Pengikut

Nuffnang

Jumaat, 13 Disember 2013

BULETIN RAKYAT

sumber :-

BULETIN RAKYAT


Hadi ~ Tongkat Ali, Kacip Fatimah berasal dari pengaruh Syiah

Posted: 13 Dec 2013 12:15 AM PST


Hadi sedar fahaman itu tidak sesuai bagi masyarakat Islam di Malaysia dan bertegas menegah ahlinya daripada terpengaruh dengan perjuangan Syiah.

PETALING JAYA: Fahaman Syiah sudah bertapak lama di rantau ini sejak dulu sehinggakan budaya masyarakat tempatan tanpa sedar turut dipengaruhi oleh ajaran itu.
"PAS sudah mengerti betapa jahilnya masyarakat rantau ini dengan ajaran Islam, sehingga pengaruh Syiah telah pun mempengaruhi masyakat serantau alam Melayu secara bebal dengan menamakan herba tempatan yang dipercayai paling berkhasiat dengan panggilan Tongkat Ali dan Kacip Fatimah," kata Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang.
Tongkat Ali, atau nama saintifiknya Eurycoma longifolia (turut dikenali pasak bumi) dan Kacip Fatimah (Labisia pumila) merupakan sejenis herba tempatan digunakan secara tradisional bagi tujuan kesihatan dalaman.
Wujud dakwaan yang mengatakan tumbuhan terbabit dinamakan oleh pengikut Syiah sempena nama keluarga Nabi Muhammad SAW; Tongkat Ali (Saidina Ali bin Abi Thalib) Kacip Fatimah (Fatimah Az Zahra).
Hadi berkata, pihaknya bagaimanapun sedar fahaman itu tidak sesuai bagi masyarakat Islam di Malaysia dan bertegas menegah ahlinya daripada terpengaruh dengan perjuangan Syiah termasuk perkembangan Revolusi Iran.

"PAS tetap mendukung demokrasi dan bersedia menghadapi penipuannya dan ahlinya yang didapati terkeluar daripada landasannya.
"Sama ada terkeluar dengan sendirinya daripada PAS atau diambil tindakan setelah terbukti dengan adil tanpa menjejaskan dasar dan konsep perjuangan Islam mazhab Ahli Sunnah Wal Jama'ah (ASWJ) yang didukung oleh PAS secara istiqamah dan muhasabah," katanya.
Tegasnya,PAS mempertahankan parti itu tetap teguh berpegang kepada ajaran ASWJ selaras dengan perlembagaan parti yang mewajibkan setiap ahlinya menganut fahaman tersebut.
Menurutnya, Fasal 7(1) Perlembagaan PAS menetapkan bahawa hukum tertinggi kepada PAS ialah Al Quran, Hadis, Ijma' Ulama dan Qiyas; iaitu sumber hukum para ASWJ.
"Ini dengan sendirinya memberi makna bahawa setiap ahli PAS wajib menganut mazhab ASWJ dan tidak diizinkan mazhab yang lain.
"Perkara ini tidak ada dalam perlembagaan parti lain, termasuk UMNO sendiri," katanya dalam kenyataan hari ini.
Katanya, disebabkan prinsip itu PAS sendiri akan mengambil tindakan mengambil tindakan disiplin terhadap mana-mana ahlinya yang mengamalkan fahaman lain termasuk Syiah.
"Oleh kerana berprinsipkan ASWJ nilah maka Jawatankuasa Disiplin PAS boleh bertindak terhadap aliran mazhab yang lain dalam PAS, bukan sahaja dalam kes disiplin salah laku terhadap pentadbiran PAS," katanya.
Namun beliau menegaskan pendirian itu tidak bermakna PAS dilarang mengadakan sebarang hubungan dengan pengikut mazhab lain dan semua pihak termasuk dikalangan bukan Islam.
"Begitulah PAS menyokong kerajaan Malaysia mengadakan hubungan diplomatik dengan Iran, Oman, termasuklah negara Barat dan Komunis," katanya.
Beliau berkata umat Islam wajib kembali semula kepada budaya ilmu yang tinggi dengan menggunakan teknologi maklumat terkini bagi menolak mazhab yang lemah secara hujah, dalam masa yang sama menyedari adanya agenda penjajah baru yang mengulang tayang senario lama dengan solekan baru yang disesuaikan dengan situasi terkini.
Mengambil iktibar daripada krisis negara Islam di Timur Tengah, Hadi berkata PAS meletakkan langkah politik seperti yang ditetapkan dalam hukum agama dan tidak menjadikannya sebagai alat permainan untuk mendapat kuasa tanpa mengira dosa dan pahala.
"PAS pernah dituduh Syiah apabila menyokong Iran dalam perang teluk yang pertama, ketika Saddam Husain menyerang Iran dengan senjata barat, dan PAS pula menentang campur tangan Amerika menyerang Iraq, sikap yang berbeza dengan Iran.
"Bukan kerana menganut ideologi Parti Ba'ath, tetapi dapat membaca permainan politik serantau," katanya.

0 ulasan:

Pimpinan

Angkatan Muda

Cabang