Rabu, 28 Ogos 2013

Anak Muda Kampung Nak Senang

Anak Muda Kampung Nak Senang


Gengster Melayu Geng 3 Calit pungut wang di tapak pembinaan

Posted: 28 Aug 2013 07:31 AM PDT


Ahli politik ternama didakwa naungi kongsi gelap

28 Ogos 2013 - Sebilangan ahli politik ternama didakwa menaungi beberapa kongsi gelap dan beberapa orang daripadanya turut menjadi penasihat kumpulan terbabit.

Laporan akhbar Sin Chew Daily menyebut, kumpulan berkenaan merupakan antara 10 kongsi gelap, yang akan didedahkan esok oleh Kementerian Dalam negeri.

Ia membabitkan kumpulan gengster Cina, Melayu dan India, menurut laporan akhbar berbahasa Cina itu.

Menurut sumber tersebut, gengster Cina aktif dalam perniagaan haram termasuk menjual DVD cetak rompak, membuka pusat karaoke, pusat perjudian, mengedar dadah dan khidmat pelacuran.

"Gengster India secara perbezaannya lebih agresif kerana mereka memungut wang perlindungan dari pengusaha gerai dan pub selain menjadi penembak.

"Sementara itu, gengster Melayu lebih aktif 'menjaga' tapak pembinaan dengan memungut wang di sana.

"'Geng 3 Calit' Melayu paling aktif dan ketua setiap kawasan dipanggil ayahanda," katanya.

Wanita disamun ketika berhenti kereta di lampu isyarat

Posted: 28 Aug 2013 07:30 AM PDT


28 Ogos 2013 PETALING JAYA: Setiausaha sulit Star Publications Bhd, Halimahton Kamarulzaman menjadi mangsa kes pecah cermin kereta dan samun dalam satu insiden di Jalan Seksyen 16 di sini Selasa.

Halimahton, 41, yang bersendirian dalam keretanya disamun semasa menghentikan kereta Hyundai Matrix berwarna hitam miliknya di persimpangan lampu isyarat ketika dalam perjalanan balik kerja pada pukul 6.05 petang.

Katanya, dua lelaki menaiki sebuah motosikal menghampiri keretanya semasa berhenti di lampu isyarat

"Dia memecah tingkap kereta saya dua kali dengan topi keledar dan merosakkan sebahagian tingkap itu," katanya ketika ditemui selepas kemalangan.

Halimahton berkata, lelaki itu kemudiannya membuka pintu kereta menerusi cermin yang rosak itu.

"Dia meragut beg tangan saya. Saya cuba untuk menghalangnya tetapi sudah terlambat," katanya.

Menurut Halimahton, perompak itu mengambil wang tunai RM1,000, seutas rantai dan beberapa dokumen peribadi miliknya yang berada di dalam beg tangan tersebut.

Kes remaja diperdaya sindiket pelacuran semakin membimbangkan

Posted: 28 Aug 2013 07:29 AM PDT


28 Ogos 2013 MELAKA: Seorang lagi remaja perempuan dari Masjid Tanah mendakwa dirinya hampir dijadikan pelacur oleh kenalan lelakinya. Insiden berkenaan berlaku hanya tiga minggu selepas seorang bapa merempuh masuk ke dalam sebuah rumah untuk menyelamatkan anak perempuannya yang berusia 13 tahun daripada menjual dirinya sebagai hamba seks.

Dalam laporan polis tersebut, remaja perempuan Tingkatan Dua itu mendakwa kenalan lelakinya mengugut untuk menjualnya sebagai pelacur di Thailand sekiranya dia enggan melayan beberapa rakan lelakinya.

Dalam laporan polisnya, mangsa mendakwa dia dirogol. Tidak diketahui sama ada dia diberikan dadah sama seperti kes terhadap remaja yang dilaporkan berlaku di Merlimau,

Pada 7 Ogos lalu, The Star melaporkan, seorang lelaki berusia 47 tahun berjaya menyelamatkan anak perempuannya yang berusia 13 tahun daripada menjadi pelacur pada 26 Julai lalu selepas lelakinya yang berusia 26 tahun menjual remaja berkenaan sebagai pelacur kepada sembilan orang lelaki.

Di Merlimau, seorang remaja perempuan di bawa ke hotel dan diberikan dadah serta menerima RM20 daripada teman lelakinya bagi setiap perkhidmatan seks yang diberikan.

Lelaki parah ditembak di Kuantan

Posted: 28 Aug 2013 07:28 AM PDT

2013/08/28 - 09:35:25 AM 

Kuantan: Seorang lelaki parah selepas ditembak seorang daripada empat lelaki yang dipercayai cuba menyamunnya di sebuah hotel di Jalan Air Putih, awal pagi tadi.

Dalam kejadian kira-kira jam 4.20 pagi, mangsa Lee Siew Meng, 47, dari Kuala Terengganu ditembak di bahu kanan dan rusuk kirinya.

Mangsa turut mengalami kecederaan di kepala dipercayai ditetak dengan benda tajam.


Polis siasat 2 anggota polis terlibat samun di Kelana Jaya

Posted: 28 Aug 2013 07:28 AM PDT


PETALING JAYA 27 Ogos 2013 - Polis sedang menyiasat kemungkinan dua kes samun membabitkan dua mangsa di Kelana Jaya pada 3 Julai lalu dan dilaporkan secara meluas di laman sosial Facebook dan portal berita baru-baru ini melibatkan dua anggota pasukan itu.

Ketua Polis Daerah Petaling Jaya, Asisten Komisioner Arjunaidi Mohamed berkata, dua anggota polis berpangkat konstabel itu telah dikenal pasti oleh mangsa dalam satu kawad cam di sebuah balai polis, empat hari selepas kejadian.

Bagaimanapun katanya, polis masih menyiasat kes berkenaan dan mengumpul bukti untuk melengkapkan kertas siasatan.

- UTUSAN ONLINE


Perbalahan imam sesama Ahli Sunnah Wal Jamaah

Posted: 28 Aug 2013 07:26 AM PDT


28 Ogos 2013 JASIN - Kariah Masjid Al-Hassanah, Pondok Kempas menggesa Pejabat Agama Islam Daerah Jasin mengambil tindakan terhadap imam yang menceroboh kawasan mereka.

Penolong Setiausaha masjid Zakaria Hassa, 64, berkata, ini bukan soal dengki ataupun iri hati, namun kawasan kariah Masjid Al-Hassanah Pondok Kempas mempunyai imam sendiri iaitu Imam Zaini Md Jani dan sudah mendapat tauliah pejabat agama.

Menurutnya, individu terbabit memasuki kawasan kariah mereka dengan mengutip wang zakat pada Ramadan lalu.

"Bukan sahaja masalah wang zakat yang dikutip imam lain ke kawasan ini, malah kita juga berdepan dengan masalah juru nikah apabila imam dari kawasan sebelah menerima kariah kawasan ini.

"Sepatutnya beliau meminta kariah terbabit bertemu dengan imam kawasan ini dan apa yang berlaku hampir setahun lebih ini menggambarkan seolah-olah Pondok Kempas tiada imam sedangkan masjid bernilai RM3.9 juta telah dibina," katanya.

Zakaria mendakwa, pengurusan pejabat agama juga tidak sistematik apabila proses pendaftaran pernikahan yang memerlukan bayaran RM40 sehingga kini tidak diberikan resit.

"Bagaimana kami nak percaya institut agama ini sedangkan urusan bayaran juga tidak dikeluarkan resit dan saya juga tidak teragak-agak membawa perkara ini kepada SPRM (Suruhanjaya Pencegahan Rasuah) kerana sehingga sekarang masih tidak mendapat resit bayaran.

Kariah masjid, Zainuddin Kadir, berkata, sekiranya masalah ini terus berlarutan ia boleh menimbulkan perpecahan dalam kalangan penduduk Islam kawasan ini.



Tiada ulasan: