Khamis, 25 Julai 2013

The Spirit of Lubok Kawah/Semangat Lubok Kawah

The Spirit of Lubok Kawah/Semangat Lubok Kawah


BRAVO FELLICIA LING...!!!

Posted: 25 Jul 2013 12:26 AM PDT

Suatu hari saya menerima call daripada Ketua PAS Cawangan Felda Jengk 9 meminta saya mendapatkan seorang penceramah PKR dari luar sempena penubuhan Jawatankuasa PKR Ranting Felda Jengka 9.  Pada hari itu juga Sdr Mazlan Aliman sudah pun dijemput mewakili PAS untuk menerima masuk keahlian ANAK.

Semua pemimpin-pemimpin PKR yang biasanya mudah untuk hadir diatas jemputan yang mengejut seperti ini sudah mempunyai program yang diatur terlelbih awal.

Bukan semua penceramah mudah datang, apatah lagi jika dipanggil oleh PKR. Terlalu amat jarang ranting-ranting PKR menyediakan wang sebagai buah tangan menerima kehadiran penceramah-penceramah.  Pertamanya sumbangan seperti itu memang tidak digalakkan didalam PKR dan keduanya ranting-ranting PKR adalah baru ditubuhkan dan tidak mempunyai wang untuk disumbangkan.

Terdapat di masa-masa yang lampau seorang anak muda bernama CheGu'Bard yang begitu mudah untuk hadir cukup ringan tulang, mudah saja hadir, samada ranting-ranting itu membekal perbelanjaan minyak atau pun sebaliknya.

Semasa pemilihan PKR yang lalu beliau sudah semacam team-up dengan Datuk Zaid Ibrahim, sedangkan Kuala Krau pada waktu itu memberikan sokongan kepada Azmin Ali dan diperingkat AMK pula memberikan sokongan kepada CheGu'Bard. CheGu'Bard tidak menghantar sebarang wakil ke semasa pemilihan AMK itu, manakala Shamsul Iskandar diwakili oleh beberapa orang daripada AMK Pusat dan Negeri menyebabkan Shamsul Iskandar menang tipis di Kuala Krau.

Di peringkat Cabang, kami tidak memainkan apa-apa peranan kerana kami tidak mahu mencampuri urusan pemilihan AMK.  Biarlah AMK sendiri memutuskan pimpinannya sendiri.

Di peringkat itu CheGu'Bard masih mudah mahu datang ke Kuala Krau.  Tetapi apabila beliau mengambil sikap mengeluarkan kenyataan-kenyataan melalui akhbar-akbar termasuk Utusan Melayu mengikut jejak langkap Datuk Zaid, saya menegurnya supaya kita tidak gunakan media musuh untuk kempen didalam PKR.

Selepas itu saya dapati CheGu'Bard tidak lagi mesra dengan Kuala Krau.  Setiap call yang saya buat tidak dijawabnya dan kalau dia jawab pun dia akan mengatakan tarikh yang saya berikan itu adalah tidak sesuai dan apabila saya meminta beliau memberikan tarikh darinya maka setakat itu sajalah conversation akan berlaku antara saya dengan dia.

Kadqang-kadang saya memberikan kepada dia tarikh yang panjang berbulan-bulan untuk dia memberitahu samada beliau free atau tidak untuk hadir ceramah diatas jemputan Kuala Krau.  Terus tak berjawab, maka saya membuat satu konklusi bahawa CheGu'Bard sudah memutuskan hubungan dengan Kuala Krau.

Orang lain yang paling mudah hadir ke Kuala Krau adalah Rafizi Ramli, tetapi biasanya kami bertukar tarikh ceramah.  Saya jemput dan dia datang ke Kuala Krau, dan dia juga jemput dan saya datang ke Kemaman.  Pada waktu itu Rafizi diaturkan untuk bertanding di kawasan Parlimen Kemaman.

Saya nak ucapkan ribuan terima kasih kepada Ketua Putri PKR, Aishah Sheikh Ismail, yang acap datang ke Kuala Krau dan kadang-kadang dia datang dengan team Putrinya sehinggal membolehkan Kuala Krau mengadakan 2, 3 ceramah pada satu malam, kecuali ceramah yang kami aturkan untuk berbentuk besar-besaran.  Beliau cukup mudah menghadiri ceramah.

Para hadirin pula sangat senang dengan ceramah Aisah, mudah difahami, dan cukup bertenaga, shinggakan ada diantara penduduk Kuala Krau sentiasa memohon supaya Aishah sentiasa dipanggil ke Kuala Krau.  Tidaklah dapat Kuala Krau sempurnakan permintaan itu kerana Aishah sebagai pimpinan peringkat Pusat tidaklah dapat hadir begitu acap sehingga mengabaikan jemputan di tempat lain.

Ketua Wanita PKR Pusat juga adalah diantara pimpinan Pusat yang mudah hadir apabila dijemput dan ada keistimewaan lain yang ada pada beliau, setiap kali beliau hadir, beliau akan membwawa bekalan makanan untuk disumbangkan kepada ibu tunggal dan orang miskin.

Rodziah Ismail, Naib Ketua Wanita UMNO Pusat juga tidak kurang ringan tulang untuk hadir dan membuat sumbangan untuk ibu tunggal dan orang miskin.

Ahli-Ahli Exco Kerajaan Negeri Selangor yang mudah diundang ke Kuala Krau adalah Nik Nazmi, Shuhaimi Shafei, dan ADUN Amirudin serta tidak dilupakan Sdr Suhaimi penyelaras sebuah kawasan DUN, kalau tak silap ialah Port Kelang.

Seorang tokoh dari kesatuan sekerja yang sanggup menghadirkan diri ke Kuala Krau terkenal dengan laungan "Oh Dahsyat" cukup disenangi oleh penduduk Kuala Krau, dan semasa merasmikan perjumpaan Orang Asal Negeri Pahang di Kg Penderas mendapat jolokan sebagai pemangkin perjuangan Orang Asal setelah penceramah sebelumnya mengambil sikap yang negatif terhadap beberapa isu Orang Asal.

Nurrul Izzah Anwar, Ahli Parlimen Pantai juga dapat menghadirkan diri ke Kuala Krau.

Walaupun amat sukar didapati, sukar dihubungi, sukar menjawab talipon, sukar menjawab SMS, sekurang-kurangnya Kuala Krau berjaya membawa Azmin Ali dan Shaifuddin Nasution ke Kuala Krau, walaupun sekali, tetapi meninggalkan kesan yang baik.

Sebelum terlupa saya nak rakamkan juga kehadiran beberapa kali Sdr Cikgu Faris Musa yang acap kali hadir ke Kuala Krau.

Dan tak usah nafikan bahawa orang yang betul-betul mudah hadir ke Kuala Krau adalah Dato Fauzi Abdul Rahman, Pengerusi Majlis Pimpinan PKR Pahang.

Maka untuk top kepada segala-galanya adalah FELLICIA LING, beliau adalah AJK Wanita PKR Pusat tetapi kedudukannya seolah-olah dikeluarkan dari jawatan itu.  Kuala Krau menerima arahan supaya tidak lagi berhubung dengan Fellicia Ling kerana kononya namanya sudah diketepikan oleh Wanita Pusat.

Kuala Krau tidaklah membeli cerita itu kerana setahu kami Fellicia Ling menant didalam pemilihan Jawatankuasa Wanita PKR Pusat dan orang yang menang tidak boleh dipecat melainkan berlaku semula pilihan peringkat pusat dan beliau tidk terpilih atau berlaku perletakan jawatan olehnya atau berlaku pemecatan terhadap keahliannya.  Semua perkara itu tidak berlaku dan oleh kerana itu jawatan yang disandang oleh Fellicia Ling adalah kekal.

Kembali kepada cerita kita, orang-orang PAS Jengka 9 semacam tidak puas hati kerana saya bawakan seorang penceramah kaum Cina di kawasan Felda yang seratus peratus berbangsa Melayu.  Jemputan sudah dibuat dan kehadiran Fellicia sudah berlaku.

Oleh kerana mereka tidak mengenali Fellicia, mereka pinta Fellicia memulakan ceramah mendahului Ketua PAS Cawangan.  Tetapi apabila mereka mendengar ucapan Fellicia dan mengetahui pula bahawa Fellicia lulus matapelajaran Syariah, dan dapat menerangkan isu peneroka dengan baik, barulah mereka berkata: "Patutlah Haji Suhaimi jemput dia ni!!!"

Fellicia memperkenalkan dirinya dengan cara yang sangat mudah.  "Apa Cina sepet ini buat kat rancangan Felda, apa ada kena mengena Cina sepet ini dengan peneroka-peneroka Felda,"dan setelah dia menerangkan lebih kurang sedikit latar belakang pendidikannya, dia memberikan ceramah yang betul-betul agresif sehingga terpesona peneroka-peneroka Felda Jengka 9 seolah-olah dipukau.

Maka orang-orang PAS Felda Jengka 9 mengundang Fellicia datang sekali lagi ke rancangan Felda itu.  Beliau akhirnya datang sekali lagi dengan Pak Jabit.

Fellicia adalah anak keturunan Perak, tetapi beliau dibesarkan dan mendapat didikan dari Kuantan, Pahang dan melanjutkan pelajaran dibidang undang-undang dari Universiti Malaya.  Oleh kerana hubungannya yang mesra dengan cabang-cabang PKR di Pahang, beliau ditawarkan untuk menjadi salah seorang pemimpin PKR Pahang oleh Dato Fauzi Abdul Rahman.

Fellicia bukan sahaja mudah hadir berceramah di Pahang, beliau juga mudah dipanggil untuk berceramah di seluruh Negara termasuk di Sabah dan Sarawak, usaha PKR Pahang untuk meletakkan beliau sebagai salah seorang calon untuk PKR Pahang tidak mendapat sokongan aktif dari PKR Pusat memandangkan ada orang kuat Wanita PKR Pusat yang memandang dingin terhadap beliau, satu sikap yang tidak menguntungkan parti.

Selepas itu, Fellicia dari masa ke masa datang ke Kuala Krau dan apabila dia datang kadang-kadang dengan menghadirkan diri hingga 2, 3 hari dengan mengadakan program bukan saja di Pekan Kuala Krau tetapi juga di kawasan-kawasan perkempungan tradisional Melayu dan kampung-kampung Orang Asal.

Beliau mempunyai idea yang begitu baik untuk orang-orang Asal dengan mengadakan pertandingan menganyam dan memberikan hadiah-hadiah istimewa kepada peserta-peserta dari nombor satu hingga sepuluh dan hadiah-hadiah sampingan kepada yang tidak berjaya.  Orang-orang Asal sekitar Kuala Krau cukup gembira dengan kemunculan Fellicia Ling.

Hubungan peribadi diantara keluarga saya dengan Fellicia cukup akrab dan semasa saya sakit ini pun beliau sentiasa menghantarkan salam-salam gembira kepada saya dan pada minggu lalu beliau datang untuk melawat saya di rumah saya di Temerloh tetapi oleh kerana pada masa itu saya berada di Shah Alam untuk perobatan tradisional maka tak dapatlah saya bertemu dengannya.

Pemimpin yang seumpama Fellicia ini sepatutnya berada didalam pimpinan parti dan dengan cara beliau menunjukkan sikap lemah lembut maka amat sesuai beliau dijadikan calon PKR di mana-mana tempat yang sesuai.

Sesetengah pimpinan MPP amat sukar untuk datang ke Kuala Krau.  Mereka dijemput dan diberikan tarikh untuk ceramah tetapi sampai ke pringkat yang ditetapkan mereka tidak dapat hadir, kadang dengan menalipon secara last minute dan kadang-kadang terus tidak menalipon langsung.

Fellicia mempunyai firma guaman yang sangat sibuk.  Kerjanya kebanyakannya adalah didalam bentuk conveyancing, dan terlibat pula dengan investor-investor dari luar negara tetapi dia sanggup meluangkan masa untuk kerja parti.,  Ada pimpinan parti yang kononnya terlibat 100% dengan politik kepartian, menjawab talipon pun amat sukar.

She is my choice, dan menjadi pilihan ribuan penyokong-penyokong PKR di seluruh negara.  Ketepikan orang seumpama ini ibarat mengenepikan intan berlian didalam parti.  Pucuk pimpinan kenalah berhati perut untuk kebaikan parti.

Anwar Ibrahim sudah mengadakan 4 ceramah di Kuala Krau.  Saya tidak pernah menjemput beliau tetapi beliau menawarkan diri untuk berceramah, dan ceramah Anwar adalah ceramah yang amat besar sehingga dihadiri oleh lebih 10,000 orang.

Semoga kepimpinan Anwar terus bersemarak didalam parti.

(...bersambung...)

Tiada ulasan: