Pengikut

Nuffnang

Selasa, 26 November 2013

Suara Sri Andalas

sumber :-

Suara Sri Andalas


PM Must Explain If We Are Next Greece

Posted: 26 Nov 2013 01:30 AM PST

KUALA LUMPUR: Pandan MP Rafizi Ramli has urged Prime Minister Najib Tun Razak to clarify on the country's financial position, and further described that the government can no longer hide the reality that it was now facing fiscal downfall.

The PKR strategy director then questioned the reversal made by the Deputy Finance Minister Ahmad Maslan during yesterday's parliament session when he said that Malaysia was still stable economically despite Najib mentioning that Malaysia was facing bankruptcy just a day earlier.

"Which is which? Are we going bankrupt or not?"

"Yesterday Ahmad Maslan said in the parliament that our economy is stable but his statements are contradicting with Najib's," said Rafizi.

Speaking at the parliament's lobby this afternoon, he then said that Najib's plan to avoid bankruptcy by implementing GST does not make any sense, citing Greece as an example. He said Greece which went bust despite implementing the Goods and Service Tax (GST).

"GST is not the cure for our economical instability. Our country is going bankrupt not because we don't implement GST.

"Greece had GST and went bankrupt but the real issue is we fail to detect the real problem behind our financial problem," he said.

"Corruption is rampant and we are over-spending our money on unnecessary stuff. GST is not a miracle cure and we fail to reinvent a better system to help our finances," he said.

Rafizi added that Najib should be more consistent in his views and should be vocal to inform the public about Malaysia's financial position.

"We need a firm answer from Najib. If we are stable then why we need GST?," he asked.

"Thus the government can no longer keep quiet on this matter. Najib has to speak out and let the people be informed."

The GST will come into effect starting April 1, 2015 at a rate of 6%.This was announced by Najib when tabling the 2014 budget in October.

Source: FreeMalaysiaToday

Pakatan All for Free Education

Posted: 26 Nov 2013 01:15 AM PST

PETALING JAYA: DAP MP Tony Pua today brushed off Deputy Education Minister Mary Yap's claims that students will only value education if they paid for it themselves.

Yap told parliament earlier today that "receiving free tertiary education would foster an attitude of lack of appreciation for education."

She argued that "when students pay for their own education… or when parents pay for their children, they tend to be more involved in the well-being and education of their children."

Yap also defended the PTPTN, saying that is was impossible to abolish as it would incur higher taxes and Pakatan Rakyat's promise of free education for all will cost the nation RM45 billion annually.

Tony Pua said Yap's statement does not make sense at all, while stressing that free education could be implemented in the country as many other nations have done so.

"The Deputy Education Minister always has the habit of putting her foot in her mouth and often gets her facts wrong.

"I'm not sure if she got the figures right but I believe it is alright to invest money in education. Pakatan Rakyat always believe in giving free education," said the Petaling Jaya Utara MP.
He said it is high time for the government to channel the money in the right direction.

"Malaysia is turning into an industrial nation but sadly some talented students do not pursue their education due to financial constraints," said Pua. "I believe education should be for all.

He lamented that billions are lost due to leakages which could have been used for education purposes.
"It is proven in the Auditor General's Report that billions have been channeled wrongly," he said.

Sumber: FreeMalaysiaToday

Gagal Turunkan NRW, SYABAS ‘Berdosa’ Kepada Rakyat Selangor

Posted: 26 Nov 2013 01:00 AM PST

SHAH ALAM, 26 NOV : Kegagalan Syarikat Bekalan Air Selangor (SYABAS) menurunkan air tidak berhasil (NRW) kepada 20 peratus seperti termaktub dalam perjanjian konsesi dianggap sebagai 'dosa' kepada rakyat Selangor.

Menteri Besar, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim, berkata kegagalan SYABAS bukan berpunca daripada kekurangan peruntukan, tetapi disebabkan kelemahan syarikat konsesi itu merancang dan melaksanakan program penurunan NRW secara berkesan.
 
Beliau berkata, hanya 3,900 juta liter sehari (JLH) air yang sampai kepada pengguna berbanding keupayaan sebenar 4,832 JLH oleh 32 loji rawatan air.

"Kegagalan ini menyebabkan kita kekurangan air terawat dan kerajaan negeri berpedapat SYABAS dan syarikat induknya, Puncak Niaga tidak berupaya daripada segi pengurusan serta kekuatan modal untuk menyelesaikan perkara itu.

"Terdapat kebocoran NRW lebih 30 peratus sedangkan dalam perjanjian yang dimeterai antara kerajan negeri dan SYABAS pada 2011, syarikat konsesi itu berjanji untuk menurunkannya kepada 19.98 atau 20 peratus.

"Tetapi apa yang berlaku sekarang, NRW bukan lagi pada kadar 30 peratus tetapi meningkat kepada 33 peratus," katanya pada sidang Dewan Negeri Selangor (DNS), di sini, hari ini.

Abdul Khalid berkata, pengurusan air penting kerana membabitkan hak semua rakyat tanpa mengira pangkat atau fahaman politik terutama air adalah perkara utama dalam kehidupan seharian, bahkan SYABAS berjanji menurunkan NRW melalui peruntukan RM784 juta yang diberikan kerajaan negeri dan turut menerima dana tambahan lebih RM1 bilion untuk melaksanakan perkara berkenaan.

Beliau berkata, SYABAS juga mempunyai 'kabel besar' untuk mendapatkan pinjaman sejumlah RM500 juta tanpa faedah selama lima tahun daripada kerajaan pusat.

"Saya ingin nyatakan bahawa Selangor menghadapi masalah apabila penswastaan air tidak dapat diuruskan dengan cara yang dijanjikan dalam perjanjian penswastaan air oleh SYABAS. Kini, tugas negeri adalah menyelesaikan masalah penyusunan air dan saya akan bawa rakyat Selangor untuk menentang siapa yang tidak benarkan kita menguasai aset mereka," katanya.

Sementara itu, ketika mengulas berkenaan pembekuan perbelanjaan modal (CAPEX) SYABAS yang sepatutnya digunakan bagi mengganti 8,000 kilometer paip air, Abdul Khalid berkata, tindakan itu diputuskan selepas syarikat konsesi itu didapati tidak berupaya untuk melaksanakannya.

Katanya, pihak Unit Perancangan Ekonomi Negeri (UPEN) bersedia memanggil semua ahli dewan daripada Pakatan Rakyat (PR) dan Barisan Nasional (BN) untuk menerangkan perkara itu.

"Perkara ini sudah dibincangkan sejak 2006 lagi dan diperakui kerajaan pusat bahawa SYABAS tiada keupayaan. UPEN bersedia memanggil ahli dewan bagi menerangkan perkara ini," katanya.


Sumber: SelangorKini

Prestasi Bola Sepak Merudum, Adun Mahu FAS Dirombak

Posted: 25 Nov 2013 01:30 AM PST

SHAH ALAM: Beberapa Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Selangor hari ini menyatakan kebimbangan prestasi sukan bola sepak Selangor semakin menurun setiap tahun.

Adun Sri Muda,  Shuhaimi Shafei berkata, kepimpinan Persatuan Bola Sepak Selangor (FAS) perlu ditukar supaya pemimpin baru boleh membawa satu dimensi baru masuk ke dalam persatuan itu.

"Jawatankuasa pengurusan perlu dirombak semula supaya orang yang jaga dan menguruskan badan sukan ini terdiri daripada golongan profesional dan berpengetahuan, ini perlu diberi perhatian," katanya ketika sesi perbahasan Rang Undang-undang Enakmen Perbekalan negeri selangor (2014) di Dewan Undangan Negeri Selangor di sini hari ini.

Sementara itu, Adun Kampung Tunku Lau Weng San berkata, sejak tiga tahun kebelakangan ini pihaknya melihat prestasi kelab bola sepak Perbadanan Kemajuan Negeri Selangor (PKNS FC) lebih hebat daripada Selangor.

Katanya, tambahan bajet RM100,00 bagi pembangunan sukan di Selangor tidak mencukupi kerana acara sukan lain juga perlu diberi perhatian dan bukan hanya bola sepak sahaja.

"Kita terkilan. Perlawanan akhir Piala Malaysia 2013 antara Pahang dan Kelantan di Stadium Shah Alam memang sesuatu yang dibanggakan tetapi alangkah baiknya dalam perlawanan adalah Selangor dan bukannya Kelantan," katanya.

Selangor digelar `Gergasi Merah'

FAS terletak di bawah seliaan Menteri Besar Incorporated (MBI), di mana Presidennya adalah Menteri Besar Selangor Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim dan Timbalan Presiden Datuk Mokhtar Ahmad.

Digelar 'Gergasi Merah', kali terakhir Selangor merangkul juara piala FA Malaysia adalah pada tahun 2009 dan Piala Malaysia pada tahun 2005.

Sementara itu, menganggap Selangor terkebelakang dari segi bayaran dan tajaan khususnya daripada MBI, Adun Seri Andalas  Xavier Jayakumar berkata, kerajaan negeri perlu meningkatkan perbelanjaan kepada FAS sekaligus mampu meningkatkan taraf pemain.

"Kerajaan negeri saya ingat kena bagi sedikit perhatian dan kajian yang teliti serta memberikan sedikit dana tambahan kepada FAS," katanya.

Cadangan itu kemudian disokong Exco Sukan,Belia Dan Adat Resam Melayu Dr Ahmad Yunus Hairi yang mahu peruntukan untuk bola sepak dipertingkatkan kerana melihat Selangor mempunyai ramai bakat pelapis muda yang boleh meningkatkan taraf sukan negeri itu.

"Kita juga punya rancangan untuk menubuhkan akademi bola sepak Selangor dan pelbagai program bagi mencungkil bakat baru," katanya.

Sumber: FreeMalaysiaToday

Tahap Selenggara Sampah Seliaan PBT Makin Baik

Posted: 25 Nov 2013 01:00 AM PST

SHAH ALAM 25 NOV : Tahap penyelengaraan sampah bagi semua 12 Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) di Selangor dilaporkan semakin baik kerana terdapat pemantauan dan penguatkuasaan berterusan.

Exco Kerajaan Tempatan, Kajian dan Penyelidikan Selangor, Datuk Teng Chang Khim, berkata kerajaan negeri sentiasa memastikan kerja kutipan sampah dan pembersihan awam di kawasan PBT dilakukan pekerja kontraktor yang dilantik serta dibahagikan mengikut kawasan tertentu.

Beliau berkata, ia disebabkan pelbagai faktor antaranya terdapat pihak tidak bertanggungjawab membuang sampah di tempat yang bukan sepatutnya sehingga terjadi tapak pembuangan sampah haram.

"PBT akan memilih kontraktor yang memenuhi syarat dan kelayakan untuk menjalankan perkhidmatan kerja kutipan sampah dan pembersihan awam supaya masalah tidak timbul pada masa akan datang.

"Selain itu, PBT juga mempunyai pasukan sokongan jika terdapat aduan atau kecemasan," katanya.

Beliau berkata demikian ketika menjawab pertanyaan Sulaiman Razak (BN-Permatang) berhubung tahap penyelenggaraan sampah di kawasan PBT pada sidang Dewan Negeri Selangor (DNS), di sini, hari ini.

Sementara itu, Teng berkata, jumlah kos penyelenggaraan serta pengurusan sampah di semua PBT kini mencecah RM343.77 juta membabitkan bayaran gaji dan penggunaan peralatan dengan Majlis Perbandaran Subang Jaya mencatat kos paling tinggi iaitu RM69 juta.

"Kos pengurusan sampah dan penyelenggaraan untuk Majlis Bandaraya Petaling Jaya ialah RM60.2 juta, Majlis Bandaraya Shah Alam (RM50.5 juta); Majlis Perbandaran Selayang (RM40 juta); Majlis Perbandaran Ampang Jaya (RM38 juta); Majlis Perbandaran Kajang (RM20 juta) dan Majlis Perbandaran Klang (RM20.1 juta).

"Manakala Majlis Daerah Hulu Selangor pula RM19.6 juta; Majlis Daerah Kuala Langat (RM17.6 juta); Majlis Perbandaran Sepang (RM7.9 juta); Majlis Daerah Kuala Selangor (RM3.7 juta) dan Majlis Daerah Sabak Bernam (RM161,000)," katanya.


Sumber: SelangorKini

0 ulasan:

Pimpinan

Angkatan Muda

Cabang