Isnin, 16 Disember 2013

Anak Muda Kampung Nak Senang

Anak Muda Kampung Nak Senang


MISI BANTUAN PASCA BANJIR

Posted: 15 Dec 2013 10:22 PM PST




Operasi Bersih Kemaman (Kumpulan Ke-3)
Bersama Jabatan Amal N.Sembilan http://unitamaln9.blogspot.com
Pada : 20 - 22 Disember 2013 (Jumaat-Ahad)
Sumbangan kenderaan, petrol kenderaan, kewangan, keperluan sekolah dan makanan sangat dialu-alukakan.

Untuk sumbangan sila hubungi Saiful 01129419524

Program Bantuan Jom Ke Sekolah

Posted: 15 Dec 2013 05:07 PM PST




Dengan peningkatan kos sara hidup dan kenaikan harga barangan, sebuah perkumpulan yang diberi nama "Anak Muda Islam Rembau – AMIR" telah melancarkan Program Bantuan Jom Ke Sekolah untuk membantu meringankan sedikit beban para pelajar sekolah rendah dan menengah dari golongan miskin dan kurang berkemampuan yang akan masuk ke sesi persekolahan tahun 2014 nanti.

Kepada mereka yang ingin menyumbang, antara bentuk sumbangan yang boleh disalurkan ialah :
1. Pakaian sekolah terpakai yang masih elok, bersih dan digosok atau dilipat dengan kemas.
2. Pakaian sekolah yang baru.
3. Kasut sekolah terpakai yang masih elok serta bersih.
4. Beg sekolah terpakai yang masih elok serta bersih atau beg sekolah yang baru.

Untuk sumbangan atau sebarang pertanyaan sila hubungi :
- Farhan 013-6608271
- Aliff 013-9756083
- Ikhwan 013-6350756

Tiada ulasan: