Pengikut

Nuffnang

Isnin, 18 November 2013

Suara Sri Andalas

sumber :-

Suara Sri Andalas


Belanjawan 2014: Selangor Belanja RM2.28 bilion Rizab Simpanan

Posted: 18 Nov 2013 10:52 PM PST

SHAH ALAM 19 NOV: Kerajaan Selangor akan membelanjakan RM2.28 bilion rizab simpanan bagi perbelanjaan pembangunan dan pengurusan pada 2014, kata Menteri Besar, Tan Sri Khalid Ibrahim.

Daripada jumlah itu, katanya, sejumlah RM1.225 bilion diperuntuk kepada perbelanjaan mengurus yang meliputi 53.7 peratus manakala bakinya RM1.055 bilion untuk perbelanjaan pembangunan.

Membentang Belanjawan Berimbang Negeri Selangor 2014 , beliau berkata, sebanyak RM430 juta dibelanja bagi membiayai pembangunan enam inisitif melibatkan kepentingan rakyat. "Antaranya ialah RM150 juta bagi pembinaan Jambatan Ketiga Klang, pembinaan rumah mampu milik (RM100 juta) dan pembinaan beberapa bangunan sekolah (RM50 juta).

"Selain itu, sejumlah RM50 juta dari rizab simpnanan digunakan untuk pembangunan usahawan dan pemerkasaan belia, pembangunan desa (RM50 juta dan pemberdayaan wanita (RM30 juta)," katanya.

Beliau berkata demikian pada sidang Dewan Negeri Selangor 2013 bertema Belanjawan Berhemat dan Berimpak Tinggi, Maslahat Rakyat di Bangunan Annex di sini, hari ini.

Setakat 31 Oktober 2013, Abdul Khalid berkata, Kumpulan Wang Disatukan Selangor dalam bentuk tunai dan pelaburan ialah RM2,712.85 juta, sekaligus menandakan rizab negeri berada pada paras tertinggi sejak 1998.

"Mungkin kerana kurang arif mengenai selok-belok pengurusan kewangan dan fiskal, wujud suara-suara yang mengecam atau paling tidak, merungut tentang kecenderungan kerajaan mengumpul rizab.

"Saya tegaskan pembinaan rizab beserta perbelanjaan berhemah mengikut konsep keutamaan yang betul merupakan paksi disiplin fiskal dan sebahagian rangka pengurusan kewangan dan fiskal jangka panjang," katanya.

Sumber: SelangorKini

Kejohanan Badminton Terbuka Remaja dan Terbuka Negeri Selangor 2013

Posted: 18 Nov 2013 07:39 PM PST

Pada 16 dan 17 Novemer yang lepas, Kejohanan Badminton Terbuka Remaja dan Terbuka Negeri Selangor 2013 Piala YB Dr Xavier Jayakumar Kali Ke-4 telah diadakan di Dewan Sukan Seri Andalas, Taman Seri Andalas, Klang.

Kejohanan tersebut adalah atas anjuran bersama Seri Andalas Badminton Training Centre, Ahli Majlis dan PeBT Zon N49(A) Majlis Perbandaran Klang.

Hadir merasmikan majlis perasmian dan penutup adalah YB Dr Xavier Jayakumar, ADUN Seri Andalas. Turut mengiringi beliau adalah Encik PS Rajoo, Ahli Majlis MPK.

YB Dr Xavier berkata adalah penting untuk golongan belia terus aktif dalam aktiviti sukan bagi memupuk cara hidup yang sihat dan dapat menghindari gejala-gejala negatif. 










Lawatan Sambil Belajar Tadika Rakyat Ke Kuala Selangor

Posted: 18 Nov 2013 07:14 PM PST

Pada 16 November 2013 yang lepas, seramai 44 orang murid dari Tadika Rakyat di Taman Sentosa, Klang telah dibawa untuk satu lawatan sambil belajar ke Kuala Selangor. Kos perjalanan telah diperuntukkan oleh Ahli Majlis MPK iaitu Encik PS Rajoo manakala makanan dan minuman telah diperuntukkan oleh ADUN Seri Andalas, YB Dr Xavier Jayakumar.




Setelah Gagal Tunai Janji Turun Harga, Hadkan Pula Jangka Hayat Hereta, Dakwa Rafizi

Posted: 18 Nov 2013 01:45 AM PST

Setelah memungkiri janji untuk menurunkan harga kereta, kerajaan Barisan Nasional (BN) menaikkan pula harga minyak dan kini  akan menghadkan jangka hayat kereta kepada 12 tahun sahaja.

"Ini akan menindas keluarga berpendapatan sederhana dan rendah serta menutup banyak perniagaan kereta terpakai," dakwa Rafizi Ramli, ahli Parlimen Pandan.

Beliau terkejut dengan kenyataan yang dibuat oleh Timbalan Menteri Pengangkutan, Datuk Abdul Aziz Kaprawi bahawa kerajaan akan menimbangkan untuk melaksanakan had jangka hayat kenderaan berikutan saranan oleh Ketua Pengarah Institut Keselamatan Jalan Raya Malaysia (MIROS) bahawa kereta berusia 12 tahun ke atas adalah tidak selamat.

Lebih membimbangkan, kata Rafizi, apabila Abdul Aziz turut dilaporkan sebagai berkata bahawa keputusan menetapkan had jangka hayat kenderaan "perlu dibuat segera demi keselamatan rakyat".

Bagi beliau, pelaksanaan had jangka hayat kenderaan kepada 12 tahun akan memangsakan beratus ribu rakyat Malaysia.

Ini kerana, kebanyakan pembeli kereta daripada keluarga berpendapatan sederhana dan rendah membuat pinjaman selama sembilan tahun untuk melangsaikan hutang.

"Dengan pelaksanaan had jangka hayat kenderaan ini, selepas tiga tahun keluarga-keluarga di Malaysia terpaksa membuat hutang baru untuk membeli kereta.

"Keadaannya lebih parah bagi pembeli daripada keluarga berpendapatan rendah. Kebanyakan mereka hanya mampu membeli kereta terpakai yang sudah pun berusia," kata Rafizi, Pengarah Strategi PKR dalam kenyataannya.

Bagi mereka yang meminjam untuk membeli kereta katanya, pelaksanaan had jangka hayat kenderaan bermakna kereta mereka dikira haram di sisi undang-undang dan tidak boleh digunakan sedangkan hutang masih belum dilangsaikan.

Bagi beliau, cadangan pelaksanaan had jangka hayat kenderaan adalah rentetan daripada tindakan-tindakan yang menekan rakyat sejak BN menang (dengan tipu helah) dalam PRU13.

Menurut Rafizi, pakar strategi daripada PKR itu, masalah utama bersabit pemilikan kereta di Malaysia pernah dilaporkan sebagai kedua termahal di dunia ialah struktur cukai dan pasaran domestik yang menyebabkan harga naik melambung.

"Wujudnya cukai eksais yang melebihi 100% ke atas kereta-kereta yang digunakan oleh keluarga berpendapatan sederhana dan rendah menyebabkan harga kereta terlalu mahal dan menenggelamkan keluarga dengan hutang kereta yang terlalu tinggi.

"Cukai eksais yang terlalu tinggi ini juga memberi ruang kepada syarikat-syarikat pengeluar dan pengedar kereta untuk bersembunyi di sebalik struktur cukai ini untuk mengambil keuntungan yang lebih tinggi berbanding di negara lain.

"Oleh kerana pelaksanaan cukai eksais dan pemberian rebat cukai eksais adalah tidak telus, maka struktur margin keuntungan di atas setiap kereta yang dibeli juga tidak telus,"katanya.

Akibatnya, dakwa beliau,  harga kereta di Malaysia terus kekal menjadi antara yang tertinggi di dunia.

Oleh itu kata beliau lagi, Datuk Seri Anwar Ibrahim semasa menggariskan dasar-dasar automotif PKR telah menegaskan bahawa langkah pertama merombak struktur harga kereta yang mahal di Malaysia perlulah bermula dengan menghapuskan cukai eksais yang melampaui batas itu.

\Apabila cukai eksais sudah tiada, barulah rakyat tahu bahawa jika harga tetap kekal tinggi bila dibandingkan dengan model yang sama di negara-negara lain, perbezaan harga itu berpunca daripada tindakan mengambil untung yang berlebihan oleh pengeluar dan pengedar kereta.

Hanya dalam keadaan pasaran kereta seperti ini barulah wujud persaingan sihat di antara pengeluar dan pengedar kereta yang boleh menurunkan harga kereta supaya setanding dengan negara lain bagi model yang sama, katanya.

"Maka, sebarang usaha untuk memperkenalkan had jangka hayat kereta sebelum cukai eksais dihapuskan akan ditentang habis-habisan.

"Dasar had jangka hayat kereta hanya boleh dilaksanakan setelah harga kereta di Malaysia turun setanding dengan model yang sama di negara lain," tegas beliau.

Sumber: The Malaysian Insider

Dakwaan Intipan - Najib Tak Cukup Berani Kritik Amerika, Kata Anwar

Posted: 18 Nov 2013 01:40 AM PST

Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim mendakwa Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak tidak cukup berani untuk mengkritik Amerika Syarikat ekoran dakwaan kegiatan intipannya di negara ini.

"Sehingga kini tidak ada kenyataan daripada perdana menteri. Dia tidak berani mengkritik tindakan kasar dan tidak boleh diterima Amerika itu," kata Anwar dalam sidang Dewan Rakyat hari ini ketika membahas Bajet 2014 dalam peringkat jawatankuasa.

Baru-baru ini, Edward Snowden mendedahkan kegiatan pengintipan global yang dibuat oleh Amerika dan Australia di seluruh dunia termasuk Malaysia.

Snowden mendakwa, Amerika menjalankan kegiatan pengintipan itu melalui stasen pengintipannya yang terletak di dalam bangunan kedutaan Amerika di Kuala Lumpur dengan mengintip perbualan telefon dan rangkaian komunikasi.

Bulan lalu, sumber perisikan Australia mengesahkan alat perisikan rahsia XKeyscore yang didedahkan Snowden telah digunakan untuk mengintip Malaysia di samping negara Asia Pasifik yang lain.

Berdasarkan laporan terakhir yang didedahkan Snowden yang kini mendapat perlindungan sementara di Moscow, Russia, terdapat 90 alat intipan yang dipasang di seluruh dunia termasuk di kedutaan Amerika di Jakarta, Bangkok, Phnom Penh dan Yangon.

Ekoran pendedahan itu, Menteri Luar Datuk Seri Musa Aman memberitahu rakan sejawatnya dari Australia, Julie Bishop,

"Intipan tidak sepatutnya dilakukan di kalangan rakan-rakan rapat yang boleh merosakkan hubungan."

Anwar juga melahirkan rasa hairannya kenapa  tidak ada seorang pun pemimpin Umno khasnya di kalangan anggota Parlimen membangkitan isu dakwaan bekas perdana menteri Tun Dr Mahathir bahawa terdapat ejen CIA di pejabat Peguam Negara.

"Saya tidak faham kenapa tidak ada seorang pun, khasnya MP Umno yang membangkitkan isu ini. Oleh kerana Dr Mahathir telah bercakap mengenainya, sepatutnya ada penjelasan. Jika bukan ejen CIA, jadi apa kerjanya di pejabat Peguam Negara?" kata Anwar.

Sebelum ini, Anwar berkata, Gani patut digantung tugasnya segera berikutan dakwaan ejen CIA itu dan juga apa yang terkandung dalam akuan berkanun bekas Ketua Siasatan Jenayah Kuala Lumpur, Datuk Mat Zain Ibrahim.

Bulan lalu, Dr Mahathir mengakui beliau pernah mendengar adanya dakwaan tentang dua ejen CIA yang bekerja di pejabat Peguam Negara.

"Saya dengar. Saya tiada bukti, dua ejen CIA ada pejabat di Pejabat AG. Mungkin ada mungkin tidak. Saya tak tahu. AG pun belum sahkan lagi," kata Dr Mahathir dalam satu sidang medianya.

Sumber: The Malaysian Insider

Jenayah dan Rasuah Berleluasa Kerana Kerakusan BN Kejar Kuasa, Kata Kit Siang

Posted: 18 Nov 2013 01:30 AM PST

Lim Kit Siang menyalahkan pemerintah Barisan Nasional (BN) yang rakus mengejar kuasa sehingga terlupa tanggungjawab terhadap rakyat Malaysia.

Ahli Parlimen Gelang Patah dan juga penasihat DAP tersebut mengecam pengabaian tanggungjawab yang diberikan rakyat sehingga menyebabkan nyawa mereka tidak berdosa menjadi mangsa.

"Pertama sekali, saya ingin merakamkan ucapan takziah kepada keluarga Allahyarham Mohd Raffli Abdul Malik yang mati ditembak di Kuantan, Pahang; keluarga Allahyarham Norazita Abu Talib, yang menjadi mangsa rompakan Ambank tempoh hari; serta Allahyarham Hussain Ahmad Najadi, yang turut menjadi mangsa tembakan tidak berapa lama dahulu.

"Kesemua mangsa jenayah ini adalah korban-korban tidak berdosa akibat kelalaian dan kerakusan pihak berkenaaan mengejar kuasa dan jawatan, sehingga mengabaikan persoalan integriti, tanggungjawab kepada negara dan impian besar rakyat Malaysia," kata Lim semasa dalam ucapan perbahasan Bajet 2014 peringkat Jawatankuasa hari ini.

Lim membidas Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi dan Ketua Polis Negara (KPN) Tan Sri Khalid Abu Bakar yang gagal menjalankan tanggungjawab sehingga menyebabkan rakyat Malaysia hilang kepercayaan.

"Walaupun Ketua Polis Negara dan Menteri Dalam Negeri menyifatkan ini sebagai kejadian terpencil, nyawa yang hilang pasti tidak dapat diganti.

"Keyakinan rakyat terhadap kesungguhan pihak berkuasa dalam melaksanakan tugas menjaga keselamatan negara dan rakyat jelata sekali lagi berkecai," katanya lagi.

Menurut Lim, sikap tidak bertanggungjawab tersebut juga menyebabkan rakyat Malaysia ketika ini hidup dalam ketakutan.

"Namun hakikatnya hari ini kita dapat lihat bahawa rakyat ramai hidup dalam ketakutan.

"Ketakutan ini tidak boleh dinafi dan disembunyikan sepertimana grafiti dan seni mural yang menampilkan kritik sosial yang benar, boleh disorok dengan selapis cat putih seperti yang dibuat pihak berkuasa tempatan di Johor," kata Lim yang merujuk kepada grafiti hasil karya  Ernest Zacharevic yang menjadi kontroversi minggu ini.

Lim juga mendakwa tuduhan Pakatan Rakyat (PR) selama ini tentang kewujudan kad pengenalan palsu yang digunakan dalam pilihan raya lalu adalah benar. Ia dibuktikan lagi dengan kes tembakan membabitkan warga Indonesia yang memegang kad pengenalan biru kononnya identiti palsu.

"Bagaimana orang ini boleh mendapat MyKad, dan kalaupun MyKad itu palsu, bagaimana orang ini boleh membuka akaun bank, menerima gaji setiap bulan, malah boleh diberikan lesen senjata api oleh pihak Kementerian Dalam Negeri?

"Adakah orang ini turut mengundi dalam PRU 13 yang lalu? Adakah kerana tuan punya syarikat keselamatan itu merupakan kroni parti pemerintah maka kementerian boleh pejam sebelah mata?" kecamnya lagi.

Lim mendakwa kes-kes pemalsuan IC sama ada palsu ataupun diberikan secara sah oleh pemerintah seperti yang berlaku di Sabah dan Sarawak seperti didedahkan dalam Suruhanjaya Inkuiri lalu menunjukkan kedaulatan negara telah dicabul oleh Umno dan juga BN selama ini.

"Sistem yang ada inilah yang membuatkan negeri berdaulat seperti Sabah dan Sarawak semakin hilang kedaulatannya, apabila warga asing senang-senang mendapat MyKad dan mengambil alih ekonomi rakyat serta secara langsung menggugat kestabilan dan keselamatan negara.

"Sistem ini lah yang mencabuli hak rakyat Sabah, yang hidup dalam negeri yang sangat kaya, tetapi warganya sangat miskin; malah dilayan dengan amat berbeza sekali oleh kerajaan persekutuan," katanya lagi.

Beliau turut menggesa satu Suruhanjaya Siasatan Diraja dibentuk sempena ulang tahun ke-50 pertubuhan Malaysia, untuk mengkaji dan menyiasat sama ada janji-janji yang tertera dalam Perjanjian 20 Perkara dengan Sabah dan Perjanjian 18 Perkara dengan Sarawak telah ditunaikan ataupun telah dikhianati oleh kerajaan BN.

Dalam isu integriti, Lim mempersoalkan kredibiliti pemerintah BN yang disifatkannya tidak serius dalam menangani isu rasuah, beberapa isu seperti Zon Bebas Pelabuhan Klang (PKFZ) dan kes balak di Sarawak.

"Lihat sahaja bagaimana Jabatan Peguam Negara langsung tidak merayu keputusan mahkamah yang membebaskan Tun Dr Ling Liong Sik daripada tuduhan rasuah skandal PKFZ.

"Sehingga kini pihak SPRM tidak berani menyentuh Ketua Menteri Sarawak, Tan Sri Abdul Taib Mahmud walaupun banyak aduan telah dibuat dan bukti telah didedahkan," katanya lagi.

Lim semasa menutup ucapannya berkata, "Masanya sudah tiba untuk kita berusaha bersama demi merealisasikan impian Malaysia, dan menyelamatkan rakyat daripada 'mimpi ngeri Malaysia' yang panjang ini."

Sumber: The Malaysian Insider

Perkauman Alat Selindung Aktiviti Rasuah Pemimpin, Kata Bekas Naib Canselor UM

Posted: 18 Nov 2013 01:25 AM PST

Isu perkauman digunakan oleh sesetengah ahli politik di Malaysia bagi melindungi kegiatan rasuah yang dilakukan pemimpin terbabit, kata bekas Naib Canselor Universiti Malaya Tan Sri Dr Ghauth Jasmon.

Beliau berkata isu perkauman juga dimainkan bagi melindungi salah laku selain mengelak mereka yang terlibat daripada dituduh atas aktiviti tidak bermoral itu.

"Jika negara dipenuhi dengan pemimpin rasuah, mereka akan menggunakan isu perkauman untuk melindungi kesalahan bagi menarik perhatian.

"Adalah penting kita memisahkan manusia dengan politik. Di Malaysia, kita selalu diingatkan oleh ahli politik tentang masalah perkauman malah terdapat juga kumpulan tertentu yang menyokong isu tersebut," katanya semasa ucaptama Persidangan Asia Barat dan Afrika 2013 di Kuala Lumpur hari ini.

Beliau berkata kerajaan harus menyisihkan pemimpin yang mengamalkan rasuah agar agenda pembangunan negara tidak tergendala selain mengakibatkan kerugian perbendaharaan negara.

Katanya, jika negara dipenuhi ahli politik yang rasuah, ia adalah resipi kehancuran.

"Saya fikir kita perlu mengenal pasti pemimpin darpadai parti, kumpulan mahu pun latar belakang agama supaya mereka tidak menggunakan isu lain bagi melindungi kegiatan mereka.

"Namun apa yang unik di Malaysia adalah orang Melayu mempunyai kuasa politik manakala kaum Cina memiliki kuasa ekonomi. Saya melihat ada keseimbangan di sini kerana jika ada sesuatu kaum memiliki kuasa ekonomi dan politik secara serentak maka tidak berlaku keseimbangan di situ," katanya.

Ghauth turut melihat kaum Cina merupakan kumpulan yang ‎akan mencipta kemewahan di mana sahaja mereka berada seperti di Sri Lanka, Sudan dan kebanyakan tempat di dunia.

Katanya, orang Cina semasa datang ke Malaysia dalam keadaan miskin dan sehelai pinggang tetapi hari ini mampu menguasai ekonomi Malaysia.

Sumber: The Malaysian Insider

Anwar - Kepentingan Ratusan Ribu Petani Dikhianati Demi Syed Mokhtar

Posted: 18 Nov 2013 01:20 AM PST

KUALA LUMPUR 18 NOV : Kepentingan ratusan ribu pesawah padi dikhianati ekoran pengambilalihan Syarikat Padiberas Nasional Berhad (BERNAS) oleh Tan Sri Syed Mokhtar Al-Bukhrary.

Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim, berkata nasib 173,000 petani Melayu seluruh negara kini jelas terancam hanya kerana kerajaan pusat didakwa ingin mengayakan jutawan itu.
 
"Kita bicara berkenaan seorang yang bernama Tan Sri Syed Mokhtar atau 173,000 pesawah padi Melayu, 95 peratus Melayu dan bumiputera, dan kalau ikut rangka Pertubuhan Peladang, jumlah ini meningkat sehingga 240,000 orang.

"Kepentingan mereka dikhianati kerana kerajaan pusat menggadai kepentingan mereka dan menyerahkan kepada Syed Mokhtar yang mencatat keuntungan lebih RM800 juta mengikut unjuran yang dibuat Maybank Investment," katanya ketika sesi perbahasan di Dewan Rakyat, di sini, hari ini.

Anwar yang juga Ahli Parlimen Permatang Pauh berkata, 45 peratus pegangan BERNAS yang dahulunya menjadi milik petani dan kakitangan syarikat itu, kini hanya dikuasai Syed Mokhtar.

Pada 1995, syarat dikenakan kepada pegangan saham BERNAS iaitu 10 peratus pegangan saham diberikan kepada Petubuhan Peladang Kebangsaan (NAFAS) dan Persatuan Nelayan Kebangsaan (NEKMAT), manakala lima peratus kepada Lembaga Kemajuan Pertanian Kemubu (KADA), Lembaga Kemajuan Pertanian Muda (MADA) dan kakitangan syarikat itu.

Anwar berkata, dasar penswastaan yang diumumkan kerajaan pusat untuk menjadikan industri berkenaan lebih efisyen ternyata sudah menyimpang jauh daripada matlamat asalnya.

Sumber: SelangorKini

BERNAS Diswasta, Harga Beras Bakal Naik

Posted: 18 Nov 2013 01:15 AM PST

SHAH ALAM 18 NOV : Tindakan kerajaan pusat menswastakan syarikat Padiberas Nasional Berhad (BERNAS) mengancam kitaran sumber makanan utama negara dan menyebabkan harga beras pada kawalan syarikat yang memonopoli komoditi itu.

Presiden Teras Pengupayaan Melayu (TERAS), Mohd Azmi Abdul Hamid, berkata tindakan penswastaan industri beras pada monopoli individu hanya mendedahkan harga beras kepada spekulasi yang boleh menjejaskan kehidupan rakyat.

Mohd Azmi Abdul HamidKatanya, kerajaan pusat perlu mempunyai kuasa dan kepentingan dalam industri utama negara khususnya makanan kerana ia adalahperkara asas rakyat Malaysia.

"Penswastaan ini satu perkara yang tidak patut berlaku dan kerajaan pusat perlu campur tangan serta memperbetulkan keadaan supaya tidak dibolot satu syarikat sahaja," katanya ketika dihubungi Selangor Kini, di sini, hari ini.

Sebelum ini, Datuk Seri Anwar Ibrahim mengecam tindakan Tan Sri Syed Mokhtar Bukhari yang didakwa mengambil alih sepenuhnya syarikat BERNAS untuk keuntungan peribadinya.

Anwar berkata, niat asal penubuhan BERNAS adalah untuk melindungi kepentingan petani dan pengedar Bumiputera sudah tersasar apabila kerajaan pusat membenarkan syarikat itu dimonopoli pihak tertentu.

Azmi berkata, beliau tidak menolak kemungkinan harga beras akan meningkat seperti yang berlaku terhadap kenaikan harga gula sebelum ini.

"Apabila satu barangan komoditi dibolot sesebuah kartel atau syarikat besar, maka ia akan terdedah kepada kenaikan kos kerana hanya mementingkan keuntungan.

"Kita tidak terkejut jika harga beras akan dipulangkan kepada pasaran untuk ditentukan harganya," katanya.

Sumber: SelangorKini

Kesesakan Bandar Klang, MB Minta Ahli Majlis Turun Padang

Posted: 18 Nov 2013 12:45 AM PST

PELABUHAN KLANG 18 NOV : Ahli Majlis Perbandaran Klang (MPK) diminta turun padang untuk menerangkan kepada rakyat bahawa bandar Klang akan menghadapi kesesakan sementara bagi tujuan pembinaan jambatan ketiga di Bandar DiRaja itu.
 
Menteri Besar, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim, berkata Ahli Majlis MPK diharap membantu dan menjelaskan kesesakan yang bakal dialami adalah bagi tujuan penambahbaikan untuk seluruh rakyat di bandar berkenaan.

"Saya ingin beritahu bahawa terdapat program besar iaitu membina jambatan bagi menyelesaikan kesesakan akan mula dibuat.

"Saya berharap MPK akan memberi penerangan berkenaan apa yang kita lakukan supaya masalah kesesakan sementara ini dapat diatasi akibat beberapa kesesakan disebabkan peningkatan jambatan di Klang," katanya.

Abdul Khalid berkata demikian ketika merasmikan sambutan Deepavali peringkat Dewan Undangan Negeri (DUN) Pelabuhan Klang di Flat Bukit Tinggi Dua, dekat sini, malam tadi.

Turut hadir, Ahli Parlimen Klang, Charles Santiago; Ahli Parlimen Kapar, Manivanan Gowin, Ahli Majlis MPK dan lebih 300 penduduk flat berkenaan.

Abdul Khalid berkata, proses pembinaan jambatan berkenaan mula dilaksanakan dan beliau sudah meminta Dewan Negeri Selangor untuk bersetuju meluluskan pembinaan jambatan itu.

Kerajaan negeri bercadang menggunakan peruntukan RM300 juta daripada rizab negeri berjumlah RM3 bilion bagi melaksanakan projek berkenaan.

Sebelum ini, Kerajaan Barisan Nasional (BN) berjanji untuk membina jambatan ketiga itu pada tahun 2008 tetapi tidak menunaikannya walaupun majlis pecah tanah sudah dilakukan.

Pembinaan jambatan sepanjang dua kilometer itu dijangka membantu lebih 200,000 kenderaan supaya tidak perlu meredah kesesakan di tengah bandar Klang untuk ke Kuala Lumpur atau ke Pelabuhan Klang.

Sumber: SelangorKini

Graduan Perubatan Menganggur, Kerajaan Pusat Perlu Bertindak

Posted: 18 Nov 2013 12:30 AM PST

SHAH ALAM 18 NOV : Kerajaan Pusat perlu mengambil tindakan segera terhadap dakwaan Persatuan Perubatan Malaysia (MMA), sektor kesihatan bakal gagal menyediakan peluang pekerjaan kepada lepasan graduan perubatan tahun hadapan.

Kekurangan peluang pekerjaan itu menurut MMA, disebabkan kegagalan kerajaan membina hospital secukupnya bagi keperluan rakyat dan juga bilangan kolej perubatan swasta yang terlalu banyak sekaligus melahirkan ramai graduan perubatan.
 
ADUN Meru, Dr Abdul Rani bin Osman, berkata keadaan ini menyumbang kepada ketidakseimbangan antara kewujudan bilangan peluang perkerjaan dan jumlah graduan perubatan yang dikeluarkan.

"Kalau MMA sendiri keluarkan kenyataan, ini memang serius dan satu perkara yang mengerunkan. Saya harap Kementerian Kesihatan cepat respon perkara ini, kena teliti kerana graduan kita di luar sana pun ramai lagi.

"Kita juga tidak boleh jangka graduan kita di luar negara akan bekerja di luar negara seperti Arab dan United Kingdom misalnya sebab biasanya kalau bekerja di sana sekalipun mereka akan balik untuk kerja di tanah air," kata Dr Rani kepada Selangor Kini.

Abdul Rani berkata, walaupun membina hospital merupakan tanggungjawab Kerajaan Persekutuan, Kerajaan Negeri sebelum ini bersetuju membina bangunan tambahan di Hospital Tengku Ampuan Rahimah bagi menampung jumlah pesakit di Klang.

Sebelum ini Presiden MMA, Datuk N.K.S Tharmaseelan, dalam satu kenyataan dilaporkan berkata negara ini melahirkan sehingga 5,000 graduan perubatan setiap tahun sehingga mampu menyebabkan kekurangan hospital bagi tujuan latihan seterusnya peluang perkerjaan kepada golongan ini.

Antara faktor penyumbang kepada keadaan ini menurut beliau adalah bilangan kolej perubatan swasta sehingga mencecah 40 buah bagi 28 juta populasi, suatu jumlah yang tinggi pada masa ini sedangkan pada masa sama kurang pembangunan hospital baru.

Sumber: SelangorKini

0 ulasan:

Pimpinan

Angkatan Muda

Cabang