BULETIN RAKYAT |
Bengkel PWD mejalani proses pencerahna... tahniah Yb Rodziah Posted: 11 Nov 2013 01:30 AM PST Bengkel Penilaian Interaktif PWD SelangorBengkel Penilaian Interaktif Pusat Wanita Berdaya Negeri Selangor telah diadakan pada 8 hingga 9 November 2013 di Hotel Laman Seri, Seksyen 13, Shah Alam. Ia telah disertai oleh 40 orang penyelia PWB dan telah menjalani proses penialian program, sumber manusia dan keupayaan pengurusan PWB masing-masing. Bengkel itu telah dirasmikan dan dirumuskan oleh Pengerusi Jawatankuasa Tetap Hal Ehwal Wanita Negeri Selangor, Rodziah Ismail. Ia bertujuan untuk merangka pelan tindakan PWB 2013-2018 agar ia lebih dinamik dan memenuhi keperluan wanita setempat dengan dilandasi prinsip-prinsip tata-kelola baik, musyawarah, kefahaman gender yang baik, dan disertai asas bahawa hampir seluruh rakyat Malaysia hidup beragama. Di antara perkara lain yang telah diutarakan ialah pengurusan stres dan menilai tahap stres para penyelia PWB dan perkongsian untuk mengatasinya. Dapatan di bengkel tersebut, laporan-laporan serta dapatan berterusan dari PWB sejak ia dijenamakan semula (dahulu digelar Pusat Komuniti Wanita) pada November 2011 akan digunakan bagi merangka perancangan dan pelan tindakan PWB Negeri Selangor. "Tugasan sebagai penyelia PWB adalah sesuatu yang fokus dan wajar diberi tumpuan. Para penyelia bukan sahaja melaksanakan usaha advokasi, menganjur berbagai program dan kelas kemahiran. "Tetapi juga melayani penduduk wanita setempat yang memerlukan tempat rujukan yang boleh membantu atau menunjukkan jalan-jalan ke arah penyelesaian permasalahan yang mereka hadapi. Kadangkala wanita perlu kepada perkhdimatan seperti guaman dan kaunseling." "Wanita berdaya lagi memberdayakan wanita lain…itu adalah misi pemberdayaan wanita Selangor," - Rodziah Ismail |
You are subscribed to email updates from BULETIN RAKYAT To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan