenuhnya mengguna geran kewangan kerajaan RM976.7 juta hingga membolehkan pemegang konsesi membuat pinjaman kecil sahaja untuk menyiapkannya.

"Syarikat konsesi sudah mengaut untung berkali ganda. Sepatutnya umum penurunan kadar tol dan bukan umum kenaikan," kata Rafizi pada sidang media di ibu pejabat KEADILAN, hari ini.
Rafizi turut menempelak kenyataan Wahid konon kenaikan kadar tol sukar dielak dengan alasan ia terkandung dalam perjanjian dengan syarikat konsesi.
"Alasan ini dangkal kerana hakikatnya sebahagian besar pemegang konsesi lebuhraya utama negara seperti Projek Lebuhraya Utara Selatan (PLUS), Prolintas dan Gamuda dikuasai anak syarikat milik kerajaan persekutuan.
"PLUS dikuasai Khazanah dan Kumpulan wang Simpanan Pekerja (KWSP), Prolintas ialah anak syarikat milik penuh Permodalan Nasional Berhad (PNB) iaitu agensi amanah milik kerajaan," kata Rafizi.
Katanya kerajaan adalah pemegang terbesar dalam Gamuda melalui KWSP, Tabung haji, Unit Amanah Saham dan lain-lain yang membentuk 22.59 peratus kepentingan dalam syarikat konsesi lebuhraya itu.
Plus mengendali Lebuhraya Utara Selatan, NKVE, Elite, Linkedua, Butterworth-Kulim dan Jambatan Pulau Pinang.
Manakala Prolintas mengendali Lebuhraya Bertingkat Ampang-Kuala Lumpur, Kemuning Shah Alam dan bakal membina Lebuhraya Sungai Besi-Ulu Klang dan Damansara-Shah Alam.
Sementara Gamuda ialah pengendali Lebuhraya Damansara Puchong, Kesas dan Sprint.
Short URL: http://www.keadilandaily.com/?p=57308

Tiada ulasan: