Isnin, 11 November 2013

Anak Muda Kampung Nak Senang

Anak Muda Kampung Nak Senang


Apa motif pembunuhan pegawai Jabatan Agama Pahang?

Posted: 11 Nov 2013 05:57 AM PST


Antara kes besar yang dikendalikan oleh As Syahid Ustaz Ahmad Rafli yang mati ditembak semalam ialah kumpulan ajaran sesat Tuhan Harun , dimana ketua ajaran sesat ini Harun Mat Saad telah terlibat juga dalam kes penipuan deposit sebanyak RM 40 juta, ada yang mengatakan juga beratus-ratus juta ringgit, termasuk melibatkan pelabur dari negara Brunei.

12 PENGIKUT TUHAN HARUN DIBURU
16 Mei 2013

Jabatan Agama Islam Pahang (Jaip) mendapat perintah Mahkamah Syariah Pahang dan bersetuju mengeluarkan waran tangkap bagi memburu 12 pengikut ajaran sesat Tuhan Harun atau turut dikenali sebagai Tuhan 2013.

Ketua Penguat Kuasa Jaip, Ahmad Rafli Ab Malik berkata, mereka diburu dalam lingkungan umur di antara 12 hingga 41 tahun termasuk isteri ketiganya, Shuzliana Mokhtarudin, 29, dan empat anak-anaknya iaitu Mahni Harun 12, Saufi, 18, Lukman, 20 dan Muhammad, 21.

"Setakat ini di Kuantan, kami telah menyerbu tiga premis termasuk di Jalan Bukit Ubi dan Indera Mahkota 6.

'TUHAN HARUN' DIDAKWA MENERIMA DEPOSIT HARAM RM40 JUTA

KOTA BHARU 29 Mei 2013 - Selepas didakwa menyebarkan ajaran sesat dan mengaku sebagai tuhan, hari ini Harun Mat Saad dihadapkan ke Mahkamah Sesyen di sini atas dua tuduhan menerima deposit secara haram sebanyak RM40 juta daripada beberapa buah syarikat dan orang ramai.

Ketua kumpulan ajaran sesat 'Tuhan Harun' itu didakwa membantu dalam pengurusan dua syarikat untuk menerima deposit bermula dari September 2006 sehingga Mac 2008.

Harun, 47, yang bertindak sebagai penasihat syarikat Business Time Dina Sdn. Bhd., dan Pan Pheonix Dina Sdn. Bhd., mengaku tidak bersalah selepas pertuduhan dibacakan oleh jurubahasa kepadanya di hadapan Hakim Yusuff Yunus.

31 PENGIKUT AJARAN 'TUHAN HARUN' DIMINTA SERAH DIRI

KUALA LUMPUR 11 Nov. 2013 - Seramai 31 pengikut ajaran sesat Tuhan Harun diarahkan menyerah diri kepada pihak berkuasa bagi membantu siasatan berhubung kes tembak seorang pegawai penguat kuasa Jabatan Agama Islam Pahang (JAIP), semalam.

Ketua Polis Negara, Tan Sri Khalid Abu Bakar berkata, kesemua pengikut ajaran itu sebelum ini telah diarahkan untuk menyerah diri apabila beberapa pengikut dan ketua ajaran itu ditahan JAIP, sekitar tahun ini.

Tiada ulasan: