Khamis, 25 Julai 2013

Anak Muda Kampung Nak Senang

Anak Muda Kampung Nak Senang


Isu Ketua Menteri Melaka, Lions Club dan Imam dari Palestin

Posted: 25 Jul 2013 01:55 AM PDT




Apakah ada kaitan Ketua Menteri Melaka terima pingat Lions Clubs International dengan kenyataan beliau yang tidak senang dengan kehadiran imam dari Mesir dan Palestin untuk memimpin solat Tarawih sepanjang Ramadan di Malaysia? Sedangkan ulama-ulama seperti Doktor Yusof Al-Qaradhawi, Doktor Ahmad Salibi, Sheikh Ali Jadul Haq, Fathi Yakan dan lain-lain lagi yang kesemuanya secara terbuka telah mengaitkan pertubuhan Lions Club antarabangsa dengan pertubuhan Zionis

KM Melaka terima pingat Lions Clubs International
25 Julai 2013 

MELAKA - Ketua Menteri Melaka Datuk Idris Haron hari ini menerima pingat 'Pemimpin Global dalam Khidmat Kemanusiaan' daripada Lions Clubs International atas sumbangannya membangunkan golongan belia di seluruh dunia. Presiden Lions Clubs International Barry J Palmer berkata Idris sebagai Presiden Perhimpunan Belia Sedunia adalah contoh pemimpin bagi belia di seluruh dunia.
   

Hukum Pembinaan Pusat Down Sindrom Oleh Lions Club Di Tanah Wakaf Atau Baitul Mal Kawalan Majlis Agama Islam Kelantan
24 Feb, 2011

4. Kerjasama yang ingin dibuat dengan Lions Club Malaysia dikuatiri akan membuka ruang kepada fitnah dan tohmahan daripada masyarakat Islam kerana setelah dibuat kajian tentang isu Lions Club Antarabangsa didapati terdapat banyak penulis daripada ulama-ulama timur tengah seperti Doktor Yusof Al-Qaradhawi, Doktor Ahmad Salibi, Sheikh Ali Jadul Haq, Fathi Yakan dan lain-lain lagi yang kesemuanya secara terbuka telah mengaitkan pertubuhan Lions Club antarabangsa dengan pertubuhan Zionis. Bahkan persidangan Majma' ai-Fiqhi kali pertama yang bertarikh 10 Ramadhan 1398H bertempat di Makkah A-Mukarramah telah membuat ketetapan bahawa pertubuhan Fremanson, Lions dan Rotary adalah pertubuhan yang bercanggah dengan prinsip Agama Islam.

6.  Sebagai jalan alternatif kepada Majlis Agama Islam Kelantan bagi melaksanakan program ini, disyorkan agar Majlis Agama Islam Kelantan sendiri mengepalai projek pembinaan pusat Down Sindrom di Negeri Kelantan dan peruntukkan untuk melaksanakan projek ini boleh diambil daripada wang zakat.


Kaji isu jemput imam Tarawih

25 Julai 2013 : Tindakan mengundang imam dari negara bergolak seperti Mesir dan Palestin untuk memimpin solat Tarawih sepanjang Ramadan di negara ini perlu dikaji semula, kata Ketua Menteri Melaka, Datuk Wira Idris Haron. Idris yang juga Pengerusi Majlis Agama Islam Melaka (MAIM) meminta Othman meneliti setiap permohonan mengundang imam daripada negara terbabit pada masa akan datang. 

Kes kematian tahanan polis, dah jadi kes polis dengan polis pula

Posted: 24 Jul 2013 09:08 PM PDT




Kes yang pada awalnya melibatkan kematian tahanan polis kini bertambah rumit apabila sekarang ianya melibatkan dakwaan polis yang menganiaya polis pula. Apa sudah jadi dengan PDRM? Macam ni bertambah bimbang rakyat akan keselamatan mereka serta keyakinan mereka terhadap polis untuk mencegah jenayah.

Kes Dhamendran: Inspektor dakwa jadi mangsa akibat 'lindungi pihak tertentu'
25 Julai 2013
 
Suspek keempat kematian dalam tahanan N Dhamendran, Inspektor S Hare Krishnan, mendakwa tidak bersalah tetapi diheret ke dalam kes itu bagi 'melindungi pihak-pihak tertentu.'

Ia didedahkan dalam satu laporan polis Hare Krishnan pada 1 Jun, sembilan hari selepas kematian Dhamendran pada 21 Mei 21, dua minggu sebelum inspektor polis itu menyembunyikan diri.

Mengikut Malaysiakini, laporan itu menyebut Hare Krishnan tidak berada di lokap di Dang Wangi pada hari Darmendran meninggal dunia.

Inspektor itu berkata, ada arahan untuk memasukkan namanya dalam diari lokap, sesuatu yang didakwanya dilakukan tanpa pengetahuan dan kebenarannya.

Dia mendakwa semua catatan dirinya dalam diari lokap tidak benar dan dilakukan untuk mengaitkannya bagi melindungi pihak tertentu.

Mengikut Hare Krishnan, dia tidak pernah 'menyentuh atau memukul' Dharmendran pada hari itu, dan mendakwa dia tahu siapa yang 'memukulnya dan siapa yang berada di sana dan siapa yang tahu tentang hal itu.'

Imam dari Mesir, Palestin, Syria dan Libya akan mungkin akan diharamkan di Melaka?

Posted: 24 Jul 2013 07:00 PM PDT


Kaji isu jemput imam Tarawih

25 Julai 2013 : Tindakan mengundang imam dari negara bergolak seperti Mesir dan Palestin untuk memimpin solat Tarawih sepanjang Ramadan di negara ini perlu dikaji semula, kata Ketua Menteri Melaka, Datuk Wira Idris Haron. Idris yang juga Pengerusi Majlis Agama Islam Melaka (MAIM) meminta Othman meneliti setiap permohonan mengundang imam daripada negara terbabit pada masa akan datang.  

"Saya minta Datuk Wira Othman lihat dan kaji semula perkara ini. Pastikan tiada imam dari negara bergolak di Asia Barat seperti Mesir, Palestin, Syria dan Libya diundang ke negeri ini selepas ini (pada masa depan) kerana ia seolah-olah menunjukkan mereka mahu lari daripada masalah dalaman negara mereka ketika ini," katanya.




Dah masuk akhbar pun disuruh lapor ke Pejabat Agama?

Posted: 24 Jul 2013 06:59 PM PDT




Dah baca laporan begini di akhbar, disuruhnya ibu tunggal mualaf yang susah ini datang sendiri ke Pejabat Agama buat aduan ! Tak ada ke unit bergerak Jabatan Agama yang turun padang siasat sendiri? Kalau kutip zakat boleh turun padang, buka 7 hari seminggu, buat kaunter pandu lalu, ini dah keluar akhbar pun suruh datang lagi ke Pejabat Agama. Patutlah ajaran sesat semakin berkembang sekarang ini.

'Biarpun aku banyak dosa...'
25 Julai 2013
    
Seremban: "Saya akui jahil dan banyak dosa, tapi akidah saya masih utuh dan sama sekali tidak akan menyerahkan anak kepada pasangan bukan Islam, biarpun ada yang menawarkan RM30,000." Demikian kata seorang wanita mualaf mahu dikenali sebagai Rokiah, 30-an yang kini hidup terumbang-ambing dan serba kekurangan selepas diceraikan bekas suami, awal bulan lalu. Keadaan diburukkan lagi apabila janda beranak satu itu kini hamil anak luar nikah dan teman lelakinya pula enggan bertanggungjawab, malah memintanya menggugurkan kandungan.

"Walaupun saya mualaf dan banyak dibebani dosa silam, saya tetap akan berusaha menjaga anak saya dan tak mahu mereka keluar daripada Islam," katanya ketika ditemui Harian Metro.

Rokiah berkata, dia kini tidak mempunyai pekerjaan dan hidup menumpang di rumah kakak dan abang iparnya yang bukan beragama Islam bersama tiga anak mereka di Senawang, dekat sini.

"Saya kini menumpang di rumah kakak yang mempunyai tanggungan lain selain isi rumah di sini semua tidak bekerja," katanya sambil memberitahu tidak pernah membuat aduan kepada Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Negeri Sembilan (JHEAINS) berhubung masalah dihadapinya.

Sementara itu, Pengarah JHEAINS Datuk Johani Hassan meminta mualaf terbabit segera membuat laporan.

"JHEAINS mempunyai unit saudara baru untuk membantu mualaf yang memerlukan maklumat dan bantuan.

"Jika dia (Rokiah) tidak membuat laporan, macam mana kita mahu hulurkan sumbangan dan membantunya," katanya.

Johani berkata, mana-mana saudara baru yang mempunyai masalah juga digalakkan merujuk kepada JHEAINS atau berkunjung ke Pusat Dakwah Islamiah Paroi, di sini, supaya boleh diberikan bantuan sewajarnya.


JANGAN LETAK BEG TANGAN ATAS TEMPAT DUDUK

Posted: 24 Jul 2013 06:57 PM PDT




Anak Ketua Polis Ampang Jaya disamun

25 Julai 2013 - Seorang ahli perniagaan wanita yang merupakan anak kepada Ketua Polis Daerah Ampang Jaya, Asisten Komisioner Amiruddin Jamaluddin disamun ketika memberhentikan keretanya di persimpangan lampu isyarat berhampiran kilang Selangor Pewter, Setapak hari ini.

Kejadian berlaku pukul 10 pagi ketika mangsa yang berusia 34 tahun memandu kereta jenis Honda Civic. Dua lelaki yang menunggang motosikal berhenti di sebelah kiri kenderaan tersebut dan memecah tingkap sebelah penumpang hadapan.

Timbalan Ketua Jabatan Siasatan Jenayah, Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Kuala Lumpur Asisten Komisioner Khairi Ahrasa berkata, suspek kemudian melarikan sebuah beg tangan milik mangsa yang diletakkan di atas tempat duduk.

Tiada ulasan: