Suara Sri Andalas |
- Was Oil Spill Deliberate?
- Selangor Bantu Keluarga OKU, Adun Keluar Duit Poket Tanggung Lesen
- Menghadiri Hari Keluarga di SM La Salle
- Arul Yoga Ashrama - Meraikan Ulang Tahun Ketiga Pembukaan Dewan Sembahyang dan Meditasi
- Kerajaan Selangor Dakwa Syabas Cuba Wujudkan Situasi Panik
- Exco: Gangguan Bekalan Air, Bukan Krisis Air
- Piala Merdeka 2013 - Kejohanan Bola Sepak 7 Sebelah Edisi Ke 24
Posted: 01 Sep 2013 02:00 AM PDT PETALING JAYA (Sep 1): The Selangor government's investigation on the oil spill into Sungai Bakau will include whether the action was deliberate. The incident which caused massive water disruptions in the Klang Valley over Merdeka weekend caused four water treatment plants to shut down on Friday. "We have collected evidence Friday and the Department of Environment be pursuing the case in court, including if it was a deliberate action," said Selangor state exco member Elizabeth Wong. "We estimate close to two tankers full of oil being dumped in the water, that's a massive amount," said Wong. "Sadly our record of punishing perpetrators of such acts was not very convincing as most get away with a nominal fee. "I have not seen anyone go to jail, I hope the courts will send a clear message that such acts will nto be tolerated," she added. According to Wong as of yesterday, they were unable to contact or locate the owner of the factory. As for the water situation, Wong confirmed that all pumps at the intake points were running at full capacity. "From latest report this morning, majority of the areas have been covered including those we thought would be problematic areas which we thought would take longer time, suchas Putra Heights and Klang. Some areas have recovered fully, such as Kuala Langat and Hulu Selangor, but there are still pockets that are still having problems such as SS2, SS3 and SS4. "The water is in the system, it is just a matter of getting the volume and pressure needed for it to reach your tap," she assured. Wong reiterated her point that Syabas should have not issued a "Code Red" warning causing panic, but instead better communicated updates with the public. "This is more of a disruption in water supply, they should have had better channels of communication," she said adding that not many people have been able to get a hold of the water company. "People are coming to their state assembly representatives and Members of Parliament, which of course we are glad to help, but we are not the distributors," she added. According to Wong, this was a perfect example of why the Federal Government should work together with the Selangor Government to find a holistic solution to restructuring the Selangor water distribution process. "Langat2 won't solve this problem as it would only service certain areas in Selangor, what we need in an integrated grid. We have the means and jurisdiction to do so, sadly now we have to deal with so many players," concluded Wong. Source: FZ.com |
Selangor Bantu Keluarga OKU, Adun Keluar Duit Poket Tanggung Lesen Posted: 01 Sep 2013 01:30 AM PDT KLANG 1 SEPT: Pemberian bantuan motosikal tiga roda membawa sinar kepada Sri Shanker yang hilang penglihatan untuk memulakan perniagaan makanan bergerak bagi menampung keluarganya. "Dengan adanya motosikal ini, saya dan isteri mampu menambah pendapatan dengan menjalankan perniagaan makanan bergerak di sekitar kawasan Andalas," katanya. Penglihatan Shanker yang berusia 33 tahun itu, hilang sejak berusia 17 tahun akibat jangkitan kuman di mata. Pada masa ini, isterinya, Kalimah a/p Letchmana, 30, hanya bekerja sebagai tukang cuci dan gajinya tidak mampu menampung perbelanjaan sekolah dua anaknya. Bantuan itu disampaikan Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Andalas, Dr Xavier Jayakumar di Pusat Khidmat Masyarakat DUN Andalas, Jumaat lalu. Melalui inisiatif itu, suami isteri itu dapat menjana pendapatan dengan berdiri atas kaki sendiri tanpa mengharapkan bantuan orang lain. Shanker juga kagum kerana Dr Xavier sanggup mengeluarkan duit poket bagi menampung bayaran ujian memandu isterinya untuk mendapatkan lesen kenderaan. |
Menghadiri Hari Keluarga di SM La Salle Posted: 31 Aug 2013 04:00 AM PDT |
Arul Yoga Ashrama - Meraikan Ulang Tahun Ketiga Pembukaan Dewan Sembahyang dan Meditasi Posted: 31 Aug 2013 03:00 AM PDT |
Kerajaan Selangor Dakwa Syabas Cuba Wujudkan Situasi Panik Posted: 31 Aug 2013 02:30 AM PDT Syarikat Bekalan Air Selangor (Syabas) dibidas Exco kerajaan negeri Selangor Elizabeth Wong kerana dikatakan mengambil kesempatan dengan mewujudkan rasa panik dikalangan orang ramai terhadap isu tumpahan minyak di sungai Selangor yang menyebabkan gangguan bekalan air. Kenyataan Exco Pelancongan, Hal Ehwal Pengguna dan Alam Sekitar itu hadir selepas Syabas semalam mengaktifkan pelan kecemasan ekoran tumpahan minyak tersebut. "Orang ramai tidak perlu panik, keadaan sudah terkawal dan minyak yang tertumpah juga telah dikeluarkan daripada sungai. "Syabas tidak perlu keluarkan kenyataan untuk mencemaskan orang ramai, malah punca tumpahan minyak juga tidak tepat seperti yang mereka nyatakan," kata Wong selepas dihubungi The Malaysian Insider. Beliau juga berkata Syabas telah memberikan maklumat salah mengenai punca tumpahan minyak tersebut. Wong berkata punca tumpahan tersebut adalah berpunca daripada sebuah bengkel lori di Teluk Gong, Rawang dan bukannya akibat sebuah lori yang terbalik. Bengkel tersebut telah pun ditutup selepas diberikan notis arahan, malah Wong juga berkata tindakan undang-undang bakal dikenakan ke atas pihak tidak bertanggungjawab tersebut. "Sepatutnya bengkel tersebut menyimpan minyak dalam tong, tapi sebaliknya yang berlaku... ia menyebabkan minyak tersebut mengalir dan masuk ke dalam sungai," tambah beliau lagi. Menurut Wong lagi, semua minyak telah dikeluarkan daripada sungai dan bekalan air akan pulih secara berperingkat bergantung kepada lokasi kawasan yang terjejas akibat gangguan bekalan air. "Semua minyak telah dikeluarkan, bekalan air yang terganggu akan pulih berperingkat. "Kalau jauh lokasi dengan loji mungkin memakan masa sedikit, tapi kalau hampir mungkin akan cepat dapat air semula," ujarnya lagi. Syabas semalam berkata gangguan bekalan air dijangka menyebabkan lebih daripada sejuta pengguna di tujuh daerah di Lembah Klang akan terjejas. Ini kerana empat loji rawatan air di Sungai Selangor Phase 1, 2 dan 3 dan Rantau Panjang perlu ditutup untuk memudahkan kerja-kerja pembersihan dijalankan. Kawasan yang terjejas ialah Petaling, Kuala Lumpur, Klang/Shah Alam, Gombak, Hulu Selangor, Kuala Langat dan Kuala Selangor. Sumber: TheMalaysianInsider |
Exco: Gangguan Bekalan Air, Bukan Krisis Air Posted: 31 Aug 2013 02:00 AM PDT Gangguan bekalan air di Selangor dan Kuala Lumpur semalam bukan satu "krisis air" kerana ia telah diuruskan menjelang tengah malam, kata kerajaan negeri Selangor tadi. NONEExco Pelancongan, Hal Ehwal Pengguna dan Alam Sekitar, Elizabeth Wong berkata semua empat pusat kemasukan air telah mula kembali beroperasi awal pagi ini. "Adakah ia satu gangguan bekalan air? Ya. Apakah tumpahan itu besar? Ya. Adakah ia satu krisis? Tidak. Kerana kita mula menguruskannya menjelang petang semalam," kata Wong. Katanya, sebahagian besar diesel yang tumpah itu telah dipam keluar dari titik pengambilan air menjelang petang semalam, dan pihak negeri telah memastikan tidak ada lagi minyak di atas permukaan air sebelum bersetuju pam beroperasi secara berperingkat-peringkat. "Orang ramai akan kembali mendapat bekalan air secara berperingkat hari ini. Semua pam air kembali beroperasi pada kapasiti penuh pada jam 6 pagi," katanya kepada Malaysiakini. "Pam air ditutup pada pukul 9 pagi semalam dan semuanya kembali beroperasi secara berperingkat menjelang jam 1 pagi ini," kata Elizabeth yang meninjau kawasan pengambilan air yang terjejas dan memantau ujian air sehingga awal pagi. Katanya, bekalan air ke Klang mungkin paling akhir pulih berbanding dengan kawasan lain yang terjejas lain kerana jaraknya dari takungan air. "Pemulihan bekalan air bergantung kepada jarak kawasan dari takungan air. Di kawasan saya, saya mendapat bekalan air tetapi tekanannya rendah," katanya. Menurutnya, tumpahan diesel itu datang dari sebuah syarikat dan bukan dari mana-mana lori tangki seperti yang dilaporkan sebelum ini. Beliau berkata syarikat itu mempunyai kontrak untuk membersih lori, termasuk lori sampah, dan membuang diesel itu ke dalam longkang. Diesel tersebut kemudiannya menjejaskan Sungai Selangor dan seterusnya titik pengambilan air. Wong berjanji bahawa tindakan akan diambil terhadap syarikat terbabit. "Kami telah menutup syarikat itu, dan saya juga telah berbincang dengan setiausaha kerajaan negeri dan kami bersetuju untuk ke Pejabat Tanah secepat mungkin dan merampas tanah tersebut," katanya. "Kami perlu melihat apa yang boleh kita lakukan di bawah majlis tempatan," katanya lagi ditambah. Beliau juga berkata syarikat itu mungkin ditutup kerana menyebabkan tumpahan tersebut, dan akan didakwa di mahkamah oleh Jabatan Alam Sekitar (JAS). Syarikat Bekalan Air Selangor Sdn Bhd (Syabas) semalam mengeluarkan amaran kod merah susulan tumpahan itu. Syarikat air itu berkata tumpahan tersebut menyebabkan penutupan loji rawatan air Sungai Selangor fasa satu, dua, dan tiga serta loji rawatan air Rantau Panjang Empat loji rawatan air yang terjejas merangkumi 57 peratus daripada permintaan air di Selangor, Kuala Lumpur dan Putrajaya. Sumber: MalaysiaKini |
Piala Merdeka 2013 - Kejohanan Bola Sepak 7 Sebelah Edisi Ke 24 Posted: 30 Aug 2013 02:05 AM PDT YB Dr Xavier Jayakumar pada hari ini menyampaikan sumbangan RM5,000 kepada jawatankuasa penganjuran Kejohanan Bola Sepak Piala Merdeka 2013 Tujuh Sebelah Edisi Ke 24. Sumbangan tersebut untuk digunakan bagi membiayai pertandingan serta menyediakan lampu limpah di padang Taman Maznah. Saudara Vicneswaran bersama ahli jawawankuasa serta penasihat penganjuran, Encik Samy hadir menerima cek sumbangan. YB Dr Xavier Jayakumar menekankan bahawa adalah amat penting bagi golongan muda terlibat aktif dalam aktiviti-aktiviti seperti sukan yang dapat menjauhkan golongan muda daripada aktiviti kurang sihat. |
You are subscribed to email updates from Suara Sri Andalas To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan