Isnin, 25 November 2013

PARTI KEADILAN RAKYAT NEGERI SEMBILAN

PARTI KEADILAN RAKYAT NEGERI SEMBILAN


Wan Azizah: Tindakan keras jika rasuah dalam pemilihan

Posted: 24 Nov 2013 10:20 PM PST

dipetik daripada Malaysiakini

Presiden PKR Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail berikrar untuk mengenakan tindakan keras ke atas perbuatan yang melanggar etika parti termasuk perbuatan rasuah dalam pemilihan parti yang akan berlangsung tahun depan.

Wan Azizah ketika berucap merasmikan kongres khas PKR di Shah Alam hari ini berkata, individu yang didapati melanggar ketetapan itu akan hilang kelayakan sebagai calon.

"Etika pemilihan dan calon akan dipantau dengan lebih keras dan teliti. Seseorang yang terlanjur, melanggar prinsip luhur perjuangan atau terlibat dalam kegiatan rasuah dan ugutan akan tersingkir dari menjadi calon," katanya.

Beliau mengakui bahawa pemilihan langsung pada kali pertama pada 2010, yang memberi hak kepada semua anggota untuk mengundi, dihantui banyak "kelemahan".

"Dalam pemilihan yang akan datang, penyususan semula jawatankuasa pemilihan adalah daripada dikalangan mereka yang berpengalaman dalam strategi pemilihan, logistik, data, keselamatan dan petugas serta yang paling penting adalah berintegriti dan amanah dengan tanggungjawab yang diberikan," katanya.

Kongres khas pada hari ini diadakan untuk menyelesaikan isu berhubung beberapa pindaan dalam perlembagaan parti dan juga beberapa perubahan lain.

KEADILAN beri kuasa mutlak kepada anggota parti- Wan Azizah

Posted: 24 Nov 2013 09:12 PM PST

SHAH ALAM 24 NOV: Presiden KEADILAN, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail berkata, pindaan perlembagan baru parti itu memberi kuasa mutlak kepada setiap anggotanya untuk memilih pimpinan  pada pemilihan parti itu akan datang.
Dr Wawi
Berucap merasmikan kongres khas KEADILAN di Shah Alam hari ini, beliau berkata, KEADILAN adalah parti pertama di Malaysia melaksanakan pemilihan secara terus oleh ahli, iaitu satu ahli satu undi.

"Kendati begitu, kita juga menerima serangan manakala terdapat kelemahan dalam proses awal pemilihan.
"Perlembagaan baru memberikan kuasa mutlak kepada setiap anggota memilih dengan bebas. Maka adalah diandaikan bahawa anggota cukup terlatih dengan idealisme perjuangan.  Ini adalah untuk memastikan calon yang diamanahkan jujur kepada kewajiban dan tidak dipengaruhi sogokan atau ugutan," ujarnya.
Katanya, tindakan keras akan diambil kepada mereka yang melanggar etika parti termasuk perbuatan rasuah dalam pemilihan parti yang akan berlangsung tahun depan.
"Etika pemilihan dan calon akan dipantau dengan lebih keras dan teliti. Seseorang yang terlanjur, melanggar prinsip luhur perjuangan atau terlibat dalam kegiatan rasuah dan ugutan akan tersingkir dari menjadi calon," katanya.
Katanya, pindaan itu antara lain turut dilakukan  bagi memperkasa fungsi wanita sehingga 30% dalam peringkat pembuat keputusan yang melibatkan kepentingan semua.
"Fasal 5.14 mengiktiraf martabat wanita sebagai tonggak dan penggerak masyarakat, memastikan wanita bebas daripada diskriminasi dan eksploitasi serta mencapai kepimpinan membuat keputusan sekurang-kurangnya 30% demi memastikan hak dan kepentingan mereka terpelihara," katanya.
Short URL: http://www.keadilandaily.com/?p=56789

Pindaan perlembagaan KEADILAN dipersetujui sebulat suara

Posted: 24 Nov 2013 09:08 PM PST

SHAH ALAM 24 NOV: Cadangan pindaan terhadap beberapa perlembagaan parti disetujui sebulat suara oleh perwakilan yang hadir ke Kongres Nasional Khas KEADILAN di sini, hari ini
Setiausaha Agung KEADILAN,  Datuk Saifuddin Nasution Ismail ketika ucapan penggulungannya melahirkan rasa gembira  terhadap penerimaan perwakilan kepada pindaan tersebut yang dilihat bakal melonjakkan lagi kemampuan parti itu.
kongres
Antara pindaan yang dibuat adalah berkaitan dengan kelayakan keangotaan di mana warganegara yang berusia 18 tahun ke atas layak memohon menjadi anggota biasa.

Perlembagan terdahulu menetapkan bahawa  syarat permohonan menjadi ahli parti adalah seseorang itu tidak menjadi anggota mana-mana  parti lain.
Pindaan terhadap perlembagaan itu juga turut menekankan semangat kerjasama dan perkongsian kuasa secara adil di antara Sabah, Sarawak dan Semenanjung Malaysia dengan memperkasakan kedudukan politik dan ekonomi yang saksama mengikut kerangka Perjanjian Malaysia tahun 1963.
Martabat dan peranan wanita sebagai tonggak dan penggerak masyarakat turut diiktiraf dengan menghayati falsafah hormat wanita dengan memastikan wanita bebas daripada diskriminasi dan eksploitasi.
Demi memastikan hak serta kepentingan wanita terpelihara golongan itu disasarkan memberikan sekurang-kurangnya 30 peratus penglibatan dari mereka dalam kepimpinan dan kuasa membuat keputusan.
Short URL: http://www.keadilandaily.com/?p=56796

Tiada ulasan: