Rabu, 18 September 2013

PARTI KEADILAN RAKYAT NEGERI SEMBILAN

PARTI KEADILAN RAKYAT NEGERI SEMBILAN


Siswa Australia bantah nama Taib Mahmud

Posted: 17 Sep 2013 10:31 PM PDT

dipetik daripada Malaysiakini.com



Ekoran sumbangan besarnya, sebuah laman di Universiti Adelaide dinamakan sempena Ketua Menteri Sarawak Tan Sri Taib Mahmud.

Bagaimanapun, bagi mahasiswa universiti di Selatan Australia itu, ia sesuatu yang memalukan.

taib mahmud responds to global witness report storyBercadang Berhimpun membantah langkah itu esok, mahasiswa berkata, mereka "menolak menerima pendidikan yang ditaja atas penderitaan rakyat, hutan dan haiwan".

"Kami akan menunjukkan bahawa kami tidak mahu Taib Mahmud, jaringan keluarganya atau syarikat utamanya mempunyai sebarang kaitan dengan pendidikan tinggi di Utara Australia," tulis mereka di laman Facebook.

Mahasiswa juga menghantar memorandum bantahan mereka kepada Naib Canselor Warren Bebbington berhubung perkara itu.

Taib pada 2008 dilapor mendermakan puluhan juta dolar untuk Universiti Adelaide.

Universiti juga pada 2006 menandatangani memorandum persefahaman dengan kerajaan Sarawak untuk kerjasama kajian, termasuk biasiswa untuk 10 penuntut pascasiswazah.

Anwar digemari Utusan, tapi portal suka Najib

Posted: 17 Sep 2013 10:28 PM PDT

dipetik daripada Malaysiakini.com



Hubungan media negara ini dengan dua pemimpin politik tertinggi negara boleh diibaratkan seperti 'benci-benci sayang'.

Satu kajian media mendapati keghairahan Utusan Malaysia dalam memberi liputan kepada Datuk Seri Anwar Ibrahim menjadikan beliau ahli politik yang paling banyak diberikan publisiti oleh akhbar itu (carta di atas).

Pada masa sama, media bercetak lain seperti New Straits Times,The Star dan Sinar Harian pula lebih menyerlahkan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak.

Anwar menduduki carta teratas dalam liputan oleh Utusan. Namun, beliau didapati dihentam secukup-cukupnya oleh akhbar itu dalam satu laporan pemantauan media dalam tempoh 7 April 2013 sehingga 7 Mei 2013.
NONE




Portal Malaysiakini (lihat carta atas) dan The Malaysian Insider yang sering dituduh sebagai propembangkang bagaimana pun didapati memberikan liputan paling banyak kepada Najib.

NONE
Namun, Najib didapati diberikan liputan positif dan negatif pada masa yang sama oleh portal-portal itu, seperti dikaji University of Nottingham dan Pusat Kewartawanan Bebas (CIJ).

Sementara itu,Malaysiakini didapati memberikan liputan seimbang untuk kedua-dua pihak, iaitu BN dengan 48 peratus dan Pakatan 49 peratus (kanan). 

Lain-lain pihak, termasuk bebas mendapat liputan 5 peratus.

'Rasuah dalam pertahanan, M'sia sangat berisiko tinggi'

Posted: 17 Sep 2013 10:25 PM PDT

dipetik daripada Malaysiakini.com


NONE
Malaysia mengalami kemerosotan dan dianggap mempunyai risiko tinggi berlakunya amalan rasuah dalam perbelanjaan pertahanan dan pengoperasiannya, menurut kajian antirasuah badan pemerhati antarabangsa.

Menurut Transparency International - Malaysia (TI-M), Malaysia jatuh daripada kedudukan D (tinggi) kepada E (sangat tinggi) risiko dalam kajian yang dijalankan cabang NGO itu di UK.

Ia sekali gus meletakkan negara ini sekumpulan dengan China, Afghanistan, Rwanda, bahkan Singapura.

Justeru, dalam kenyataannya, TI-M mencadangkan kerajaan meningkatkan ketelusan dalam perolehan barangan keselamatan, melibatkan peranan Unit Pengurusan Prestasi dan Perlaksanaan (PEMANDU).

"TI-M mendesak anggota Parlimen daripada kedua-dua parti pemerintahan dan pembangkang menolak agenda ketelusan lebih jauh ke depan dan mengetepikan Akta Rahsia Rasmi (OSA) 1972 dan memperkenalkan Akta Kebebasan Maklumat," katanya.

Tiada ulasan: