Suara Sri Andalas |
- Saya Akan Terus Siasat, Cari Penanggungjawaban – Rafizi
- Kes NFC: Shahrizat Tarik Balik Saman RM100 Juta Terhadap Rafizi, Zuraida
- MB: Aedes Tak Kenal Ahli Politik, Jangan Politikkan Isu Denggi
Saya Akan Terus Siasat, Cari Penanggungjawaban – Rafizi Posted: 11 Nov 2013 01:30 AM PST KUALA LUMPUR 11 NOVEMBER: Pengarah Strategi KEADILAN, Rafizi Ramli tekad akan terus menyiasat untuk mencari penanggungjawaban terhadap skandal penyelewengan RM250 juta dana projek National Feedlot Corporation (NFC). Rafizi"Saya akan terus menyiasat dan mencari kebertanggungjawaban isu NFC ini walaupun selepas kes saman ini digugurkan," kata Rafizi. Beliau mengulas pembatalan saman RM100 juta oleh Datuk Seri Shahrizat Jalil terhadapnya dan Ketua Wanita KEADILAN, Zuraida Kamaruddin setelah Ketua Wanita Umno itu menarik balik saman tersebut. Penarikan saman itu dibuat di hadapan Hakim Mahkamah Tinggi, Vazeer Alam Mydin Meera pagi ini. Dalam saman yang difailkan pada 19 Januari tahun lalu, Shahrizat mendakwa Rafizi dan Zuraida membuat kenyataan fitnah berhubung pendedahan mereka mengenai projek NFC. Namun pada 9 Mac pula, Rafizi dan Zuraida memfailkan saman balas di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur terhadap bekas Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat itu berhubung satu ucapan didakwa berbaur fitnah yang diujarkan bekas menteri tersebut. nfc shahrizat familyJelas Rafizi sebelum ini, langkah itu diambil untuk memastikan kes melibatkan syarikat NFC yang diusahakan keluarga menteri itu terus dibawa ke mahkamah. Saman balas itu diambil kerana khuatir pihak plantif mungkin mengambil keputusan melengah-lengahkan perbicaraan ini atau menarik balik saman dalam masa terdekat untuk mengelakkan dokumen penting dan pemimpin tertinggi BN diseret ke mahkamah untuk memberi keterangan. Sumber: KeadilanDaily |
Kes NFC: Shahrizat Tarik Balik Saman RM100 Juta Terhadap Rafizi, Zuraida Posted: 11 Nov 2013 01:15 AM PST KUALA LUMPUR 11 NOVEMBER: Kes saman RM100 juta Datuk Seri Shahrizat Jalil terhadap Pengarah Strategi KEADILAN, Rafizi Ramli dan Ketua Wanita KEADILAN, Zuraida Kamaruddin dibatalkan setelah Ketua Wanita Umno itu menarik balik saman tersebut. RafiziMenurut Rafizi yang juga Ahli Parlimen Pandan, penarikan itu dibuat Shahrizat tanpa sebarang syarat. Dalam saman yang difailkan pada 19 Januari tahun lalu, Shahrizat mendakwa Rafizi dan Zuraida membuat kenyataan fitnah berhubung dakwaan mengenai projek National Feedlot Corporation (NFC). Penarikan saman itu dibuat di hadapan Hakim Mahkamah Tinggi, Vazeer Alam Mydin Meera pagi ini. Sumber: KeadilanDaily |
MB: Aedes Tak Kenal Ahli Politik, Jangan Politikkan Isu Denggi Posted: 11 Nov 2013 01:00 AM PST SHAH ALAM 11 NOV: Menteri Besar, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim mengingatkan semua pihak supaya tidak mempolitikkan masalah demam denggi yang melanda Selangor. Bercakap pada pelancaran program Strategi Mobilisasi Sosial dan Komunikasi (COMBI) anjuran Majlis Bandaraya Petaling Jaya (MBPJ), beliau berkata, isu kesihatan tidak wajar dipolitikkan. "Nyamuk Aedes tidak mengenal sama ada anda ahli PKR, MCA atau mana-mana politik. Ia boleh terkena pada sesiapa jua jika masyarakat tidak mengutamakan pencegahannya," katanya. Beliau berkata, pencegahan demam denggi penting kerana tiada satu sistem imunisasi bagi mengatasi wabak itu, berbeza dengan beberapa penyakit lain yang ada suntikan untuk meningkatkan imunisasi manusia. Statistik Jabatan Kesihatan Negeri Selangor menunjukkan sebanyak 11,498 kes dilapor setakat 5 Oktober lalu, meningkat 61.74 peratus berbanding 7,109 kes bagi tempoh sama tahun lepas. Sebanyak 14 kematian akibat denggi dicatat tahun ini berbanding 11 kes bagi tempoh sama pada 2012. Sebanyak 230 lokaliti wabak dilapor dengan 75 lokaliti (32.6 peratus) daripadanya di Petaling, 71 lokaliti (30.9 peratus) di Hulu Langat dan 44 lokaliti (19.1 peratus) di Gombak. Jabatan itu menyatakan terdapat 16 lokaliti wabak tidak terkawal dan 22 lokaliti hotspot atau wabak berlarutan di Selangor. Sumber: SelangorKini |
You are subscribed to email updates from Suara Sri Andalas To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan