BULETIN RAKYAT |
TG HJ HADI TOLAK PROGRAM BANTU MELAYU SAHAJA, KAUM LAIN JANGAN DI ABAIKAN Posted: 18 Sep 2013 03:04 AM PDT KUALA LUMPUR: PAS menolak program pemerkasaan yang diumumkan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak Sabtu lalu atas alasan ianya hanya fokus kepada satu kaum sahaja. Presidennya, Datuk Seri Abdul Hadi Awang berkata sebagai sebuah parti yang menggunakan slogan kerajaan kebajikan, PAS tidak mendokong program yang meminggirkan kaum minoriti di negara ini. "Kita sedar kaum bukan Bumiputera turut berdepan dengan masalah kemiskinan oleh kerana itu PAS menjunjung prinsip keadilan dan kesaksamaan bagi menghapus kemiskinan. Kerajaan melakukan perkara yang salah kerana atas nama Bumiputera, agenda bukan Bumiputera telah diabaikan. "Perlembagaan jelas memelihara kepentingan kaum lain seperti penduduk yang tinggal di perumahan yang perlu diberi tanah kerana itu adalah hak rakyat dan hak asasi manusia yang dijunjung di serata dunia," katanya semasa menghadiri sidang media di Ibu Pejabat PAS di Kuala Lumpur hari ini. Dalam pada itu, Abdul Hadi berkata pemilihan PAS yang akan berlangsung November ini tidak akan memanggil jawatankuasa pemantau luar seperti yang dilakukan DAP kerana menurutnya kondisi pemilihan PAS berbeza dengan DAP. Sementara itu, Setiausaha Agung PAS Datuk Mustafa Ali mengumumkan Muktamar PAS akan diadakan pada 22 hingga 24 November ini di Shah Alam. Katanya, jawatankuasa parti itu sedang melihat peraturan perjalanan muktamar supaya perjalanan parti pada November ini berjalan lancar. |
You are subscribed to email updates from BULETIN RAKYAT To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan